21 February 2010

Dunia ini zahirkah realiti?

Assalamualaikum...
Salam jumpa pada sahabat2 yg masih setia dan salam perkenalan pd sahabat yg baru kunjung tiba...post hari ini pendek saja...hehe..br mlihat sdkt cerita "My Name Is Khan" tetapi belum berkesempatan utk mlihat shingga habis kerana ada ujian esok..(T_T)

apa yg mnarik phatian sy pd filem ini,adalah krana ianya mngetengahkn isu yg sekian lama kita dgr slps kjadian 11 september dhulu...mngenai persepsi buruk masyarakat barat mngenai islam...kbetulan seorg shbt yg br sy kenali inginkn sy cuba mnulis sebuah puisi dgn isu kemanusiaan...hmm....sy prnh mnulis puisi mngenai peristiwa 11 september ini suatu masa dahulu..maka,sy akn publishkn sahaja dlm post kali ini...


Dunia Ini Zahirkah Realiti? ( Mengenang 11 September)


Bilamana,

satu dari beribu pepohon

tergugur daunnya

tepat

menujahi pipimu

yang telah lama terpalit

oleh darah dan nanah

kanak-kanak kecil tidak berbaju

berlari lemah menongkah arus

lautan manusia

berdiri megah, senjatanya terhunus di dada

tanpa belas ihsan dan kasihan

menghamburkan

duri-duri peluru

menembusi

tulang-tulang reput tanpa ada daging yang menyelaputi

kau bingkas bangun!

Kemarahan membakar di dada

daun yang sekadar mencalari nipis wajahmu

ingin menolakmu

jatuh tersungkur menyembah bumi,

lalu bermulalah,

pantomen indah coretanmu,

satu demi satu pohon mula tergugur

dan engkau bertepuk tangan

menyaksikan

belantara

yang indahnya hanyalah pada nama.


Dan apabila,

Hanya satu dari beribu pencakar langitmu

di rendahkan martabatnya

menjadi debu-debu halus yang berterbangan

menghakisi

peparu hitam

yang telah lama

di saluti kebencian dan kedendaman

Maka!

Kau tersentak dari tidurmu

yang hanyalah satu kepura-puraan

“Keganasan haruslah di perangi”

“Pengganas mesti di hapuskan”

Engkau melaungkan kata-kata hikmatmu

menentang dan memburukkan

ajaran indah bertunjangkan syahadah

berlandaskan kebenaran.

Lalu,

engkau melepaskan anjing-anjing buruanmu

meredah gurun dan belukar yang hangat membakar

biarpun nyawa menjadi taruhan

engkau masih seakan tidak mengerti

meskipun perjuanganmu hanyalah satu pementasan

melaksanakan agenda yang telah sekian lama di rancang

oleh piramid lagenda yang bermata di puncaknya

yang mendalangi

kehancuran demi kehancuran oleh teater yang sama

peperangan.


Dan,

apabila semuanya telah berakhir

engkau mengakuinya

Segalanya adalah kesilapan

“Islam bukanlah agama keganasan”

“Mahupun agama yang menyeru ke arah kemusnahan”

Sedangkan!

Anjing buruanmu masih lagi menyalak benci

terus-terusan melapah dan memamah

daging-daging yang mentah,

yang lembut,

yang pejal

mahupun yang reput,

di baluti,

kekapas yang membaluti aib-aib diri..

yang dahulunya putih suci

yang kini hanyalah cebisan-cebisan kain

merah,

di selaputi nanah dan darah.


Akhirnya!

kedudukanmu kini mula goyah

engkau terpana

tatkala!

rakyatmu sendiri

berhenti

dari terus-terusan menyanjungimu.


Sedarlah wahai manusia!

Setiap yang kini

megah berdiri

di awan yang tinggi

di atas roda kehidupan,

sepastinya

pada suatu hari nanti

akan tersungkur

rebah

mencium bumi.


AMMAL DZULFIQAR ISMAIL

(Al-dzulfi)

30/04/08


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam...

No comments: