BADI
Tiga tahun sudah berlalu sejak peristiwa yang melukakan hatiku itu . Sejak
kejadian itu , aku tidak pernah lagi bertutur dengan Ariynna . Perasaan malu yang
menebal lantaran luahan cinta yang tidak terbalas . Aku memberikan sepenuh tumpuan
terhadap pelajaranku , hingga akhirnya aku menjadi graduan terbaik untuk programku .
Dan kini , aku menjawat jawatan sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di syarikat
Pathology Lab Sdn Bhd , salah satu cawangan syarikat Pathology Lab Inc yang terkenal
di seluruh dunia . Aku juga kini sudah mempunyai teman baru , Nor Hazireen yang juga
merupakan rakan satu programku ketika aku belajar di universiti dahulu . Dia bekerja
di tempat yang sama denganku . Kami berhubungan sejak tamat pengajian di universiti .
Namun , kemesraan kami semakin berkurangan semenjak beberapa minggu kebelakangan
ini . Aku tidak tahu di mana silapnya , adakah aku yang bersalah atau dia yang terlalu
menekan ? Keadaan di burukkan lagi apabila dia di kesan menghidap kanser hati .
Oh Tuhan , mengapakah perlu aku di uji sebegini ? Aku amat berharap kegagalanku
dalam bercinta sebelum ini tidak akan menjadi badi yang mampu menghancurkan
kebahagiaanku ketika ini .
________________________________________________________________________
"Kalau macam inilah perangai awak , saya rasa baik kita break sahaja !"
jerit Nor Hazireen .
"Rin ... maaf , Ireen , janganlah macam tu . Kan banyak orang di sekeliling
ni . Awak bertenanglah dulu , Ireen . Biar saya explain ... " kataku , sebelum di potong
oleh Ireen .
" Apa bertenang-bertenang? Awak ingat saya ni budak-budak ke? Awak
boleh suruh saya buat itu , buat ini . Apa yang awak nak takut sangat dengan orang lain?
Pedulikan mereka semua ! Awak memang suka kalau saya mati , kan? " bentak Ireen lagi.
Aku sedar aku yang bersalah . Keranaku , Ireen hampir-hampir menemui
ajalnya akibat kecuaianku . Aku terlambat datang untuk menghantarnya menjalani
rawatan di hospital seperti yang di jadualkan oleh doktor . Mujur rakan sepejabatku ,
Fadhli , yang juga rakan serumahku pulang ke rumah sebentar untuk mengambil
dokumen-dokumen penting yang telah di tinggalkannya dengan tidak sengaja .
Dari apa yang aku dengar , Ireen telah pun pengsan ketika Fadhli sampai di rumahku .
Syukur ke hadrat Tuhan kerana masih memanjangkan nyawanya .
" Ha , sekarang apahal awak diam pula ? Dah tak ada apa nak cakap ?
Ke awak ingat saya ni tunggul saja ? Saya tahu awak memang suka kalau saya
mati . Bolehlah awak bergembira dengan buah hati lama awak , si Ariynna tu ..."
luah Ireen , membabi buta .
"Ireen , saya ... " kataku , terhenti .
Aku terus mendiamkan diri . Mengapa perlu di libatkan Ariynna dalam hal
ini ? Dia langsung tiada kaitan . Mengapa perlu dia di persalahkan ? Ingin benarku
memberitahu Ireen mengenai sebab-sebab kelewatanku . Namun , melihat raut wajahnya
yang seperti sedang menanggung kesakitan yang amat sangat , lidahku menjadi kelu .
Tidak mampu untukku luahkan apa yang terbuku di hati ini .
" Ok , kalau macam nilah , saya nak awak berambus dari hidup saya . Saya
tak pernah mengenali awak dari saat ini . Get lost from my life ! " jerit Ireen lagi .
Aku yang berasa sangat malu terhadap pandangan orang sekeliling
melangkah pergi dengan hati yang berat . Sesungguhnya , aku tidak pernah menginginkan
perpisahan ini . Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan , lebih baik aku berlalu pergi .
Apakan daya andai orang dah tak sudi . Biarlah aku yang mengundurkan diri sungguhpun
diriku sangat teruk di lukai .
________________________________________________________________________
" Perpisahan itu ,
selalu terjadi
kepada insan yang bercinta
sungguh sedihnya rasa
apabila ianya terjadi ...
Perpisahan bermula ,
dari dua hati
yang kehendaknya tak di turuti
atau pun manusia
yang berperasaan benci ...
Sebuah cinta dan harapan ,
menjadi debu berterbangan
tersekat nafasku ,
kabur pandangan mata ,
amat tersiksa jiwa
kerana kehilangannya ...
Ohh .. mengapa
terus mengharap menanti
walau cukup ku sedari
dia takkan kembali ... "
(KRU : Perpisahan Terasing)
" Waiter , one more Cherry Coke please , " pesanku pada pelayan yang
menjaga kaunter .
"Adzulfiar , apa dah jadi dengan you ni ? Sampai sembilan tin Cherry
Coke you boleh habiskan . Dahlah tu , jangan menyeksa diri you lagi . You ada
masalah ke ? " tanya Rosnida , rakan sekerjaku . Dia kelihatan memberikan sesuatu
kepada pelayan kaunter itu .
Aku tidak terus menjawab pertanyaannya . Sebaliknya , aku
membelek-belek tin minuman bergas yang telah aku habiskan .
"Come on la . We're friends , right ? Tell me what is wrong ? " desak
Rosnida .
" I dengan awek I dah clash la . " balasku , perlahan . Aku meneguk air
yang baru sampai .
" Siapa ? Si Ireen tu ? Boleh jalanlah dia . Dia tu asyik ingat dia bagus
sangat . Rileks la Fiar . I tell you what , you deserve someone better than her . Bunga
bukan sekuntum . I pun bunga juga . " kata Rosnida , cuba menenangkanku .
Aku masih tidak dapat melupakan Ireen . Belaiannya yang hangat ketika
kami bersama-sama bermandi hujan kerana kereta rosak dahulu masih menerawang
di benakku . Kemudian , muncul Ariynna di fikiranku . Saat-saat manisku bersamanya
terpapar kembali di dalam khayalanku . Wajah Ariynna dan Nor Hazireen silih berganti
menerjah kotak fikiranku . Sakit . Kesakitan yang amat . Kesakitan yang menikam-nikam
jiwaku . Kemudian , angin lalu bagaikan membisikkan sesuatu kepadaku . 'Once a loner ,
forever is a loner .' Ah , persetankan semua itu ! Tapi , mungkinkah badi cinta masih
melekap padaku ?
"Waiter , enough . Don't give him anymore . Place all these in my bill , ok ."
arah Rosnida kepada pelayan kaunter itu .
"Anything for you , my lady . " jawab pelayan itu dengan senyuman .
Sebaik sahaja selesai pertuturan di antara Rosnida dan pelayan itu , tiba-tiba
aku hilang kawalan terhadap anggota tubuhku . Aku tidak berdaya untuk mengangkat
tangan sekalipun . Kepalaku terasa begitu berat . Pandanganku mula berpinar-pinar .
Kelam . Keadaan sekeliling mula bertukar menjadi gelap pada pandanganku . Kegelapan
yang tidak berpenghujung . Aku pengsan .
1 comment:
hye ammal..
sy p0n bunga
ehehehhehe[kenyit2] :P
Post a Comment