13 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Part 6

Ayah Radhiyunnah Safih kaget . Dia yang berlari keluar akhirnya telah di


tangkap oleh jiran-jiran yang mendengar jeritan Radhiyunnah Safih , sebelum di serahkan


kepada pihak polis . Radhiyunnah Safih masih ingat ketika dia memangku kepala ibunya


yang ketika itu sedang nyawa-nyawa ikan . Ibunya telah meminta Radhiyunnah Safih


untuk terus berjaya dalam hidupnya , belajar bersungguh-sungguh agar nasib


Radhiyunnah Safih tidak seperti ibunya . Ibunya turut memintanya berhati-hati dalam


memilih teman hidup . Teman yang baik akan membawanya ke syurga , sedangkan teman


yang buruk akan memimpinnya ke neraka .


Radhiyunnah Safih masih ingat ketika ibunya mengucapkan dua kalimah


syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuannya . Kenyataan yang


berterusan menghantui tangga-tangga kehidupannya selepas itu . Setiap malam bayang-


bayang kenangan menyaluti benaknya . Hingga dia menjadi cukup tertekan sekali .


Namun , Radhiyunnah Safih tetap tabah menghadapi kenyataan . Di panjatkan doa


kepada Allah agar hidupnya di redhai dan di berkati .


Radhiyunnah Safih kemudiannya telah di hantar ke sekolah berasrama oleh


saudara-maranya yang kasihan melihat gadis itu sentiasa bersendirian . Dari situlah


bermulanya bibit-bibit pertemuannya dengan Noor Azriynna . Gadis yang telah banyak


membantu Radhiyunnah Safih untuk menerima kenyataan hidupnya . Gadis yang telah


banyak membantunya dalam pelajaran . Radhiyunnah Safih cukup bersyukur yang dia


telah di pertemukan dengan insan yang mulia seperti Noor Azriynna . Titisan air mata


mula menghambur keluar dari empangan matanya , bagaikan butiran permata di atas


pasir . Berkilauan di suluh mentari .


Noor Azriynna yang tertawa bersama-sama rakan mereka yang lain kerana


gurauannya tadi mula sedar perubahan di wajah Radhiyunnah Safih . Dia tersedar yang


dia mungkin telah menyinggung perasaan Radhiyunnah Safih . Noor Azriynna berasa


cukup kesal kerana gagal untuk menghias katanya sebaik mungkin , hingga telah


menghiris perasaan teman karibnya semenjak di sekolah berasrama dulu .


“Safih …Safih ok ke?Maafkan Asz , Asz tak sengaja terlafaz kata-kata tadi.”


pohon Noor Azriynna . Kekesalan jelas tergambar di wajahnya .


Radhiyunnah Safih menyeka manik-manik kaca yang keluar dari kelopak


matanya . Noor Azriynna tidak bersalah dalam hal ini . Apa yang telah berlaku telah pun


berlalu . Kehidupannya perlu di teruskan .Baginya , hidup adalah seperti pelangi .


Manfaatkanlah warna pelangi itu walaupan ianya muncul hanya seketika . Kerana


keindahan pada warna pelangi itu menghiasi kaki langit setelah mampu menandingi


segala ribut taufan yang melanda . Hatinya turut di bekami rasa kesal kerana telah


menyebabkan Noor Azriynna berasa serba salah di atas tindak-tanduknya tadi .

No comments: