“ Asz , you looked so … different tonight . Anggunnya you malam ni .” kata
Radhiyunnah Safih , memuji Noor Azriynna .
“ Thanks . You pun apa kurangnya Safih . Probability untuk you di pilih jadi
‘Queen of The Night’ tetap ada .” balas Noor Azriynna .
Kedua-dua mereka tertawa . Mereka kemudiannya bergegas menaiki
kenderaan di luar rumah . Proton Waja 1.8Gl . Model 2006 . Berwarna kelabu metalik ,
dengan kelajuan maksimum mencapai 280 km sejam , sesiapa juga akan terpikat kepada
kereta ini . Dan kereta ini di miliki oleh Noor Azriynna , di hadiahkan kepadanya oleh
pihak universiti kerana kecemerlangannya dalam pelajaran . Radhiyunnah Safih turut
memiliki kereta dari model yang sama yang turut di hadiahkan oleh pihak universiti ,
namun mereka menaiki kereta yang sama untuk menjimatkan penggunaan petrol .
Tambahan pula jalanraya sering mengalami kesesakan pada waktu-waktu sebegini .
Enjin di hidupkan . Proton Waja yang di pandu Noor Azriynna meluncur laju
membelah angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa . Sebaik memasuki Lebuhraya
Persekutuan , kereta mereka mula di perlahankan . Puluhan kenderaan yang membanjiri
permukaan jalan , bagaikan membentuk sebuah lautan yang tidak bertepi . Bunyi hon dari
pemandu yang kurang sabar membingitkan suasana . Bagai hendak kiamat lakunya .
Teriakan kata-kata yang kurang baik untuk di dengari mula berkumandang di udara ,
menambahkan lagi keriuhan pada atmosfera yang membumbungi lebuhraya itu .
“Ke manakah perginya sifat ramah rakyat Malaysia yang sering di war-warkan selama ini
di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio?”bisik hati Noor Azriynna .
Segalanya hilang bagaikan kabus di bakar sinaran matahari , hilang dalam sekelip mata
apabila berdepan dengan situasi sebegini . Pastinya masyarakat Malaysia akan malu besar
jika ada masyarakat dari dunia luar yang bertandang ke Malaysia terlihat senario
sebegini , bisik hati Radhiyunnah Safih pula . Kedua-duanya hanya mampu
menggelengkan kepala .
No comments:
Post a Comment