Assalamualaikum warahmatullah..
Salam pertemuan kembali pada sahabat-sahabat sekalian.. telah terlalu lama rasanya saya meninggalkan penulisan di dalam blog ini, dan memberikan laluan kepada slot Novel Kasihku Abadi untuk mengisi ruang kosong yang di tinggalkan. InsyaAllah... saya akan mula menulis kembali ulasan atau pendapat atau sekadar salah satu dari idea terjemahan minda saya, insyaAllah...
Untuk post kali ini, saya sebenarnya lebih kepada ingin menulis mengenai luahan hati sendiri... jika tidak ingin baca, tidak mengapa... hehe... skip post ini dan nantikan post saya yang akan datang.
Eksposisi: Cinta... pernah alami?
Benar... saya yakin kebanyakan dari sahabat-sahabat semua pernah merasai cinta... pernah menikmati cinta... cinta itu universal... kasih pada Allah yang maha Pencipta itu cinta... mengingati dan sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w itu cinta... hormat pada ibu bapa itu di katakan cinta... mengambil berat pada saudara-saudara juga di katakan cinta... cinta itu adalah apabila dua orang berkasih sayang dan tidak mengharapkan yang lain selain dari redha Allah s.w.t Tidak ada yang peliknya apabila dua orang yang bertemu itu lalu menghulurkan salam perkenalan. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
Memang fitrahnya manusia itu di ciptakan berbeza-beza. Yang satu melengkapi yang selainnya. Manusia di ciptakan dalam keadaan memerlukan. Memerlukan cinta Allah yang maha Penyayang untuk merawat resah dalam hati. Dan memerlukan manusia yang lain untuk melengkapi perjalanan hidup ini. Maka cinta manusia itu lumrah, tetapi cinta itu terbahagi kepada dua. Cinta yang membina, dan cinta yang menghina.
Cinta yang membina... bagaimana?
Cinta yang membina itu adalah cinta yang membawa kita semakin dekat kepada Pencipta. Semakin kita mengingati cinta hati kita, semakin kuatan ingatan kita pada Yang Esa. Semakin kuat keinginan kita untuk menghalalkan cinta yang bertaut antara dua jiwa. Semakin kuat ingin kita membimbing cinta hati kita meniti jalan yang mendapat redhaNYA. Setiap masa yang berlalu, menjadikan kita lebih kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, kerana kita ingin memburu syurga bersama cinta hati yang amat di sayangi.
Lalu... cinta yang menghina itu bagaimana pula adanya?
Cinta yang menghina itu, adalah cinta yang membuatkan seorang hamba itu menghinakan dirinya sendiri. Cinta yang menghina itu membawa kita lari jauh dari Pencipta. Membawa kita jauh dari jalan menuju redhaNYA. Semakin kita ingati cinta ini, semakin hanyut kita dengan dunia. Semakin kita ingati cinta ini, semakin kuat cinta kita pada dunia. Cinta yang menghina ini, bertemu tiada jemu, dan berpisah tiada gelisah.
Demi cinta yang menghina ini, kita melalaikan tanggungjawab dan amanah kita pada yang maha Esa. Saya analogikan suatu contoh:
"
Cinta yang menghina itu bukanlah di sebabkan oleh cinta itu sendiri. Tetapi di sebabkan oleh pelaku cinta. Yang terlalu mengagungkan cinta yang tidak pernah meminta begitu. Lalu akhirnya kesucian cinta itu tercemar. Di tambah lagi dengan bujuk-bujuk rayu meminta pembuktian cinta. Yang akhirnya menjadikan Iblis dan Syaitan sebagai imam hidup kita.
Konklusi: Cinta itu hanya ada dua, cintakan Allah dan cinta kerana Allah.
Di akhir cerita, semuanya terserah pada kita kembali bagaimana untuk kita menafsirkan dan memperlakukan cinta. Sama ada kita menjadikan cinta itu sebagai penawar hati kita, atau kita menjadikan cinta itu penyakit yang bersarang dalam hati kita. Cinta itu melahirkan kasih sayang, yang merupakan manifestasi dari cinta, yang menerbitkan rindu, yang menerbitkan suka. Yang menjadikan hari-hari yang kita bakal lalui bertambah indah, hingga ke akhirnya, atau sekadar di pertengahan jalan sahaja. Kedua-dua jenis cinta sepertimana yang saya titipkan di atas membawa bahagia kepada yang merasainya, yang membezakan adalah bagaimana cinta itu di muliakan dan bagaimana akhir cerita kepada cinta yang di impikan semua.
Kadang-kadang, kita terfikir, mengapa agaknya kita sering gagal dalam bercinta. Kasih sayang yang bersemi, ataupun mungkin belum sempat bermula, terus terhenti menemui noktahnya. Semua orang tidak dapat lari dari hakikat ini. Benar, saya juga pernah memiliki perasaan cinta terhadap orang lain. Perasaan ingin mendekati dan mengenali. Namun, setakat ini, tidak pernah sekalipun perasaan cinta saya terhadap sesiapa sempat bersemi. Semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Pada mulanya kita merasa sangat kecewa. Saya sendiri pernah menangis ketika berdoa kerana begitu sukarnya untuk saya mendapatkan cinta. Namun, alhamdulillah, kini sebenarnya saya sangat bersyukur pada Allah yang tidak menemukan sebarang cinta untuk saya pada masa ini. Orang yang tidak bercinta, adalah hamba yang berada di dalam pemeliharaanNYA, yang mengelakkannya dari terjerumus ke lembah yang hina jika benar cinta itu sempat di anyam bersama. Kita sering tertanya-tanya, apakah kurangnya kita hingga cinta dan luahan rasa kita tidak di terima? Namun Allah itu maha Kuasa. Carilah, dan pasti kamu akan temui hikmahNYA. Dan kerana itu saya tidak lagi menyesali atau menangisi cinta yang tidak sempat bersemi, kerana akhirnya saya di tunjukkanNYA apa sebenar hikmah di sebalik apa yang terjadi. Dan kini saya merasakan telah tiba masa untuk saya berhenti mencari cinta. Dan kini saya hanya akan menanti cinta yang di pandukan olehNYA ke dalam hidup saya. Semoga hati dan keimanan saya terus tetap dan teguh dalam menanti hari itu, insyaAllah.
Di akhir kalam bicara, renungkanlah dan analisa sebaik mungkin sebelum menyulam sesuatu cinta. Suka saya meminjam kata-kata seorang sahabat di dalam penulisannya. Cinta menurut saudara Hilal Asyraf adalah "apabila kamu mahukan dia masuk ke syurga bersama-sama". Jadi, insyaAllah, semoga dapat kita jadikan syurga sebagai matlamat akhir kita, dan membimbing orang yang kita cintai bersama-sama, meraih redhaNYA, menggengam rahmatNYA, menghuni syurgaNYA.
Semoga sedikit titipan ini bermanfaat buat kita semua, insyaAllah.
Sekadar titipan seorang hamba, di ilhamkan yang Esa, moga bermanfaat buat semua
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah...
Wassalam...




3 comments:
Ammal..
The BESTEST entry i hv read from u..
sgt terkesan..
phrase paling sy suka..
"Cinta ada 2..Cinta Allah & Cinta kerana Allah"
then, bab yg kapel tu memg xleh blah..hehehe..pasal kuku pon nk pengsan ek??
Bravo Ammal..
Salam...
Farra..
huhu..terima kasih berkunjung ke blog ini.. insyaAllah, saya sedang cuba melakukan yang terbaik untuk menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua, selagi nyawa dan jasad masih bersama keduanya~
hehe..saya lagi la...meremang bulu roma baca tulisan sendiri kul 1 pagi semalam~huhu..
benar..cinta ada 2.. Cinta Allah & cinta kerana Allah..moga2 kita mendapat kedua-dua cinta itu dalam kehidupan kita ini, insyaAllah...sama2 kita berdoa=)
eyh saya pun suka ke blog hilal asraff jugak.
nway ammal,jgn cepat berkata
" Orang yang tidak bercinta, adalah hamba yang berada di dalam pemeliharaanNYA, yang mengelakkannya dari terjerumus ke lembah yang hina jika benar cinta itu sempat di anyam bersama." ujian Allah itu pelbagai rupanya.kadang kita x sedar,ade perbuatan percakapan penulisan kita yang dah tergelincir sedikit.dari terpelihara dari dosa 2 yang MUNGKIN timbul apabila bercinta,tiba2 timbul dosa riak dan mengagumi diri pula..maaf,itu pemhahaman saya pada penulisan saudara.bukan mahu menjadi negatif,cuma saya ikhlas mengingatkan sama2 kita...sebab saya juga tidak punya siapa2 cinta,tapi saya tahu ada dosa lain yang terpalit dalam sendiri saya ini,masih usaha,masih doa dan tidak mahu cepat berasa lega dalam mencari keredhaanNya...=)
apalah guna iman kita kalau tak diuji bukan?
Post a Comment