“Cepatlah , Safih . Nanti kita lambat pula . Dah pukul enam setengah ni .”
teriak Noor Azriynna .
“Kejap , dah nak siap dah ni . Majlis tu start lepas Isyak , kan ?” tanya
Radhiyunnah Safih .
“Memang la majlis tu start lepas Isyak , tapi tahu-tahu sahajalah jalan di
Petaling Jaya ni . Sesak memanjang …”jawab Noor Azriynna , mengemaskan ikatan
kain tudungnya .
Kedua-dua gadis tersebut sedang sibuk mempersiapkan diri mereka . Hari ini
mereka berdua akan menghadiri Majlis Perpisahan bekas pelajar program teknologi
makmal perubatan batch yang ke sepuluh . Majlis ini boleh dianggap penting kerana
mungkin ada di antara mereka yang tidak akan dapat berjumpa lagi di masa yang akan
datang atas kesibukan kehidupan masing-masing . Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna
telah lama menanti majlis ini . Radhiyunnah Safih menyimpan harapan untuk bertemu
dengan seseorang . Ada perkara yang perlu di selesaikan di antara mereka . Begitu juga
Noor Azriynna . Dia juga ingin bertemu dengan seseorang di majlis tersebut . Seseorang
yang pernah menjadi sebahagian dari lukisan pada kanvas kehidupannya .
“ Asz , mari kita pergi sekarang . Safih dah siap .”ajak Radhiyunnah Safih .
Noor Azriynna yang telah lama menunggu bingkas bangun dari sofa lantas
mencapai tas tangannya . Baju kurung hijau yang indah di sulami benang emas , di hiasi
manik-manik hijau yang berkilauan di suluh cahaya , di tambah pula dengan corak bunga
melur yang di atur jarang-jarang , mempamerkan keanggunan sejati Noor Azriynna .
Persis wanita Melayu terakhir . Aksesori brooch untuk tudung yang di pakainya ,
berbentuk bunga melur berwarna hijau yang di hiasi jalinan permata di sekelilingnya ,
cukup padan dengan pakaian yang menyaluti dirinya , menyerlahkan lagi keayuan yang
di miliki oleh gadis kelahiran Mersing ini . Tidak sia-sia dia menaruh kepercayaan
kepada Mari Boutique , butik pakaian yang agak terkenal di kalangan masyarakat Melayu
untuk menyiapkan pakaiannya . Noor Azriynna cukup berpuas hati dengan
penampilannya untuk majlis ini . Radhiyunnah Safih terpegun melihat keanggunan Noor
Azriynna yang cukup terserlah pada malam itu . Matanya seakan tidak berkelip
memandang rakannya yang kelihatan cukup berbeza pada malam itu .
No comments:
Post a Comment