03 April 2009

Muslimahku..(di tujukan buat sahabatku, Az-Zahra..)

Ketika kerlipan cinta hampir sahaja
membutakan mata,
melumpuhkan jiwa...
engkau tersentak,
terbangkit,
dari lamunan palsu yang sekian lama menyelubungi dirimu,
menghijabimu dari merasa
kelazatan cinta yang Maha Esa,
cinta sejati, cinta hakiki,
cinta yang tulus lagi suci,
cinta yang bukanlah sekadar cinta duniawi.


Lalu,
perlahan-lahan engkau kumpulkan segala kudrat dan tenaga,
kembali bangkit,
bertapak kembali di bumi ciptaanNYA,
menjadi muslimah yang sebenar-benarnya,
bertapak kembali dengan satu rasa cinta yang baru,
cinta yang lebih bermakna,
cinta yang manisnya tidak terbicara,
cinta yang selayaknya bagi seorang manusia,
cinta seorang hamba kepada penciptaNYA...


Sedang,
kau melewati
lorong-lorong kecil yang membawa kepada kehidupan...
meskipun berliku dan penuh onak duri,
namun kau masih tetap bahagia,
kerana di sini berseminya cinta kepada yang Maha Kuasa,
Al-Furqan teman setia untuk kau beroleh petunjuk dariNYA,
A-Usrah keluarga pendamping yang setia tatkala kau memerlukan
teman untuk bicara,
Al-Hadith menjadi penenang jiwa ketika kau sedang berduka,
namun,
dalam kau tenang melalui perjalanan hidupmu
yang sedang kau tempuh untuk mengabdikan diri pada Al-Khaliq yang Esa...
di tentang sana,
terdengar bisikan suara-suara kecil,
"Ah,benarkah dia benar-benar telah berubah?"
"Mungkinkah ini sekadar satu lagi pantomen
yang seperti kebiasaannya dimainkan di televisyen?"
sesungguhnya aku tahu,
hatimu benar-benar merasa terluka...
insan-insan yang pernah engkau kenali di suatu ketika,
merasa ragu terhadap cinta yang baru kau ketemu,
cinta kepada Dia yang Maha Agung,
tetapi,
duhai muslimahku,
jangan pernah hatimu bergetar,
biar apa jua kata-kata dusta mahupun nista
yang terhambur keluar dari mulut-mulut mereka,
biar bagaimana sekalipun mereka cuba untuk menilaimu,,
jangan pernah jiwamu gentar,
kerana manusia tetaplah manusia,
kerana manusia akan tetap dengan persepsinya,
jangan pernah engkau merasa resah,
ku tahu niatmu ikhlas dalam perjuangan ini,
perjuangan mencari cinta yang hakiki dan abadi,
perjuangan untuk kembali ke dalam diri,
teguhkan pendirianmu,
muslimahku,
kerana hanya engkau yang benar-benar tahu
akan nilai sebenar harga dirimu,
kerana sesungguhnya,
bukanlah penting bagaimana kita di nilai oleh manusia,
tetapi adalah bagaimana Allah memandang kepada kita....


Ammal Dzulfiqar Ismail
3 April 2009

"Kuntuman bunga yang bersinar akan sentiasa menarik perhatian kumbang-kumbang serta
hidupan-hidupan lain yang sentiasa ingin merasai kemanisan madu yang terlindung di sebalik
kelopak yang setia melindungi isinya...lindungilah madu itu dengan sebaiknya...manusia juga akan sentiasa cuba untuk memiliki bunga yang terindah untuk dirinya..tetapi peliharalah dirimu dengan sempurna...biarpun manusia yang mencuba itu mengeluarkan kata-kata nista apabila mereka terluka oleh duri-duri halus yang melingkari,membentengi dirimu...janganlah pernah engkau layu menyembah bumi....kerana engkau sendiri tahu...sesungguhnya engkau sedang berjuang...berjuang untuk mempertahankan permata berharga dalam dirimu...kuatkan semangatmu dalam perjuangan ini sahabat...kami akan tetap berada di sisimu...


لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً(95


Maksudnya:

Tidaklah sama antara orang yang duduk (tidak ikut berperang) di kalangan orang yang beriman tanpa sebarang halangan dengan orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka. Allah melebihkan orang yang berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka berbanding dengan orang yang duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan masing-masing dijanjikan Allah dengan kebaikan. Dan Allah melebihkan orang yang berjihad dengan ganjaran yang besar.

(An-Nisa,Ayat 95)

2 comments:

fadziyah zaira said...

assalamualaikum ya dzulfiqar...

sungguh kata2 mu ini menjadi pembina semangatku...

harap juga menjadi semangat utk muslimah2 lain...

terima kasih utk madah berisi semangat ini...

Al-Dzulfiqar said...

waalaikumsalam ukhti zaira...
syukran di atas comment anda..insyaAllah,sama2 kita doakan agar saudara2 kita d luar sna sntiasa dikurniakn hidayah utk kmbali ke jalanNYA...semoga kita semua sntiasa mndpt rahmat dari Allah s.w.t...insyaAllah...