04 July 2010

Hari kesedihan..


Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini merupakan hari kesedihan saya.
Salah satu anak saya, Aldzulfiar telah pulang menemui Penciptanya petang tadi.
Beliau merupakan anak yang periang. Beliau kelihatan sangat gembira semalam.
Beliau telah melakukan banyak "popcorning" malam semalam.

Tengah hari tadi, saya menyerahkan kembali ibu tumpangnya kepada tuannya yang sebenar.
Adzulfiar dan Ariynna kelihatan sedikit sedih, tapi masih aktif seperti biasa. Pulang dari menyerahkan kembali ibu mereka, saya memberikan mereka makan. Mereka berdua makan seperti biasa. Kerana kepala yang berat dan sakit, saya mengambil keputusan untuk tidur selepas makan ubat dan menunaikan solat asar.

Saya bangun pada waktu maghrib. Memikirkan saya perlu menelefon ayah saya, usai solat maghrib, teman serumah saya,Zharif mengajak saya keluar ke kedai prepaid. Ketika itu saya melihat Adzulfiar sedang duduk di dalam litter binnya. Saya menganggapkan mungkin dia sedang berehat. Lalu saya keluar.

Kemudian, pulang dari membeli prepaid. Saya melihat anak-anak saya. Adzulfiar masih berkeadaan sama. Saya merasa pelik. Saya segera menyentuh tubuhnya. Sejuk. Dan telah menjadi stiff. Saya cuba mengusap tubuh Adzulfiar berulangkali tapi tiada respons.

Saya menunjukkan Adzulfiar kepada Zharif. Zharif mencadangkan cuba letakkan sedikit air di muka Adzulfiar,mungkin akan ada respons. Saya meletakkan air, tetapi anak itu tetap tidak bergerak lagi. Memandangkan keadaan tubuhnya yang telah stiff, mungkin Adzulfiar telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika saya tidur tadi.

Tubuhnya telah mengeras saat saya meriba Aldzulfiar


wajah anak ini cukup tenang saat menghembuskan nafas yang terakhir


Saya merasa kehilangan yang amat sangat.Anak yang saya sayang, yang baru seminggu dalam jagaan saya, telah meninggalkan saya. Saya merasa amat kesunyian. Maafkan papa, Adzulfiar. Kerana papa telah gagal menjaga kamu dengan baik. Sehingga kamu pergi meninggalkan papa. Semoga rohnya dilindungi yang maha pencipta.



Adzulfiar merupakan anak yang gemar makan carrot. maka saya memutuskan untuk mengebumikannya dengan makanan kegemarannya.



Adzulfiar yang telah dikafankan

Kini, saya cuma ada Ariynna untuk di jaga. InsyaAllah, saya akan cuba sebaiknya untuk memastikan anak ini besar dengan baik. Semoga keselamatan dan kesihatan anak ini terpelihara.

Saat-saat kami bersama

Adzulfiar dalam kenangan


Papa rindu kamu, Adzulfiar...

Tempat persemadian Aldzulfiar





Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

2 comments:

nabilah_2908 said...

takziah di atas kepemergian aldzulfiar...sabar la yer..

comel jer buat kubur..bernisankan sepit baju..hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLUEBERRY WAFFLE

Anonymous said...

sabar ye ammal..