27 December 2008

lamenye x update..hahaha...

huhu..cbuk memanjang aku nih smpi nk update blog pon tarak ade masa..huhu..tp,xpe..aku br balik dr vacation malam td...hoho;p itu mood sudah ada datang balik..maka..al-dzulfiqar.blogspot akn bercerita sdkt sbyk psl percutianku baru2 ni..

LaunChiNg....



Cuti2 d india: The series....

(waKaka...)

07 December 2008

Peringkat2 isteri dalam memberi ketaatan dan nafkah(reposted from miss athirah)

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun
dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir
zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang
perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan
memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak
perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia
tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar
dengan keadaan itu.
Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah
hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah
segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan
juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja
yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk
hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
Sikap,tindakannya, percakapannya selalu sahaja
menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba
salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi,
berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan.
Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua
bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun
demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup.
Macam-macam yang dia hendak.
Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti,
sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air
laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada
bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga.
Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air
muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu
anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga
yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah
bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak
pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada
anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing
dengan anjing.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai
karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi
Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada
orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada
mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab,
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,
saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Renungkanlah..(reposted from miss faridatul)

Cuba kita renung sejenak. Bukakanlah akal kita seluas-luasnya untuk kita berfikir secara positif. Kenapa doa kita jarang dimakbulkan oleh Allah? Pernahkah terlintas disudut hati kita bahawa setiap kali selepas solat kita berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan memberikan kita rezeki yang murah TETAPI kita tidak pernah mendapat rezeki yang kita impikan itu. Kita mahu hidup dalam senang lenang TETAPI itu hanyalah impian belaka. Adakah doa-doa kita itu tidak dimakbulkan oleh Allah? Sebenarnya tidak. Kita sendiri yang cuai, yang leka, yang lalai. Kita bersolat TETAPI adakah solat kita itu benar-benar khusyuk atau benar-benar ikhlas kerana ALLAH atau kerana takut dimarahi ibubapa atau hanya menunjuk-nunjuk?
Cuba kita renungkan seketika. Kenapa ALLAH sering memberikan kehidupan yang mewah kepada orang lain dan bukannya kita sedangkan kita solat tidak pernah miss satu pun? Sememangnya kita yang lalai dan leka. Apabila kita berdoa pun kita tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh. Itulah puncanya. Apabila kita menunaikan solat, kita tidak solat dengan bersungguh-sungguh. Bab bacaan, rukuk, sujud semuanya kita buat sambil lewa. Kita tidak pernah mahu mengikut cara Rasullulah s.a.w bersolat dimana rukuknya begitu sempurna, sujudnya begitu lama, bacaannya begitu rapi seolah-olah ALLAH berada dihadapannya, melihat dirinya berkata-kata dengan ALLAH. Adakah kita begitu? Adakah kita bersolat ibarat kita sedang berbicara dengan ALLAH?
Apabila kita bersolat sendirian adakah kita bersolat lebih baik atau khusyuk atau tertib? Apabila kita berdoa, adakah kita berdoa dengan suara yang merayu, merendah diri, tidak angkuh dan tergesa-gesa? Ini semua adalah persoalan-persoalan yang harus kita renungkan seketika. Kita mahukan doa kita dimakbulkan oleh ALLAH. Kita mahu solat kita diterima oleh ALLAH. TETAPI kita tidak mengikut lunas-lunas yang betul. Itulah puncanya.
Apabila kita bertemu orang untuk temuduga misalnya, kita begitu hormat, takut, seram sejuk dan sebagainya kerana kita takut kemungkinan kita tidak akan diambil bekerja. TETAPI itu semua kita tidak lakukan apabila kita berdepan dengan ALLAH apabila kita bersolat atau berdoa. Apabila kita meminta pertolongan dari seseorang, kita meminta dengan bersungguh-sungguh agar orang tersebut dapat membantu kita TETAPI kita tidak pernah bersungguh-sungguh berdoa kepada ALLAH untuk memakbulkan doa kita. Cukup sekadar melepaskan 'batuk ditangga.'
Apabila kita bersolat, kita buat secepat mungkin. Yang sunat kita tinggalkan kerana hendak cepat habis. Bacaan-bacaan didalam solat pun kita ambil yang pendek-pendek kerana kita tidak mahu ketinggalan cerita di televison. Ini semua puncanya. Ini semua kita tidak ambil peduli. Janji kita bersolat itu sudah memadai, kata kita.
Apabila doa kita tidak dimakbulkan, kita merunggut, kita bersedih, kita marah dan sebagainya. TETAPI kita lupa bahawa kitalah puncanya ini terjadi. Cuba renungkan seketika. Adakah kita bersolat dan berdoa kerana ALLAH atau kerana kita terpaksa sebab itu menjadi satu tanggungjawab yang harus kita lakukan?
Ingatlah, kita tidak memberi rezeki kepada ALLAH TETAPI ALLAHlah yang memberi rezekiNYA kepada kita. Renungkanlah dan fikirkanlah seketika

Allah untuk semua(reposted from ms khairul naimah)

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
>Tekan 1 untuk 'meminta'.
>Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
>Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
>Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

>"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat:

> Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
> Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
> Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar
sari tilawah saat Anda
menunggu,
> Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan
tentang hakikat syurga &
neraka,silakan tunggu
sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

> Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

>Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
> 2 : solat Subuh
> 4 : solat Zuhur
> 4 : solat Asar
> 3 : solat Maghrib
> 4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :

> 28443483
> 2 : solat Subuh
> 8 : solat Dhuha
> 4 : solat Zuhur
> 4 : solat Asar
> 3 : solat Maghrib
> 4 : solat Isya
> 8 : Solat Tahajjud atau lainnya
> 3 : Solat Witir

> Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
> Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
> Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
> Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Kelebihan Al-Quran(repost from Ms Naimah)

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2) Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3)Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4)Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5)Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

05 December 2008

Seoang lelaki dan kepompong kupu2(repost from ms athirah)

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.
Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.
Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.
Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.
Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.
Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..
Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…
Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?
Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.