1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun
dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir
zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang
perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan
memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak
perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia
tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar
dengan keadaan itu.
Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah
hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah
segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan
juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja
yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk
hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
Sikap,tindakannya, percakapannya selalu sahaja
menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba
salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi,
berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan.
Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua
bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun
demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup.
Macam-macam yang dia hendak.
Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti,
sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air
laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada
bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga.
Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air
muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu
anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga
yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah
bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak
pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada
anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing
dengan anjing.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai
karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi
Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada
orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada
mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab,
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,
saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
1 comment:
Good post Amal...Tp apa pun, di zaman sekarang lelaki sering melupakan tangungjawab mereka. Rasanye x salah if Isteri mengingatkan. And sepatutnye lelaki sbg penyedia nafkah keluarga jgn la tunggu isteri minta. Berilah yg sepatutnye.
Post a Comment