Perempuan yang ku KASIHI adalah pencinta Tuhannya yang mengalir cinta, takut dan harap yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa sehingga Dia memanggilnya.
Perempuan yang aku RINDUI adalah perempuan yang di wajahnya terpancar sinar nur Ilahi lidahnya basah dengan zikrullah di sudut hati kecilnya sentiasa membesar Allah
Perempuan yang aku CINTAI yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya biarpun namanya tidak terkenal di bumi tetapi di langit, ia disanjung tinggi.
Perempuan yang aku SAYANGI bersyukur dengan apa yang ada yang bersabar dengan apa yang tiada cinta kepada hidup yang sederhana yang tidak bermata dunia.
Perempuan yang aku SUKAI adalah sejuk mata memandang dek terlihat keluhuran akhlaknya menjadi sumber ketenangan jiwa bila hati bergelora
Perempuan yang aku IDAMI adalah yang mengingatkan hatiku kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim bila rohku melupai janji pada Ilahi
Perempuan yang aku SANJUNGI menjadi dian pada dirinya sendiri menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari
semoga ........ perempuan yang selalu berada di dalam doaku adalah engkau, (bakal)......isteriku.
Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk mengingati isi dan ma’na yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah di-beritahu oleh malaikat Jibril a.s? Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
”Agama kita telah sempuma. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata:
”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma.”
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
”Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. lentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat:
”Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya:
”Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.”
Kemudian Ali r.a. berkata:
”Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a.mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.”
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.
Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
”Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata:
”Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumunkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.”
Lalu ‘Ukasyah berkata lagi:
”Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersama mu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.:
”Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku kemari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata:
”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata:
”Siapakah di pintu?.”
Lalu Bilal r.a. berkata:
”Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.”
Kemudian Fatimah r.a. berkata:
”Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.”
Berkata Bilal r.a.:
”Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash.”
Bertanya Fatimah. r.a. lagi:
”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.”
Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata:
”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami ber-dua.”
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
”Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata:
”Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.”
Lalu Rasultillah s.a.w. berkata:
”Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:
”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata:
”Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Berkata Rasulullah s.a.w.
”Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”
kemudian ‘Ukasyah berkata:
”Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata;
”Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
”Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
”Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:
”Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan-ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata:
”Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
”Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam:
”Assalaarnualaika ya rasulullah.”
Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:
”Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata;
”Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata:
”Aduh musibah.”
Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
”Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.”
Maka Fatimah r.a. pun berkata:
”Kekecuhan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata:
”Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail:
”Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:
”Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?”
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
”Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.:
”Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fatimah r.a. pun berkata:
”Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;
”Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.”
Jawab Fatimah;
”Tidak ayah.”
”Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur.”
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata:
”Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:
”Assalamuaalaikum ya Rasulullah.”
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
”Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Maka berkata malaikat lzrail:
”Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.”
Berkata Rasulullah s.a.w.:
”Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?”
Berkata lzrail:
”Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
”Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat”
Berkata Jibril a.s.:
”Ya aku memang tahu.”
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
”Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.”
Berkata Jibril a.s.:
”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Berkala Rasulullah s.a.w.:
”Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.”
Berkata Jibril a.s.:
”Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud:”Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah s.a.w.:
”Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
”Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
”Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.”
Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
”Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajah-ku?”
Jibril a.s. berkata:
”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik r.a. berkata:
”Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali r.a. berkata:
”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa:
”Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”
Betapa besarnya kasih Rasulullah s.a.w ke atas para umatnya...adakah kasih kita pada baginda juga sekuat itu?Renung2kn...~Dzulfiqar~
huhu...mengapakah? hmm...skali lg bnda cmni jd kt diri saya...lps di uji dgn perselisihan faham dgn byk org 2,3 bulan kblkgn ni,kini saya di uji dgn prsn ni blik..rasa cm serba x kna bila nmpk 'dia'...ttibe je akn dtg prsn malu melampau..huhu.. smpi sy bleh berpatah balik dr jln yg sy ambil sbb nmpk 'dia' ada kt dpn jln tu..entahla,tindakan reflex yg x dpt di kawal...dlu prnh kena gak perasaan ni,3 thun lps..x sgka la 'pnykit' ni akn berulang balik..tp,biarlah..sume ni anugerah Allah sbnrny..prsn mnyukai org ke,di sukai org ke.. sy akn bertenang dulu,x nk r terburu2..pngalaman lalu mngajar sy utk x lbih berhati2,so xde sesape akn dilukai@terlukai...lgpun..x smpt nk mohon ptunjuk lg..;) skrg tgh cbuk plak dgn exam...insyaAllah,kalo ade masa nnt sy nk buat istikharah dulu,cm dulu2 gak...dlm hidup ni kita kna pohon ptunjuk dr Allah utk terus maju ke dpn...kalo ptunjuk yg dpt nnt 'green light',insyaAllah...tu kmudian la sy fikir nk buat cmne..skrg yg pnting adalah exam..doakn kejayaan sy..;)
wktu diploma dlu,sy ade tulis cerpen2 n sajak2 utk isi masa lapang,tp x prnah terpublish..maka,d sini bermulalah sbuah siri...
Cerpen Dzulfiqar...the series...
JIWA CINTA
RAHSIA HATI
“Lubb-dupp , lubb-dupp .”
Jantungku berdegup kencang . Perasaan itu datang lagi . Perasaan
yang tidak putus-putus menyerang diriku tatkala aku terpandang akan dirinya .
Ariynna Hazri . Rakan sekelasku yang sama-sama mengikuti program Diploma
Teknologi Makmal Perubatan di Universiti Teknologi Mara . Begitu indah namanya ,
seindah paras rupanya . Raut wajahnya yang lembut , di sertai dengan senyumannya
yang manis telah mengetuk pintu hatiku .Telah lama terpendam di hatiku untuk
menegurnya , namun lidahku seakan terkelu tatkala berselisih bahu dengannya .
Bukannya aku terlalu ego , tapi perasaan rendah diri terlalu menebal lantaran dirinya
yang sangat menawan yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang terpandang akan
dirinya . Siapalah aku jika hendak di bandingkan dengan dirinya . Namun , keinginan
untuk mengenalinya begitu mendalam di hatiku .
'Kau selalu di hati ...
Tak ku dekati ...
Dua dunia kita berbeza ...
Cinta itu buta ...
Dan juga boleh membutakan ...
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan ...
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan ...
Luahan yang jarang bermakna bila di ucapkan ...
Ini pula cerita cinta Sang Pujangga ..
Bukan Arjuna Sita , bukan Cinta dan Rangga ...
Mungkinkah khayalan akal mainan minda ...
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah ...
Kau selalu di hati , tidakku dekati ...
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati ...
Tapi ku tak rungsing , tidak mungkin rindu ...
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru ...
Senyuman di kaca , kisahmu ku baca ...
Perjuangan kita sama , dukamu ku rasa ...
Aku pasrah saja pada yang Esa ...
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza ...
Kau selalu di hati ...
Tak ku dekati ...
Dua dunia kita berbeza ...
Duka di kala malam termimpi-mimpi ...
Rindu di kala siang mencari-cari ...
Kasih sebenar tidak bertukar , tidak sebentar ...
Walaupun di pisah lautan di renangi gelora ...
Dan kadang-kala hanyut bagaikan dua arah ...
Malu sering bersua , tapi jarang bersuara ...
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah ...
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata ...
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti ...
Harapan menggunung sampai penghujung di nanti ...
Di pegangkan janji tetap ratu di hati ...
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti ...
Sabarlah menanti , kesabaran di uji ...
Berdoa dalam sujud sejadah di tangisi ...
Aku pasrah saja pada Yang Esa ...
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza ...'
( Too Phat-Siti Nurhaliza : Dua Dunia )
Mataku mengekori jejak langkahnya hingga bayangnya hilang di celah
rimbunan manusia .
"Ah , gagal lagi ." bentak hatiku .
Bilakah mungkin aku akan dapat meluahkan perasaanku kepadanya .
Sampai bilakah harus aku menderita sebegini , terbelengu di dalam dilema menyintai
seseorang yang aku sendiri tidak ketahui penerimaannya terhadap diriku . Tiba-tiba
bahuku di tepuk dari belakang , memisahkan aku dari dunia lamunanku .
"Adzulfiar , bila lagi kau nak tackle awek yang kau suka tu? " tanya
rakanku , Daly Miruin .
"Entah , aku susah payah dapatkan maklumat dia untuk kau , sekarang
ni kau pula buat lambat-lambat . " sahut Shafnizal Aswawi , ketua kelasku .
"Ala korang , rilekslah . Kita jangan bagi pressure sangat pada Adzulfiar.
Benda ni kena buat slowly . Biar dia sendiri yang decide , ok ? " ujar Afiz Arman ,
cuba mempertahanku .
"Thanks , Fiz . Korang semua jangan risau , saya tetap akan cuba ." balasku .
"Ha , macam tulah Adzulfiar Khairil yang kitorang kenal . Belum cuba ,
belum tahu . " sokong Zuhaiman .
________________________________________________________________________
PERISTIWA DI MAKMAL
"Wei , cepatlah . Kita dah lambat ni . Karang mengamuk Prof Mirzam .
Jangan lupa bawa lab coat sekali . " ingat rakanku , Fazrul .
"Ok , ok . Tunggu saya kejap . " balasku .
Hari ini merupakan hari Rabu . Hari di mana kami selaku pelajar program
makmal perubatan di kehendaki berada di makmal untuk latihan amali .
Makmal Histologi . Tempat yang perlu kami tujui . Di lengkapi dengan
peralatan berteknologi tinggi yang sering di gunakan di dalam makmal perubatan ,
makmal ini terdiri dari berpuluh-puluh unit rotary microtome , alat yang di gunakan
untuk mendapatkan potongan tisu yang nipis , tersusun dengan kemas di atas meja .
Di suatu sudut , terletak unit biosafety cabinet , tempat di mana kerja-kerja yang
melibatkan kultur mikroorganisma yang berpotensi menjadi agen jangkitan penyakit
di jalankan . Peralatan biasa seperti bikar , silinder penyukat dan sebagainya tersusun
rapi di dalam kabinet-kabinet kayu . Bahan-bahan kimia seperti etanol , xylene ,
dan eosin di letakkan di suatu sudut untuk memudahkannya di gunakan . Dua
pembantu makmal yang sentiasa mesra dan ramah , Encik Farzuam dan Cik Shaliza
menyapa aku dan Fazrul .
"Ha korang , kenapa lambat ? Nasib baik Prof Mirzam tak sampai lagi .
Kalau tak , mesti dia dah bising-bising ." kata Cik Shaliza .
"Maaf la kak , tadi ada hal sikit kat pejabat pengurusan . Tu yang lambat
sikit tu . " terangku , meminta maaf .
"Tak apalah , pergi duduk cepat . " arah Encik Farzuam .
Aku bergerak ke arah tempat yang masih kosong dengan muka selamba ,
walaupun hampir empat puluh pasang mata tertumpu kepadaku . Tiba-tiba aku
terpandang ke tempat duduk yang terletak di meja kedua . Ariynna . Malunya aku!
Mukaku bertukar merah . Dia kelihatan tertawa kecil sambil tersenyum ke arahku .
Betapa ku rasakan bagai Menara Berkembar Petronas telah runtuh ke atasku . Tidak
lama selepas aku mengambil tempat , daun pintu terkuak .
"Good morning , class . Sorry for being late . There are some important
matters that I had to attend to ." ujar Prof Mirzam .
Di muka pintu berdiri Prof Mirzam . Pensyarah yang usianya sudah melebihi
setengah abad itu tidak pernah lekang dengan senyuman di bibirnya . Berkulit hitam
manis , pensyarah kelahiran Pulau Pinang ini pernah berkhidmat sebagai pakar sakit
jantung di Hospital Gleneagles . Walaupun usianya sudah melangkaui jangka waktu
perkhidmatan yang di tetapkan , tetapi di sebabkan kepakarannya khidmat beliau masih
di teruskan melalui sistem kontrak .
"It's okay Sir . We ourselves had just arrived ." kata Shafnizal , ketua kelas
kami cuba menenangkan keadaan .
"Okay then . We will now continue with our lesson today . So today ,
I would like everyone to practice using the rotary microtome . But be careful ,
the blades are very , very sharp . I don't want anyone to bleed today , okay?"
kata Prof Mirzam , serius .
"We'll try our best not to injure ourselves Sir . " sahut kami . "Then , I'll leave you under Encik Farzuam and Cik Shaliza supervision . "
ujar Prof Mirzam .
Prof Mirzam berlalu meninggalkan kami bersama Encik Farzuam dan
Cik Shaliza . Dengarnya , dia perlu menghadiri satu simposium di kampus induk
di Shah Alam .
Setiap pelajar memilih microtome yang mereka sukai . Aku membiarkan
sahaja rakan-rakanku dengan ragam mereka . Bagiku , semua microtome sama sahaja .
Akhirnya , semua sudah selesai memilih microtome yang mereka sukai . Aku terlihat
satu-satunya microtome yang masih tidak bertuan terletak di bahagian belakang
makmal kami . Tetapi , apa yang aku lihat membuatkan aku terpempan sebentar .
"Kenapa mesti sebelah Ariynna ? " aku menyoal diriku .
Aku berjalan dengan perlahan-lahan menuju ke ruang yang masih kosong itu.
Ketika melintasi barisan kedua , kulihat rakan karibku , Daly dan Safnizal seakan ketawa
mengejekku .
"Jagalah korang balik nanti ." kataku di dalam hati .
Aku mengambil tempat di sebelah Ariynna . Dia tersenyum padaku tatkala
aku melabuhkan punggung di atas kerusi . Aku membalas kembali senyumannya .
________________________________________________________________________
Semua rakan sekelasku sedang sibuk berlatih menggunakan microtome .
Aku juga sedang tekun memahami mekanisme pemotongan tisu menggunakan
microtome . Tiba-tiba , ku terdengar jeritan halus di sebelah ku .
"Ahh ... " jerit Ariynna , wajahnya memperlihatkan betapa dia sedang
cuba untuk menahan kesakitan . Air mata yang suci kelihatan mengalir dari kelopak
matanya .
Pandanganku tertumpu kepada cecair yang sedang mengalir dan melapisi
sarung tangan putih yang di pakainya . Merah dan hangat .
"Darah ! " getus hati kecilku .
Aku bergegas mendapatkan kit pertolongan cemas yang di sangkutkan
ke dinding . Kami selaku pelajar Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Teknologi Mara
mengetahui mengenai asas pertolongan cemas melalui kokurikulum Badan Pertolongan
Cemas yang di wajibkan ke atas kami .
Aku mengeluarkan antiseptik untuk mencuci luka Ariynna . Sebelum itu , aku
harus menanggalkan sarung tangan yang di pakainya . Sebaik aku menyentuh tangannya
untuk menanggalkan sarung tangan tersebut , tiba-tiba Ariynna terjatuh . Pengsan .
"Mungkinkah Ariynna seorang yang...fobia melihat darah?" tanya diriku ,
merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu mengalami ketakutan melihat darah .
Rakan-rakanku ketika itu sedang mengerumuni kami . Aku terpaksa
mengarahkan mereka agar memberi ruang kepada Ariynna yang sedang pengsan .
"Korang semua tolong bagi space sikit . Ariynna pengsan ." arahku .
Mereka bergerak menjauhi kami . Aku menjalankan prosedur yang
biasanya di lakukan ke atas orang yang pengsan .
"Ariynna , Ariynna are you okay? " ujarku sambil menepuk bahunya .
"Head tilt , chin lift ." kataku , mendongakkan kepalanya Ariynna
untuk memberikan laluan kepada udara .
Aku melekapkan telingaku ke hidung dan mulutnya . Mataku melihat
kepada pergerakan dadanya .
" Tiada pernafasan , haba dan gerakan dada!" aku memberitahu diriku
" I ' m giving two blows . " ucapku .
Aku memberikan dua hembusan udara secara mulut ke mulut . Kiss
of life terpaksa di lakukan kerana Ariynna tidak bernafas pada ketika itu . Aku
kemudiannya memeriksa nadi karotid Ariynna di lehernya . Ada nadi ! Tiada
compression harus di lakukan . Aku bersyukur kerana tidak perlu melakukan
compression kerana terdapat risiko berlakunya kepatahan tulang rusuk dari
tindakan itu . Kemudian kulihat Ariynna mula bernafas kembali . Aku
memposisikannya ke kedudukan pemulihan . Sementara itu , aku merawat
luka di jarinya dan menutup lukanya dengan plaster .
Tidak lama kemudian , Ariynna mula sedar kembali . Aku bergerak
keluar dari makmal untuk mengambil udara __________________________________________________________________
"Rin , nasib baik kau tak apa-apa ." kata Norehan kepada Ariynna .
"Apa yang dah terjadi , Jan ? " tanya Ariynna kepada Norehan ,
terpinga-pinga kerana masih tidak mengerti apa yang telah terjadi .
"Sebenarnya kau pengsan tadi . Nasib baik Adzulfiar bagi bantuan
pernafasan tadi . Kalau tak , tak tahulah apa yang akan jadi pada kau . " sambut
Norehan .
"Betul ke? Mana Adzulfiar sekarang ? " tanya Ariynna .
Ariynna memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan , namun dia
tidak dapat melihat kelibat Adzulfiar .
"Betul . Dia tengah ambil angin di luar tu . " jawab Norehan .
Ariynna bangun perlahan-lahan . Dia membuang kotoran yang melekatpada lab coat putih yang kini telah di selimuti oleh debu-debu di lantai . Dia
kemudiannya bergerak keluar dari makmal .
"Adzul , terima kasih sebab selamatkan saya tadi . " kata Ariynna
kepadaku , penuh malu-malu .
"Tak ...tak apalah Rin . Dah memang tanggungjawab saya . " balasku ,
sedikit gementar kerana akhirnya dapat juga bercakap dengannya .
"Mana boleh tak apa . Kalau awak tak selamatkan saya tadi entah apa yang
yang akan jadi dengan saya . Terima kasih , Adzul . " kata Ariynna , menjerit kecil .
Tiba-tiba Ariynna memelukku dengan erat . Aku tidak dapat menghalangnya.
Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan aku dari menggerakkan anggotaku dan
menghentikan tindakan Ariynna . Kehangatan . Dapat kurasakan kehangatan cecair jernih
yang mengalir dari kelopak matanya . Aku membiarkan sahaja dia menangis semahunya
di bahuku .
"Jangan risau Rin . Saya akan sentiasa melindungi awak . Saya akan sentiasa
melindungi awak . " aku membisikkan kalimah tersebut ke telinga Ariynna .