24 July 2010

Post Istimewa: Taat Pada Ibu dan bapa





"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (An-Nisa, 36)

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam pertemuan sekali lagi sahabat-sahabat yang saya kasihi dan muliakan sekalian. Saya harap sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat sihat dan sentiasa berada dalam pemeliharaanNYA, insyaAllah...Saya mulakan post kali ini dengan memetik perintah-perintah Allah sebagaimana yang di mafhumkanNYA di dalam surah An-Nisa, ayat 36, yang terdiri daripada:

1) Taat kepada Allah dan jangan menyengutukan Allah
2) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
3) Berbuat baik kepada kaum kerabat
4) Berbuat baik kepada anak-anak yatim
5) Berbuat baik kepada orang-orang miskin
6) Berbuat baik kepada jiran tetangga, dekat mahupun jauh
7) Berbuat baik kepada musafir.


Di antara semua perintah-perintah Allah ini, dapat kita lihat, selepas perintah taat kepada Allah, Allah memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Maka, inilah tajuk yang akan saya bincangkan hari ini iaitu taat kepada ibu dan bapa.





Eksposisi: Ibu dan bapa di kurniakan kedudukan yang mulia oleh Allah.




"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."(Al-Isra', ayat 23)

Di dalam Al-Quranul Karim, banyak terdapat ayat-ayat yang menyentuh bagaimana harusnya seorang anak itu memuliakan ibu dan bapa. Bagaimana seorang anak itu harus memperlakukan ibu dan bapanya. Bagaimana seorang anak itu harus mengasihi ibu dan bapanya.

Saya tertarik untuk memetik sedikit tulisan dari sebuah buku karya Imam Abu Laits As-Samarqand bertajuk Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi orang yang lalai) di bawah tajuk Hak kedua ibu bapa. Imam As-Samarqand telah menyatakan bahawa,
"Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa redha Allah s.w.t. tergantung pada redha kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."

Dari kata-kata beliau ini, dapat kita simpulkan bahawa Allah meletakkan ibu dan bapa itu pada satu kedudukan yang tinggi, di mana untuk kita mendapatkan redha Allah, selain dari kita menunaikan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA, kita juga harus mentaati ibu bapa dan mendapatkan redha mereka, selama mana perintah ibu dan bapa ini tidak bertentang dengan syarak.

Transisi: Siapakah itu bapa? Dan siapa pula ibu?

Jika kita mengambil masa bertanyakan pada sahabat-sahabat kita. Siapakah itu bapa? Dan siapakah itu ibu? Pastinya jawapan yang sering kita dengar adalah "bapa tu ayah la", "bapa tu orang yang kahwin dengan mak aku", "bapa tu orang yang dah ada anaklah", "bapa yang tanggung aku sampai aku besar", "Ibu menyisir rambutku, kemas selalu"(lirik lagu pun masuk jugak...apekah?) dan sebagainya. Sebenarnya, definisi seorang bapa dan seorang ibu adalah lebih dari itu.


Bapa sebagai pelindung.


(sekadar gambar hiasan)

Peranan seorang bapa adalah lebih besar dari apa yang sering kita fikirkan. Benar, seorang bapa bekerja mencari rezeki untuk keluarganya. Rela berpanas, menahan lapar dan juga dahaga. Tenaga di kerah selagi terdaya. Keringat yang jatuh tiada di kira. Biar dirinya susah, asalkan keluarganya itu bahagia. Keluarganya itu cukup semua. Keluarganya tiada meminta-minta. Biar dirinya bersengkang mata, jangan anak-anaknya mulut ternganga. Seorang bapa akan berusaha dan terus berusaha. Mencari rezeki yang halal, bersesuaian perintah yang Maha Esa. Di hatinya sentiasa berdoa, moga sakinah menghiasi keluarganya. Moga cinta dalam keluarganya akan subur sepanjang masa. Moga anak-anaknya menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Bapa juga bertindak sebagai seseorang yang melindungi kita. Jika cikgu mengherdik kita, bapalah orang yang pertama yang menunjukkan muka. Jika kita terjatuh lalu terluka, bapalah yang memapah kita. Jika kita memerlukan sesuatu, bapalah yang memberikan belanja. Bapa melindungi kita bukan setakat dalam hidupnya, selepas pemergiannya pun, masih ada sedikit perlindungan yang di tinggalkan buat anak-anaknya. Saya analogikan dengan situasi ini:



"Seorang anak muda. Bapanya seorang imam yang rajin menyebarkan risalah agama. Namun takdir menentukan, setiap yang hidup tiada kekal nyawanya. Rahmat yang Esa memanggil bapanya pulang menemui pencipta. Lalu, anak muda ini kehilangan dahan tempat berpaut. Kawan-kawan cuba menghiburkan. Lalu aktiviti-aktiviti lagha mula menjadi bualan. Jalan kecil di kampung itu tempat permainan. Merempit itu punya kelajuan yang bisa bikin kecanduan. Lalu minyak di pulas sekuat tangan. Memecah sunyi di senja yang kesyahduan. Orang-orang kampung hilang kesabaran. Lalu anak-anak muda kaki peleseran ini di tahan. Di lihat anak muda ini sebahagian dari tahanan. Lalu, si anak muda di lepaskan. Anak muda mula kebingungan. Kepada orang kampung anak muda menanyakan. "Aku kenangkan ayah kamu dulu baik dan rajin mengajar anak-anak kampung ke jalan kebenaran." Anak muda jadi terpempan. Hangat pipi terasa keinsafan. Kenangan atas ihsan seorang bapa yang telah berlalu pergi menjadi asbab sebuah perjalanan mencari Tuhan."
Lihat, bagaimana besar impak seorang bapa dalam kehidupan anak-anaknya.



Ibu pula.. sekadar wanita pertama yang membawa kita ke dunia?

(sekadar gambar hiasan)

Ibu adalah wanita yang melahirkan kita. Benar. Tapi, hanya itukah yang telah di lakukan oleh seorang ibu untuk kita sebagai anak-anaknya? Adakah sesuatu anak dalam kandungan itu tiba-tiba ada dan tugas ibu hanya untuk melahirkan? Tidak. Seorang ibu melalui pelbagai fasa sebelum tiba pada saat melahirkan kita.

Secara mudahnya, sebelum kita di lahirkan ke dunia, seorang ibu telah melalui berbagai-bagai kepayahan hanya untuk membolehkan kita menghirup udara. Pertamanya, seorang ibu telah mengandungkan kita. Seorang ibu telah menghadapi pelbagai perubahan dalam tempoh mengandungkan kita. Deria seorang ibu mula berubah. Alahan mula menjalankan peranannya. Pelbagai perubahan anatomi, fisiologi, psikologi dan emosi mula mengambil tempat. Sistem hormon akan ada perubahan. Sistem peredaran darah akan ada perubahannya. Sistem penghadaman akan ada perubahannya. (untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubahan ini, bolehlah rujuk buku-buku berkait Obstetrik) Semua perubahan ini adalah adaptasi yang di lalui tubuh seorang ibu untuk menerima kehadiran kita yang semakin membesar dalam rahim yang di kurniakan Allah yang maha kuasa. Maka, layakkah kita mengatakan ibu merupakan wanita yang melahirkan kita tanpa menyebut pengorbanan yang besar ini?



Sewaktu seorang ibu itu hamil, Allah mengujinya. Wahnan ala wahnin. Kesusahan di atas kesusahan. Sudahlah seorang ibu itu harus kuat dalam menjaga kita yang di kandungnya. Membawa kita bersama-sama dengan abdomen yang membesar. Menahan berat tambahan yang kita sumbangkan ketika dalam kandungan. Allah menguji lagi dengan kesusahan yang lain seperti kesukaran ingin tidur. Pusing sini, anak tak selesa. Pusing sana, ibu tak selesa. Tidur seorang ibu terganggu sepanjang mengandungkan seorang anak. Tambah-tambah lagi apabila amnion sac menekan urinary bladder, maka si ibu akan mempunyai masalah peningkatan frekuensi membuang air kecil. Namun si ibu sabar. Semuanya ujian dari Allah. Dan ibu akan teguh menghadapi kesukaran-kesukaran ini untuk membolehkan anak yang di kandungnya melihat dunia.

Pada saat ingin melahirkan, seorang ibu hanya ada dua pilihan. (MCQ pun ada 4 pilihan A,B,C dan D) Seorang ibu hanya ada pilihan untuk hidup, atau kembali menemui Ilahi. Peluangnya 50-50. Tidak ada pilihan lain. Seorang lelaki pun tidak mungkin akan sanggup untuk melahirkan seorang anak walau di bayar 1 lakh rupees sekalipun kerana risiko yang ada. Tetapi seorang ibu itu berkorban. Seorang ibu sanggup menggadai nyawa untuk melahirkan kita. Atas sebab itulah Allah menakdirkan jika seorang ibu itu meninggal dunia saat melahirkan, maka ibu itu telah mati syahid. MasyaAllah, betapa Allah memuliakan seorang ibu. Dan sangat beruntunglah kita semua yang mempunyai ibu dan bakal menjadi ibu.

Ibu melahirkan kita (sekadar gambar hiasan)



Konflik: Anak-anak tidak menghargai ibu bapa?

(sekadar gambar hiasan)

Sangat sedih sekali apabila kita mendengar apa yang berlaku pada ibu bapa pada masa ini. Saban hari kita membaca dalam akhbar tentang kederhakaan anak-anak pada ibu bapanya. Ibu bapa di hantar ke rumah-rumah orang tua. Ibu bapa merayu anak-anak pulang di hari raya. Yang paling meleburkan hati saya hingga menitiskan air mata adalah apabila membaca tentang kejadian anak-anak yang sanggup membunuh ibu bapa mereka? Kerana apa? Kerana dadah yang nikmatnya sebentar cuma? Kerana jarum suntikan yang membahagiakan bagai di syurga? Saya merasa cukup terkilan, cukup marah dengan anak-anak yang tidak menghargai ibu dan bapa ini. Tidakkah kalian sedar bahawa kalian beruntung masih mempunyai ibu, masih mempunyai bapa? Ramai orang dalam dunia ini, hanya ,menghargai ibu bapanya di saat mereka telah pergi menemui pencipta. Mulalah tangan terketar-ketar, memeluk nisan yang berdiri hambar. Saat itu, walaupun anak itu membinakan pusara yang paling cantik dan paling indah dalam dunia sekalipun, tiada maknanya lagi. Si ibu telah berlalu pergi. Si bapa tiada mungkin akan kembali. Yang di tangisi sebenarnya hanyalah diri sendiri. Sesalan atas silap yang tiada sempat memohon di ampuni.

(sekadar gambar hiasan)




Lalu, bagaimana harus kita memuliakan ibu dan bapa?



Imam As-Samarqand menyatakan di dalam kitab tulisan beliau, Tanbihul Ghafilin bahawa hak ibu dan bapa terhadp seorang anak itu ada sepuluh perkara, antaranya:

  • Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan

  • Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.

  • Jika berhajat bantuan harus dibantu

  • Menyambut panggilannya

  • Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Mengasari orang)

  • Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan

  • Tidak boleh memanggil nama kecilnya (gelaran)

  • Jika berjalan harus dibelakangnya

  • Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri

  • Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.

Seorang anak itu harus melaksanakan semua ini menurut Imam As-Samarqand. Seorang anak harus cuba menyuapkan makanan kepada ibu dan bapanya, bukan sekadar pulang di hujung minggu dan menyediakan makanan, lalu di ajak ibu itu makan. Atau membuat majlis doa selamat, lalu menjemput ibu makan. Sedarlah, di waktu kita kecil dahulu ibu dan bapalah yang menyuapkan. Biarpun kita berlari-larian, khayal dengan permainan. Terdapat kisah di zaman nabi Musa, di mana Nabi Musa a.s memohon pada Allah agar di tunjukkan temannya di syurga. Lalu Allah menitahkannya menemui seorang lelaki di pasar. Setelah memperkenalkan diri, Nabi Musa di jemput bertandang ke rumahnya. Nabi Musa melihat lelaki itu biasa-biasa saja. Tiada yang istimewa pada dirinya. Lelaki itu meminta Nabi Musa tunggu sebentar di ruang tamu, sementara dia menyediakan sedikit hidangan di dapur. Nabi Musa menjadi hairan melihat lelaki ini kelihatan sibuk berulang alik dari dapur ke bilik. Rupa-rupanya, di dalam bilik itu ada ibu pemuda tadi. Si pemuda berulang alik memasak untuk Nabi Musa sambil menyuapkan makanan kepada ibunya di dalam bilik. Dan mulut si ibu tidak putus-putus berdoa saat si anak menyuapkan makanan ke mulutnya. "Ya Allah, jadikanlah anakku ini teman Nabi Musa di syurga."

Ada suatu kisah lagi mengenai seorang pemuda yang sangat mencintai ibunya. Uwais Al-Qarni namanya. Seorang sahabat di zaman Rasulullah yang tidak pernah bertemu Rasulullah, tetapi namanya ada di sebut Rasulullah kepada Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar. Uwais Al-Qarni ini merupakan seorang anak yang sangat taat pada ibunya. Uwais ingin sekali bertemu Rasulullah, namun atas kecintaannya pada ibunya, Uwais telah dengan sabar menjaga ibunya. Hinggalah suatu hari ibunya bersetuju mengikuti Uwais untuk bertemu Rasulullah di Madinah. Uwais berasa cukup gembira apabila mendengar ibunya sanggup untuk mengikutinya.(sangat berbeza dengan anak-anak zaman ini, yang jika ibu atau bapa ingin mengikut mereka bertemu dengan rakan atau berjalan-jalan, pasti menarik muka masam dan memberikan seribu satu alasan) Maka Uwais berangkat bersama ibunya, dalam sebuah perjalanan yang cukup menguji mereka. Uwais menggendong ibunya, hinggalah tiba suatu saat di mana ibunya mengatakan nampaknya perjalanannya akan terhenti di situ. Dalam kesedihan, Uwais merelakan pemergian ibunya kembali menemui Ilahi. Lalu, Uwais meneruskan perjalanannya menuju ke Madinah. Sebaik tiba, di tanyakannya kepada orang ramai, di manakah Rasulullah kerana Uwais terlalu ingin menemui baginda. Orang ramai menyatakan kepada Uwais bahawa Rasulullah telah wafat sebelum Uwais tiba. Uwais menangis teresak-esak. Kebetulan Umar dan Abu Bakr melalui kawasan itu, lalu bertanyakan apa yang terjadi. Mendengarkan bahawa pemuda yang menangis itu adalah Uwais Al-Qarni, kedua-dua khalifah Islam ini segera meminta agar pemuda itu mendoakan mereka semua. Uwais menjadi hairan. Lalu Umar menceritakan apa yang telah di katakan oleh Rasulullah kepada mereka, bahawa selepas kewafatan baginda, akan datang seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni, dan sangat makbul doanya kerana ketaatannya kepada ibunya. Mohonlah padanya untuk mendoakan kalian. Umar dan Abu Bakr berkata kepada Uwais;

"Kamu tidak dikenali oleh penduduk dunia...namun namamu harum di kalangan penduduk langit"


Konklusi: Biar nama tidak di kenali penduduk dunia...namun biarlah ianya harum di kalangan penduduk langit



Ibu dan bapa merupakan satu lagi pinjaman Allah kepada kita. Sudah sifat sesuatu yang di pinjam, pasti akan tiba waktu di mana pinjaman akan di ambil semula. Sebagai seorang anak, marilah kita berusaha sebaiknya untuk berbakti pada ibu dan bapa sementara kesempatan masih ada. Janganlah kita menanti hingga ke saat-saat akhir untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa. Ibu dan bapa membesarkan dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang hingga kita mampu berpijak sendiri di atas bumi ini, maka begitulah juga selayaknya kita menjaga dan mencurahkan kasih sayang kita kepada mereka. Memuliakan ibu dan bapa janganlah bermusim, berusahalah agar kita mampu melakukannya sepanjang masa. Marilah kita berusaha untuk mencontohi Uwais Al-Qarni, yang tidak di kenali penduduk dunia, namun namanya harum di kalangan penduduk langit kerana ketaatan dan kasih sayangnya pada seorang ibu.


Nota sisi

Sebenarnya, saya menjadikan post ini sebagai satu nukilan istimewa sempena memperingati pemergian arwah ibu saya, Nor Amna binti Ibrahim, yang pada hari ini, 24 Julai 2010, telah genap 11 tahun kembali menemui yang Esa, sebagaimana yang pernah saya coretkan di sini. Mama, dah 11 tahun berlalu. Dan telah 11 tahun ika menempuhi hidup tanpa mama di sisi. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama mama. Ika akan sentiasa doakan mama. InsyaAllah, semoga kita akan bertemu kembali suatu hari nanti. Dan itu adalah sesuatu yang pasti.

Al-fatihah buat arwah Nor Amna Binti Ibrahim (9 Jan 1955 - 24 Julai 1999), yang telah 10 tahun meninggalkan sisi ini ( 24 Julai 1999 - 24 Julai 2010).




Semoga rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama-sama roh arwah, insyaAllah.


Sekadar titipan seorang hamba, di ilhamkan yang Esa, moga bermanfaat buat semua
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

22 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 2 - Part 5




Alhamdulillah , kita dah nak sampai dah .” ujar Noor Azriynna , mematikan


lamunan Radhiyunnah Safih yang sedang leka di dalam dunia khayalan ciptaannya


sendiri .


Dari tingkap depan kereta , terlihat sebuah bangunan tinggi yang tersergam


indah di tengah-tengah ibu kota . Warna kuning keemasan yang membaluti tubuh


bangunan tersebut , cukup sesuai dengan rekabentuk struktur bangunan itu sendiri . Di


bahagian paling atas bangunan tersebut , terukir nama ‘The Summit’ , nama yang tidak


asing lagi kepada seluruh masyarakat dunia . Bukan hanya sekadar memenuhi keperluan


masyarakat tempatan , hotel ini juga turut sering menerima tempahan dari diplomat-


diplomat asing yang berkunjung di atas tiket lawatan kerja . Hotel ini juga sering


menempatkan persidangan-persidangan yang melibatkan wakil-wakil dari negara luar .


Kerana perannanya yang telah sedikit sebanyak menaikkan nama negara , hotel berprestij


ini telah di iktiraf sebagai antara hotel terbaik bertaraf lima bintang yang harus di


kunjungi oleh masyarakat luar yang berkunjung ke Malaysia .


Ketika Noor Azriynna sedang mencari tempat yang sesuai untuk memparkir


kereta yang mereka naiki , Radhiyunnah Safih terlihat kelibat Haily dan Siti Salwa di


pintu masuk hotel tersebut . Tangan Haily melambai-lambai kepada Radhiyunnah Safih


dan Noor Azriynna . Radhiyunnah Safih membalas lambaian Haily sambil tersenyum .


Hatinya teringat kepada salah satu gosip yang di dengarnya ketika dalam pengajian


dahulu , yang mengaitkan Haily dengan Siti Salwa . Mungkinkah benar-benar ada sesuatu


yang terjalin antara mereka ? Radhiyunnah Safih tertawa kecil . Noor Azriynna


memandang perlakuan Radhiyunnah Safih dengan penuh kehairanan , namun dia


membiarkan sahaja sahabatnya itu . Proton Waja yang di pandunya di letakkan di sudut


yang agak terlindung dari sinaran matahari . Noor Azriynna dan Radhiyunnah Safih


melangkah keluar dari kenderaan tersebut . Kereta di kunci dan kedua-dua mereka


bergerak menuju ke arah Haily dan Siti Salwa .


“ Aku tak nak ikut kau lagilah . Kau tak faham ke ? Lepaslah !” terdengar


satu jeritan yang agak keras bunyinya . Jeritan seorang wanita. Mereka semua yang


sedang meladeni perasaan gembira melihat rakan-rakan mereka itu tersentak.



20 July 2010

Berbicara tentang cinta..

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam pertemuan kembali pada sahabat-sahabat sekalian.. telah terlalu lama rasanya saya meninggalkan penulisan di dalam blog ini, dan memberikan laluan kepada slot Novel Kasihku Abadi untuk mengisi ruang kosong yang di tinggalkan. InsyaAllah... saya akan mula menulis kembali ulasan atau pendapat atau sekadar salah satu dari idea terjemahan minda saya, insyaAllah...

Untuk post kali ini, saya sebenarnya lebih kepada ingin menulis mengenai luahan hati sendiri... jika tidak ingin baca, tidak mengapa... hehe... skip post ini dan nantikan post saya yang akan datang.

Eksposisi: Cinta... pernah alami?

Benar... saya yakin kebanyakan dari sahabat-sahabat semua pernah merasai cinta... pernah menikmati cinta... cinta itu universal... kasih pada Allah yang maha Pencipta itu cinta... mengingati dan sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w itu cinta... hormat pada ibu bapa itu di katakan cinta... mengambil berat pada saudara-saudara juga di katakan cinta... cinta itu adalah apabila dua orang berkasih sayang dan tidak mengharapkan yang lain selain dari redha Allah s.w.t Tidak ada yang peliknya apabila dua orang yang bertemu itu lalu menghulurkan salam perkenalan. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:


Memang fitrahnya manusia itu di ciptakan berbeza-beza. Yang satu melengkapi yang selainnya. Manusia di ciptakan dalam keadaan memerlukan. Memerlukan cinta Allah yang maha Penyayang untuk merawat resah dalam hati. Dan memerlukan manusia yang lain untuk melengkapi perjalanan hidup ini. Maka cinta manusia itu lumrah, tetapi cinta itu terbahagi kepada dua. Cinta yang membina, dan cinta yang menghina.

Cinta yang membina... bagaimana?

Akad yang menyatukan seorang adam dan seorang hawa dalam mencari redhaNYA
(sekadar gambar hiasan)

Cinta yang membina itu adalah cinta yang membawa kita semakin dekat kepada Pencipta. Semakin kita mengingati cinta hati kita, semakin kuatan ingatan kita pada Yang Esa. Semakin kuat keinginan kita untuk menghalalkan cinta yang bertaut antara dua jiwa. Semakin kuat ingin kita membimbing cinta hati kita meniti jalan yang mendapat redhaNYA. Setiap masa yang berlalu, menjadikan kita lebih kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, kerana kita ingin memburu syurga bersama cinta hati yang amat di sayangi.
Maka, untuk mencapai apa yang kita impi itu, kita berusaha semaksimumnya dalam menghadapi hidup ini. Kita inginkan redhaNYA memenuhi ruang-ruang kehidupan kita bersama si "dia", maka kita semakin rapat kepada yang Esa. Semakin kerap kita mengunjungi rumahNYA. Semakin intim dahi kita menyentuh sejadah yang terhampar rata. Semakin bersih mata kita di ladungi air mata mengharapkan petunjuk dariNYA. Semakin merdu suara kita meratib rahmat yang Esa, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir tiada lain melainkan ikhlas kerana rindu kepadaNYA. Kita ingin menghalalkan tautan dua jiwa. Maka, kita akan bersungguh-sungguh dalam setiap yang kita kerjakan. Jika dulunya sekadar "cukuplah kalau lulus", kini "distinction" menjadi impian. Kita ingin membimbing cinta hati kita apabila ikatan yang sah telah terjalin nanti, maka kita akan semakin mendekati dan mempelajari ilmu-ilmu Allah. Fiqah, Muamalah, Munakahah dan segala cabang-cabang ilmu dalam Islam kini menjadi teman yang setia. Kita ingin memburu syurga bersama-sama orang yang kita cinta, maka kita akan selalu mengingatkan dirinya dan diri kita sendiri, akan batas-batas yang wajib di jaga, akan ibadat-ibadat yang tidak harus di lupa, akan selawat-selawat yang harus sentiasa menghiasi bibir-bibir kita. Cinta hati telah menjadi asbab kepada satu perubahan. Cinta hati menjadi sumber kekuatan bagaikan cahaya yang menerang di kegelapan. Cinta hati telah menjadi seakan satu penunjuk arah untuk kita menuju ke arah kejayaan yang mutlak, iaitu kejayaan di akhirat kelak. Maka inilah cinta yang membina. Cinta yang membawa seorang hamba kembali kepada Penciptanya.

Solat sunat nikah mengharapkan berkah dalam
merapatkan hubungan cinta yang di bina kerana Allah


Lalu... cinta yang menghina itu bagaimana pula adanya?

Berdua-duaan tanpa ikatan yang sah mencemarkan nama cinta yang suci
(sekadar gambar hiasan)


Cinta yang menghina itu, adalah cinta yang membuatkan seorang hamba itu menghinakan dirinya sendiri. Cinta yang menghina itu membawa kita lari jauh dari Pencipta. Membawa kita jauh dari jalan menuju redhaNYA. Semakin kita ingati cinta ini, semakin hanyut kita dengan dunia. Semakin kita ingati cinta ini, semakin kuat cinta kita pada dunia. Cinta yang menghina ini, bertemu tiada jemu, dan berpisah tiada gelisah.
Demi cinta yang menghina ini, kita melalaikan tanggungjawab dan amanah kita pada yang maha Esa. Saya analogikan suatu contoh:

"
Sepasang kekasih. Janji ingin bertemu pada jam 2 petang. Jam kini menunjukkan pukul 1.15 petang. "Tak boleh jadi ni! Jalan mesti sesak sebentar lagi. Baik aku keluar sekarang." ujar si pemuda. "Solat zuhur sempat kut buat dekat midvalley nanti" bisik hati kecilnya. Kenderaan empat roda itu di pacu laju menuju rumah si kekasih hati. Setibanya di sana, masih belum kelihatan bayang kekasihnya. "Fuh! Lega. Nasib baik aku tak lambat." ujar si pemuda mengurut dada. Si kekasih hati keluar dengan langkahan gedik menggoda. "Sorrylah yang, kuku I patah tadi. Dah lama I simpan tau." ujar si gadis, memujuk. "Oloh, oloh, oloh... cian sayang abang ni. Sayang tak apa-apa?" ujar si pemuda, menunjukkan simpati pada si kekasih hati. "Nasib baik tadi I tak pengsan.(apekah?? patah kuku=pengsan??) Jomlah yang, nanti kita terlepas pula movie tu!" kata si gadis dengan nada mendayu-dayu. Si pemuda segera menukar gear, dan memandu dengan penuh bergaya, seperti pelumba dalam the Fast and Furious membawa Mitsubishi Lancer, walaupun keretanya cumalah perodua kancil adanya. Sebaik tiba, tiket di beli, tangan di apit bersama menuju wayang utama. Sudah tamat cerita, jam di lihat, sudah memasuki senja. "Tak apa, boleh Qada'. Islam agama yang memudahkan umatnya" pujuk hati si pemuda. Dan tanpa sedar mereka berdua semakin jauh meninggalkan jalan yang di redhai Pencipta."


(Sekadar gambar hiasan)


Cinta yang menghina itu bukanlah di sebabkan oleh cinta itu sendiri. Tetapi di sebabkan oleh pelaku cinta. Yang terlalu mengagungkan cinta yang tidak pernah meminta begitu. Lalu akhirnya kesucian cinta itu tercemar. Di tambah lagi dengan bujuk-bujuk rayu meminta pembuktian cinta. Yang akhirnya menjadikan Iblis dan Syaitan sebagai imam hidup kita.

Konklusi: Cinta itu hanya ada dua, cintakan Allah dan cinta kerana Allah.

Di akhir cerita, semuanya terserah pada kita kembali bagaimana untuk kita menafsirkan dan memperlakukan cinta. Sama ada kita menjadikan cinta itu sebagai penawar hati kita, atau kita menjadikan cinta itu penyakit yang bersarang dalam hati kita. Cinta itu melahirkan kasih sayang, yang merupakan manifestasi dari cinta, yang menerbitkan rindu, yang menerbitkan suka. Yang menjadikan hari-hari yang kita bakal lalui bertambah indah, hingga ke akhirnya, atau sekadar di pertengahan jalan sahaja. Kedua-dua jenis cinta sepertimana yang saya titipkan di atas membawa bahagia kepada yang merasainya, yang membezakan adalah bagaimana cinta itu di muliakan dan bagaimana akhir cerita kepada cinta yang di impikan semua.
Kadang-kadang, kita terfikir, mengapa agaknya kita sering gagal dalam bercinta. Kasih sayang yang bersemi, ataupun mungkin belum sempat bermula, terus terhenti menemui noktahnya. Semua orang tidak dapat lari dari hakikat ini. Benar, saya juga pernah memiliki perasaan cinta terhadap orang lain. Perasaan ingin mendekati dan mengenali. Namun, setakat ini, tidak pernah sekalipun perasaan cinta saya terhadap sesiapa sempat bersemi. Semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Pada mulanya kita merasa sangat kecewa. Saya sendiri pernah menangis ketika berdoa kerana begitu sukarnya untuk saya mendapatkan cinta. Namun, alhamdulillah, kini sebenarnya saya sangat bersyukur pada Allah yang tidak menemukan sebarang cinta untuk saya pada masa ini. Orang yang tidak bercinta, adalah hamba yang berada di dalam pemeliharaanNYA, yang mengelakkannya dari terjerumus ke lembah yang hina jika benar cinta itu sempat di anyam bersama. Kita sering tertanya-tanya, apakah kurangnya kita hingga cinta dan luahan rasa kita tidak di terima? Namun Allah itu maha Kuasa. Carilah, dan pasti kamu akan temui hikmahNYA. Dan kerana itu saya tidak lagi menyesali atau menangisi cinta yang tidak sempat bersemi, kerana akhirnya saya di tunjukkanNYA apa sebenar hikmah di sebalik apa yang terjadi. Dan kini saya merasakan telah tiba masa untuk saya berhenti mencari cinta. Dan kini saya hanya akan menanti cinta yang di pandukan olehNYA ke dalam hidup saya. Semoga hati dan keimanan saya terus tetap dan teguh dalam menanti hari itu, insyaAllah.
Di akhir kalam bicara, renungkanlah dan analisa sebaik mungkin sebelum menyulam sesuatu cinta. Suka saya meminjam kata-kata seorang sahabat di dalam penulisannya. Cinta menurut saudara Hilal Asyraf adalah "apabila kamu mahukan dia masuk ke syurga bersama-sama". Jadi, insyaAllah, semoga dapat kita jadikan syurga sebagai matlamat akhir kita, dan membimbing orang yang kita cintai bersama-sama, meraih redhaNYA, menggengam rahmatNYA, menghuni syurgaNYA.
Semoga sedikit titipan ini bermanfaat buat kita semua, insyaAllah.

Sekadar titipan seorang hamba, di ilhamkan yang Esa, moga bermanfaat buat semua
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah...
Wassalam...

18 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 2 - Part 4



Urm .. tak apa . Safih tak apa-apa . Cuma terperanjat sikit saja .”terang


Radhiyunnah Safih .


Noor Azriynna mengarahkan keretanya ke bahu jalan lalu memberhentikan


kenderaan yang di pandunya. Dia membuka pintu lalu menuju ke tempat duduk belakang.


Botol air berisi air suam yang di sediakan olehnya awal-awal lagi di capai . Dia membuka


penutup botol itu . Botol itu kemudiannya di berikan kepada Radhiyunnah Safih .


Radhiyunnah Safih meneguk air yang di berikan oleh Noor Azriynna itu . Dia


berasa sedikit lega . Kepucatan pada mukanya mula luntur , sebagaimana lunturnya


kegelapan malam tatkala di gantikan oleh kecerahan siang . Dia mula berasa segar


kembali . Noor Azriynna yang melihat perubahan pada wajah Radhiyunnah Safih berasa


lega . Alhamdulillah , ucapnya di dalam hati .


Radhiyunnah Safih mengembalikan botol air itu kepada Noor Azriynna


sambil mengucapkan terima kasih . Noor Azriynna menyambut huluran itu lalu


meletakkan botol itu ke tempat asal . Dia kemudiannya duduk kembali di tempat duduk


pemandu dan memasang tali pinggang keledar . Radhiyunnah Safih turut memasang tali


pinggang keledarnya . Noor Azriynna menoleh kepada Radhiyunnah Safih yang


menunjukkan isyarat ‘okey’ dengan mengangkat ibu jarinya . Noor Azriynna tersenyum .


Bismillahirrahmannnirrahim . Subhanallazi sakh khorolana haza wama


kunna lahu mukrinin . Wa inna ila rabbina lamun qolibun .” Noor Azriynna membaca


doa naik kenderaan lalu membetulkan tempat duduknya . Ekor matanya melirik ke


cermin sisi Proton Waja itu .


Tangan Noor Azriynna menolak pedal gear . Gear satu di masukkan dengan


cermat sekali . Signal ke kanan di hidupkan Sebaik mendapati tiada kereta dari belakang ,


Noor Azriynna segera menekan pedal minyak . Kenderaan yang mereka naiki berada di


atas jalan raya semula . Kereta di pandu pada kelajuan 60 km sejam . Jari Noor Azriynna


menekan punat radio . Kedengaran siaran dari Radio IKIM.fm yang ketika itu sedang


mengelolakan salah sebuah rancangan terbitannya . Rancangan itu bagaimanapun sudah


hampir sampai ke penghujungnya .


“ Kita telah hampir sampai ke penghujung rancangan . Kami tinggalkan


saudara dan saudari sekalian dengan sebuah nasyid yang cukup bermakna kepada insan-insan


bergelar wanita di luar sana. Dari kumpulan DeHearty dengan nasyid yang


berjudul ‘Wanita’. Jumpa lagi di lain siaran, insyaAllah. Ma'asalamah wa ilalliqo'.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh …” ujar pengacara radio itu .



…tercipta engkau dari rusuk lelaki


bukan dari kaki untuk di alasi


bukan dari kepala untuk di junjung


tapi dekat di bahu untuk di lindung


dekat jua di hati untuk di kasihi


engkaulah wanita , hiasan duniawi



Mana mungkin …


lahirnya bayangan yang lurus elok?


bila datangnya dari kayu yang bengkok


begitulah…peribadi yang di bentuk


Didiklah wanita …dengan keimanan


bukannya harta…ataupun pujian


kelak tidak derita…mengharap pada yang binasa


engkaulah wanita istimewa



Sedarilah … insan istimewa


bahawa kelembutan…bukan kelemahan


bukan jua…penghinaan dari Tuhan


bahkan sebagai hiasan kecantikan



Radhiyunnah Safih kelihatan begitu menghayati bait demi bait lirik nasyid


tersebut . Bibirnya kelihatan bergerak-gerak , mengikuti senikata nasyid tersebut . Begitu


juga Noor Azriynna . Nasyid ini telah menghiasi perjalanan hidup mereka selama ini .


Semenjak mereka belajar di universiti lagi . Perkataan demi perkataan yang di susun


dengan begitu halus dan indah , di iringi alunan muzik yang cukup meruntun jiwa ,


menjadi irama yang cukup syahdu buat diri mereka . Menyimpan makna yang begitu


tersirat di hati mereka , yang tidak mungkin dapat di tafsirkan oleh sesiapapun kecuali


mereka sendiri . Lima minit tetingkap masa yang berlalu sambil di hiasi rentak yang


lembut dari nasyid ‘Wanita’ terasa begitu menenangkan , menghilangkan masalah yang


sedang memberantak di dalam kotak fikiran mereka .