03 February 2010
Coretan tentang kehidupan...
"Hidup kita ni ibarat berjalan di tepian pantai.. kita ingin menjejak air,tp sblm itu,kita harus mmijak pepasir,batu2 kecil dan batu2 besar sblm dpt mnyentuh gigi air.. sebahagiannya ada yg lembut membelai kulit kita, sebahagian lagi dari pasir dan batuan yg kita pijak itu mnyakitkan, yg melukai kita...namun,jangan langkah kita terhenti kerana luka yg pedih itu...akhirnya kita tiba ke gigi air stlh mnempuh halangan2 tadi,tp ini tdklah bermakna yg cabaran itu berakhir d situ sahaja..kerana kini kita akan mnempuh gelombang,arus serta ombak yang bersambut2 di muka air" - (Ammal Dzulfiqar Ismail, Februari 2010)
Assalamualaikum...
sengaja saya memulakan coretan kali ini dengan ungkapan yg sy susun sendiri smnjak penghujung tahun lepas...sedikit perbezaan cuba sy bawa kali ini..hehe...;p tp,yg penting niat tetap sama...saya ingin berkongsi sesuatu dgn sahabat2 yg sudi membaca blog saya ini...=)
dalam ungkapan di atas sy mggambarkn hidup kita ni umpama berjalan di tepian pantai...haha..mngapa agaknya tepian pantai?entahlah..sy tiba2 nk guna perumpamaan pantai ni..;p
baiklah,utk mghuraikan ungkapan sy ni....
ada signifikan sndr utk ungkapan yg sy bina ni..gigi air sbnrnya mlambangkan matlamat...sbg contoh,spt sy skrg ni,matlamat utama ingin mndapatkan degree mbbs(insyaAllah), ada sahabat2 yg ingin mndapatkn degree in dentistry (BDS) dan banyak lagi matlamat2 lain yg tdk hanya tertakluk pd belajar shaja...matlamat ini mncakupi seluruh ruang kehidupan...bekerja itu satu matlamat...bercinta itu punya matlamat...berkahwin itu punya matlamat...dan matlamat yg paling utama di antara semua matlamat yg ada pastilah utk berjaya di akhirat kelak(smoga kita semua dlm perlindunganNYA,insyaAllah..) ... dan pasir2,batu2 kecil,dan batu2 besar itu adalah perlambangan utk masalah yg kita akan tempuh dalam hidup...ada yg besar,ada yg kecil....ada halangan yg tdk mmberikan kesan yg besar pd kita,namun akan ada juga halangan dlm kehidupan yg cukup memeritkan kita,yg mnyakitkan kita..hingga kita rasa seakan kita tdk mampu utk terus melangkah dlm perjalanan kehidupan...namun,jangan pernah mngalah...mmg akan ada byk bnda yg dtg mnguji kita dalam kehidupan ini...kita akan diuji dari semua aspek...fizikal,mental,perasaan kita,personaliti kita,persahabatan..komitmen...dan bnyak lagi perkara2 dan aspek2 dlm kehidupan yg akan mnjadi ujian....pasti kita akan tertanya2 mngapa?mngapa smpi sdemikian skali kita harus di uji..jawapannya ada dan Allah telah
berfirman:
Mafhumnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)
(Al-ankabut, 2)
stiap dugaan yg dtg psti mmberikan kesan pd hidup kita...tp,jangan pernah skali kita mnyerah kalah...akan ada banyak pepasir dan batu2 yg mnyakitkan dan mlukai kita,namun kita harus tetap tabah mnempuh utk sampai ke gigi air...untuk mncapai matlamat kita,akan ada byk halangan...sy ambil contoh diri sy sndr lagi skali..(hehe..ala2 mmpromosikn diri sndr plak..;p)..dalam sy nk mncapai,mmperoleh degree mbbs itu,sy harus blajar utk mnguasai bidang ini dlm 5 stgh tahun...mmg satu jangka masa yg lama,tmbh2 lagi utk org yg dh tua dan lanjut usia mcm saya..dalam 5 stgh tahun tu plak,akan ada mcm2 prkara...pertengkaran...perasaan nak bercinta..perasaan bercinta..perasaan putus cinta..baik dgn org ni..bengang dgn org tu...ambil berat pasal org ni...xnk hirau dgn orang tu...maka semua ini adalah dugaan..dugaan yg boleh mndivertkn sy dr jln utk mncapai kejayaan yg sy inginkan (smoga Allah sntiasa mmberikan petunjukNYA mmndu saya ke jalan yg benar,insyaAllah)...mmg perkara2 ini mnguji jiwa..sbg contoh misalnya putus cinta...ramai yg mngatakan "putus cinta,matilah jiwa,gelaplah dunia,tiada nyawa,hati terluka,jiwa melara,tubuh merana"...namun,jika hanya kerana putus cinta mnyebabkn perjalanan kita terhenti,maka kita tdk akn smpi ke matlamat kita...mmg putus cinta itu sakit...namun kita harus cari kekuatan,kembali kpd Allah mohon diperkuatkan iman utk mneruskn perjalanan hidup..hanya dan jika hanya kita mampu mmperkuatkan diri mghadapi apa yg telah terjadi,insyaAllah kita akan smpi ke matlamat yg kita tuju.,.dari tepian pasir akhirnya kita mnyentuh gigi air...=)
tetapi,sahabat2 sekalian..bila kita telah smpi ke matlamat kita,tdk bermaksud kita akan bersenang lenang...setelah sampai ke gigi air,kita harus mnempuh pula arus dan gelombang yg dtg mnujah2 kita,dan spt prjalanan kita d pantai td,kita harus mmperkuatkn diri...apabila kita telah mncapai matlamat kita,tdk bermaksud yg semuanya telah selesai...setiap matlamat kita pasti akan disertai oleh satu perkara lain,iaitu tanggungjawab....contoh yg sama sy ambil...bila sy dh dpt mnggenggam degree mbbs nnt(insyaAllah),shbt2 telah mggenggam BDS,ada yg dpt kerje,ada yg berkahwin dan sbgnya,tanggungjawab akan mnyertai apa yg kita dapat itu...degree mbbs,kini sy perlu berkhidmat utk msyarakat,mmbantu mngurangkan ksakitan yg dihadapi oleh setiap org dlm komuniti saya....BDS,mmbantu mereka2 yg mmpunyai masalah dgn oral cavity...bekerja,kini mmpunyai tanggungjawab terhadap majikan utk mnyelesaikan stiap tugas yg diberikan...berkahwin, perlu mncari nafkah utk isteri,mnjaga kharmonian rumah tangga dan sbgnya...maka di sini jelas bahawa biar apapun matlamat kita,perjalanan hidup tdk terhenti di situ saja...dugaan dan cabaran akan terus datang mnghujani kita dlm kehidupan,sehinggalah tiba masanya kita mghadap Allah yg maha pencipta...semoga kita sentiasa tabah dlm mnempuh hidup ini dan berusaha sbaiknya dan tidak putus asa walaupa apa jua dugaan yg dtg mnimpa..insyaAllah...
"Hidup kita ni ibarat berjalan di tepian pantai.. kita ingin menjejak air,tp sblm itu,kita harus mmijak pepasir,batu2 kecil dan batu2 besar sblm dpt mnyentuh gigi air.. sebahagiannya ada yg lembut membelai kulit kita, sebahagian lagi dari pasir dan batuan yg kita pijak itu mnyakitkan, yg melukai kita...namun,jangan langkah kita terhenti kerana luka yg pedih itu...akhirnya kita tiba ke gigi air stlh mnempuh halangan2 tadi,tp ini tdklah bermakna yg cabaran itu berakhir d situ sahaja..kerana kini kita akan mnempuh gelombang,arus serta ombak yang bersambut2 di muka air" - (Ammal Dzulfiqar Ismail, Februari 2010)
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
eheh thnx ammal!
ur welcome...=)
Post a Comment