“ Alhamdulillah , kita dah nak sampai dah .” ujar Noor Azriynna , mematikan
lamunan Radhiyunnah Safih yang sedang leka di dalam dunia khayalan ciptaannya
sendiri .
Dari tingkap depan kereta , terlihat sebuah bangunan tinggi yang tersergam
indah di tengah-tengah ibu kota . Warna kuning keemasan yang membaluti tubuh
bangunan tersebut , cukup sesuai dengan rekabentuk struktur bangunan itu sendiri . Di
bahagian paling atas bangunan tersebut , terukir nama ‘The Summit’ , nama yang tidak
asing lagi kepada seluruh masyarakat dunia . Bukan hanya sekadar memenuhi keperluan
masyarakat tempatan , hotel ini juga turut sering menerima tempahan dari diplomat-
diplomat asing yang berkunjung di atas tiket lawatan kerja . Hotel ini juga sering
menempatkan persidangan-persidangan yang melibatkan wakil-wakil dari negara luar .
Kerana perannanya yang telah sedikit sebanyak menaikkan nama negara , hotel berprestij
ini telah di iktiraf sebagai antara hotel terbaik bertaraf lima bintang yang harus di
kunjungi oleh masyarakat luar yang berkunjung ke Malaysia .
Ketika Noor Azriynna sedang mencari tempat yang sesuai untuk memparkir
kereta yang mereka naiki , Radhiyunnah Safih terlihat kelibat Haily dan Siti Salwa di
pintu masuk hotel tersebut . Tangan Haily melambai-lambai kepada Radhiyunnah Safih
dan Noor Azriynna . Radhiyunnah Safih membalas lambaian Haily sambil tersenyum .
Hatinya teringat kepada salah satu gosip yang di dengarnya ketika dalam pengajian
dahulu , yang mengaitkan Haily dengan Siti Salwa . Mungkinkah benar-benar ada sesuatu
yang terjalin antara mereka ? Radhiyunnah Safih tertawa kecil . Noor Azriynna
memandang perlakuan Radhiyunnah Safih dengan penuh kehairanan , namun dia
membiarkan sahaja sahabatnya itu . Proton Waja yang di pandunya di letakkan di sudut
yang agak terlindung dari sinaran matahari . Noor Azriynna dan Radhiyunnah Safih
melangkah keluar dari kenderaan tersebut . Kereta di kunci dan kedua-dua mereka
bergerak menuju ke arah Haily dan Siti Salwa .
“ Aku tak nak ikut kau lagilah . Kau tak faham ke ? Lepaslah !” terdengar
satu jeritan yang agak keras bunyinya . Jeritan seorang wanita. Mereka semua yang
sedang meladeni perasaan gembira melihat rakan-rakan mereka itu tersentak.
No comments:
Post a Comment