28 February 2009

Pesanan buat bakal bidadari hidupku...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Bidadari hidupku,
ingatlah satu pesanan dari imam nawawi...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu...maka hilanglah cintaku padamu..."
maka jagalah agamamu lebih dari kau ingin menjaga cinta yang bakal tersemai antara kita suatu hari nnt...
aku pasrah dan redha kerana kita berdua adalah milik Yang Maha Esa...

Semoga kita akan bertemu suatu hari nnt,kekasihku dan semoga Allah akan sntiasa merahmati dan merestui kasih sayang yg bakal terjalin antara kita,bila tiba masany..InsyaAllah.;)

Jika ingin berteman...

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sahabat itu terlalu istimewa...

Kadang-kadang keputusan sukar untuk dibuat...
mungkin ada yang terluka atau diri sendiri yang terluka...
kerana itu.. ku serahkan segalanya padaNya....
kerana ku tahu keputusan atau natijah yang datang dariNya..
adalah yang terbaik buatku dan dirinya...
persahabatan atau ukhwah bagaikan tasbih ,ada awal tiada penghujung..
dicipta untuk mengingatiNya..dicantum demi dengan cintaNya, diratib demi redhaNya.
bila kasih atau cinta kerana Allah...
bertemu membuahkan hikmah..berpisah tidak gelisah...

sahabatku...tiada ungkapan PERPISAHAN dalam PERSAHABATAN..
walaupun maut menjadi noktahnya...SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa BAYANGnya...

Insya Allah...
cintaku dari dunia membawa cintanya untuk akhirat...
( ^ - ^ )

Surat Adam kepada Hawa...

Assalamualaikum...wbt

Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta. Setelah sekian lama mebenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk. Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas... terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa siling yang menghalang...

Hawa...
Bukan kutewas dengan ribut angin alam yang kencang. Kuibaratkan diriku helang gagah perkasa di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat.... ah, belum lagi patah, ku tidak mampu menongkah ribut modenisasi dan globalisasi mengikut haluanku....

Hawa....
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan. kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan coretan. Terbang di langit tanpa batasan, sering kuterbabas ke angkasa larangan. Kuharapkan teguran dan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan, tapi tafakurku sejenak di pohonan...

Hawa.....
Seandainya kuperlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi... maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya. Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan. Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan. Ah, memang kaumku mudah mempercayai pada mata. Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?? Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibalut tubuhnya dengan helaian sutera yang indah, yang telah diharamkan untukku menyarungnya? Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapakah tidak ramai kaumku yang kelihatan memakan pakaian menampakkan ketulan badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak banyak....?

Hawa......
Terkadang, tak kurang dikalanganmu yang amat tinggi malunya. Indah etikanya di khayalak. Sutera kausarung menghijap keindahan susukmu dari mata keranjang kaumku. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah... Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain. Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan..... Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap? Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri... walhal hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan..... kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku...


Hawa.....
ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki... bukan juga merungkai paruh berbisa yang menyambar.... Tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri. Aku akur dengan nasihat dan peringatanmu, di kala itu akurlah dengan peringatanku padamu....

Hawa...
kerana kau adalah ibu yang mengandung dan melahirkan...
kerana dalam ribaanmu aku dibesarkan...
kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara
kerana kau adalah taman nafsuku yang bergelora
kerana kau adalah aset masyarakat yang mengundang ujian
kerana kau ibarat hiasan indah nak intan berlian....

Kau bukanlah fitnah, sebagaimana yang kaummu silap memahami bicara Rasul agung... Namun fitnah yang dimengertikan oleh Rasul adalah aset yang amat bernilai, ibarat harta yang mengundang ujian pada hati dan ujian antara hati...........

Ubatilah dirimu.....
agar kudapat terbang
menguasai angkasa dan alam...
dengan kedua-dua sayapku....
Agar bukan sahaja kudapat menongkah ribut...
bahkan sayapku kibar...
boleh mencipta ribut......

...............Adam ;)

Bacaan di dalam solat...

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "

22 February 2009

Nilai tudung seorang muslimah...




Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.


21 February 2009

Al-fatihah....

Hati saya terdetik untuk menulis post ini di atas sgala perkara yg berlaku di sekeliling saya akhir2 ini...Takziah di ucapkan kepada shbt sy, Cik Nor Azean di atas pemergian ayahanda tercinta kembali ke Rahmatullah pada 12 Februari yg lalu dan juga kepada sahabat saya Cik Nor Atikah binti Zakaria yang turut kehilangan ayahanda tersayang pada hari semalam,21Feb kerana serangan jangtung...Sesungguhnya,kematian begitu hampir dengan kita tanpa kita menyedarinya...entah esok ataupun mungkin sebentar sahaja lagi nyawa yang dipinjamkan kepada kita ini akan di ambil semula oleh yang maha Esa...ini turut mengingatkan saya kepada pemergian Allahyarhamah ibunda saya,Nor Amna Binti Ibrahim yang pada bulan Julai ini akan genap 10 tahun pemergian beliau kembali di sisi Allah yang maha berkuasa...sama2 kita semua doakan semoga rahmat Allah akan sentiasa mencucuri roh mereka yang kita sayangi...

Al-fatihah...

أعوذ باالله من الشيطان الرجيم

Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam

{1} بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2}

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam

الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ {3}

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

مَالِكِ يَومِ الدِّينِ {4}

Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)

اِيَّاكَ نَعبُدُ وَاِيَّاكَ نَستَعِينُ {5}

Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu) dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (tidak kepada selain-Mu)

{6} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ


غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين {7}

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai (Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (Nasrani)

15 February 2009

Hukum menyambut hari valentine menurut Islam(dipetik dari http://www.myquran.org)

Keinginan untuk mengikut orang lain memang ada di dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela di dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikiran (mengikuti di dalam perkara akidah, ibadah dan syi'ar).

Rasulullah SAW telah melarang untuk mengikuti tatacara ibadat selain Islam.
"Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (Riwayat Tirmidzi)

Valentine’s Day adalah salah satu contoh hari kebesaran bukan Islam. Pada hari tersebut sebahagian kaum Muslim turut memperingatinya, terutama di kalangan ramaja dan pemuda. Padahal Valentine, menurut salah satu versi sebuah ensiklopedia adalah nama pendeta St. Valentine yang dihukum mati kerana menentang Kaisar Claudius II yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh itu, perlu dijelaskan kepada kaum Muslim mengenai hukum merayakan Valentine’s Day atau yang sering disebut sebagai Hari Kasih Sayang.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, "Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut haram. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram."

Abu Waqid meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW saat keluar menuju perang Khaibar, beliau melewati sebuah pohon milik orang-orang musyrik, yang disebut dengan Dzaatu Anwaath, biasanya mereka menggantungkan senjata-senjata mereka di pohon tersebut. Para sahabat Rasulullah SAW berkata, "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kami Dzaatu Anwaath, sebagaimana mereka mempunyai Dzaatu Anwaath." Maka Rasulullah bersabda, "Maha Suci Allah, ini seperti yang diucapkan kaum Nabi Musa, 'Buatkan untuk kami tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan-tuhan.' Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh kalian akan mengikuti kebiasaan orang-orang yang ada sebelum kalian." (Riwayat Tirmidzi, ia berkata, Hasan Sahih).

Sheikh Muhammad al-Uthaimin ketika ditanya tentang Valentine's Day mengatakan,
"Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh, kerana alasan berikut:
Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam.
Kedua; ia akan menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara yang tidak berguna seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para Salaf As-Soleh.
Maka tidak halal melakukan ritual hari raya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling bertukar hadiah atau selainnya. Hendaklah setiap Muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah SWT melindungi kaum Muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang tampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya."

Maka adalah wajib bagi setiap orang yang mengucapkan dua Kalimah Syahadah untuk melaksanakan ketaatan terhadap perintah agama yang merupakan dasar akidah yang dipegang oleh para Salaf As-Soleh. Di antara kesan buruk menyerupai mereka adalah mempopularkan ritual-ritual mereka sehingga terhapuslah nilai-nilai Islam. Selain itu, dengan mengikuti mereka bererti memperbanyakkan lagi jumlah mereka serta mendukung dan mengikuti agama mereka.

Sedangkan seorang Muslim di dalam setiap rakaat solatnya telah membaca dua potong ayat yang bermaksud:
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah: 6-7)

Bagaimana mungkin ia memohon kepada Allah SWT agar ditunjukkan kepadanya jalan orang-orang yang Mukmin dan dijauhkan darinya jalan golongan mereka yang sesat dan dimurkai, namun ia sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela.
Allah SWT telah berfirman, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah: 51)

Di dalam ayat yang lain,
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya." (Al-Mujadilah: 22)

Ada seorang gadis mengatakan bahawa ia tidak mengikuti kepercayaan mereka, sekadar menyambut Hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan sukacitanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Saudaraku! Ini adalah suatu kelalaian! Perayaan ini adalah acara ritual agama lain! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang terikut-ikut oleh budaya dan gaya hidup mereka.

Mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang murni, tapi lebih mencerminkan pengadaptasian nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita sehingga saat ini kita melihat struktur sosial mereka menjadi porak-poranda. Alhamdulillah, kita mempunyai pengganti yang jauh lebih baik dari itu semua, sehingga kita tidak perlu meniru dan menyerupai mereka.

Di antaranya, kita memandang bahawa seorang ibu mempunyai kedudukan yang agung, dan kita mempersembahkan ketulusan dan cinta itu kepadanya dari waktu ke waktu. Demikian pula untuk ayah, saudara, suami dan sebagainya, tetapi hal tersebut tidak kita lakukan khusus pada hari yang dirayakan oleh orang-orang kafir.

Semoga Allah SWT senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke dalam Syurga yang hamparannya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Semoga Allah menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang disebutkan di dalam hadith Qudsi:
"Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai kerana Aku, yang saling berkorban kerana Aku dan yang saling mengunjungi kerana Aku." (Riwayat Ahmad)

Dari perbahasan di atas dapat disimpulkan sebagai berikut:
:: Seorang Muslim dilarang untuk meniru kebiasan orang-orang bukan Islam, di dalam sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan, pemikiran dan adat kebiasaan mereka.
:: Valentine's Day adalah perayaan bukan Islam untuk memperingati pendeta St. Valentin yang dihukum mati kerana menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh itu, umat Islam tidak boleh memperingati Hari Valentine tersebut.

Allahu Ta'ala a'lam...

P'S: Jadi,kepada saudara2 n saudari2 yang membaca,tepuk dada tanya iman..semoga kita sentiasa dlm penjagaan dari Allah..amin..

Perang Al-Hittin bebaskan Baitulmaqdis..(di petik dari PalestinKini.info)

Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rabiul Awal ialah Peperangan al-Hittin di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan 1187 Masihi.

Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya ‘Hattin’. Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli
sejarah yang berpendapat ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.

Meski pun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting, peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia
Islam dulu, kini dan selamanya. Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan
tentera salib ke atas Baitul Maqdis.

Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam Salahuddin yang berjaya menyatukan
seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu.

kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kajayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada
pencerobohan kuasa Barat.

Kemenangan Salahuddin ini turut membolehkan BaitulMaqdis bebas daripada penjajahan tentera salib selama 88 tahun.

Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran Tasik
Tiberian, Palestin.

Tentera Islam diketuai oleh Salahuddin manakala tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias. Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka. Berikutan itu, tentera Islam mengepung tentera Salib pada waktu malam hingga terbit fajar.

Nyata, pada sebelah siangnya, meletus peperangna sengit berhampiran Hittin di sebelah tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai tentera Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka.

Jelas sekali, Perang Hittin adalah kemenangan Islam yang gemilang dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan dengan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususna Barat.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata “untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi , politik dan ketenteraan tidak memadai, Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah “.

Kejayaan Salahuddin membebaskan BaitulMaqdis yang ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatukan umat Islam di Mesir,
Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4/3/1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang ketika berusia 16 tahun.

09 February 2009

Jalan menuju syurga....

Image Hosted by ImageShack.us

Salahuddin Al-Ayyubi....




KOTA Damsyik, ibu negara Syria, menyimpan seribu satu kisah pahlawan Islam tersohor, Salahuddin Yusuf bin Ayyub yang lebih dikenali Salahuddin al-Ayyubi.


Jika Khalid al-Walid dikenali kerana sumbangannya membebaskan Syria daripada kekejaman Byzantine, Salahuddin pula masyhur sebagai pejuang yang mempertahankan wilayah Islam daripada penjajahan tentera Salib.

Salahuddin sebenarnya bukanlah anak jati kota Damsyik. Beliau dilahirkan di Tikrit di bahagian utara Iraq pada 1138. Sumbangan paling besar beliau ialah membebaskan Palestin dan Syria daripada penjajahan tentera salib.

Kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran Hattin adalah kemuncak kejayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada pencerobohan kuasa Barat.

Kemenangan Salahuddin pada 4 Julai 1187 itu turut membolehkan Baitulmaqdis bebas daripada penjajahan tentera Salib selama 88 tahun.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau, kerajaan Syria membina tugu pahlawan di pusat bandar Damsyik pada 1997.

Antara monumen sejarah yang dikaitkan dengan perjuangan Salahuddin ialah kota pertahanan dikenali Qal?ah Sahyun atau kota Sahyun. Pada 1957, kerajaan Syria menamakan tinggalan ini Qal?ah Salahuddin atau kota Salahuddin sempena memperingati jasanya. Kota ini terletak 24 kilometer di timur bandar Lattakia.

Salahuddin berjaya merampas kota ini daripada tentera Salib walaupun agak sukar ditembusi.

Kedudukan kota itu pada ketinggian 400 meter dari aras laut dan dikelilingi kawasan hijau dan anak-anak sungai.

Bagaimanapun, tentera dipimpin Salahuddin tetap mampu merampasnya hanya dalam masa dua hari selepas menewaskan tentera Salib yang berkubu di situ.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa keinginan Salahuddin menentang tentera Salib membara selepas kemenangannya membebaskan Baitulmaqdis pada 1187.

Ini kerana, kejayaannya Salahuddin membebaskan Palestin mengejutkan kuasa besar Barat.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan Salahuddin menawan hampir 50 kubu tentera Salib di antara Antiochi di utara dan Baitulmaqdis di selatan hampir melumpuhkan pertahanan musuh di rantau Asia Barat.

Ketika mengepung kota Sahyun, semangat dan keberanian terpancar yang daripada wajah setiap pejuang Islam amat menggetarkan musuh.

Laungan Allahuakbar yang menyelinap masuk ke setiap ruang kota ini menandakan bermulanya kemenangan buat umat Islam.

Meskipun berada pada kedudukan strategik, tentera Salib tidak mampu berbuat apa-apa tatkala pejuang Islam mula berkubu di luar kota ini.

Pada 26 Julai 1188, Salahuddin dan puteranya, Zahir Ghazi, membuat serangan serentak dari arah timur dan utara.

Keesokannya, tentera Salib akur dengan kekuatan tentera Islam lalu menyerah diri. Sejak tarikh itu, kota ini terus berada di tangan umat Islam hingga hari ini.

Dari 1188 hingga 1272, kota ini diletakkan dalam pentadbiran pemimpin tempatan, Sultan Nasruddin Manguwiris. Selepas itu, ia diserahkan dalam jagaan Sultan Zahir Beybars.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata ?untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan tidak memadai. Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah?. Malah, perpaduan ummah adalah faktor penyumbang kepada kejayaan kempen pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin yang mengambil masa 13 tahun, bermula pada 1174.

Kejayaan Salahuddin membebaskan Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatupadukan umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4 Mac 1193 ketika berusia 55 tahun.

Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang di medan perang ketika berusia 16 tahun.

Bilakah mungkin akan tiba seorang lagi Salahudin Al-Ayyubi untuk membebaskan bumi Palestin yang kita kasihi?
Ya Allah,berilah kami kekuatan untuk menegakkan kebenaran di bumi ciptaanMU ini..Amin...

04 February 2009

Budak2 zaman sekarang...

hmm..simple je tajuk ni...tp,tu la bnda pling besar yg blaku kt skeliling kita skrg ni...kbykn anak2 muda skrg ni dh xde kualiti..tmbh2 plak,bila ambk tindakan sume nk ikut perasaan,nk sgt ikut darah muda yg tgh mndidih tu..tetapi mmg amt mmbimbangkn dgn perkembangan terkini ini kerana merekalah bakal pewaris bangsa....same2 la kita doakn moga2 Allah memberikn ptunjuk pd semua..

[p/s: alhamdulillah,kbykn mslh yg aku hadapi dgn org dh selesai...baik yg dekat atau yg jauh..aku amat bersyukur pd Allah,kerana spt masa2 lalu,mslh ni selesai dgn sndrny...Alhamdulillah..semoga rahmat Allah akn terus mngiringi aku dlm mnjalani khidupan ini...amin...;) ]

01 February 2009

kenape aku menyepi?

hmm..agak complicated gak topik ni..scara mudahny aku bleh kata hidup aku sdg di uji Allah skrg ni...byk gak la mslh yg sdg aku hdpi dgn manusia...yg dekat ngan aku kt india bermasalah,yg jauh kt malaysia pun bermasalah..scara detailny x yah la aku nk citer..biarla antara aku,org yg berkenaan dan Allah je yg tahu...x elok nk cerita n bkk aib org...esok2 kalo slh citer aku kna mntk maaf dgn org yg berkenaan br dosa aku terampun..so,better aku x citer dgn detail kot...kalo x esok susah plak bila nyawa aku dh nk di cabut...slagi org yg aku kata2 kt belakang x maafkn @ redha dgn ape yg aku dh buat,hmm...sume pon tau2 sndr la...haha..dh byk kali aku di uji dgn bnda2 cmni....dlu prnh bbrapa kali gak la kot aku berselisih pendapat ngan org lain...n sntiasa prkara cmni berlaku bila aku cbe mnunaikan tggjawab yg di amanahkn pd aku@wktu aku ingin tunaikn tnggjwb aku sbg saudara seagama...nk jalankn arahan ketua aku pon salah,nk nsht ke arah prkara yg baik pon salah...bg aku,sume ni jd sbb sume ade prsn ego dlm diri masing2,smpi ssh nk trime bila org cbe buat sesuatu yg baik...aku msih igt,kes pling teruk wktu aku prnh dpt sluruh kelas aku go against aku sbb aku cbe mnegak n mnjalankn arahan dr presiden persatuan aku(buat pngetahuan korg,aku pgg jwtn dlm persatuan bukan la sbb gila kuasa atau ape,aku x kata pon aku bgus dan sgt berkelayakan utk ambk jawatan2 yg aku pegang,tp aku ambk atas rasa tanggungjawab,xde org yg nk ambk jwtn tu..n ni akn mnyusahkan sesuatu organisasai utk berjalan dgn lancar,sekurang2nya aku x la mcm sstgh org yg mngaku diri sndr hebat,berkelayakan,berbakat utk mmimpin,berpengaruh n sbgnya tp bila suruh pgg jwtn trus x nak,mcm2 alasan yg dorg bg..nk blaja la,xde masa la...tp fikirkan psl org lain..sume org pon student gak,n aku sndr..alhamdulillah...Allah banyak mmbantu aku...DIA mngurniakan aku keputusan yang agak baik dalam setiap peperiksaan yang aku duduk,biarpun x sehebat mana aku tetap bersyukur atas rezeki yang Allah berikan,shinggalah skrg ni DIA mmberikan aku kesempatan utk further study dlm bidang yg aku minat,alhamdulillah) ,yg x benarkn sbrg 'gurauan berlebihan' di lakukan pd junior2 cos aku yg br nk msuk..satu kelas bantah,kcuali bberapa org yg faham apa yg tersirat di sebalik apa yg aku kata..kbnykan org bnth n sume kata dorg bknny nk 'buli' pon junior2...tp,sume org bleh fikir logikal la...nape kita perlu beria2 mnegakkn yg kita bkn satu2 perkara tu,sdgkn kita boleh buat dlm senyap?...xde org gila akn mngaku gila,n xde org salah akn mngaku salah..sini aku dpt nmpk,ada sstgh yg sbnrny hipokrit dlm hidup ni...n alhamdulillah,slama ni Allah sntiasa ada di sisi aku...DIA yg mmberikan aku kkuatan utk mnjalani ujian demi ujian yg dtg dan alhamdulillah,akhirnya perkara2 cmni selesai sndr tnpa aku prlu buat ape2...same gak cm krisis yg aku pernh lalu awal tahun 2008 dlu...syukur pada Allah yg telah byk mmbntu aku...krisis terbaru aku ni plak jd bermotifkn berkara yg sama,apa yg cbe aku lakukan adlh mmberikan nsihat utk kbaikan org lain...tp,bila org lain jwb,seolah2 ada unsur nk mmperkecil2kn aku..aku lgsg x nmpk ape rasionalny nk bangkitkn soal umur sdgkn ape yg aku buat hny bg nsht...biarlah,sesungguhnya hanya Allah yg tahu apa niat sebenar aku..skrg,aku malas nk pikir psl org lain..biar la apa pon yg dorg nk buat..betul ke,salah ke,sekarang aku dh malas nk tegur...smoga Allah mngampunkan aku atas kputusan yg aku ambk ni,sbb ade hadis mnyatakan:

المسلم اخ اامسلم لا یظلمة ولا بسلمه
ertinya: (orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya)

mgkn ade hikmah gak atas ape yg berlaku..skrg ni,aku rasa kecewa sgt dgn dorg...mgkn sbb sorg dh buat aku rasa kurang senang,aku dh,mcm hilang rasa nk ambk kisah psl sume org yg ade kt situ...prsn syg aku kt dorg sume smkn berkurang,dn aku rasa akn mnghilang x lama lg..biarlah,mgkn ini adalh satu cara yg Allah dh rancangkan utk kurgkn beban yg aku tanggung bila aku terlalu mngambil berat terhadap org lain...skrg ni aku hanya boleh berdoa...Ya Allah, sesungguhnya di hati ini aku hanya cuba utk mnjadi yg terbaik utk org lain...utk mlindungi org lain dan mnjaga mereka dari kebahayaan..betulkanlah aku jika aku yg bersalah Ya Allah...sebaliknya Ya Allah,jika mereka adalah dari golongan yg tidak memahami,datangkanlah hidayah dan inayahmu ke dalam hati2 mereka Ya Allah...agar mereka sedar ape niat sebenarku...lindungilah mereka dari sebarang kebahayaan..sesungguhnya Ya Allah,hanya kepada Engkaulah aku berserah kerana hanya Engkaulah yg maha berkuasa menunjukkan kebenaran...amin..


"biarpun seluruh dunia memusuhi aku,aku akn tetap tegakkan ape yang aku rasa benar kerana aku bukanlah seorang yang hipokrit...biarpun semua orang mnjauhi aku kerana ketegasan aku mnegakkan pendirian aku,biarlah..sesungguhnya Allah sntiasa bersama aku dan cukuplah Allah untukku..tidak aku hidup oleh pujian dan tidak aku mati oleh cercaan...smoga Allah mmberikan hidayah pd yg berkenaan agar kmbali ke jalan yg benar agar tidak meninggalkan dunia ini dlm keadaan di saluti noda2 dosa..."

I'm back...

to all my blog readers,i'm back! insyaAllah,i will try my best in this effort utk mnyebarkan apa yg baik utk kita kongsikan bersama...doakan agar azam n tekadku diperkuatkn dlm mnghadapi ujian2 yg dtg dlm hidup ini...