17 February 2010

Memorabilia Sepi Sekeping Hati...



Gadis itu

ku temui

dalam perjalanan yang panjang

dalam mencari destinasi sebenar

mengharungi

persimpangan kehidupan.


Di salah sebuah lorong

aku berhenti

terpaku

oleh satu kelibat

memancarkan cahaya yang terang

indah

mendamaikan

hatiku yang resah.


Aku cuba untuk mendekati

kelibat itu

yang semakin ku melangkah kepadanya

semakin jauh ia pergi

meninggalkanku

termangu sendiri.


Akhirnya

pemiliknya dapat ku ketemu

begitu indah rupa parasnya

laksana tujuh puteri kayangan

yang turun dari istana larangan

senyumnya seindah kuntuman bunga yang mekar

yang tumbuh subur di taman

segar mewangi

menghiasi alam ini.


Semakin mendalam keinginanku

untuk mengenali

insan

yang kukira

cukup bererti

untuk ku dekati dan ku fahami.


Setiap detik bersamamu

umpama berada di syurga

di temani

bidadari seindah dan sedamai dirimu

meredakan

jiwa yang resah dan gelisah

rencah kehidupan.


Tatkala!

hampir sahaja aku

menggenggam tanganmu

meluahkan rasa yang terbuku di jiwa

perasaan suci yang sekian lama berputik di hati

aku terpempan!

tanganmu telah sekian lama di genggami

oleh insan yang lain

tersembunyi

dalam gelapnya bayanganmu

dan dikau berlalu pergi

meninggalkanku

terluka, terhiris di hati.


Kasihku,

tiada lagi yang ku harapkan

selain

kebahagiaanmu

dalam menempuh kehidupan ini.


Semoga!

engkau benar-benar menemui

permata yang kau cari

dan

biarlah aku

membawa sekeping hati yang sepi

meneruskan perjalanan yang tiada penghujung

di pandu petunjuk dari-Nya.


Azri Dzulfiqar

30 April 2008



P/s: entah mngapa post bulan ni kbyknnya berkisar pd luahan perasaan sendiri...;p akan cuba diperbaiki pd post2 akn dtg,insyaAllah..


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...

Wassalam..


No comments: