25 April 2010

Bukti kebenaran Kitab Al-Quran..(Siri 1).

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam pertemuan di ucapkan buat sahabat2 sekalian. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke laman blog saya ini. Anda adalah sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan menyebarkan ilmu untuk manfaat kita bersama.

Hari ini, saya ingin membincangkan serba sedikit mengenai kebenaran yang terdapat di dalam Al-Quran. Kebetulan, saya sempat membeli dan membaca serba sedikit buku tulisan Dr Zakir Naik yang bertajuk "The Quran & Modern Science: Compatible or incompatible?" Saya pasti ramai di antara sahabat-sahabat yang masih belum berkesempatan membaca buku ini, maka saya kongsikan sedikit untuk renungan kita bersama.

~Dr Zakir Naik~

Pertama-tama sekali, saya berharap sahabat-sahabat semua dapat bersedia dengan senaskhah Al-Quran atau tafsir Al-Quran kerana saya tidak menyertakan potongan-potongan ayat untuk tatapan semua. Saya agak kesuntukan masa dan kepenatan di bebani tanggungjawab sebagai seorang pelajar ketika menulis post ini. Maaf saya pohonkan kepada sahabat-sahabat semua. InsyaAllah, moga kita mendapat manfaat serba sedikit dari coretan kali ini.


1)Cabaran Al-Quran kepada manusia



Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 23 dan 24, mafhumnya;

[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
[24]
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Muslim dan bukan muslim mempersetujui bahawa Al-Quran adalah sebuah karya agung sastera Arab yang tidak mampu untuk di hasilkan oleh mana-mana manusia. Al-Quran mencabar, di dalam ayat ini, mana-mana manusia yang mengatakan Al-Quran itu di tulis oleh sasterawan Arab, untuk menghasilkan satu surah, hanya SATU surah, bukannya sebuah buku, yang dapat menandingi kecantikan, keindahan, dan kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran, yang sehingga hari ini, tiada sesiapa pun dapat menandinginya.

~Albert Einstein~

Seorang pemenang hadiah nobel yang tidak asing lagi kepada kita semua, Albert Enstein, pernah mengatakan, "Science without religion is lame. Religion without science is blind." Di sini, Dr Zakir Naik mengajak kita semua, sebagai umat Islam, untuk mengkaji, sama ada Al-Quran, bersesuaian atau tidak dengan penemuan-penemuan sains terkini.

Sebenarnya, Al-Quran bukanlah "the book of science", tetapi, Al-Quran adalah sebuah "book of signs". Terdapat lebih dari enam ribu petunjuk di dalam Al-Quran yang berkait rapat dengan apa yang ditemui oleh sains, yang akan di temui oleh mereka yang mencari.


Bahagian 1: Astronomi

a) Teori Penciptaan Alam Semesta @ Big Bang theory..



Penciptaan alam semesta, telah di jelaskan oleh ahli kaji astronomi, melalui sebuah teori yang dikenali sebagai "the big bang theory". Teori ini di sokong oleh pemerhatian dan eksperimen yang di jalankan oleh para pengkaji astronomi.

Berdasarkan teori big bang ini, seluruh cakerawala adalah pada asalnya merupakan sebuah jisim yang besar(primary nebula). Kemudian berlaku "big bang"(pemisahan kedua) yang menyebabkan terbentunya galaksi, yang kemudiannya terbahagi lalu membentuk bintang, planet, matahari, bulan dan sebagainya. Proses kejadian alam adalah sangat unik dan tidak mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya', ayat 30, mafhumnya;

[30]
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Di sini kita dapat lihat, betapa teori yang di jumpai oleh para astronomist ini, menepati apa yang telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran. Bagaimanakah mungkin, sebuah buku, yang muncul sekitar 1400 tahun dahulu, mampu menyatakan mengenai perkara ini sedangkan ketika itu tiada teknologi untuk mengkaji angkasa seperti sekarang ini, jika bukan ianya di turunkan oleh Pencipta alam ini sendiri?

b) Terdapat initial gaseous mass sebelum penciptaan galaksi



Para saintis berpendapat, sebelum galaksi terbentuk, celestial matter pada asalnya adalah dalam bentuk gas. Secara mudahnya, terdapat kumpulan gas atau awan yang terbentuk sebelum terbentuknya galaksi. Untuk menerangkan initial celestial matter, perkataan asap adalah lebih sesuai untuk digunakan.

Allah berfirman di dalam surah Fussilat, ayat 11;

[11]
Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

Ayat Al-Quran ini merujuk kepada keadaan alam semesta sebelum galaksi di cipta iaitu perkataan "dhukhan" yang membawa maksud asap.

Sekali lagi, apa yang tertulis dalam Al-Quran ini menepati penemuan para saintis moden masa kini, dan tidak mungkin di ketahui oleh orang Arab pada zaman Rasulullah s.a.w. jadi, dari manakah mungkin datangnya pengetahuan ini,jika bukan dari penciptanya?

c) Bumi berbentuk sfera



Pada awalnya, manusia mempercayai bahawa dunia ini rata. Dan mereka takut untuk mengembara kerana bimbang akan jatuh keluar dari bumi jika mereka tiba di hujung bumi. Sir Francis Drake telah menjadi orang pertama membuktikan bumi ini berbentuk sfera apabila beliau belayar mengelilinginya pada tahun 1597.

Surah Luqman, ayat 29;

[29]
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?

Memasukkan di sini bermaksud bahawa malam itu beransur-ansur dan dengan perlahan bertukar menjadi siang dan sebaliknya. Jika bumi ini rata, pastilah perubahan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba, dan bukannya beransur-ansur. Perkara ini turut di sebut di dalam surah Adz-Zumar, ayat 5;

[5]
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);


Perkataan arab yang di gunakan di sini, iaitu Kawwara membawa maksud memasukkan atau melingkari- sebagaimana cara pemakaian serban di kepala. Lingkaran atau memasukkan malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini berbentuk sfera.

Bumi ini bukanlah bulat, tetapi geo-spherical, di mana terdapat permukaan rata pada kutubnya.

Allah berfirman di dalam surah An-Naziyat,ayat 30,mafhumnya;

[30]
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)
Terjemahan Inggeris: And the earth moreover, hath He made egg shaped

Di dalam ayat ini, perkataan "dahaha" membawa maksud telur burung kasawari/ostrich. Bentuk telur burung ostrich adalah geo-spherical, yang menyamai rupa bentuk geo-spherical bumi.

~bentuk telur burung ostrich..menyerupai bumi bukan?subhanallah..~

Maka,Al-Quran telah dengan secara tepatnya menerangkan bentuk bumi, sedangkan pada waktu Al-Quran diturunkan, manusia mempercayai bahawa bumi itu leper/rata.

d) Cahaya bulan adalah cahaya yang di pantulkan



Pada awalnya, manusia mempercayai bahawa bulan mengeluarkan cahayanya sendiri. Kajian sains mendapati bahawa bulan memantulkan cahaya yang diterimanya dari matahari. Perkara ini, bagaimanapun, telah di sebut di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu:


Surah Al-Furqan, ayat 61 mafhumnya;

[61]
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
Terjemahan Inggeris: Blessed is He who made Constellations in the skies, and placed therein a Lamp and a Moon giving light.


Perkataan matahari dalam bahasa Arab di sebut di dalam Al-Quran sebagai syams. Matahari juga di rujuk sebagai siraaj yang bermaksud torch atau wahhaaj yang bermaksud "a blazing lamp" atau juga diya yang membawa maksud megah bercahaya. Ketiga-tiga perkataan ini sesuai untuk dikaitkan dengan matahari, di mana cahaya dan haba di hasilkan melalui internal combustion. Perkataan arab untuk bulan adalah Qamaar dan ia di jelaskan di dalam Al-Quran sebagai Munir yang bermaksud jasad yang memberikan cahaya. Maka Al-Quran telah menyatakan di sini bahawa matahari menghasilkan cahaya dan bulan hanya memberikan cahaya yang diterimanya melalui pantulan tanpa menghasilkan cahaya itu sendiri. Tidak ada sekalipun di dalam Al-Quran, sifat-sifat untuk matahari iaitu siraaj, wahhaaj atau diya di gunakan untuk menerangkan perihal bulan dan sebaliknya.



Di dalam surah Yunus, ayat 5;

[5]
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya


dan di dalam surah Nuh, ayat 15-16;

[15]
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
[16]
"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

Maka, dengan jelas dan nyatanya, Al-Quran telah menerangkan mengenai apa yang baru di temui oleh para saintis sekitar 400-500 tahun kebelakangan ini pada 1400 tahun yang terdahulu! Maka, dari siapakah mungkin turunnya ayat-ayat ini jika bukan dari Pencipta yang maha mengetahui? Sama-sama kita renungkan.



Saya akan menyambung lagi post ini kemudian kerana proses menterjemahkan buku ini kepada perkataan-perkataan yang saya tulis ini mengambil masa yang lama dan sangat memenatkan. Walaubagaimanapun, jangan risau. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menterjemahkan buku ini untuk bacaan sahabat-sahabat semua kerana saya tahu buku ini agak sukar di peroleh.
Pada penulisan seterusnya, saya akan menyambung sedikit lagi mengenai sistem astronomi ini dan kemudian akan menyambung dengan bidang-bidang lain pula.

Semoga penulisan yang di terjemahkan dari buku tulisan Dr Zakir Naik ini memberi manfaat pada semua.

Jumpa lagi pada penulisan akan datang.
Salam mujahadah.



Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...

24 April 2010

Mendapatkan yang terbaik dalam hidup...

Assalamualaikum warahmatullah...


"....lalu Dia (Allah) mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sungguh beruntunglah orang yang telah menyucikannya, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya." (Asy Syams, ayat 8-10)

Alhamdulillah...penyakit hati yang melanda diri telah berlalu pergi..dan syukur pada Allah yang mengurniakan ilham pada fikiran saya untuk jari-jemari ini menari di atas papan kekunci ini lagi..alhamdulillah...


pertamanya,saya sangat-sangat memohon maaf kepada saudara ikhwah dan akhwat sekalian yang sentiasa mengikuti perjalanan blog ini kerana ketidakmampuan saya untuk menulis buat seketika baru-baru ini...sesungguhnya segala sesuatu itu milik Allah..yang diberikanNYA kepada kita sbg pinjaman..dan baru hanya sebentar DIA mnguji dgn salah satu nikmat yg DIA kurniakan,lalu saya hilang keupayaan utk menulis..subhanallah...

baiklah..hari ini,sy ingin membicarakan serba sedikit mngenai mendapatkan yg terbaik dalam hidup..hmm..."terbaik"...semua orang inginkan segala yg terbaik....markah yg terbaik,sahabat terbaik,*kekasih yg terbaik*,suami yg terbaik,isteri yang terbaik,anak2 yg terbaik dan serba-serbi terbaik...hatta ingin membeli alat tulis sekalipun,pen misalnya,pasti kita mahukan yang terbaik..

ya,benar...Allah telah mngurniakan banyak perkara yg terbaik dalam hidup kita...Allah mngurniakan kita kehidupan, setelah DIA menciptakan roh kita, lalu di tiupkan ke dalam jasad yg membesar dalam kandungan seorang ibu selama 9 bulan...lalu dilahirkan ke alam transit dunia...dikurniakanNYA kpd kita penglihatan,pendengaran,dan hati, yakni akal fikiran..



ثُمَّ سَوَّاهُ وَ نَفَخَ فيهِ مِنْ رُوحِهِ وَ جَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَ الْأَبْصارَ وَ الْأَفْئِدَةَ قَليلاً ما تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya, dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.(As-sajdah,9)


Alhamdulillah, telah dikurniakan kita kehidupan sebagai seorang manusia, namun Allah maha pemurah, maka di berikan pula kita akal fikiran..yang membezakan seorang Ahmad dari sebatang pohon kelapa, yang membezakan Ah Seng dari seekor kucing di tepi pintu..yang membezakan saya dan kamu dari apa2 jua hidupan yang dapat kita lihat dgn mata kasar di atas dunia ini...akal yang mmbolehkan kita berfikir..membanding beza..yg baik dan yang buruk...lalu ditambah lagi nikmatNYA yg telah melimpah ruah itu..dikurniakan pula kita ilham...sebagaimana yang telah disebut didalam Al-Quran didalam surah Asy Syams yg mnjadi pembuka kepada post kali ini...

Ilham...apakah dia ilham? Ilham adalah penyampaian suatu makna, fikiran atau hakikat di dlm jiwa atau hati secara melimpah. Dalam erti kata lain, ALLAH menciptakan pada jiwa seseorang itu ilmu,pengetahuan yg tidak dapat di tolaknya, iaitu ilmu atau pengetahuan yang datang bukan dgn cara mempelajari, tetapi dilimpahkan ke dlm jiwa seseorang walaupun bukan atas kemahuannya. Maha suci Allah dan segala puji ke atas Allah atas sifat maha pemurah lagi maha pengasihNYA kepada hamba2 hina yg DIA ciptakan..

Lalu,bagaimanakah reaksi manusia di atas ilham yang Allah datangkan kepadanya ini?jawapannya ada di dalam surah yang sama. Manusia akan memberikan 2 reaksi sbgaimana yg disebutkan dalam ayat 9-10 surah asy syams, sama ada mereka akan mnsucikan ilham yg Allah kurniakan,atau mereka akan mngotori ilham yang Allah kurniakan itu..

Jadi,apakah kaitannya apayang saya tulis ini dengan tajuk yg saya tulis itu?mungkin,tiada kaitan?hehe..pastilah ada sebenarnya..=) saya ingin cuba mngaitkan antara keinginan utk mendapatkan yang terbaik dalam hidup dengan cara seseorang itu membuat keputusan dari ilham yang Allah kurniakan padanya...



Situasi 1 (Pelajaran)


*sekadar gambar hiasan*

Ahmad(sekadar watak rekaan), seorang pelajar yang rajin. Seorang yang sentiasa berusaha utk memajukan diri. Hampir setiap hari buku2 pelajaran di ulangkaji {*terasa malu pd diri saya sndr yg jarang2 study pula bila buat contoh ini..(*_*) }

Ali(juga watak rekaan), seorang yang kurang rajin...dia lbih suka bersuka-suka..(okey,ayat ini berbunyi pelik..;p) dia tdk berusaha sgt utk memajukan diri pun. hampir setiap hari dia suka bermain DOTA..okey,pmilihan yg kurang tepat di situ,tetapi ini game yg paling popular skrg ni...x boleh?ok la tukar..dia suka bermain HONS..ok x berniat nk mnembak sesiapa..;p baiklah2,Ali suka bermain2 la..x kisah la dia main apa...main teddy bear ke,main masak2 ke...;p

Namun,Allah mengilhamkan dua orang manusia ini suatu ilham yang sama..iaitu utk mendapatkan yg terbaik dalam hidup utk diri masing2..di mana kedua2nya ingin mncapai kejayaan yg cemerlang dalam hidup..

maka,tibalah harinya peperiksaan menjelang...Ali dan Ahmad kini bersendirian di tempat duduk masing2...wajah mereka memandang pada musuh yg harus ditewaskan utk mncapai kejayaan yg mereka inginkan..kertas soalan....

Ahmad kelihatan tenang...benar,Allah telah mengilhamkannya utk mncapai kejayaan yg terbaik dlm hidupnya...dan dia memilih jalan mensucikan ilham itu..dia belajar,dan belajar, di samping tdk lupa utk mngingati Allah...dan alhamdulillah,setelah keputusan keluar,pencapaiannya,walaupun sekadar memuaskan,namun dia bersyukur dan gembira...kerana dia yakin pertolongan Allah bersama2nya...

Ali pula..berpeluh2...ke depan! ke belakang! ke tepi! ekor mata melirik ke smua arah..benar, Allah mengilhamkannya utk mncari kejayaan terbaik dlm hidup..tp,dia tdk prnh berusaha utk memajukan diri...lalu,dia memilih utk mngotori ilham itu..pd wktu peperiksaan dijalankan,dlm senyap tnpa disedari pngwas peperiksaan, dia meniru dr org di sebelah kanan,kiri,depan,belakang...hasilnya?keputusannya jauh lebih cemerlang dari Ahmad. Dan dia berasa bangga.



Situasi 2 (Kesunyian)


Abu seorang yang kacak. Bergaya. Menjadi tarikan ramai perempuan. Ramai yg mnyimpan perasaan kepadanya.

Amid seorang yang kurang kacak. Berpakaian biasa2 sahaja. Jarang bercakap dengan orang. Orang pun tidak sedar dgn kehadirannya, dengan kewujudannya.

Lalu,Allah mngurniakan mereka ini ilham yg sama,utk mghilangkan kesunyian yg dirasai.

Abu, di atas kurniaan yg Allah berikan pdnya, dia berasa megah..semua org tertarik kepadanya...siapa2 pun yg dia inginkan boleh dia dapat..lalu,dia mncari teman wanita..bertukar2..bila sudah bosan,diminta perpisahan..lalu kesunyiannya itu akan diisi oleh wanita lain..dan kitaran ini berterusan...maka,Abu telah mngotori ilham yg Allah berikan pdnya dgn mnyalahgunakan nikmat yg Allah kurniakan padanya..

~ok...teddy bear ini comel..tp perbuatan abu itu tidak sama sekali~

Amid..mengenangkan kekurangn yg dia rasakan pd dirinya..dia berdiam diri...dia tdk spt Abu..dia masih menjadi dirinya..menjalani hari2 biasa...walaupun di hati terasa cukup sunyi..namun dia mnahan diri....dia juga punya harapan..untuk mncari seseorang utk mnjadi teman hidupnya..yg akan berbahagia bersama2,dari dunia hingga ke stesen terakhir semua manusia..lalu,tiba2 ada seorg perempuan ingin berta'aruf dgnnya...setelah mngenali hati budi dan latar belakang perempuan itu serba sedikit, Amid terus menukarkan hubungan itu mnjadi yang halal dgn mnikahinya...maka,Amid telah mensucikan ilham yg dikurniakan padanya..dan membina baitulmuslim yg diredhaiNYA...


maka,di sini dapat kita lihat,antara contoh2 bagaimana seseorg itu mmbuat keputusan utk mndapatkan yg terbaik dalam hidup mereka ...dari ilham yg dikurniakan,mereka mmbuat pilihan...mensuci,atau mngotori...tepuk dada,tanya iman,tanya jiwa,tanya hati...benar,siapa yang tidak mgharapkan yg terbaik dalam hidup mereka? saya sendiri juga mengharapkan yang terbaik dalam hidup saya....untuk berjaya dlm bidang yg saya ceburi ini..untuk menjadikan diri saya ini bermanfaat utk org lain...untuk bertemu dengan seorang muslimah, yang dapat saya bimbing dia ke arah jalan kebenaran, dan dia juga dapat membimbing saya ke arah jalan keredhaan...muslimah yang akan bersama2 saya dalam menempuh jalan berliku di dunia ini, dan muslimah yg masih akan tetap setia menemani di sisi di akhirat kelak di dlm syurga yg kekal abadi..seorang muslimah bergelar isteri yang akan saya nikahi suatu hari nanti...saya mengharapkan zuriat2 yg terbaik..yang mampu utk mngingati saya apabila tiba masanya saya pergi..anak2 yg akan meneruskan perjuangan ini dan masih terus berusaha utk memanfaatkan diri untuk org lain...namun,di dalam perjalanan yang panjang ini,akan ada bermacam2 liku2 yg harus saya tempuh..yang harus saudara2 ikhwah dan akhwat harus tempuhi jua..di mana kita dikurniakan Allah ilham..dan kita harus membuat pilihan...untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan....maka,gunakanlah akal yang Allah kurniakan pada kita seiring dgn ilham yg diberikan...fikir,doa,,ambil keputusan,tawakkal...buat keputusan yang terbaik..memang benar kita ingin yg terbaik dlm hidup,namun kadang kala kita dapat melihat hanya dgn jalan mngotori ilham sahaja kita boleh mendapatkannya...maka,kita silap..ada banyak cara lain lagi..dan mungkin,sebenarnya memang Allah cuba menghindarkan perkara itu dari kita,,kerana apa yang kita rasakan baik tidak semestinya baik bagi kita,dan apa yang kita rasakan buruk tidak semestinya buruk bagi kita...Allah maha mngetahui...kita merancang,namun Allah adalah sebaik2 perancang..dan rancangan kita akan berjaya hanya jika rancangan kita selari dgn perancangan Allah...


kepada sahabat2 yg merasa kesunyian(ok...part ni ditulis sbb musim org kawen dh dekat..;p),
maka bersabarlah..jangan ambil langkah terburu2...mencari cinta di sana sini...tidak perlu mncemburui kepada org yg berpasangan...tetapi,haruslah bersyukur..bahawa Allah sdg memelihara kita..banyak2kanlah berdoa..dan serahkanlah cinta itu kepada Allah...DIA akan mngurniakannya apabila tiba masanya...saya juga telah berhenti dari mengharapkan cinta manusia skrg ni...serahkan sahaja kepada DIA..jika ada,adalah...syukur pada Allah...jika tidak ada,bersabarlah.,kerana,mungkin jodoh sebenar kita tiada di dunia, mungkin kita di jodohkan di akhirat kelak...sementara tubuh yang terbatas kudratnya ini masih mampu bergerak,marilah kita berusaha,berbakti untuk Islam yg kita cinta...marilah kita menjadi daie2 yg bergerak mnyebarkan agama yg benar ini..insyaAllah,semoga Allah memberikan kita kekuatan..


Akhir kata,marilah kita bermujahadah untuk mendapatkan yg terbaik dalam hidup,dan dalam perjuangan itu,marilah kita berusaha dan berdoa,moga2 kita akan sentiasa mngambil jalan mnyucikan ilham yg Allah kurniakan kpd kita di sepanjang perjalanan sebuah kehidupan...kita hanyalah pelakon, di mana dunia ini adalah pentasnya, dan kita berusaha sebaiknya utk mnjalankan peranan yang diberikan kpd kita, untuk mendapatkan keredhaan Allah yang maha pencipta...


InsyaAllah,Allah bersama-sama kita...




Sekadar coretan seorang hamba
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...

15 April 2010

Berhenti sebentar..

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam sejahtera sy ucapkan kpd para sahabat yg msih sudi mngikuti perjalanan blog ini..terima kasih sy ucapkan kpd shbt2 semua...

di sini, sy ingin terlebih dahulu memohon maaf..kerana sy ingin merehatkan diri sbntr dr dunia blogging ini..jari sy seakan sukar utk mnulis, lidah seakan kelu utk berkata dan fikiran sy sedang sdkit celaru skrg ini..sdkt ujian dri Allah sdg melanda...mgkn juga ini perkara biasa utk org yg sedang mngalami penuaan spt sy...insyaAllah,bila tiba masanya sy akn kembali semula...sy hanya ingin berehat sbntr...sy berasa sedih krn tdk dpt memanfaatkn diri utk anda smua buat smntara wktu ini...insyaAllah,sy akn cbe recover scpt mgkn dan blog ini akn aktif kembali..

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...

12 April 2010

Koleksi buku2 baru..(^_^)


Riwayat bidadari syurga tulisan Munif Ahmad.







Doa Insan Berkasih tulisan Aminah Mokhtar




Setenang Cahaya Hati tulisan Salina Ibrahim





Yang sebenarnya tulisan Aisya Sofea dan Saat Kau Kata Cinta tulisan Anis Ayuni

Keluarga baru koleksi buku ku...=)


Sekadar coretan seorang hamba...
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

04 April 2010

Alhamdulillah,usia bergerak setahun lagi..

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam sejahtera di ucapkan pd sahabat2 yg masih sudi mmbaca pnulisan sy ini..pertama skali,alhamdulillah,kesyukuran sy panjatkan...akhirnya line internet sy kembali spt biasa setelah modem rosak semenjak ahad minggu lepas...syukur pada Allah yg masih mmbenarkan utk perjalanan ini diteruskan...

alhamdulillah,pd 3hb April 2010, sy telah mnginjak ke usia 22 tahun..stahun lagi telah berlalu semenjak post ulang tahun kelahiran tahun lepas...berbagai peristiwa suka duka mnghiasi kanvas hidup sy spnjg stahun ini...gembira, duka, bahagia, kecewa..semuanya telah mnceriakan kamus khidupan sy spnjg tahun yg berlalu..syukur pada Allah yang masih mmbenarkan sy utk terus bernafas dan terus berusaha utk mmperbaiki diri utk mnjadi seseorg yg bermanfaat pd org yg lain..

sbnrnya,tiada apa sgt yg ingin d tulis dlm post kali ini..skadar peristiwa2 yg mngambil tmpt spnjg hari bertarikh 3 april 2010 je...yg pertama2ny...ucapan selamat hari lahir yang sy terima tepat jam 12 tgh malam wktu bangalore melalui sms dr malaysia smlm...ayah sy sggup tdk tidur shingga jam 2.30 pagi wktu malaysia smata2 utk mngucapkan kpd sy selamat hari lahir tepat jam 12 di sini...sob3...sy cukup terharu....cukup terharu kerana ayah sy sggup berjaga dr wktu tidurnya yg biasany jam 11 mlm utk mmberikan ucapan pd sy...terima kasih abah=)

sy ingin mngucapkan terima kasih pd shabat2 yg tidak putus2 mmberikan ucapan selamat hari lahir melalui facebook sy...kalian sntiasa dlm hati sy..insyaAllah,semoga rahmat dan kasih sayang dari Allah memenuhi hati2 kita semua...=)

jadi,bergerak kpd aktiviti spnjg hari ini...mula2 skali,pd tengah hari td, sy dan harez mngunjungi sebuah mall yang bru dibuka di bangalore iaitu Mantri Square....masyaAllah,cara binaannya mnyamai mid valley megamall di Malaysia,cuma tdk sbesar mid valley dan byk lg kedai belum dibuka,,,tetapi,suasana yg ada di situ mnyebabkan sy mula mngingati kenangan lama...mgharapkan utk mlihat seseorg saat sy berpaling ke belakang, namun yg ada cuma la rakyat2 negara india ini yg sibuk mlihat2 barangan seakan2 ingin mmbeli kemudian berlalu kerana niat sbnr mereka hanya ingin melihat2 sahaja*sigh*

jadi,x byk sgt brg di beli d mantri mall...skadar beberapa barangan utk mnambahkan koleksi aje...antara barangan yag di beli ialah:

Buku introduction to the holy Quran tulisan Prof Abd Al-Rahman



Buku A to Z of Islam tulisan Ludwig W Adamec, Buku ni menarik sbb seakan2
sbuah encyclopedia/dictionary..stiap perkara di susun mngikut huruf..spt
A terdapat Abu Bakr, lalu buku ini mnceritakan serba sdkit mngenai
Saidina Abu Bakar.




ok,buku yg ni xde kaitan...saje je bli sbb nmpk cm mnarik=)
Perfect love cheque...lol


Antara contoh cek yg ade dlm buku yg pelik tp comel ni...."I promise to spend
the weekend doing whatever you like"...(^_^)


Ahli keluarga terbaru slps Dzulfi, Fizzi dan Az yg prnh ditunjukkan pd salah satu post thun lepas...yg terbaru ni nama nya azri hazwani yg bermaksud "kekuatan pemberianku",,(hehe...pdhal pemberian dr diri sndr kpd diri sndr je..lol;p)

lps dh balik dr mantri square tu,mulanya cadang nk g mkn kt bbq nation ngan yen ngan soli..tiba2,x jadi atas beberapa salah faham dan ksilapan teknikal...maka,sy mngambil kputusan utk mncuba sbuah restoran baru yg dijumpai di internet..maka sy mula2 skali call utk mmastikan kedai itu 1) x serve pork, 2) makanan yg disediakan adalah halal cut...stelah kedua2 criteria itu dipenuhi,sy segera bergegas keluar dr rumah berseorangan mngambil auto dan mnuju ke restoran mugen yg letaknya di 100 feet road....



Yang mnarik perhatian sy bkn sbb ni restoran yg baru di temui...tetapi,restoran ini mnyajikan makanan indonesia,thailand dan china...maka,setelah mnaiki auto slama hampir satu jam 15 minit,sy pun smpi ke tempat yg di tuju...

ni keadaan dlm restaurant mugen ni...mmg atmosphere tmpt ni menenangkan..ada background music cm intrumental lagu thailand gitu...



ni susunan atas meja dia..mmg kemas...



hiasan dalaman dalam restaurant ni...

lepas dh tgk menu,maka sy pon mngambil kputusan utk mngorder bberapa masakan yg mrupakan cuisini indonesia dan thailand...

untuk starter, sy order satay ayam ni..ok,rasa dia x brape cm sate pon..kuah kacang pon x manis..tp ok la..at least dia x rasa cm mkn masakan india..mgkn kt indonesia mmg kuah kacang cmni kot~;p


satay ayam...nyum2...=)


kuah kacang ( x brape mnjadi...)

urm....sedapnye...;p


slain satay tu, sy jgk order mknn bernama Pesan Be Pasih..ni basically adalah ikan yg dibakar dlam daun pisang..dgn sjenis smbal istimewa..mmg sedap..rasa smbal tu mmg sbijik cm mkn asam pedas..*teringat wktu duk johor dlu mkn asam pedas kt KOMTAR..huhu..T_T*

sebelum di buka~



lepas dibuka~

then,untuk soup,sy order tom yam kung...rasan dia mmg sbijik cam tom yam! masyaAllah..x sangka dkt india dpt rasa mskn tom yam yg mmg rasa cm tom yam...tom yam kung ni sbnrny tom yam sotong la...

tom yam sotong...(^_^)


slurp2...


n then,main course sy order steam rice dgn "sumbal udhang"...haha..bkn exactly sambal la...tp rasa dia mmg sweet..x brani nk kata ape la..mgkn ni mmg cara org indonesia masak mknn ni..tp masakan dia sedap...8 bintang...=)


makanan sudah tersedia...=)

steam rice...



sambhal udhang indonesia...nyum2...


ni minuman yg sy order....Bali fruit fantasy...actually ni cm fruit punch je...tp,ok la...




last2,berakhirla sesi dinner seorg diri mnyambut ulang tahun kelahiran yg ke 22 ni di mugen restaurant...overall sy kna total Rs 1654 utk mkn2 ni,,,tp,xpe la..skali skala....kluar mkn2 utk smbut birthday sndr...=)

bil mknn...

grand total....lol




Selamat ulang tahun kelahiran, Azri Dzulfiqar!! (^_^)


Sekadar coretan seorang hamba...
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...