05 May 2009

Malaysian Students Leadership Convention 2009

assalamualaikum....spt yg dijanjikan citer akn disambung pd hari ini...

bermula dari 1 mei 2009 hingga 3 mei 2009,telah berlangsung sbuah konvensyen kepimpinan yg di anjurkn oleh Kedutaan Malaysia di India bertempat di Nandi Hills,Bangalore..konvensyen ini telah di hadiri oleh pelajar Malaysia dari seluruh India yg terdiri dari 22 kolej dari 25 kolej yg dijemput....Pelajar2 ini terdiri dari penuntut2 bidang perubatan,pergigian serta kejuruteraan...

~~~~ok...skian bhgn ayat2 serius...;p~~~

spt yg ttulis di atas,sy tlh mghadiri kursus kpimpinan di nandi hills,bangalore...kputusan ni pun sbnrny dibuat pd saat2 akhir...mula2 rasa cm malas nk pegi sbb penat pegi manipal pd mggu lps masih blum hilang..tp,lps dipikir2 balik,akhirny sy stuju nk pegi...bkn la sbb sy nk rasa g bukit tu cmne...tp,actually more to rasa bertanggungjawab...sy rasa bertanggungjawab utk mnjayakan program yg di anjurkn oleh kedutaan itu(hehe..sy mmg suke tanggungjawab....sbb tu sy sggup ambik 3-4 jawatan pd satu2 sem wktu diploma di uitm dlu....bkn sbb gila kuasa atau ape...tp,maybe sbb mmg dibesarkn oleh ayah sy utk mnjadi seorang yg brani mngambil tanggungjawab yg org lain x brani ambil....the risk will always be there,but we are the one who's supposed to come up with a way to overcome it....salah satu sbb nape sy opt. utk buat praktikal kt Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru satu masa dahulu walaupun jaraknya dari umah n family sy kt kelana jaya adlh lbih kurg 5 jam perjalanan..n dlm stahun praktikal tu balik umah cme dlm 4-5 kali aje...apepun,thanks abah for raising me up this way!;> )

so,pd pagi jumaat tu,lps call family n ckp ngan abah nk pegi ke nandi hill n dh dpt persetujuan,maka kami bergerak mninggalkan apartment sreeram sadhana dengan bas...stlh prjalanan kira2 satu jam(or maybe lbih kot..x psti la...tp yg pastiny mmg lagu 'Hanyut' yang di dendangkn oleh kumpulan UNIC berulang2 lbih dari 10 kali dr mp3 player yg dimainkn mlalui phone nokia n80 sy...huhu..syg btol phone ni...bli dulu guna duit kerajaan...wktu dpt tunggakan knaikan biasiswa JPA wktu diploma dulu...;) ...)

wktu mula2 smpi,sy n sume pserta kna mgikuti sdkt briefing dr konsulat pendidikan Malaysia di India,Encik Khairuddin atau lbih mesra dgn panggilan En Khai,dan Cik Wan Naimah...slps dr itu,program perasmian konvensyen ini dilangsungkn...perasmian telah dilakukan oleh High Commisioner Malaysia ke India,Dato' Tan Seng Sung....



Peserta berpakaian formal utk upacara perasmian..
(Dari kiri: Q, Ammal, dan Pian)



Dato' Tan Seng Sung diiringi oleh Encik Khaifil Emil dr Matrade

di sebelah petang hari pertama di sana,program rekreasi spatutny mngambil tmpt ttp atas faktor cuaca yg tiba2 turunnya hujan,maka aktiviti rekreasi tidak dpt dijalankn...sbaliknya,semua peserta konvensyen di ajar dgn satu tarian yg tdk asing lagi,iaitu tarian poco-poco..(huhu...terkenang wktu zaman bljr kt uitm dlu....wktu MMS wjib blaja poco2..bila apply jadi Pembantu Mahasiswa untuk orientasi juniors pon kna blaja poco2 ni jgk utk ajar kt dorg...;p) slps itu,semua peserta bersolat dan mnikmati makan malam..Latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankn pd sblh malamnya...aktiviti pd malam tersebut ialah You and I dimana peserta yg dibahagikn mngikut kumpulan harus cuba untuk mngingati nama2 ahli dlm kumpulan masing2...facelift-peserta diminta mlukis muka mereka mggunakan tgn yg tdk dominan dan org lain diminta cuba mncari plukis wajah tersebut...dan yg ke3 iaitu twisted dimana stiap kumpulan kecil d berikan 5 utas tali yg tlah disimpulkan mnjadi satu dan stiap ahli kumpulan harus mngikat hujung tali pd jari mereka..seterusnya,mereka harus cuba meleraikan ikatan yg tersimpul dgn bkerjasama bersama2 ahli2 lain...peserta dibenarkn pulang ke bilik masing2 stlh aktiviti ini tamat...

Hari ke 2

Hari ke 2 diteruskan dgn aktiviti LDK...aktiviti LDK ke 4 memerlukan pserta mncipta loga,nama kumpulan dan cheers utk kumpulan masing2...stlh mlalui proses perbincangan yg bgitu teliti bersama ahli2 kumpulan sy(chewah...ayat2 skema..hehe;p) kami telah bersetuju untuk menamakan kumpulan kami dgn nama the Great Majestic...Pembahagian tugas dilakukan dimana Portfolio penciptaan lagu cheers telah diserahkan kpd Cik Han Roe dr AB Shetty Medical College,Cik Fazilah dr JMC dan Cik Fizzi dr MCODS; Portfolio Penciptaan Logo kepada sy sndr dr IMS Bangalore, Cik Zion dari Ragas Dental College, En Soo dr MMMC dan Encik Karthik dr MCODS dan Portfolio Penciptaan Logo dipertanggungjawabkan kpd Cik Hazimah dr KMC Manipal,En Isaac dr PIBC dan juga Encik Afif dr JSS Mysore Medical College..



Ahli2 Great Majestic mempersembahkan hasil kerja mereka
(Dari kiri: Soo,Zion,Afif,Fizzi,Isaac,Fazy,Zimah,Karthik,Han Roe dan Ammal)



Penerangan mngenai logo kumpulan Great Majestic oleh Cik Zimah




Kerjasama yang cukup baik ditunjukkan ahli2 kump. Great Majestic


PERSEMBAHAN TERHANGAT THE GREAT MAJESTIC 2009

Hehe...msti title kt atas mmbuatkn semua yg mmbaca tertanya2 apa yg sbnrnya kn...jd,di sini dipersembahkan...hanya di blog Aku Hanya Dzulfiqar...persembahan cheers dan motto kumpulan oleh ahli2 Great Majestic..saksikan...;)




Persembahan yg mantap lg bertenaga dr ahli2 Great Majestic yg mmberikan spenuh komitmen dlm mmpersembahkn cheers kumpulan ini...








Ahli2 kumpulan Great Majestic mempersembahkn motto kumpulan dgn dinamik...
"Play hard, work smart, ONE TEAM!!!!"





Ahli2 kumpulan Mighty Survivor cbe mmberikan tentangan ttp tidak berjaya..(hehe..jgn marah shauqi..;p)




Kumpulan Emperor juga cbe mmberikan saingan tetapi malangny kucing hanya ada 9 nyawa dan kucing yg bleh dikatakan hebat adalah kucing bertanduk yg pernah dibela oleh Almarhum Sultan Mahmud,Sultan Negeri Johor Darul Takzim..(suke2..;)... )



Sesi LDK di akhiri dgn peserta2 bergambar sesama mereka dan juga bersama fasilitator iaitu Kak Wan yg disayangi...;)




Peserta2 lelaki kumpulan 1 di bwh kelolaan kak wan..




Semua ahli Kumpulan 1 bergambar bersama kak wan...



di petang hari,blaku sdkt kkcohan apbl tiba2 En Khai slaku ngelola mnyerahkn tugas mnguruskn majlis makan malam bersama Dato' Tan Seng Sung kpd peserta2 yg hadir....ketua2 pelajar dr stiap bhgn telah bersepakat dan merancang bagaimana majlis makan malam harus berlansung...Alhamdulillah,sgala urusan dan perancangan telah dapat dilaksanakan dgn lancar..



Ahli2 kumpulan great majestic bgitu bergaya pd majlis makan malam tersebut..
Dari kiri: Fizzi, Han Roe, Ammal, Isaac, Zion, Fazy, Soo, Karthik dan Afif




Bergambar bersama Zharif dr IMS dan Jesse dr MMMC




Makan malam berlangsung dgn harmoni...




Bersama Zharif dari IMS dan Isaac dari PIBC di banner utama


selepas makan malam,berlangsungnya sesi soal jawab bersama Dato Tan Seng Sung di Dewan Utama...beberapa soalan telah dikemukakan dan dijawab oleh Dato...terdapat juga peserta yg berkongsi pngalaman mereka spnjg berada di India...



Dato Tan Seng Sung bersama2 Encik Khairudin tekun mendengar soalan dr peserta


majlis pada malam yang pnuh bersejarah itu di akhiri dengan kesemua peserta bergambar bersama2 dengn Pesuruhjaya Tinggi Duta Malaysia ke India,Dato' Tan Seng Sung..



Peserta2 program Malaysian Student Leadership Convention 2009




Bergambar bersama Kak Wan dan Encik Farid dari MSU slps majlis tamat..
Dari kiri: Tuan Redzuan,Ammal,Cik Wan Naimah dan Encik Farid


HARI KETIGA

Pada hari seterusny,di adakan pilihan raya untuk menentukan siapakah yang berhak mnerajui kepimpinan di dalam Malaysian Student Association Chapter India...Suruhanjaya Pilihan Raya telah dilantik untuk mngendalikan proses pengundian ini...



Pilihan Raya MSA Chapter India




Sebelum pilihan raya dijalankan, wakil2 MSA regional bertanyakan masalah yg dihadapi setiap peserta di kolej masing2...





Ketua suruhanjaya pilihan raya, Cik Adila dan Encik Alimin


Selepas pngundian yg adil dan saksama dijalankan,maka inilah barisan ahli jawatankuasa MSA Chapter India yg telah dilantik..



Presiden MSA Chapter India, Encik Hanafi berucap sambil dperhatikan barisan 'kabinet' beliau di belakang..


Usai pemilihan ahli2 jawatankuasa,maka majlis penutup berlangsung..Pihak penganjur iaitu konsulat Malaysia yg di wakili oleh Encik Khai, Encik Khaifil dan Cik Wan Naimah secara keseluruhannya berpuas hati dgn pncapaian para peserta spnjg program ini berlangsung..



Ucapan akhir dr wakil2 konsulat Malaysia di India


maka,tamatlah sudah program yg dikatakan bersejarah kerana di anjurkan buat julung2 kalinya untuk pelajar2 Malaysia yg ada di luar negara...Alhamdulillah,tidak byk mslh yg timbul spnjg program berlangsung....di harapkan smoga program sbegini dpt diteruskn pd masa2 akn dtg utk kbaikan semua pelajar Malaysia seluruh India...

Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah,insyaAllah....




No comments: