04 August 2008

Mari kita ingat kembali...

Tun Mahathir suatu masa dahulu pernah meluahkan kekecewaan pada bangsa melayu ketika persidangan umno tahun 2001... Orang Melayu pernah sedar dan bangkit dari lena mereka bila di gerakkan oleh Tun Mahathir menerusi puisi yang dikarang beliau... Tapi sayang, bangkitnya orang Melayu hanya seketika.. Sekarang kita dapat lihat di sana sini melayu mula kembali kepada apa yang pernah mereka lalui sebelum ini, cuma mungkin mereka masih belum menyedari... Marilah kita bangkit kembali, wahai bangsa Melayuku... Kita soroti dan ambil iktibar dari puisi yang pernah di sampaikan Tun Mahathir ketika persidangan UMNO 2001....

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

--Bangkitlah wahai bangsaku dari lenamu yang panjang---

No comments: