“… watikah yang ku miliki
janji ku pada pertiwi
untuk menabur bakti
Ku sempurnakan
seikhlas hati
membela negara
doa restu ayah bonda ku untuk semua
UITM…Usaha Taqwa Mulia .”
Graduan-graduan Universiti Teknologi Mara kelihatan begitu gembira sekali
pada hari ini. Segak memakai baju graduasi rasmi universiti yang berwarna ungu terang,
siswa-siswa dan siswi-siswi ini telah mengharungi kehidupan sebagai penuntut universiti
selama tiga tahun dan akhirnya kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Sinar
keriangan jelas terpancar di wajah mereka, seterang sinar sang suria yang tetap patuh
untuk terus melontarkan cahayanya, menerangi alam ini. Angin yang bertiup sungguh
menyamankan, seakan-akan mengerti kegembiraan yang sedang di raikan oleh
graduan-graduan ini. Baru sebentar tadi, para graduan telah di anugerahkan sijil diploma
yang terhasil dari jerih perih mereka selama ini oleh Naib Canselor Universiti Teknologi
MARA, Dato’ Ibrahim Abu Shah. Dewan Seri Budiman menjadi saksi betapa
gemilangnya yang di rasakan oleh setiap yang hadir untuk Majlis Konvokesyen ini.
Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah universiti yang telah dengan setianya berkawal
untuk memastikan keselamatan para graduan dan ibu bapa sejak bermulanya majlis ,
telah mula berbaris untuk menamatkan tugas mereka . Kenderaan-kenderaan mula
menjalari muka bumi UiTM Shah Alam , masing-masing dengan tujuan yang pasti ,
untuk segera pulang ke rumah mereka .
Di suatu sudut yang lain , seorang gadis sedang bermenung seorang diri ,
memikirkan hala tuju kehidupannya selepas ini . Bibirnya yang mulus bak buah delima
tidak putus-putus melafazkan kalimah syukur kepada Allah . Baginya, setiap yang
berlaku adalah ketentuan Allah . Dia tidak pernah menjangka apa yang telah berlaku
semasa penganugerahan segulung diplomanya tadi .
“Dengan lafaz bismillah , saya ProfesorDr Abdul Rahim bin Md Noor ,
Dekan Fakulti Sains Kesihatan dengan ini mengumumkan para graduan dari fakulti
kami . Saya mulakan dengan Program Diploma Teknologi Makmal
terbaik bagi Program Teknologi Makmal Perubatan ialah Radhiyunnah Safih binti
Camrul Nixam dengan purata nilai gred kumulatif 3.95 , Ahmad Ikrimah bin Xamsul
Cairel , purata nilai gred kumulatif 3.92 , Noor Azriynna binti Jafri , purata nilai gred
kumulatif 3.89 dan Ammal Dzulfiqar bin Ismail dengan purata nilai gred kumulatif 3.88.
Seterusnya , Abdul Aziz bin Amran …”
Ungkapan kata yang di tuturkan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan masih
terngiang-ngiang di benaknya . Sesungguhnya , di tidak pernah menyangka akan terpilih
sebagai graduan terbaik bagi program teknologi makmal
peristiwa tadi , semakin laju lidahnya menuturkan lafaz syukur kepada Allah . Sekuntum
senyuman yang manis , terhasil dari hati yang ikhlas , terukir di wajahnya .
No comments:
Post a Comment