07 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Eksposisi

Bab 1

“… watikah yang ku miliki

kan ku semat di hati

janji ku pada pertiwi

untuk menabur bakti

Ku sempurnakan

seikhlas hati

membela negara

doa restu ayah bonda ku untuk semua

UITM…Usaha Taqwa Mulia .”

Graduan-graduan Universiti Teknologi Mara kelihatan begitu gembira sekali

pada hari ini. Segak memakai baju graduasi rasmi universiti yang berwarna ungu terang,

siswa-siswa dan siswi-siswi ini telah mengharungi kehidupan sebagai penuntut universiti

selama tiga tahun dan akhirnya kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Sinar

keriangan jelas terpancar di wajah mereka, seterang sinar sang suria yang tetap patuh

untuk terus melontarkan cahayanya, menerangi alam ini. Angin yang bertiup sungguh

menyamankan, seakan-akan mengerti kegembiraan yang sedang di raikan oleh

graduan-graduan ini. Baru sebentar tadi, para graduan telah di anugerahkan sijil diploma

yang terhasil dari jerih perih mereka selama ini oleh Naib Canselor Universiti Teknologi

MARA, Dato’ Ibrahim Abu Shah. Dewan Seri Budiman menjadi saksi betapa

gemilangnya yang di rasakan oleh setiap yang hadir untuk Majlis Konvokesyen ini.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah universiti yang telah dengan setianya berkawal

untuk memastikan keselamatan para graduan dan ibu bapa sejak bermulanya majlis ,

telah mula berbaris untuk menamatkan tugas mereka . Kenderaan-kenderaan mula

menjalari muka bumi UiTM Shah Alam , masing-masing dengan tujuan yang pasti ,

untuk segera pulang ke rumah mereka .

Di suatu sudut yang lain , seorang gadis sedang bermenung seorang diri ,

memikirkan hala tuju kehidupannya selepas ini . Bibirnya yang mulus bak buah delima

tidak putus-putus melafazkan kalimah syukur kepada Allah . Baginya, setiap yang

berlaku adalah ketentuan Allah . Dia tidak pernah menjangka apa yang telah berlaku

semasa penganugerahan segulung diplomanya tadi .

“Dengan lafaz bismillah , saya ProfesorDr Abdul Rahim bin Md Noor ,

Dekan Fakulti Sains Kesihatan dengan ini mengumumkan para graduan dari fakulti

kami . Saya mulakan dengan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan . Graduan

terbaik bagi Program Teknologi Makmal Perubatan ialah Radhiyunnah Safih binti

Camrul Nixam dengan purata nilai gred kumulatif 3.95 , Ahmad Ikrimah bin Xamsul

Cairel , purata nilai gred kumulatif 3.92 , Noor Azriynna binti Jafri , purata nilai gred

kumulatif 3.89 dan Ammal Dzulfiqar bin Ismail dengan purata nilai gred kumulatif 3.88.

Seterusnya , Abdul Aziz bin Amran …”

Ungkapan kata yang di tuturkan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan masih

terngiang-ngiang di benaknya . Sesungguhnya , di tidak pernah menyangka akan terpilih

sebagai graduan terbaik bagi program teknologi makmal perubatan . Semakin di ingatnya

peristiwa tadi , semakin laju lidahnya menuturkan lafaz syukur kepada Allah . Sekuntum

senyuman yang manis , terhasil dari hati yang ikhlas , terukir di wajahnya .


04 July 2010

Hari kesedihan..


Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini merupakan hari kesedihan saya.
Salah satu anak saya, Aldzulfiar telah pulang menemui Penciptanya petang tadi.
Beliau merupakan anak yang periang. Beliau kelihatan sangat gembira semalam.
Beliau telah melakukan banyak "popcorning" malam semalam.

Tengah hari tadi, saya menyerahkan kembali ibu tumpangnya kepada tuannya yang sebenar.
Adzulfiar dan Ariynna kelihatan sedikit sedih, tapi masih aktif seperti biasa. Pulang dari menyerahkan kembali ibu mereka, saya memberikan mereka makan. Mereka berdua makan seperti biasa. Kerana kepala yang berat dan sakit, saya mengambil keputusan untuk tidur selepas makan ubat dan menunaikan solat asar.

Saya bangun pada waktu maghrib. Memikirkan saya perlu menelefon ayah saya, usai solat maghrib, teman serumah saya,Zharif mengajak saya keluar ke kedai prepaid. Ketika itu saya melihat Adzulfiar sedang duduk di dalam litter binnya. Saya menganggapkan mungkin dia sedang berehat. Lalu saya keluar.

Kemudian, pulang dari membeli prepaid. Saya melihat anak-anak saya. Adzulfiar masih berkeadaan sama. Saya merasa pelik. Saya segera menyentuh tubuhnya. Sejuk. Dan telah menjadi stiff. Saya cuba mengusap tubuh Adzulfiar berulangkali tapi tiada respons.

Saya menunjukkan Adzulfiar kepada Zharif. Zharif mencadangkan cuba letakkan sedikit air di muka Adzulfiar,mungkin akan ada respons. Saya meletakkan air, tetapi anak itu tetap tidak bergerak lagi. Memandangkan keadaan tubuhnya yang telah stiff, mungkin Adzulfiar telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika saya tidur tadi.

Tubuhnya telah mengeras saat saya meriba Aldzulfiar


wajah anak ini cukup tenang saat menghembuskan nafas yang terakhir


Saya merasa kehilangan yang amat sangat.Anak yang saya sayang, yang baru seminggu dalam jagaan saya, telah meninggalkan saya. Saya merasa amat kesunyian. Maafkan papa, Adzulfiar. Kerana papa telah gagal menjaga kamu dengan baik. Sehingga kamu pergi meninggalkan papa. Semoga rohnya dilindungi yang maha pencipta.



Adzulfiar merupakan anak yang gemar makan carrot. maka saya memutuskan untuk mengebumikannya dengan makanan kegemarannya.



Adzulfiar yang telah dikafankan

Kini, saya cuma ada Ariynna untuk di jaga. InsyaAllah, saya akan cuba sebaiknya untuk memastikan anak ini besar dengan baik. Semoga keselamatan dan kesihatan anak ini terpelihara.

Saat-saat kami bersama

Adzulfiar dalam kenangan


Papa rindu kamu, Adzulfiar...

Tempat persemadian Aldzulfiar





Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

03 July 2010

Masak-masak bersama Al-dzulfiqar..

Assalamualaikum warahmatullah...
salam bertemu kembali kepada pembaca2 yang masih setia mengikuti coretan-coretan tanpa makna saya ini. telah agak lama saya di rundung kesibukan hingga tidak sempat mengemaskini blog ini. insyaAllah,sempena cuti pada hari isnin ini kerana ada mogok (=_=")...saya cuba mencoretkan sesuatu buat anda semua...

hehe..sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi mengenai resepi masakan..(^^) sepanjang 3 minggu yang berlalu, saya sibuk menjelajahi laman-laman blog dan site-site di internet untuk mencari resepi terbaik dan termudah untuk menghasilkan makanan tradisi melayu,iaitu rendang..

terima kasih saya ucapkan kepada semua yang rajin berkongsi resepi di laman masing-masing, termasuklah salah seorang follower saya iaitu Cik Raihanna. Akhirnya, setelah saya meneliti satu demi satu resepi yang ada, terciptalah "Rendang Ayam Cinta Dalam Hati" yang merupakan hybrid dari 5 resepi yang saya gabungkan menjadi satu..

Hehe....pasti sahabat-sahabat tertanya-tanya mengapa agaknya nama rendang ni pelik sekali...;P sebenarnya,ada sedikit simbolik di sebalik nama ni...saya letak hati kerana bagi saya, ketika kita memasak, kita perlu memberikan sepenuh hati kita, sepenuh kasih sayang kita untuk menghasilkan makanan yang terbaik...mengenai Cinta tu pula,sebenarnya saya bagi nama tu secara tidak sengaja...seperti yang saya katakan, rendang ini menggunakan resepi hybrid...jadi,ketika mula-mula saya rasa rendang ni sebelum dia menjadi kering, saya dapat merasa berbagai-bagai rasa, lebih kurang 5-6 jenis rasa yang berbeza pada satu sudu kuah yang sama... maka saya mula terfikir, begini juga rasanya cinta..maka saya pun bagilah nama Rendang Ayam Cinta Dalam Hati..;P

Rendang Ayam Cinta Dalam Hati

ok2..sekarang saya akan berkongsi resepi orang yang saya gunakan:

1)Bahan utama:

Ayam 2 ekor
Daun pandan


2)Bahan kisar:

Bawang besar 7 biji
bawang putih 3-5 biji
serai 4 tangkai
cili hijau 7 tangkai
cili kering 17 tangkai
halia 7cm
sedikit kunyit

bahan2 untuk di blend

3)Rempah:

kulit kayu manis
bunga lawang
jintan putih

4)Kerisik:

Kelapa yang diparut
minyak

5)Miscellanous:

Jaggery/gula melaka
garam
santan 1200ml
ajinomoto

(hoho..terasa cam jawab soalan classification of drugs pula tulis camni;P)

Cara-caranya:

1)potong dan kisar semua bahan yang dikisar

bahan yang telah di blend

2)sediakan kerisik
-kerisik ni senang je nak buat
-dapatkan kelapa parut,panaskan kuali tanpa minyak dengan api kecil



-masukkan kelapa parut ke dalam kuali dan balik-balikkan sehingga menjadi keperangan.
-jangan bagi kelapa parut tu hangus



-lepas dah keperang-perangan, masuk dalam blender, letak sikit minyak,blend sampai kelapa parut goreng tadi keluar minyak.
-dah jadi kerisik kita..;P



3)panaskan minyak dalam periuk...besar periuk terpulang pada berapa banyak anda nak masak. saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih pada ayuni syuhada kassim a.k.a uniq yang meminjamkan saya periuk beliau. syukran! arigato! nandri! vandanegalu!thank you! tou che!;P
4)masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi ke dalam minyak panas. tumiskan.



5)bila bau dah naik, masukkan pula ayam. kacau-kacau ayam untuk membolehkan rasa bahan tumis meresap ke dalam ayam..



6)bila dah nampak cantik ayam tu bergaul dengan bahan tumis, masukkan santan.
7)biarkan kuah mendidih.



8)bila dah mendidih, masukkan kulit kayu manis, jintan, dan bunga lawang sebanyak yang dikehendaki.
9)biarkan mendidih lagi 10 minit. masukkan pula 250g jaggery.
10)masukkan pula daun pandan untuk menjadikan rendang lebih wangi.
11)biarkan rendang mendidih dengan api sederhana.masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.
12)keringkan rendang...


dah siap rendang kita..sangat best kalau di makan dengan nasi impit=)




selain tu, saya juga baru mendapat oven yang di beli di internet. maka, untuk merasmikan oven itu, terhasillah "kuih bakar 2 hati" yang juga hybrid dari 2 resipi kuih bakar berbeza.;P

signifikan nama, macam biasa...hati tu sebab kita perlu berikan sepenuh hati ketika memasak seperti yang saya katakan di atas...2 tu sebab kuih ni hybrid dari 2 resepi..=_="

jadi,ini adalah resepi untuk kuih bakar 2 hati:

kuih bakar 2 hati

bahan-bahannya:

telur 5 biji
gula 1 cawan
tepung gandum 2 cawan
santan 250ml(saya guna santan import "Kara" dari indonesia untuk buat kuih ni.. kalo guna santan india akan jadi kurang sedap..;P boleh bli dkt mahabazaar bel road ye...;P)
susu full cream nandini 250 ml
air 250ml
serbuk kulit kayu manis 2 sudu besar
perasa/esen pandan 2 sudu besar
pewarna hijau epal 2 sudu besar
butter 2 sudu
bijan

caranya:

1)pukul telur dengan pemukul...(jangan tumbuk dengan tangan ye;P)
2)masukkan gula,teruskan pukul (dush,dush,dush..)
3)masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan teruskan memukul..
4)masukkan santan, pukul lagi...
5)masukkan susu, dan pukul lagi...
6)masukkan air,dan teruskan memukul...
7)masukkan serbuk kulit kayu manis,kacau hingga sebati
8)masukkan perasa pandan,kacau lagi..
9)masukkan pewarna,kacau dan kacau lagi...
10)bila dah siap,panaskan oven pada suhu 190 degree
11)panaskan loyang dalam oven...letakkan dua sudu butter dalam loyang dan sapukan ke seluruh loyang untuk menjadikan tepi dan bawah kuih bakar kita menjadi rangup.
12)masukkan bahan yang kita dan pukul dan kacau tadi.taburkan bijan.
13)bakar pada suhu 190 degree selama satu setengah jam..
14)dah siap!!



haha...jadi demikianlah secara mudahnya cara nak memasak makanan-makanan ini. sesungguhnya, Allah mengilhamkan..beruntung bagi yang menyucikannya,merugi bagi yang mengotorinya..

maka,saya berkongsi sedikit dengan sahabat-sahabat sedikit ilmu memasak ini. jika ingin mencuba, selamat mencuba.

model puzzle 3d binaan masjid Al-Aqsa yang dapat dibeli..

sekarang ni,cuma model dlm genggaman..insyaAllah,satu hari nnt, masjid
sebenar pasti menjadi milik kita kembali..yakinlah!!


p/s: untuk masakan kali ini, saya telah mendapat kecederaan pada tapak tangan ketika mengasah pisau sebelum memulakan usaha memasak...nasib baik tiada cedera teruk hingga mengganggu proses memasak...mungkin ini kifarah atas kesilapan-kesilapan saya...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua,insyaAllah..=)

(macam gambar dalam spotters forensic medicine lak..(=_=)"

Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...

25 June 2010

sabarlah..

Hati,bersabarlah... walau bagaimana kuat sekalipun kemahuan kamu, kewarasan tidak akan membenarkan lidah berbicara, dan bukan mudah untuk mencari yang sanggup menerima..

berhentilah dari mengharapkan sesuatu yang sukar untukku temukan...

2347hrs
25 Jun 2010

16 May 2010

Ulasan ringkas: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam sejahtera dan salam ta'aruf saya ucapkan pada sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat,yang lama atau baru, yang masih setia mengikuti perjalanan blog saya ini..
pertamanya,saya mohon maaf kerana menutup blog ini terlalu lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian tema blog...pada mulanya menemui sedikit kesukaran dan alhamdulillah,kini telah dapat diselesaikan..blog ini kini menampilkan latar yang lebih terang dan mudah dilihat berbanding latar lama yang agak gelap dan suram...

sayangnya, saya berada di dalam keadaan yang agak sibuk sekarang ini dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk menulis...walaubagaimanapun,saya akan cuba sebaiknya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tulisan saya...

hari ini, saya sekadar ingin mengulas mengenai sebuah novel karya seorang penulis muda yang baru memasuki dunia penulisan... saya yakin anda semua pasti pernah mendengar mengenai karya beliau ini..benar..beliau yang saya maksudkan adalah saudara Dr Farhan Hadi dengan karyanya "Denyut Kasih Medik".

novel yang membicarakan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Dzul Helmi Mohd Zin yang telah membantu saya untuk mendapatkan senaskhah buku ini ketika beliau pulang bercuti di Malaysia bulan lepas. Akhi Dr Farhan Hadi merupakan seorang suami kepada seorang penulis yang tidak asing lagi. Zawjati beliau ialah ukhti Fatimah Syarha yang merupakan penulis novel Tautan Hati yang cukup terkenal. Akhi Dr Farhan Hadi merupakan anak kelahiran Kuala Krai di Kelantan. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dari UNIMAS dan kini bertugas sebagai MO di Klinik Kesihatan Bagan Terap di Sabak Bernam.

Saya amat tertarik dengan gaya penulisan Akhi Dr Farhan Hadi di dalam karya beliau ini. Cara penulisannya mudah, tetapi cukup menarik hati untuk membuatkan pembaca ingin mengetahui apakah yang akan terjadi pada setiap butir kata yang ada pada muka-muka seterusnya.

Novel Denyut Kasih Medik menceritakan mengenai kisah seorang doktor yang baru menamatkan pelajharan dalam bidang perubatan. Dr Muslih namanya. Beliau kini menjalani housemanship di hospital selayang. Sepanjang berada di sana,pelbagai peristiwa telah di tempuh oleh Dr Muslih yang menguatkan azamnya untuk menjadi profesional dai'e yang mampu membawa perubahan. Dr Muslih membawa dan mengaplikasikan ajaran Islam, rukhsah serta hukum-hukum yang sering di ambil mudah pesakit-pesakit termasuklah doktor-doktor beragama Islam di hospital. Dr Muslih berkahwin dengan tunang yang tidak pernah dilihatnya yang telah di sarankan oleh seseorang yang soleh lagi di percayai. Alhamdulillah, zawjatinya merupakan seorang yang cukup muslimahnya, dan yang memahami tanggungjawab serta amanah yang dipertanggungjawabkan di atas bahu suaminya, sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang dai'e dan sebagai seorang doktor. Buku ini banyak mengupas mengenai persoalan-persoalan yang timbul bagi seorang pesakit muslim di hospital dan bagaimana jalan penyelesaian yang sepatutnya. InsyaAllah, novel ini boleh di jadikan panduan oleh bakal-bakal doktor muslim yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi.

Akhir kata, sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Akhi Dr Farhan Hadi di atas karyanya yang mantap. Semoga akan ada kesinambungan kepada kisah Dr Muslih dan lebih banyak isu-isu semasa dapat diketengahkan dalam penulisan akan datang. InsyaAllah.

Yang baik dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah, yang di asbabkan melalui saya.
Pohon maaf atas kekhilafan dalam penulisan.

Sekadar coretan seorang hamba

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..

Wassalam...

15 May 2010

Wajah Baru..

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, selesai kerja2 maintenance dan blog "Sekadar Coretan Seorang Hamba-Aku Hanya Dzulfiqar" kini berwajah baru..insyaAllah, semoga usaha perkongsian ilmu akan menjadi lebih berkesan lagi. Semoga Allah memberkati...

Blog post akan di update tidak lama lagi,insyaAllah...

Sekadar coretan seorang hamba
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mangiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah...
Wassalam..