16 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 2 - Part 3




Setengah jam yang berikutnya , kesesakan mula beransur pulih . Kenderaan


mula bergerak sedikit demi sedikit , walaupun agak perlahan . Sepanjang waktu itulah


juga suasana di dalam kereta yang di pandu oleh Noor Azriynna di ulit sepi .


Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna melayan perasaan masing-masing . Ada bayangan


seseorang yang menjelma di dalam benak mereka . Seseorang yang pernah mengetuk


pintu hati mereka tidak lama dulu . Seseorang yang telah menjadi sebahagian dari diari


kehidupan mereka . Bunyi hon dari kenderaan di belakang mereka membangkitkan


kedua-dua mereka dari lamunan masing-masing .


Hoi , tidur ke?”jerit suara pemandu kereta itu , sambil memotong kenderaan


yang di pandu oleh Noor Azriynna . Mukanya jelas menunjukkan rasa marah yang


dirasainya .


Noor Azriynna mengangkat tangan tanda meminta maaf . Dia pun tidak


mengerti bagaimana dia boleh turut hanyut dalam arus lamunan yang datang entah dari


mana . Radhiyunnah Safih juga kelihatan agak tergamam . Terperanjat barangkali kerana


lamunannya tiba-tiba di hentikan oleh bunyi hon kereta yang memotong mereka tadi .


“Safih , Safih okey ke ? Safih tak apa-apa ?”tanya Noor Azriynna , cemas .


Noor Azriynna ingin memastikan keadaan Radhiyunnah Safih yang kelihatan sedikit


pucat .


No comments: