“Tak apa…Asz . Tak perlu minta maaf . Asz tak buat salah pun . Cuma Safih
terkenang peristiwa dulu . Tapi ... tak apalah . Kita lupakan semua tu . Bukankah hari ni
Graduation Day kita ?” kata Radhiyunnah Safih , cuba menceriakan kembali keadaan .
Kesemua mereka masih tidak bersuara . Keadan sunyi yang di cetuskan
cukup mengusik perasaan . Ketenangan yang membawa bersama angin kesedihan .
Kesuraman wajah mereka cukup untuk menggambarkan bagaimana mereka semua turut
merasai kesedihan yang di alami oleh Radhiyunnah Safih . Norhasikin yang menyedari
perkara ini cuba untuk membangkitkan kembali suasana .
“ Safih … Asz , Siti dengan Faiz dah minta dengan bekas class rep kita , Asfa
untuk buat jamuan perpisahan untuk semua classmates kita , students batch sepuluh .
Harapnya kamu berdua pun boleh turut serta …” terang Norhasikin , merujuk kepada Siti
Khadijah dan Nur Faizah .
“ A’a la , Asfa pun dah setuju dengan rancangan kami . Kita akan buat di
Hotel The Summit , USJ . Insya Allah kita akan buat pada sembilan ogos ni .” tambah
Nur Faizah lagi .
“Insya Allah kami akan datang .” balas Radhiyunnah Safih dan Noor
Azriynna .
Mereka kemudiannya berbual mengenai perancangan hidup masing-masing .
Sesekali Radhiyunnah Safih melirikkan ekor matanya kepada Ahmad Ikrimah . Kalaulah
masa boleh diputarkan kembali…bisik hati kecilnya . Kalaulah masa boleh di putarkan
kembali...
No comments:
Post a Comment