05 March 2009

Kisah kewafatan Rasulullah s.a.w....



Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3
diturunkan pada sesudah waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada
musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di
atas unta. Ketika ayat
ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas
peneri-maannya untuk mengingati isi dan ma’na yang
terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah
s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun
duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat
Jibril a.s. dan berkata:

”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah
disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang
olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan
beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari
terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka
Rasulullah s.a.w. pun
berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau,
maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah
di-beritahu oleh malaikat Jibril a.s? Apabila para
sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun
gembira sambil berkata:

”Agama kita telah sempuma. Agama kila telah sempuma.”

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah
s.a.w. itu, maka ia
tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali
ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis
sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi
hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis
telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar
r.a. dan mereka berkata:

”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu
menangis sehingga begini
sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab
agama kita telah sempuma.”

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu
Bakar r.a. pun berkata:

”Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang
musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu
perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan
kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa
ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah
s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri
nabi men-jadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar
r.a. maka sedarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu
mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka
telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka
mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. lentang
apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari
para sahabat:

”Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu
Bakar r.a. dan kami
men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang
kuat di hadapan rumah beliau.”

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari
para sahabat, maka
berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas
beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis
dan bertanya:

”Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua
menangis?.”

Kemudian Ali r.a. berkata:

”Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a.mengatakan dengan
turunnya ayat ini
membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah
ini benar ya Rasulullah?.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata
oleh Abu Bakar r.a.
adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan
Rasulullah s.a.w., maka ia
pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh
pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh
tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung,
batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing
dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di
laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w.
bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada
yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan
beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat
tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama
35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula
yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau
menyu-ruh Bilal azan
untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para
Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w..
Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua
raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai
mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas
mimbar dan berkata:

”Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya
adalah seorang nabi
yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah
dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara
kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua
seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang
mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun
dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari
kiamat.”

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali
kemudian bangunlah
seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan
berkata:

”Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau
anda tidak mengumunkan
kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu
mengemukakan hal ini.”

Lalu ‘Ukasyah berkata lagi:

”Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersama mu ya
Rasulullah, pada masa
itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah
dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan
supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah
mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan
cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul
pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama
ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
tersebut.”

Rasulullah s.a.w. berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul
kamu.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.:

”Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan
tongkat aku kemari.”

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah
sambil meletakkan
tangannya di alas kepala dengan berkata:

”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas
[diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun
memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan
berkata:

”Siapakah di pintu?.”

Lalu Bilal r.a. berkata:

”Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah
s.a.w. unluk
mengambil tongkat beliau.”

Kemudian Fatimah r.a. berkata:

”Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.”

Berkata Bilal r.a.:

”Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan
dirinya untuk
diqishash.”

Bertanya Fatimah. r.a. lagi:

”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya
untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?.”

Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a.,
sebaik sahaja Fatimah
r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun
membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah
Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal
r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w.
tetapi kamu
qishashlah kami ber-dua.”

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a.
maka dengan segera beliau berkata:

”Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua
sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.”

Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata:

”Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada
di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan
janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.”

Lalu Rasultillah s.a.w. berkata:

”Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan
tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami
ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama
dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.”

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata:

”Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”

Berkata Rasulullah s.a.w.

”Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak
memukul.”

kemudian ‘Ukasyah berkata:

”Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu
saya tidak memakai
baju.”

Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah
s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata;

”Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
s.a.w. siapakah yang
sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah
sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t.
menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga,
inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah
itu para jemaah pun berkata:

”Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka
beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:

”Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t.
mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu
semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya
seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali
yang memandikan-ku, Fadhl bin Abas hendaklah
menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong
keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau
kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila
kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku
di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini.
Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan
aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah
s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril
a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta
dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu
semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan
berkata:

”Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang
diutus kepada kami dan
untuk semua, yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa
yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah
tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti?.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu
semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang
pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu
ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit
di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali
kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu
itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w.
bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit
selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat.
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah
s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari
Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w.
bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan
subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah
s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam:

”Assalaarnualaika ya rasulullah.”

Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:

”Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.”

Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a. maka Bilal r.a.
pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah
r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus,
lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah
s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali
ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan baginda berkata;

”Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu
kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun berjalan
menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata:

”Aduh musibah.”

Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal
r.a. pun memberitahu
Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w.
katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan
dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan
suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia
jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh
rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fatimah r.a.;

”Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.”

Maka Fatimah r.a. pun berkata:

”Kekecuhan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan
Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan
terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w.
sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh
bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat
subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata:

”Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
perto-longan dan
pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia
ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun
pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat
lzrail:

”Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan
apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.
Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah
lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan
kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari
Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab
Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:

”Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a
adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber
risaalah, bolehkan saya masuk?”

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka
ia-pun berkata;

”Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk
sebab sakitnya yang
semakin berat.”

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah
r.a.:

”Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”

Maka Fatimah r.a. pun berkata:

”Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu,
dan aku telah katakan
kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga
saya merasa menggigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;

”Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.”

Jawab Fatimah;

”Tidak ayah.”

”Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam
nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan
kubur.”

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi
setelah mengetahui bahawa
saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia
menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasullillah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun
berkata:

”Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat
lzrail masuk. Maka
malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:

”Assalamuaalaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

”Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk
mencabut rohku?”

Maka berkata malaikat lzrail:

”Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk
mencabut rohmu, itupun
kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku
akan kembali.”

Berkata Rasulullah s.a.w.:

”Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?”

Berkata lzrail:

”Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para
malaikat sedang
memuliakan dia.”

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan
duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat
kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata:

”Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat”

Berkata Jibril a.s.:

”Ya aku memang tahu.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:

”Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t.”

Berkata Jibril a.s.:

”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi
menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga
telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias
menanti kehadiran rohmu.”

Berkala Rasulullah s.a.w.:

”Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat
nanti.”

Berkata Jibril a.s.:

”Allah s.w.t. telah berfirman yang
ber-maksud:”Sesungguhnya aku telah
melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga.”

Berkata Rasulullah s.a.w.:

”Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:

”Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya,
apabila roh nya sampai
pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:

”Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.”

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar
kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s.
itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:

”Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat
wajah-ku?”

Jibril a.s. berkata:

”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup
melihat wajahmu dikala
kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik r.a. berkata:

”Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada
beliau telah bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke
atasmu.”

Ali r.a. berkata:

”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang
saat-saat terakhir, telah
mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w.
berkata: “Umatku, umatku.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa:

”Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai
Muhammad, sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu
membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil
seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah
kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi
batu.”

Betapa besarnya kasih Rasulullah s.a.w ke atas para umatnya...adakah kasih kita pada baginda juga sekuat itu?Renung2kn...~Dzulfiqar~

2 comments:

BPI MTMKSR said...

Assalamualaikum.. boleh saya ambil artikel ini untuk disiarkan kedalam blog saya?

Al-Dzulfiqar said...
This comment has been removed by the author.