Al-Dzulfiqar

Sekadar coretan seorang hamba

6:49 PM

Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran..(Siri 2)

Posted by Al-Dzulfiqar

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam mahabbah buat sahabat-sahabat yang masih setia mengikuti perjalanan penulisan seorang kerdil bernama Al-Dzulfiqar ini. Saya merasa cukup terharu memiliki sahabat-sahabat yang terus-terusan setia bersama saya dalam perjuangan menyampaikan dakwah yang pastinya menjanjikan jalan yang tidak mudah ini.

Sudah lama saya tidak menulis secara serius di dalam blog ini. Sedikit perihal peribadi telah sedikit mengganggu keinginan saya untuk menulis secara aktif di sini. Pohon kemaafan sahabat-sahabat akhi dan ukhti sekalian.

Hari ini, saya ingin menyambung kembali mengenai sebuah tajuk yang pernah saya tulis suatu ketika dahulu iaitu Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran...(siri 1)

Jika sahabat-sahabat masih ingat, (atau mungkin boleh membaca kembali penulisan saya dengan tajuk yang sama siri 1), saya telah berhenti pada cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan. Maka, kini, saya masih menyambung pada bahagian astronomi, dan kemudian saya akan menyentuh sedikit mengenai fizik dan geografi.

"Al-Quran: The Book Of Signs, petunjuk pada mereka yang mencari"


Al-Quran & Astronomi (sambungan)

1) Matahari berputar pada paksinya



Untuk suatu masa yang cukup lama, saintis dan ahli falsafah barat percaya bahawa Bumi merupakan pusat alam semesta, di mana Bumi tetap kedudukannya, tidak bergerak, tetapi segala planet, matahari, bulan dan alam semesta bergerak mengelilinginya. Di barat, teori ini telah di gunapakai semenjak zaman Ptolemy lagi sekitar abad ke 2. Pada tahun 1512, seorang saintis bernama Nicholas Copernicus(saya yakin ramai mengenali beliau melalui buku fizik tingkatan 4&5 kita) mengemukakan teorinya, "Teori Heliocentric Peredaran Planet", yang menyatakan bahawa Matahari tidak bergerak, tetap pada tempatnya, tetapi planet-planet di sekitarnya yang beredar mengelilingi matahari.

Pada tahun 1609, saintis Jerman, Yohannus Kepler telah menerbitkan sebuah jurnal bertajuk "Astronomia Nova". Di dalam jurnal ini, beliau telah membuat kesimpulan bahawa planet-planet bukan sahaja beredar mengelilingi matahari di dalam orbitnya, tetapi turut berputar pada paksi masing-masing pada kelajuan yang berbeza. Penemuan ini telah banyak membantu para saintis hari ini untuk menerangkan proses yang mengambil tempat di alam semesta ini, termasuklah kejadian siang dan malam.

Walaubagaimanapun, matahari masih tetap di anggap tetap dan tidak berputar pada paksinya sendiri seperti Bumi.

Di dalam surah Al-Anbiya, ayat 33 Allah berfirman,mafhumNYA:

"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)"

"It is He Who created the Night and the Day, and the sun and the moon: all (the celestial bodies) swim along, each in its rounded course. "(Al-Anbiya,33)

Perkataan Arab yang telah di gunakan dalam ayat di atas adalah yasbahun. Perkataan yasbahun telah di ambil dari perkataan sabaha, di mana perkataan ini membawa makna pergerakan dari sesuatu yang sedang bergerak. Sebagai contoh, jika perkataan sabaha di gunakan pada seorang lelaki di atas tanah, ia tidak bermakna beliau sedang berguling, tetapi berlari atau berjalan. Jika di gunakan pada seseorang yang berada di dalam air, ia menunjukkan beliau sedang berenang dan bukannya terapung.

Sama juga jika perkataan yasbahun di gunakan pada jasad di angkasa seperti matahari. Ia akan membawa makna matahari bukan sahaja bergerak menerusi angkasa, tetapi turut berputar dalam pergerakannya itu. Kajian sains telah mengesahkan bahawa matahari berputar pada paksinya, melalui eksperimen titik hitam pada matahari yang telah menunjukkan matahari mengambil masa 25 hari untk melengkapkan putarannya.

Malahan, matahari beredar di angkasa pada kelajuan 150 batu sesaat, dan mengambil masa hampir 200 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengeliling galaksi Milky Way.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
(Yasin, 40)

Ayat ini menyentuh mengenai suatu fakta penting yang di temui oleh astronomi moden, iaitu kewujudan orbit berasingan antara matahari dan bulan, dan peredaran mereka di angkasa dengan pergerakan dan putaran mereka yang tersendiri.

Orbit yang membawa matahari, telah di kenalpasti oleh astronomi moden dan di namakan Solar Apex. Bulan pula berputar pada paksinya pada masa yang sama yang diperlukannya untuk berputar mengelilingi Bumi. Sekarang, tidakkah kita tertanya-tanya, dari manakah sumber-sumber pengetahuan yang terkandung di dalam Al-Quran datang yang hanya dapat di buktikan oleh sains hampir seribu tahun selepas Al-Quran itu wujud?


2) Matahari akan pupus selepas suatu jangka masa



Cahaya yang di pancarakan oleh matahari datang dari suatu proses kimia pada permukaannya yang telah berlaku secara berterusan semenjak 5 billion tahun yang lalu. Bagaimanapun, suatu hari nanti, pasti matahari akan berhenti dari meneruskan fitrahnya, dan pada saat itu kehancuran seluruh alam semesta yakni kiamat akan mengambil tempat. Berkait dengan sifat matahari yang hanya sementara, telah di sebut di dalam Al-Quran:

"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

And the sun runs his course for a period determined for him: that is the decree of (Him), the Exalted in Might, the All-Knowing. " (Yasin, 38)

Perkataan Arab yang telah di gunakan di dalam ayat ini adalah mustaqarr, yang bermaksud tempat atau masa yang telah di tentukan. Maka Al-Quran telah menyatakan bahawa matahari akan berputar sehingga satu masa yang di tetapkan, yang membawa maksud apabila tiba masanya, matahari akan hancur dan pupus.

3) Kewujudan jirim antara bintang di angkasa (interstellar matter)



Ahli astronomi dahulu kala telah membuat hujah bahawa angkasa lepas bersifat vakum, di mana tiada kemungkinan wujudnya jirim-jirim selain dari yang telah di temui dalam sistem solar. Walaubagaimanapun, ahli astronomi kemudiannya telah menemui bahawa wujud jaringan jirim pada ruangan vakum ini. Jaringan jirim ini di gelar plasma, yang terdiri daripada gas terion yang mengandungi bilangan elektron bebas dan ion positive yang sama. Plasma kadangkala di rujuk sebagai keadaan ke 4 bagi jirim ( selain pepejal, cecair, gas). Al-Quran telah menyebut mengenai kewujudan jirim-jirim ini:

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,

He Who created the heavens and the earth and all that is between,
(Al-Furqan, 59)

Interstellar matter

Ianya adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk sesiapa bertaraf manusia mencadangkan kewujudan jirim di angkasa 1400 tahun yang lalu.

3) Alam semesta yang membesar



Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi Amerika bernama Edwin Hubble telah mengemukakan bukti pemerhatian bahawa semua galaksi terhubung antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa semesta ini membesar. Pembesaran semesta ini kini telah menjadi fakta yang kukuh. Al-Quran telah menerangkan mengenai semesta yang semakin bertambah keluasannya ini:

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.

With power and skill did We construct the Firmament: for it is We Who create the vastness of space.
(Adz-Dzariyat, 47)


Perkataan Arab musi'un di terjemahkan sebagai "bertambah keluasan", dan merujuk kepada penciptaan keluasan semesta yang bertambah.

Stephen Hawking, di dalam bukunya "A Brief History of Time" mengatakan, "Penemuan bahawa semesta ini bertambah keluasannya adalah salah satu revolusi intelektual terulung pada abad ke 20." Al-Quran telah menyentuh mengenai semesta yang bertambah keluasannya, sebelum manusia belajar mencipta teleskop lagi.



Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa fakta astronomi di dalam Al-Quran tidaklah engejutkan kerana orang Arab begitu maju dalam bidang ilmu kaji bintang. Mereka benar. Orang Arab memang maju dalam bidang astronomi. Tetapi, orang yang berpendapat demikian, telah gagal untuk menyedari bahawa Al-Quran telah di turunkan lama sebelum orang Arab maju dalam bidang astronomi. Maka, ingin di nyatakan di sini bahawa bukanlah fakta di dalam Al-Quran di sebabkan oleh kemajuan bidang astronomi orang Arab, tetapi sebaliknya, kemajuan orang Arab dalam bidang astronomi adalah kerana astronomi telah di sebut di dalam Al-Quran.



Al-Quran dan Fizik

1) Kewujudan Zarah Subatom



Pada zaman dahulu, Teori Atom telah di terima secara meluas. Teori ini pada asalnya telah di usulkan oleh Democritus, yang hidup 23 abad yang lalu. Democritus dan saintis-saintis selepasnya yakin bahawa unit terkecil jirim adalah atom. Orang Arab juga pernah menyetujui perkara yang sama. Perkataan Arab dharrah secara umumnya bermaksud atom. Penemuan sains terkini membuktikan bahawa wujud kemungkinan untuk suatu atom itu di pisahkan. Dan ini telah di buktikan oleh saintis pada abad ke 20. 14 abad lalu, konsep ini pasti kelihatan sangat tidak mungkin walaupun kepada seorang Arab. Pada mereka pada masa itu, dharrah adalah unit terkecil jirim dan tidak mungkin ada yang lebih kecil dari itu. Walaubagaimanapun, Al-Quran telah menyangkal pendapat ini 1400 tahun yang lalu:

Dan orang-orang yang kafir berkata:" Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu". Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

The Unbelievers say, "Never to us will come the Hour": Say, "Nay! but most surely, by my Lord, it will come upon you;- by Him Who knows the unseen,- from Whom is not hidden the least little atom in the heavens or on earth: Nor is there anything less than that, or greater, but is in the Record Perspicuous:
(Saba, 3)



Ayat ini telah menerangkan keagungan Allah, pengetahuanNYA atas segala benda, yang nyata atau tersembunyi. Seterusnya, ayat ini menyatakan Tuhan menyedari akan setiap yang berlaku, termasuklah perkara yang lebih kecil atau besar dari sebuah atom. Maka ayat ini telah menunjukkan bahawa sesuatu yang lebih kecil dari atom itu boleh wujud, yang baru sahaja di temui oleh sains moden.

Al-Quran dan Geografi

1) Kitaran Air



Pada tahun 1580, Bernard Palissy menjadi manusia pertama menerangkan mengenai konsep kitaran air. Beliau telah menerangkan bagaimana air menjadi wap dari lautan dan sejuk membentuk awan. Awan bergerak ke atas, mengalami kondensasi dan air turun kembali sebagai hujan. Air hujan ini berkumpul sebagai tasik dan sungai yang mengalir kembali ke laut dan proses ini berulang. Pada abad ke 7, Thales of Miletus percaya bahawa titisan air pada permukaan lautan di ambil oleh angin dan di bawa ke atas untuk turun sebagai hujan. Di zaman awal-awal dahulu, manusia tidak mengetahui sumber air bawah tanah. Mereka menganggap air dari lautan, dengan di pengaruhi angin, di tolak ke kawasan lembah tanah. Mereka juga percaya bahawa air di pulangkan melalui satu terowong rahsia, yang di gelar the Great Abyss. Laluan ini berhubung dengan lautan dan di panggil Tartarus, semenjak zaman Plato lagi. Akhirnya, pada abad ke 19, teori Aristotle mula mengambil tempat. Teori ini mengatakan air terkondensasi di pergunungan yang sejuk dan membentuk tasik bawah tanah yang membentuk mata air. Hari ini, kita semua tahu bahawa air hujan yang meresap ke dalam tanah yang membentuk tasik-tasik ini.

Kitaran air telah di sebut di dalam Al-Quran:

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna

Seest thou not that Allah sends down rain from the sky, and leads it through springs in the earth? Then He causes to grow, therewith, produce of various colours: then it withers; thou wilt see it grow yellow; then He makes it dry up and crumble away. Truly, in this, is a Message of remembrance to men of understanding.
(Adz-Zumar, 21)

dan lagi...

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

And among His Signs, He shows you the lightning, by way both of fear and of hope, and He sends down rain from the sky and with it gives life to the earth after it is dead: verily in that are Signs for those who are wise.
(Ar-Rum, 24)

malahan..


Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

And We send down water from the sky according to (due) measure, and We cause it to soak in the soil; and We certainly are able to drain it off (with ease).
(Al-Mukminun, 18)

Tidak mungkin ada apa-apa risalah yang lain 1400 tahun dahulu yang dapat menerangkan mengenai kitaran air dengan tepatnya, kecuali risalah yang di turunkan oleh yang maha Pencipta.


2)Angin membenihkan awan hujan



Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

And We send the fecundating winds, then cause the rain to descend from the sky, therewith providing you with water (in abundance), though ye are not the guardians of its stores.
(Al-Hijr, 22)

Perkataan arab yang di gunakan iaitu lawaqih yang merupakan kata jamak bagi laqih dari perkataan laqaha, yang bermaksud membenihkan. Dalam konteks ini, pembenihan bermaksud angin menolak awan bersama-sama, meningkatkan kadar kondensasi yang menghasilkan petir lalu turunlah hujan.

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

It is Allah Who sends the Winds, and they raise the Clouds: then does He spread them in the sky as He wills, and break them into fragments, until thou seest rain-drops issue from the midst thereof: then when He has made them reach such of his servants as He wills behold, they do rejoice!-
(Ar-Rum, 48)

Pernyataan di dalam Al-Quran adalah sangat tepat dan menyamai fakta sains moden mengenai kajian air.


Sahabat-sahabat sekalian,
sesungguhnya, telah begitu jelas dan nyata bahawa Al-Quran merupakan sebuah kitab yang membawa bersamanya, petunjuk bagi mereka yang ingin mencari kebenaran. Sesungguhnya, tidak mungkin ada kitab lain yang dapat memberikan fakta yang lebih jelas dari apa yang di bawa oleh Al-Quran. Keluasan ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran, membuktikan bahawa Al-Quran tidak di tulis oleh mana-mana manusia, kerana manusia itu pengetahuannya terhad, melainkan Al-Quran ini telah di turunkan oleh yang Maha Pencipta yang telah menciptakan segala-galanya dan tahu segalanya mengenai ciptaanNYA.

InsyaAllah, saya akan menyambung lagi mengenai bukti kebenaran kitab Al-Quran dalam post-post akan datang. Sementara itu, marilah kita meningkatkan amal kita, istighfar kita dan taqwa kita pada Allah yang Maha Pencipta. Bersamalah kita terus teguh dalam mujahadah di jalan Allah ini. Yakinlah pada nasrumminallah, kerana sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir(fathil qaarib). Jazakallah pada sahabat yang terus setia bersama saya. InsyaAllah, jalan juang kita akan makin banyak rintangannya, tapi jangan pernah kita tunduk walau apa jua yang melanda.

Saya akhiri penulisan kali ini dengan sebuah lagu dari Maher Zain- Open Your Eyes yang mengajak kita merenung kebesaran dan bukti kekuasaan Allah.




Subhanallah..Kisah Ruben Abu Bakr memeluk Islam cukup menyentuh hati.
"For those of you who ask for signs, have I not shown you enough already? Look around at the sky, the trees, the water, these are your signs. These are the Signs for those who know!”


Nota kaki: Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Begitu juga pertemuan pasti akan ada perpisahan yang menjelma. Teman datang, teman hilang. Namun kenangan kekal selamanya.
Terima kasih di ucapkan pada sahabat-sahabat jawatankuasa Persatuan Pelajar Malaysia Bangalore 2009/2010 yang telah tamat perkhidmatannya pada awal bulan Disember yang berlalu. Semoga rahmat Allah berterusan mengiringi jejak langkahan kita. Tahniah dan selamat bekerjasama saya ucapkan pada ahli jawatankuasa baru Persatuan Pelajar Malaysia Bangalore 2010/2011.

~Dalam kenangan~
~Dalam pandangan~

Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

1 comments:

Bingai @ Bangang said...

Selamat Tahun Baru!

Saya juga ingin menjemput anda menyertai Salasilah Keluarga

Aku Yang Bingai
Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagi telur di hujung tanduk?