Di bilik pembedahan , doktor sedang bertungkus lumus melakukan
pembedahan untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera ekoran kejadian
yang tragik tadi .
________________________________________________________________________
Dua hari sudah berlalu . Seorang insan mula bangkit dari tidurnya yang
panjang . Dia memandang sekeliling . Dia kehairanan . Mengapa semuanya ... serba
putih ?
Insan itu bangun dari katilnya . Dia memandang sekeliling . Semuanya
seba ... kosong . Dia melihat horizon putih yang tidak berpenghujung . Di manakah
aku ? ... soal dirinya . Dia ternampak satu kerlipan cahaya di suatu hujung . Hei , saya
di sini ... jeritnya . Dia berlari ke arah cahaya itu .
Tercungap-cungap . Tercungap-cungap insan itu berlari ke arah cahaya
itu . Namun , tiada apa di situ . Dia hampa . Di manakah semua orang ? ... tanyanya .
Tiba-tiba , dia terasa satu kehangatan . Seseorang merangkul lehernya dari belakang .
Insan itu menoleh ke belakang .
" Abang ! " katanya , gembira .
" Sayang . " kata insan yang tiba-tiba muncul itu .
Mereka berpelukan . Berpelukan buat masa yang agak lama . Kucupan
bibir di berikan kepada insan itu . Pelik . Amat berlainan sekali yang di rasakannya .
Kucupan itu terasa cukup hangat . Cukup hidup . Cukup bersemangat . Tangan si pemuda
membelai lembut rambut si gadis . Si gadis ingin merasai nikmat itu lebih lama , namun
si pemuda mula melepaskan kucupannya . Si pemuda memegang kedua tangan gadis
itu dan di letakkan di pipinya . Dia tersenyum . Si gadis tersenyum kembali . Namun ,
pegangan itu di lepaskan . Si pemuda berpaling lalu melangkah pergi .
" Abang , abang nak pergi mana tu ? Janganlah tinggalkan sayang seorang
di sini . Sayang takut . " jerit si gadis .
Langkah si pemuda terhenti . Dia menolehkan kepalanya .
" Sayang , jangan risau . Sayang tak akan apa-apa . Abang akan sentiasa
melindungi sayang . Cuma , sekarang abang kena pergi jauh ... jauh sangat . Tapi ,
sayang tak boleh ikut . Masih ramai yang menunggu kepulangan sayang . Pulanglah ... "
kata si pemuda .
" Abang ... tunggu .Sayang nak ikut abang . "
Si gadis cuba untuk melangkah tetapi kedua kakinya terasa amat berat .
Tali-tali halus membelit kakinya . Dia semakin tenggelam ke dalam tanah .
" Abang ... tolong ! " jerit si gadis .
" Pulanglah Ariynna . Abang akan sentiasa melindungi dirimu . "
Seluruh tubuh si gadis sudah di liputi tanah . Si gadis berasa lemas . Lemas ,
seseorang menghulurkan tangan untuk membantunya . Si gadis menyambut tangan yang
di hulurkan .
________________________________________________________________________
" Doktor , pesakit dah memberikan reaksi . " kata jururawat .
Ariynna membuka mata perlahan-lahan . Di lihatnya sekeliling . Dia
di kerumuni oleh orang yang tidak di kenalinya . Abah . Mama . Dia terlihat ibu dan
bapanya yang seperti baru menangis . Apa yang telah terjadi ? Sakit . Dia terasa
sakit di dadanya . Abang . Dia teringat suaminya . Di manakah abang ? ... dia menyoal
dirinya .
" Tahniah doktor , pembedahan itu berjaya . " ucap jururawat kepada doktor .
" Terima kasih banyak-banyak doktor ... sebab tolong selamatkan anak
saya . " kata ibu Ariynna , teresak-esak .
" Tak mengapa , sudah tugas saya . Izinkan saya minta diri dahulu . " kata
doktor .
Ariynna masih tidak mengerti apa yang telah terjadi . Dia kebingungan .
Dia bertanya kepada ibunya .
"Mama , apa yang dah terjadi ? Mana abang Fiar ? " tanyanya .
Ibu dan bapa Ariynna saling berpandangan .
________________________________________________________________________
Ariynna menyusuri tanah perkuburan Bukit Kiara . Pusara bernombor
284223 . Pusara yang menjadi arah tujuannya . Di tangannya tergenggam dua helai
kertas . Satu daripadanya di selaputi darah yang telah kering .
________________________________________________________________________
" Ini telah di tulis oleh Encik Adzulfiar sebelum dia di bawa ke hospital .
Saya rasa Puan Ariynna patut menyimpan kertas ini . " kata doktor yang merawat
Ariynna , Dr Fareha . Dia baru sahaja selesai memeriksa keadaan Ariynna.
Ariynna mengambil kertas itu . Darah yang telah kering bertompokan
di atasnya . Dia membaca tulisan di atas kertas dengan berhati-hati .
“Surat apa tu doktor?Nak baca,nak baca…”kedengaran suara Fatin Izzati
Jamilah, seorang kanak-kanak kecil yang baru dimasukkan ke wad tersebut sehari
sebelumnya kerana keracunan makanan.
“Milah,tak elok nak baca surat orang lain tahu. Kurang sopan.”kata Dr Emilna.
“Maaf doktor…”kata Fatin Izzati Jamilah,tersenyum sambil meletakkan
tanda ‘peace’ di pipinya. Keletah anak kecil ini cukup melucukan lantas menyebabkan Dr
Fareha dan Ariynna sama-sama tertawa.
“Puan Ariynna ambillah masa untuk membaca surat itu,okey?Maaf,saya
terpaksa melihat keadaan pesakit lain. InsyaAllah,nanti saya datang
lagi.Assalamualaikum..”kata Dr Fareha.
“Waalaikumsalam..”balas Ariynna.
Dr Fareha berlalu pergi meninggalkan Ariynna dengan sehelai kertas kumal di
tangannya. Fatin Izzati Jamilah telah tertidur,mungkin penat barangkali. Perlahan-lahan
Ariynna membuka lipatan pada kertas tersebut dan membaca isi kandungannya.
" Tuan Doktor ,
Saya , Adzulfiar Khairil dengan ini meminta jasa baik
Tuan Doktor untuk menyelamatkan isteri saya , Ariynna Hazri .
Saya tidak akan hidup lebih lama lagi . Terlalu banyak darah
yang telah hilang . Dengan ini , saya memberikan kebenaran
kepada Tuan Doktor untuk menggunakan segala organ-organ
dalaman saya untuk menyelamatkan isteri saya . Dia
telah di tikam di jantung . Jadi , saya rasa jalan yang terbaik
untuk menyelamatkannya ialah melalui pemindahan jantung .
Saya harap doktor akan menggunakan jantung saya untuk
menyelamatkan isteri saya . Saya pernah berjanji akan sentiasa
melindunginya . Dan saya akan tunaikan janji itu . Segala
kerjasama doktor saya ucapkan terima kasih .
Yang benar ,
" Abang ! " jerit Ariynna . Suami yang di kasihinya telah berkorban
agar dia terus hidup . Dan Adzulfiar akan terus hidup . Terus hidup di dalam tubuh
Ariynna . Ariynna menangis teresak-esak . Betapa besarnya pengorbanan Adzulfiar .
Pada ketika itu, adik Ariynna baru sahaja masuk melalui pintu hadapan wad kelas
pertama itu. Dia terperanjat melihat Ariynna sedang menangis lalu segera mendapatkan
kakaknya.
" Eh , kak . Kenapa nangis ni ? " tanya adik Ariynna yang melawatnya .
" Tak ada apa-apalah dik . " balas Ariynna , cuba menyembunyikan
tangisannya .
" Kak , ni saya ada jumpa satu surat dalam laci akak . Rasanya , arwah
abang yang tulis . " kata adik Ariynna , perlahan .
Dengan pantas Ariynna menyambar sampul surat itu . Bahagian penutupnya
di buka .
" Ke hadapan Ariynna yang ku sayangi ,
Ketika sayang membaca surat ini , abang mungkin telah tiada
lagi di dunia ini . Abang nak sayang tahu yang abang akan
sentiasa menyintai sayang .
Sebenarnya , abang telah mendapat beberapa tanda yang
kurang baik menjelang perkahwinan kita . Abang sebenarnya
tidak ingin melibatkan sayang , namun kerana sayang nampaknya
bersungguh-sungguh dengan perkahwinan kita , maka abang diamkan
sahaja .
Cinta tak akan datang dengan mudah . Cinta lahir dari dua hati yang
saling mengerti antara satu sama lain . Cinta ibarat gerhana . Walaupun
masanya cuma sekejap , namun memberikan kesan yang cukup besar
dalam kehidupan manusia .
Nampaknya sumpahan abang tak akan hilang buat selamanya . Abang
akan tetap keseorangan . Namun , abang cukup bersyukur kerana
sayang sudi untuk menemani hidup abang .
Akhir sekali , abang nak sayang sentiasa bahagia . Carilah kebahagiaanmu
sayang . Lupakanlah segala kenangan yang mampu melukakan perasaan
sayang .Abang akan sentiasa doakan supaya sayang akan sentiasa
berbahagia sepanjang kehidupan ini .
Yang menyayangimu ,
Sekali lagi Ariynna menangis . Sungguh tulus hati Adzulfiar . Ariynna
tidak pernah kesal akan perkahwinannya . Walaupun masanya hanya sekejap .
Walaupun kini dia bergelar balu kepada Adzulfiar Khairil. Tidak mungkin dia akan
mampu untuk melupakan segala kenangan manis bersama Adzulfiar .
" Padamu ku utuskan ,
kalimah penuh perasaan
untuk ku menyatakan
apa yang tersirat di hatiku ...
Dalam tidak kau sedari ,
kau hanya menyintai ku
sedangkan ku mencuba
melangkah pergi dari hidupmu ...
Kau ...
yang sering membahagiakan
di kala ku kesedihan
tak mungkin akan ku lupakan ...
Ku ...
hanya ingin kau mengerti
apa yang ku miliki
cuma harapan yang silam ...
Lupakanlah semua kenangan
yang bisa buat kau bersedih
sampai di sini saja
cinta yang di pertahankan ...
Anggaplah ini suratan
satu perpisahan
maafkan andainya
hatimu terluka ... "
( Felix : Warkah Berlagu Pilu )
________________________________________________________________________
Seorang gadis bertudung labuh sedang sibuk mengemaskan pusara
bernombor 284223 . Rumput rampai yang tumbuh di cabut lalu di buangnya .
Air mawar di siram dan bunga kemboja di taburkan . Dia tidak lupa menghadiahkan
al-fatihah . Perkara yang biasa di lakukannya setiap bulan . Sudah lima tahun usia
pusara ini . Dan setiap bulan selama lima tahun inilah si gadis sentiasa datang untuk
mengemaskan pusara ini . Dan mungkin begitulah juga buat bulan-bulan seterusnya .
Dia kini menjawat jawatan pengarah di syarikat Pathology Lab Sdn Bhd . Si gadis masih
hidup berseorangan . Telah banyak lamaran yang di tolaknya . Baginya , hanya seorang
sahaja yang bertakhta di hatinya .
" Abang , sayang akan sentiasa mengingati abang . Semoga kita akan bertemu
kembali suatu hari nanti . " kata si gadis .
Hari sudah merangkak senja . Si gadis biasanya mula beredar dari pusara itu .
Dia akan berjanji untuk mengunjungi semula pusara itu . Pelik . Si gadis masih tidak
berganjak dari pusara itu . Adakah dia tertidur ? Wahai gadis , bangunlah ! Hari sudah
senja . Segeralah pulang ke rumahmu . Senja itu , tanah perkuburan Bukit Kiara
di kerumuni orang ramai . Menjadi saksi kepada peristiwa yang cukup menyentuh
hati . Seorang isteri yang setia . Seorang pencinta yang setia . Seorang kekasih yang setia
telah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi cinta sejatinya , di pusara cinta sejatinya .
Oh , betapa hebatnya kuasa cinta . Cinta mampu memberikan kehidupan kepada
seseorang . Cinta mampu untuk mengambil kehidupan dari seseorang . Oleh itu ,
hargailah cinta . Janganlah di persiakan cinta yang datang . Cinta mungkin hanya akan
hadir sekali dalam seumur hidup kita . Sesungguhnya , cinta itu sesuatu yang suci . Cinta
itu sesuatu yang abadi . Cinta itu sesuatu yang amat bererti . Raikanlah cintamu hari ini .
--------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------------
P/s: Terima kasih di ucapkan kpd semua yg telah bersusah payah mngikuti siri cerpen yg tdk sberapa ini...sgala kekurangan dlm pnulisan yg lepas2 harap dimaafkan...akhir kata,majulah bahasa untuk bangsa...wassalam...;)
4 comments:
fatin izzati jamilah???
hahahahaha
tahniah...
sedeynyer.
best skali cerita nie!!!~
fatin izzati??lol..
sambil buat peace dimuka..=))
fatin izzati??lol
"peace di pipi"..
=))
Post a Comment