05 August 2008

Orang yang mencintai...


Orang yang mencintai kamu takkan pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. yang dia tahu di hati dan matanya hanya kamu satu-satunya orang yang dicintai.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia takkan pernah peduli.Baginya yang penting adalah kamu bahagia dan tetap jadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima seadanya, dihati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu rasa kecantikan itu semakin hilang serinya.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti selamat pagi, selamat hari minggu,gud nite dan sebagainya walaupun kamu tak reply SMSnya. Menerusi SMS itulah,dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza.

Jika kamu mnyambut har lahir dan dia tak dapat hadir bersama-sama kamu, sekurang-kurangnya dia akan call untuk mengucapkan happy birthday atau SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu

ucapkan,walaupun kamu sendiri terlupa bahawa kamu pernah mengungkapkannya.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa yang kamu sukai,

malah sanggup merisik dari teman-teman kamu untuk mengetahui kegemaran kamu.

Jika kamu kurang sihat kali terakhir bertemu dengannya,dia akan sentiasa mengirim SMS atau call untuk bertanya keadaan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bcakap di

telefon dengan kamu,sehingga kamu jadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa gugup kerana kamu dah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang begitu berharga bagi dirinya yang mungkin bagi kamu, sekadar sesuatu yang biasa.

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti

seorang kekasih.

Jika melihat phone dia,nama kamu akan mnghiasi sebahagian besar ruang pesanannya.Dia masih simpan SMS kamu walaupun ia dah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan untuk bersama-sama kamu, dia akan sedia mnunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain sebagai pengganti dirimu.

Jika kamu ada problem walaupun hal remeh,dia dengan berbesar hati sedia

membantu walaupun hanya mampu untuk mndengar luahan kamu kerana padanya mnjadi

sbahagian dari hidup kamu adalah sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.

Jika kamu merasa resah,dia turut sama merasakannya.Jika kamu menangis,dia juga akan turut menangis.Pada dirinya apa saja yang kamu rasai,dia akan turut merasainya.

No comments: