07 December 2008

Renungkanlah..(reposted from miss faridatul)

Cuba kita renung sejenak. Bukakanlah akal kita seluas-luasnya untuk kita berfikir secara positif. Kenapa doa kita jarang dimakbulkan oleh Allah? Pernahkah terlintas disudut hati kita bahawa setiap kali selepas solat kita berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan memberikan kita rezeki yang murah TETAPI kita tidak pernah mendapat rezeki yang kita impikan itu. Kita mahu hidup dalam senang lenang TETAPI itu hanyalah impian belaka. Adakah doa-doa kita itu tidak dimakbulkan oleh Allah? Sebenarnya tidak. Kita sendiri yang cuai, yang leka, yang lalai. Kita bersolat TETAPI adakah solat kita itu benar-benar khusyuk atau benar-benar ikhlas kerana ALLAH atau kerana takut dimarahi ibubapa atau hanya menunjuk-nunjuk?
Cuba kita renungkan seketika. Kenapa ALLAH sering memberikan kehidupan yang mewah kepada orang lain dan bukannya kita sedangkan kita solat tidak pernah miss satu pun? Sememangnya kita yang lalai dan leka. Apabila kita berdoa pun kita tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh. Itulah puncanya. Apabila kita menunaikan solat, kita tidak solat dengan bersungguh-sungguh. Bab bacaan, rukuk, sujud semuanya kita buat sambil lewa. Kita tidak pernah mahu mengikut cara Rasullulah s.a.w bersolat dimana rukuknya begitu sempurna, sujudnya begitu lama, bacaannya begitu rapi seolah-olah ALLAH berada dihadapannya, melihat dirinya berkata-kata dengan ALLAH. Adakah kita begitu? Adakah kita bersolat ibarat kita sedang berbicara dengan ALLAH?
Apabila kita bersolat sendirian adakah kita bersolat lebih baik atau khusyuk atau tertib? Apabila kita berdoa, adakah kita berdoa dengan suara yang merayu, merendah diri, tidak angkuh dan tergesa-gesa? Ini semua adalah persoalan-persoalan yang harus kita renungkan seketika. Kita mahukan doa kita dimakbulkan oleh ALLAH. Kita mahu solat kita diterima oleh ALLAH. TETAPI kita tidak mengikut lunas-lunas yang betul. Itulah puncanya.
Apabila kita bertemu orang untuk temuduga misalnya, kita begitu hormat, takut, seram sejuk dan sebagainya kerana kita takut kemungkinan kita tidak akan diambil bekerja. TETAPI itu semua kita tidak lakukan apabila kita berdepan dengan ALLAH apabila kita bersolat atau berdoa. Apabila kita meminta pertolongan dari seseorang, kita meminta dengan bersungguh-sungguh agar orang tersebut dapat membantu kita TETAPI kita tidak pernah bersungguh-sungguh berdoa kepada ALLAH untuk memakbulkan doa kita. Cukup sekadar melepaskan 'batuk ditangga.'
Apabila kita bersolat, kita buat secepat mungkin. Yang sunat kita tinggalkan kerana hendak cepat habis. Bacaan-bacaan didalam solat pun kita ambil yang pendek-pendek kerana kita tidak mahu ketinggalan cerita di televison. Ini semua puncanya. Ini semua kita tidak ambil peduli. Janji kita bersolat itu sudah memadai, kata kita.
Apabila doa kita tidak dimakbulkan, kita merunggut, kita bersedih, kita marah dan sebagainya. TETAPI kita lupa bahawa kitalah puncanya ini terjadi. Cuba renungkan seketika. Adakah kita bersolat dan berdoa kerana ALLAH atau kerana kita terpaksa sebab itu menjadi satu tanggungjawab yang harus kita lakukan?
Ingatlah, kita tidak memberi rezeki kepada ALLAH TETAPI ALLAHlah yang memberi rezekiNYA kepada kita. Renungkanlah dan fikirkanlah seketika

No comments: