28 February 2009

Surat Adam kepada Hawa...

Assalamualaikum...wbt

Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta. Setelah sekian lama mebenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk. Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas... terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa siling yang menghalang...

Hawa...
Bukan kutewas dengan ribut angin alam yang kencang. Kuibaratkan diriku helang gagah perkasa di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat.... ah, belum lagi patah, ku tidak mampu menongkah ribut modenisasi dan globalisasi mengikut haluanku....

Hawa....
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan. kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan coretan. Terbang di langit tanpa batasan, sering kuterbabas ke angkasa larangan. Kuharapkan teguran dan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan, tapi tafakurku sejenak di pohonan...

Hawa.....
Seandainya kuperlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi... maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya. Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan. Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan. Ah, memang kaumku mudah mempercayai pada mata. Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?? Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibalut tubuhnya dengan helaian sutera yang indah, yang telah diharamkan untukku menyarungnya? Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapakah tidak ramai kaumku yang kelihatan memakan pakaian menampakkan ketulan badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak banyak....?

Hawa......
Terkadang, tak kurang dikalanganmu yang amat tinggi malunya. Indah etikanya di khayalak. Sutera kausarung menghijap keindahan susukmu dari mata keranjang kaumku. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah... Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain. Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan..... Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap? Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri... walhal hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan..... kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku...


Hawa.....
ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki... bukan juga merungkai paruh berbisa yang menyambar.... Tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri. Aku akur dengan nasihat dan peringatanmu, di kala itu akurlah dengan peringatanku padamu....

Hawa...
kerana kau adalah ibu yang mengandung dan melahirkan...
kerana dalam ribaanmu aku dibesarkan...
kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara
kerana kau adalah taman nafsuku yang bergelora
kerana kau adalah aset masyarakat yang mengundang ujian
kerana kau ibarat hiasan indah nak intan berlian....

Kau bukanlah fitnah, sebagaimana yang kaummu silap memahami bicara Rasul agung... Namun fitnah yang dimengertikan oleh Rasul adalah aset yang amat bernilai, ibarat harta yang mengundang ujian pada hati dan ujian antara hati...........

Ubatilah dirimu.....
agar kudapat terbang
menguasai angkasa dan alam...
dengan kedua-dua sayapku....
Agar bukan sahaja kudapat menongkah ribut...
bahkan sayapku kibar...
boleh mencipta ribut......

...............Adam ;)

No comments: