23 May 2009

Jika diri belum berpunya..

Ikhwan dan akhwatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Ikhwan, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Ikhwan dan akhwatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Ikhwan dan akhwatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila wanita tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalai wanita, lelaki tidak akan bertambah parah.”

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ikhwan dan Akhwatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat sahabat2ku yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”


Smoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap langkahan kita,insyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

saudara, harp beri kredit jika copy paste. alhamdulillah, artikel yg bagus apa-apa pun. dan sila baca sampai habis sebelum post.sebab anda contradict diri anda sendiri.
komen anda di blog shbt anda:
"salam..
there’s nothing to be afraid of,dear..
loving sumone is not wrong..
lgpun..
Ibnu Hazam Al-Andalusy ada mnulis dlm bukuny yg berjudul Tauqul Hamamah..
Rasulullah sndr tdk prnh mngatakn yg cinta itu haram..
dan Rasulullah tdk prnh mghinakan umatnya yg jatuh cinta…
sumtimes..
ini adalh wktu yg mnunjukkn sikap sbnr seseorg itu..
btol2 shbt atau skdr bertopeng(tp bkn topeng bett k..;p)
so,just be strong..
if he really worth it..
pray to God…
smoga Allah mmberkati prsn suci antara kalian..
wassalam..
=)

Puisi tulisan Ibnu Hazam Al-Andalusy:

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa…

Renung2kn"

Al-Dzulfiqar said...

Salam..terima kasih di atas komen anda..pada asalnya,sy ingin mmberikan kredit utk copy paste yg ini..spt yg anda lihat pd post2 sy yang lain,jika sy copy paste psti sy akan mnulis kredit tersebut..tetapi,utk artikel ni,pd wktu sy meletakkan di dalam blog ni,sy terbuka juga beberapa blog lain,dan saya mndapati mereka mmiliki artikel yg serupa..maka,sy tidak pasti kpada siapa harus sy mmberikan kredit itu,maka itu adalah sbb knapa artikel ini tdk berkredit...

ya,mungkin nampak seakan2 contradict apa yang sy paparkn dgn apa yg sy luahkan..tetapi,anda juga harus berfikiran d luar kotak...sy sntiasa mmahami apa yg sy cuba smpikn kpd org lain...berkenaan hal contradict ini,jika anda baca betol2,artikel ini ditujukan kpd org yg belum berpunya..tetapi,seandainya telah berpunya,tiada yang salah,,Islam tidak pernah mgharamkan cinta,selama mana ianya berada pada landasan2 yg betul dan tidak melanggar syariatnya...jgnlah berfikiran terlalu sempit dlm hal sbgini..seandainya sesuatu perhubungan itu di dasarkan kerana Allah dan tdk mlanggar batasan syarak,maka apakah salahnya?smoga rahmat Allah sntiasa melindungi kita dari perkara2 yg dilarang olehNYA...