27 February 2010

Hidup ini sebentar cuma...



Assalamualaikum..
Suatu persoalan yg pendek,yg punya byk jwpn...
berapa lamakah hidup kita?
40 tahun?
50 tahun?
70 tahun?
atau 100 tahun mungkin?

atau...
sampai cucu telah beranak tiga?
sampai ke tahun 2050?
sampai teknologi anti graviti telah dicipta?

byk jwapan,dan byk alasan..
ttp sbnr2ny,hidup kita ni pendek je..
diantara azan dan juga takbiratul ihram..
pernah terfikir?

kita lahir. alhamdulillah,Allah mngurniakan nikmat Islam warisan pd kita.lahir dlm kelompok islam.Subhanallah.maka apakah yg pertama2 skali kita lalui apabila mlihat dunia?
ya,benar! kita di azankan... kita mndgrkn azan yg syahdu dr bapa yg mnyayangi kita dgn kasih yg padu.. dgn linangan air mata ibu yg terharu... zuriat yg akan mnjadi penyambung keturunan..zuriat yg akan mnjadi suatu kebanggaan..zuriat yg diharapkan patuh pd segala perintah Tuhan..

maka...byk rancangan dirancang..pendidikan,kerjaya,pasangan,rumah tangga..semuanya..
namun,Allah maha mengetahui..manusia merancang,Allah juga merancang, dan perancangan Allah jauh lbih baik dr manusia...dan perancangan manusia hanya akan berlaku jika selari dgn perancangan Allah... kadangkala kita tdk akan sempat utk mncapai apa yg kita rancangkan...kita sering mmohon doa pd Allah utk memanjangkn umur kita..dan kita yakin bahawa Allah pasti mngabulkannya..dan benar..Allah mngabulkan doa hambaNYA...namun kadangkala perancanganNYA jauh lbih besar utk perjalanan hidup kita..

maka,apa yg kita saksikan? pada saat jasad smakin kesejukan, sendi2 mngeras bagai kesakitan,saudara mara seislam kita mempersediakan...jasad yg akan dipersembahkan kembali utk mnemui Tuhan..dimandi dan dikapankan..sedang roh kita yg keluar dr jasad hanya mampu mngeluarkan tangisan...dan akhirnya..kita disolatkan...dengan solat jenazah yg tanpa sujud dan rukuk..dan dimulakan dgn takbiratul ihram...

maka..sependek itulah sbnrny hidup manusia..bermula dgn azan,dan berakhir dgn takbir...Allah maha mngetahui..takziah diucapkan pd seorg sahabat... bersabarlah dan tabah..saya faham bgimana rasa khilangan yg anda rasa,tmbh2 lagi arwah yg mninggalkn pergi adlh anak saudara sulung anda...sy juga pernah khilangan...arwah ibu yg kini sudah 11 tahun pergi mnemui Tuhan...anak yg berlalu pergi adalah ujian kpd ibu bapanya,teladan utk saudara maranya,dan peringatan utk umat islam seluruhnya,bahawa DIA yg lbih berkuasa atas kehidupan kita semua...hikmah Allah ada,yg dijumpai pd mereka yg mncari...Allah maha adil,dan tdk prnh DIA mlakukan sesuatu tnpa sbb yg hanya Allah yang tahu..insyaAllah...sama2 kita berdoa...pemergian adik Arafat El-Muhammady adlh satu khilangan besar pd kita semua..namun Allah lbih mnyayanginya...sentiasalah kita mngingatinya dlm doa kita..dan Al-fatihah jgn sekali2 dilupa...

insyaAllah,smoga Allah sentiasa berbelas kasihan pd jiwa kita semua...


semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam...

23 February 2010

InsyaAllah..



InsyaAllah,
InsyaAllah,
InsyaAllah...
we'll find our way...



Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam..

21 February 2010

Dunia ini zahirkah realiti?

Assalamualaikum...
Salam jumpa pada sahabat2 yg masih setia dan salam perkenalan pd sahabat yg baru kunjung tiba...post hari ini pendek saja...hehe..br mlihat sdkt cerita "My Name Is Khan" tetapi belum berkesempatan utk mlihat shingga habis kerana ada ujian esok..(T_T)

apa yg mnarik phatian sy pd filem ini,adalah krana ianya mngetengahkn isu yg sekian lama kita dgr slps kjadian 11 september dhulu...mngenai persepsi buruk masyarakat barat mngenai islam...kbetulan seorg shbt yg br sy kenali inginkn sy cuba mnulis sebuah puisi dgn isu kemanusiaan...hmm....sy prnh mnulis puisi mngenai peristiwa 11 september ini suatu masa dahulu..maka,sy akn publishkn sahaja dlm post kali ini...


Dunia Ini Zahirkah Realiti? ( Mengenang 11 September)


Bilamana,

satu dari beribu pepohon

tergugur daunnya

tepat

menujahi pipimu

yang telah lama terpalit

oleh darah dan nanah

kanak-kanak kecil tidak berbaju

berlari lemah menongkah arus

lautan manusia

berdiri megah, senjatanya terhunus di dada

tanpa belas ihsan dan kasihan

menghamburkan

duri-duri peluru

menembusi

tulang-tulang reput tanpa ada daging yang menyelaputi

kau bingkas bangun!

Kemarahan membakar di dada

daun yang sekadar mencalari nipis wajahmu

ingin menolakmu

jatuh tersungkur menyembah bumi,

lalu bermulalah,

pantomen indah coretanmu,

satu demi satu pohon mula tergugur

dan engkau bertepuk tangan

menyaksikan

belantara

yang indahnya hanyalah pada nama.


Dan apabila,

Hanya satu dari beribu pencakar langitmu

di rendahkan martabatnya

menjadi debu-debu halus yang berterbangan

menghakisi

peparu hitam

yang telah lama

di saluti kebencian dan kedendaman

Maka!

Kau tersentak dari tidurmu

yang hanyalah satu kepura-puraan

“Keganasan haruslah di perangi”

“Pengganas mesti di hapuskan”

Engkau melaungkan kata-kata hikmatmu

menentang dan memburukkan

ajaran indah bertunjangkan syahadah

berlandaskan kebenaran.

Lalu,

engkau melepaskan anjing-anjing buruanmu

meredah gurun dan belukar yang hangat membakar

biarpun nyawa menjadi taruhan

engkau masih seakan tidak mengerti

meskipun perjuanganmu hanyalah satu pementasan

melaksanakan agenda yang telah sekian lama di rancang

oleh piramid lagenda yang bermata di puncaknya

yang mendalangi

kehancuran demi kehancuran oleh teater yang sama

peperangan.


Dan,

apabila semuanya telah berakhir

engkau mengakuinya

Segalanya adalah kesilapan

“Islam bukanlah agama keganasan”

“Mahupun agama yang menyeru ke arah kemusnahan”

Sedangkan!

Anjing buruanmu masih lagi menyalak benci

terus-terusan melapah dan memamah

daging-daging yang mentah,

yang lembut,

yang pejal

mahupun yang reput,

di baluti,

kekapas yang membaluti aib-aib diri..

yang dahulunya putih suci

yang kini hanyalah cebisan-cebisan kain

merah,

di selaputi nanah dan darah.


Akhirnya!

kedudukanmu kini mula goyah

engkau terpana

tatkala!

rakyatmu sendiri

berhenti

dari terus-terusan menyanjungimu.


Sedarlah wahai manusia!

Setiap yang kini

megah berdiri

di awan yang tinggi

di atas roda kehidupan,

sepastinya

pada suatu hari nanti

akan tersungkur

rebah

mencium bumi.


AMMAL DZULFIQAR ISMAIL

(Al-dzulfi)

30/04/08


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam...

20 February 2010

Adakah di sini akhirnya?


Assalamualaikum...

Hari ini...hati rasa agak gundah...entahlah..mcm ada sesuatu yg serba x kena...dan memang ada yg kekurangan...

kepada sahabat2 sy di daerah bersebelahan bangalore ni...mgkn sy byk mmbuat kslahan dgn anda...mgkn sy dlm sedar atau tdk telah mlakukan sesuatu yg tdk spatutnya...maka sbb itu sy tdk dpt nk berhubung dgn anda semua..seolah2 anda semua mnjauhkan diri dari saya...

x apalah...jika sy buat ksalahan,sy mohon maaf...hukumlah sy sbgaimana yg spatutnya sy terima atas kesilapan yg saya lakukan..sy cume mgharapkan yg anda semua dpt memaafkan sy,walaupun itu bermaksud sy tdk boleh lg ingin mngambil tahu khabar berita anda semua atau apa...kerana kegembiraan dan ketenangan pd jiwa saudara2 adalah yg terpenting bg saya...

maafkan saya...


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap jejak langkahan kita,insyaAllah... Wassalam...

18 February 2010

Al-'ilmun bila 'amalin, ka-syajaratin bila tsamarin..





Assalamualaikum...
Sejahtera dan rahmat dariNYA diharapkan buat sahabat2 yg masih mngikuti blog sy ini,juga pada sahabat2 yg mgkn telah merasa bosan lalu berhenti mngikuti pnulisan sy...smoga rahmat Allah sentiasa bersama2 kita semua...insyaAllah...'

"Al-'ilmun bila 'amalin, ka syajaratin bila tsamarin.." sebuah pepatah arab..pepatah yg pendek,tapi dgn maksud yg mendalam..."Ilmu tanpa amal,ibarat pohon tiada berbuah"..saya yakin sahabat2 semua prnh mndengar pepatah ini..mgkn di sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah...dari guru,dari ibu ,dari sahabat2 lain...dari berbagai sumber lagi lagi...sy prtamanya mndengar pepatah ni dr seorg sahabat suatu masa dahulu bernama *noor azriynna jafri* terima kasih sbb byk mngajar sy mngenai perkara2 sbnr dn erti2 dlm khidupan ni dan mmbolehkan sy mnjadi diri sy skrg ni..semoga awk sntiasa gmbira dan bahagia...Allah sentiasa bersama2 awak,insyaAllah...=)

jadi,berbalik kpd tajuk post ini..mari kita cuba huraikan makna di sebalik pepatah ni...
Al-'ilmun bila 'amalin...bermaksud ilmu tanpa amal...hmm..jadi apakah jenis ilmu yg dimaksudkn di sini?ilmu memasak?ilmu mengira?atau kedai buku pustaka ilmu?;p scara umumnya,ilmu ni bermaksud apa juga ilmu...tetapi ilmu yg bermanfaat..yg dimanfaatkan...apa2 ilmu pon boleh...ilmu perubatan,ilmu memasak,ilmu mngukur bangunan...bagaimana utk mngamalkannya?iaitu,apbl mmiliki ilmu perubatan,dia mmbntu mrawat org sakit...mmilki ilmu memasak,dia mmbuat masakan yg mnjadi sumber kenikmatan bg org lain..dan ilmu ukur bangunan,dia mngukur pelan utk mmbina bangunan2 utk kmudahan ramai org...berkongsi ilmu pengetahuan juga satu amalan..apa2 ilmu yg bermanfaat boleh dan wajar dikongsi bersama..seperti sahabat sy ini...(klik di sini)..=)

lalu apa yg dikatakan tdk mngamalkn ilmu itu? ianya adalah spt..pertamanya,dia mmiliki ilmu,ttapi tdk mngunakan... contoh yg paling mudah,ilmu perubatan...dia tahu kgunaan adrenaline...tp ketika dia mlihat seseorg itu mngalami anaphylactic shock d sbbkn hypersensitivity thadap penicillin,dia tdk mlakukan apa2..dia mmbiarkn sahaja sdgkn anaphylactic shock spt yg kita tahu boleh mmbawa maut...yg kedua,dia mlakukan sesuatu,tp yg tdk bertepatan..contoh yg sama spt adrenaline td...dia tahu yg patient itu mngalami congestive cardiac failure..tp dia administer jgk adrenaline,yg mana adrenaline mnyebabkn O2 comsumption yg tggi,yg akn mnyebabkn keadaan patient itu smakin teruk..dan boleh mmbawa maut..jadi,sbnr ilmu tnpa amal itu ada 2 maksud..iaitu tidak melakukan sesuatu,dan juga melakukan sesuatu bukan pd tempatnya..(tiba2 terasa cm tgh buat kelas forensic medicine pula..to do or not to do something that causes further damage is negligence..lol;p)

bhgn kedua pepatah tersebut pula.. "ka syajaratin bila 'amalin".. spt pohon tiada berbuah...ini sbnrnya hanya perumpamaan aje...apa signifikasinya pokok?jeng3..pokok ade byk dlm dunia ni..ade yg berbuah,ada yg x berbuah..tp org psti suka yg berbuah sbb boleh mkn buah tu..=)
maka dpt dilihat yg pohon yg berbuah mmberikan lbih byk jasa pd manusia kerana dgn buah tersebut,pohon itu tlah mmbekalkan vitamin dan nutrient yg diperlukan setiap manusia...=) tetapi bagaimana pula pohon yg tdk berbuah?adakah org mmbenci?tdk..tetapi pohon2 yg x berbuah ni dijadikan skadar tmpt berteduh,sbg hiasan di tepi2 jalan...ttapi tdk akn ada org yg betul2 mngambil berat mngenai pokok2 yg x berbuah ini spt pokok2 yg berbuah td..spt juga manusia..jika kita berbakti spt pohon yg berbuah itu,psti org skeliling akn sygkn kita...ttp jika kita tdk mngamalkan ilmu yg kita ada sebaiknya utk berbakti kpd masyarakat,maka kita x lbih dr pokok yg x berbuah tu..kita ada,tp org tdk akan terlalu mnyayangi kita...dan org skadar akan datang kpd kita,ttp mereka tdk akn mmberikn kpercayaan kpd kita...

secara kesimpulannya,marilah kita mngamalkan ilmu yg kita ada ni sbaik2nya....ilmu ini milik Allah..kita hanya meminjam ilmu2 itu,sbagaimana kita meminjam kehidupan kita ni...jika Allah mahu,bila2 DIA boleh mnariknya kembali..sama2 lah kita berdoa kpd Allah agar dikurniakan ilmu yg bermanfaat yg boleh kita manfaatkan utk kbaikan semua,insyaAllah...=)


(hehe..x tau nape,tp suke sgt dgn buah oren..could it be due to
the chinese blood in me?..lol ;p )

p/s: pada sahabat2 di MCOD, Alfian,Dian Sakinah, Fizzi dan sahabat2 lain,good luck n all the best utk exam korg yg sdg berlangsung..jwb elok2...usaha,doa dan tawakkal...yakin pd nasrumminallah(pertolongan dari Allah),kerana sesungguhnya fathil qaarib (kemenangan semakin hampir) Allah sentiasa bersama2 kamu,insyaAllah...semoga dipermudahkan...zhu ni hao yun!! =)

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam..

InsyaAllah by Maher Zain..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam...

17 February 2010

Memorabilia Sepi Sekeping Hati...



Gadis itu

ku temui

dalam perjalanan yang panjang

dalam mencari destinasi sebenar

mengharungi

persimpangan kehidupan.


Di salah sebuah lorong

aku berhenti

terpaku

oleh satu kelibat

memancarkan cahaya yang terang

indah

mendamaikan

hatiku yang resah.


Aku cuba untuk mendekati

kelibat itu

yang semakin ku melangkah kepadanya

semakin jauh ia pergi

meninggalkanku

termangu sendiri.


Akhirnya

pemiliknya dapat ku ketemu

begitu indah rupa parasnya

laksana tujuh puteri kayangan

yang turun dari istana larangan

senyumnya seindah kuntuman bunga yang mekar

yang tumbuh subur di taman

segar mewangi

menghiasi alam ini.


Semakin mendalam keinginanku

untuk mengenali

insan

yang kukira

cukup bererti

untuk ku dekati dan ku fahami.


Setiap detik bersamamu

umpama berada di syurga

di temani

bidadari seindah dan sedamai dirimu

meredakan

jiwa yang resah dan gelisah

rencah kehidupan.


Tatkala!

hampir sahaja aku

menggenggam tanganmu

meluahkan rasa yang terbuku di jiwa

perasaan suci yang sekian lama berputik di hati

aku terpempan!

tanganmu telah sekian lama di genggami

oleh insan yang lain

tersembunyi

dalam gelapnya bayanganmu

dan dikau berlalu pergi

meninggalkanku

terluka, terhiris di hati.


Kasihku,

tiada lagi yang ku harapkan

selain

kebahagiaanmu

dalam menempuh kehidupan ini.


Semoga!

engkau benar-benar menemui

permata yang kau cari

dan

biarlah aku

membawa sekeping hati yang sepi

meneruskan perjalanan yang tiada penghujung

di pandu petunjuk dari-Nya.


Azri Dzulfiqar

30 April 2008



P/s: entah mngapa post bulan ni kbyknnya berkisar pd luahan perasaan sendiri...;p akan cuba diperbaiki pd post2 akn dtg,insyaAllah..


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...

Wassalam..