07 January 2012

Perhimpunan 901: Saudara Saiful Bukhari vs Saudara Anuar Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullah..
Berhubungkait dengan Perhimpunan 901, saya sejujurnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di antara Saudara Saiful Bukhari dan Saudara Anuar Ibrahim, namun sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang benar-benar terjadi. Namun begitu, saya memberikan sokongan saya kepada Saudara Saiful Bukhari Azlan kerana saya dapat melihat bahawa beliau lebih telus dan lebih yakin di dalam kes ini, dan beliau lebih konsisten, melakukan setiap yang termampu dan yang boleh beliau lakukan dari setiap sudut yang ada untuk membuktikan kes beliau. Beliau juga telah banyak berubah ke arah yang lebih baik. Sementara pihak yang satu lagi, bagi saya tidak melakukan yang sewajarnya untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Namun, ucapan selamat berjaya saya kepada mereka berdua. Semoga Allah memberikan kita semua petunjuk siapa yang benar-benar betul, dan siapa yang cuba menyembunyikan kebenaran dan cuba menutup pandangan manusia, mengkaburi siapa dirinya yang sebenarnya. Ingatlah penyokong kedua-dua pihak, Allah maha adil, dan jika DIA mahu, DIA boleh memberikan balasan secara "cash" di dunia ini lagi. Semoga Allah memperlihatkan kepada kita semua secara nyata, agar tiada lagi perbalahan dan tuduhan fitnah yang hanya memecahbelahkan kita. Namun sekali lagi, terdapat hikmah di atas segala yang berlaku, dan rahsia di sebaliknya hanya Allah yang benar-benar tahu. Biar apa pun yang mungkin menjadi keputusannya, semoga perpaduan kekal menjadi milik kita, semoga Islam terus kekal di perjuangkan oleh para umatnya.

____________________________________________________________
Maha suci Allah yang mengurniakan kita Islam keturunan,
meski ada yang tidak mengerti apa yang diperintahkan,
namun hidayahNYA sentiasa ada bagi mereka yang mecari kebenaran.


Al-Dzulfiqar,

7 Januari 2012

Bangalore, India.

Sekadar coretan seorang hamba.

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.

Wassalam.