Salam...syukran di ucapkan pada sahabat2 yg masih sudi mngikuti coretan sy di blog yg tdk sberapa ini..hari ini saya tertarik ingin mmbincangkan mngenai kputusan mahkamah mmbenarkan penggunaan nama Allah bg pengamal ajaran kristian.
Pertama2 sekali,saya ingin mnyatakan bahawa coretan sy ini skadar pendapat dan pandangan peribadi. Tidak berniat sedikit pun untuk mnunjukkan terlalu tggi ilmu agama ataupun apa.sekadar satu lagi pandangan peribadi saya.
Pada pendapat saya,adalah sesuatu yg agak baik mahkamah mmbenarkan dan meluluskan penggunaan nama Allah bagi agama lain. Mengapa saya berkata begitu? Sahabat2,percayalah..setiap yg berlaku dalam alam ini adalah dlm perkiraan Allah s.w.t. Setiap yg berlaku itu ada hikmah yg tersembunyi,yg insyaAllah akn dianugerahkan kejelasannya pd mereka yg terus2an mencari..

Mafhumnya: Iaitu orang2 yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Dan
ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang tenteram.
(Ar Ra'd : 28)
di dalam ayat ini,dengan jelas Allah menerangkan bahawa dgn mngingati Allah,hati akan mnjadi tenang. cuba kita bayangkan. Setiap manusia,tidak ada seorg pun yg akan terlepas dari sunatullah ini,iaitu mgharapkan kpd penciptanya dalam kebanyakan masa. skrg kita simulasikan dgn keputusan yg telah dibuat. Jika dahulu pnganut ajaran kristian cuba mngingati Jesus christ pd setiap kali mereka mghadapi kesukaran, slps mahkamah memberikan klulusan,mereka akan mula mngingati "Allah". Jika dulunya mereka hanya mngingati Jesus christ,memang pastilah bahwa mereka tdk akan mncapai ketenangan yg mereka inginkan..tetapi kini,mereka akn mula mngingati..Allah..dan Allah telah menjanjikan bahawa dgn mengingatiNYA hati akan mnjadi tenang...pasti pngamal ajaran lain ini akan merasakan sesuatu..mereka akan terkesan dgn sesuatu yg diperjuangkan oleh paderi2 mereka...psti mereka akan dpt merasakan bezanya antara mngingati Jesus christ dan mngingati Allah sbg tuhan mereka...cuba bayangkan,keputusan yg agak kontroversi ini akhirnya mnjadi suatu asbab...suatu asbab utk pngamal ajaran kristian ini kembali kpd fitrah kejadian mereka...bayangkan bahawa hikmah di sebalik kelulusan penggunaan nama Allah ini yg akhirnya mnjadi sumber hidayah kpd saudara2 kita untk revert kembali kpd ajaran Islam yg maha suci,masyaAllah..

Mafhumnya: Demi sesungguhnya,kafirlah mereka yang berkata
bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibn Maryam.Katakanlah
wahai Muhammad bahawa dakwaan itu tidak benar. kerana
siapakah yang dapat menahan seksa dari Allah sedikit jua
pun kalau DIA ingin membinasakan Al-Masih Ibn Maryam
beserta ibunya dan orang2 yang ada di bumi semuanya? dan
ingatlah bahawa bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit
dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia
menciptakan apa yang Ia kehendakiNYA.dan ingatlah
bahawa Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu.
(Al-Maidah: 17)
selain itu, di sini kita dapat melihat kesungguhan pengamal ajaran kristian sendiri utk mggunakan nama Allah.. secara tdk langsung,ini membuktikan bahawa mereka mngiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan Rabbul-Alamin. mereka mengiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan yg sbnr.perkara ini agak tersirat dan mgkn sukar disedari oleh kbykn org,ttapi jika kita tdk mmpercayai bahawa sesuatu itu benar,adakah kita akan snggup bersusah payah utk mndapatkn kbnaran itu?sbg contoh,jika kita berjalan2 bersama rakan2 lalu terjumpa sebiji buah,sebiji epal.tetapi semua rakan2 kita mngatakan bahawa itu adalh buah peach. tidakkah kita akan bermati2an akan mmpertahankan bahawa buah itu buah epal,dan bukannya buah peach?hakikatnya,sesiapa pun di antara kita akan berusaha dan sanggup bersusah payah utk mmdptkn sesuatu kbnaran itu. dan secara tdk langsung,perkara ini mmbuktikan bahawa Islam adalah ajaran yg benar.
secara kesimpulannya,semua org harus mlihat apa yg sdg berlaku dgn pndgn positif. kita jgn hanya mlihat kpd kesan negatifnya,ttp renung lbih dalam mngenai kebaikan yg akan dtg darinya. mmg kputusan ini klihatan agak kurg adil bagi umat islam seluruhnya..Rasulullah juga pernah tdk dpersetujui sahabat apbila mnyetujui dan menandatngani perjanjian Hudaibiah yg dilihat tdk mmihak kpd umat Islam langsung..namun,Allah maha mngetahui..dan setiap yg berlaku dlm alam ini adalah di bawah kekuasaan Allah...perjanjian Hudaibiah yg tdk adil itu mnjadi asbab kpd pembukaan kota Mekah oleh Rasulullah dan para sahabat,dan membawa kpd era kegemilangan Islam.. dan insyaAllah,apa yg berlaku d negara kita Malaysia,ada hikmahnya yg hanya Allah yg mngetahui...jangan mudah melatah apabila sesuatu itu berlaku..kaji sebaiknya,ambil masa dan renungi dari setiap sudut yg ada...moga2 apa yg berlaku di malaysia akn mnjadi pemula kpd penyebaran Islam yg lbih meluas kpd semua umat manusia.sekali lagi dinyatakan bahwa ini hanyalah pandangan peribadi saya dan harap maaf pada yg tdk dpt menerima apa yg saya coretkn. sesungguhnya setiap org itu berhak utk mmikir apa sahaja dgn nikmat akal fikiran yg Allah kurniakan.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam...