16 September 2012

Semakin banyak kemanisan yang kita ambil sebelum pernikahan..

Assalamualaikum warahmatullah,

Ahlan ya sahabah. Kaifahalukum? Kaifa imanukum? Kaifa 'amalukum?

Alhamdulillah. Segala puja dan puji bagi Allah azzawajal, yang masih mengizinkan kita untuk terus bernafas di atas bumi ciptaanNYA ini. Yang masih mengizinkan kita untuk terus melangkah menempuh masa yang tidak pernah berhenti, hingga sampai pada waktu yang DIA janjikan. Yang mengizinkan kita untuk kembali bersua dengan usia yang sebentar cuma ini.

Apa khabar sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat yang saya kasihi sekalian? Apa khabar iman? Apa khabar 'amal? InsyaAllah, semoga Syawal yang berlalu pergi, bersama membaikkan lagi diri kita yang insyaAllah akan sentiasa kekal terpateri.

InsyaAllah, penulisan pembuka tirai selepas berlalunya Ramadhan Al-Kareem dan juga Syawal yang beransur ini sekadar penulisan ringan. (^___^)Y


Introduksi: Kemanisan Cinta sebelum kahwin

"Adam dan Ain, pasangan dua sejoli. Ke sana ke mari tangan berpimpini. Bersultan di mata, beraja di hati. Di mana ada Adam, di situ Ain membuntuti. Di mana ada Hawa, Adam tak lekang dari sisi. Pasangan romantis, kata sahabat, terdetik di hati. Lagak tak ubah bak suami isteri. Tapi sayang tiada erti. Apabila manis yang di kecapi, belum halal di sisi Ilahi, selagi akad nikah tidak memateri, perhubungan halal merpati sejoli."

Benar. Ini adalah seakan satu trend yang menjadi ikutan pasangan-pasangan yang belum mendirikan rumah tangga pada saat dan ketika ini. Perhubungan yang di namakan cinta, yang belum pasti lagi sampai ke akad pernikahan, sibuk di canang ke sana ke mari, bagai ingin seluruh dunia mengetahui, siapakah putera, puteri di hati. Kadang-kadang, lagaknya mengalahkan suami dan isteri.

*Seperti yang saya katakan, ini sekadar penulisan ringan. Maka saya tidak berapa ingin mengulas mengenai isu cinta sebelum kahwin ini, cuma mungkin, saya ingin menghuraikan tajuk post ini, mengikut pendapat saya sendiri. ^______^


Eksposisi: "Semakin banyak kemanisan yang kita ambil sebelum pernikahan.."


Hipotesis saya berkait cinta, "Cinta itu, manisnya seperti gula, kesannya seperti gula. Semakin banyak kemanisan yang kita ambil sebelum pernikahan, maka semakin banyak komplikasi sebagaimana yang dilihat dalam kes-kes hyperglycemia/diabetes yang akan kita hadapi dalam pernikahan itu." woha! (perkataan woha! di pinjam dari blog KeretaMayat ^^)

Pasti ramai yang bertanya rasionalnya saya memberikan pendapat sedemikian. Mohon maaf di awalnya, saya tidaklah berniat menunjuk 'ilmu atau apa, sekadar ingin mengadukkan pengetahuan perubatan di dalam penulisan, moga penulisan ini memberikan dua manfaat, iaitu membolehkan sahabat-sahabat semua mengetahui mengenai penyakit kencing manis, dan juga komplikasinya kepada pesakit, serta bagaimana ianya boleh menjadi perbandingan kepada kisah-kisah cinta yang sweet sebelum pernikahan. insyaAllah=)


Manis Berlebihan: Suatu Definisi


Hyperglycemia, juga keadaan diabetes, adalah "satu keadaan di mana kandungan gula adalah tinggi dalam darah seseorang itu." Diabetes boleh di kelaskan kepada 2; Type 1 Diabetes mellitus dan Type 2 Diabetes Mellitus. Gula yang tinggi di dalam darah boleh sahaja di sebabkan oleh pengambilan gula terlalu banyak, juga boleh berlaku apabila organ pankreas gagal menghasilkan insulin yang bertindak untuk mencernakan molekul-molekul gula kepada zarah-zarah kecil untuk di utilasikan oleh tubuh badan kita. Ramai yang suka menelan makanan yang manis-manis, tanpa mengira bahawa satu hari nanti makanan yang manis-manis ini akan memberikan masalah kepada kesihatan kita. Begitu juga cinta sebelum pernikahan pada zaman ini. Cinta adalah "satu keadaan di mana kandungan gembira dan suka adalah terlalu tinggi dalam jiwa seseorang itu." Rasa cinta boleh di klasifikasikan kepada 2; cintakan Pencipta, dan cinta kepada makhluk yang diciptakan Pencipta. Cinta kepada Pencipta alhamdulillah, sangat baik untuk diri. Malangnya cinta kepada makhluk yang diciptakan Pencipta secara melampau yang akan membawa banyak komplikasi. Ramai yang ingin merasakan kemanisan cinta, menonjolkan ke"sweet"an *balaks, *aweks,dan yang sewaktu dengannya, tanpa mengira bahawa pasti ada satu had di mana kemanisan itu akan bertukar menjadi sesuatu yang sama sekali berbeza sifatnya.


Transisi: Komplikasi yang mungkin timbul di kemudian hari


Sudah pasti, apa jua benda, jika berlebihan, pasti akan ada komplikasi yang menuruti dari belakang. Begitu juga dengan senario kita ini. Antara komplikasi kandungan gula yang tinggi dalam darah seperti yang boleh dilihat dalam keadaan diabetes yang turut boleh dikaitkan dengan kemanisan cinta melampau sebelum pernikahan adalah:


1) Diabetic Retinopathy





Satu keadaan di mana kandungan gula yang tinggi menyebabkan kerosakan pada saraf mata yang seterusnya akan menyebabkan hilangnya penglihatan pesakit. Pesakit biasanya akan mula menghadapi kabur pada medan penglihatan, seakan kelihatan kawasan hitam sehinggalah apabila semakin banyak bahagian saraf yang terlibat, pesakit akan kehilangan penglihatan.


Rasional tanpa emosional:






Keadaan yang sama juga boleh berlaku dalam percintaan. Jika terlalu banyak kemanisan yang di ambil ketika bercinta sebelum menikah itu, terlalu banyak sekali keluar bersama, terlalu banyak sekali melihat antara satu sama lain dalam semua keadaan, tidak mustahil apabila sudah menikah, pasangan tersebut akan mudah merasa bosan melihat satu sama lain. Analoginya, katakanlah, sekarang ini kita tinggal di sebuah rumah sewa, hari-hari kita melihat air bocor dari atap rumah. Adakah satu hari nanti, apabila kita telah berpindah ke rumah kita sendiri, kita masih ingin melihat air yang bocor dari atap rumah? Penglihatan si suami tidak lagi hanya tertumpu kepada si isteri, kerana semuanya telah di kecapi sebelum akad nikah di lafaz lagi. Akhirnya isteri tiada dalam pandangan suami, dan suami hilang dari penglihatan isteri. Maka berlakulah keadaan seperti diabetic retinopathy.


2) Peripheral neuropathy: Sensory loss + Motor weakness






Ini adalah keadaan di mana saraf-saraf yang terlibat dalam deria sentuhan mengalami kehilangan fungsi, hasil dari akumulasi gula dalam darah yang tinggi. Pesakit akan kehilangan deria untuk merasa, hatta terpijak paku sekalipun, tiada disedari sekian lamanya. Otot-otot juga mulai menjadi lemah kerana saraf motor untuk otot-otot turut mengalami kerosakan.


Rasional tanpa emosional:




*jangan di tiru, kecuali jika sudah ada ikatan yang halal keduanya^^


Boleh sahaja terjadi, nauzubillah, walaupun sebelum pernikahan, pasangan yang terlalu asyik dengan kemanisan cinta, sengaja atau tidak, sedar mahupun tidak, telah puas bersentuh-sentuhan tanpa batasan. Selagi kudrat masih ada, selagi otot masih bertenaga, dikerah semahunya, menurutkan hati lebih dari batasan akli. Maka, apakah lagi yang ada, jika semuanya telah habis di pegang, sebelum lafaz akad di tutur tenang? Lantas, selepas pernikahan, tiada lagi daya tarikan. Suami memegang tangan isteri tanpa ada lagi perasaan. Lagak tak ubah seperti seorang tukang memegang papan. Itupun kira masih beruntung badan. Ada sesetengahnya, selepas kahwin, jangankan pegang, bagaikan otot telah hilang kuasanya, bersentuhan juga ingin di elakkan, isteri di belakang sedang suami sebatu jauh berjalan di depan.


3)Nephropathy: Renal failure





Ini adalah suatu keadaan di mana buah pinggang pesakit telah berhenti berfungsi. Antara simptom-simptom yang di rasa pesakit termasuklah rasa loya (nausea), gatal-gatal kerana kandungan phosphate dalam darah meningkat, muscle cramps, sukar nak bernafas apabila berlaku effusion dalam paru-paru, kurang selera makan dan kesukaran untuk tidur.


Rasional tanpa emosional:






Apabila hampir semua kemanisan hidup berdua di rasa sebelum pernikahan terjadi, pastinya si adam telah terlalu mengenali si hawa, dan begitu juga sebaliknya. Kadangkala, apabila di kenang-kenangkan segala yang telah terjadi sebelum pernikahan, si suami atau isteri sering membanding-bandingkan dengan kehidupan di ketika itu. Jika ada perangai buruk yang tidak berubah yang di ketahui semenjak sebelum nikah hingga selepas nikah, pastilah akan muncul kata-kata dan rasa seperti, "saya nak muntahlah tengok perangai awak ni!". Apabila berulangkali pertengkaran berlaku, si suami dan isteri mulai bosan sesama sendiri, dan mulalah "menggatal" untuk mencari keseronokan bersama orang lain. Tika itu, masing-masing seakan menghadapi muscle cramps, tangan terasa bagaikan ringan, tetapi seakan tidak boleh di gerakkan, sekadar bergetar, tanpa pergerakan. Ingin di tegur, diri sendiri pernah melakukan. Nafas terasa sukar, bila di beritakan ada yang terlihat si dia bersama orang lain ketika keluar. Selera makan mula kurang memikirkan nasib diri. Dan tidur semakin sukar, kerana teringat, jika keduanya telah melakukan banyak perkara terlarang sebelum mereka bernikah lagi, tidak mustahil si suami atau isteri mengulang perkara yang serupa selepas lafaz nikah termateri.


4)Ulceration







Ulceration, adalah satu keadaan di mana berlakunya kehilangan sebahagian dari kulit atau lapisan mukosa  yang menjadi lapisan luar tubuh manusia. (p/s: kurang pasti macam mana nak terjemahkan a break in skin or mucous membrane with loss of surface tissue, disintegration and necrosisi of epithelial tissue =.=") 


Rasional tanpa emosional:






 (Secara mudahnya, saya transformasikan perkataan ulcer kepada perkataan luka secara suka-suka hati~) Tidak di nafikan, makan hati adalah sebahagian dari asam garam dalam rumah tangga. Tak kiralah pada yang cinta sebelum nikah, ataupun yang cintanya selepas nikah. Tapi pastinya, yang dah terlebih merasa manis sebelum nikah tu, semakin besar luka di hati jika ditakdirkan pergeseran berlaku setelah kedua-duanya di satukan dalam ikatan yang sah. "You janji dulu you takkan buat I macam ni!" "You dulu sweet je, kenapa lepas dah kahwin ni you berubah???" "Dulu waktu nak dekat dengan I, nak kawen dengan I, macam-macam you buat untuk I. Ni bila dah dapat I, mana pergi semua tu?" Lalu kata si suami. "You pun same. You kata dulu you nak berubah jadi lebih baik lepas kawen. Tapi mana janji you tu?" Lalu keduanya pun tergores di hati. Kesal. Apa yang terjadi tidak seperti yang di impi sebelum akad nikah terpateri. Lalu luka itu semakin lama, semakin besar di hati. Dan semakin sukar untuk di sembuhi.


5) Tisu badan mati, memerlukan amputasi(Gangrene requiring amputation.)





Keadaan ini adalah sepertinya komplikasi akhir untuk masalah kencing manis. Apabila salur darah yang membekalkan nutrien kepada tisu-tisu badan turut mengalami kerosakan, tisu-tisu yang tidak mendapat nutrien secukupnya mula mengalami kerosakan sedikit demi sedikit, hingga akhirnya mati. Tisu yang telah mati sudah tiada guna lagi untuk tubuh, ia boleh sahaja menjadi pusat untuk bakteria membiak. Ini dapat dilihat pada pesakit seperti keadaan tangan, kaki yang kehitaman dan tidak mampu untuk merasa atau menggerakkan. Jalan terbaik untuk mengelakkan pesakit dari mendapat lebih banyak komplikasi dari keadaan ini hanyalah satu, iaitu amputasi atau memotong bahagian tisu yang telah mati itu.


Rasional tanpa emosional:





Sebagaimana kehidupan, setiap yang bermula pasti ada pengakhiran. Begitu juga cinta dan perkahwinan. Kita ingin, cinta yang di bina bersama dengan mahligai perkahwinan, akan terus kekal bahagia. Kita ingin cinta yang di bina dan di semai bersama, kekal hingga ke syurga (quoted: akhi Hilal Asyraf) Namun, tidak semua di rezekikan untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Ada sahaja yang keputusan di tengah jalan. Sebagaimana yang teranalogi dalam senario yang di rungkaikan, bila telah lama mengenali, segala keburukan di ketahui, segala rasa kebaikan mula terhakis dari diri, mula rasa busuk di hati, perasaan semakin berkecamuk, jiwa merunduk, tubuh terliuk. Akhirnya, jalan terakhir di ambil. Sebagaimana terpisahnya anggota dari badan kerana amputasi, begitu jua terpisahnya suami dari isteri melalui perceraian yang di benci.


Konklusi: Bercinta biarlah berpada


Di akhir ceritanya, berpadalah ketika di lamun cinta. Segerakan pernikahan, kerana itu jalan yang terbaik untuk mengekalkan kemanisan apabila hidup bersama nanti setelah di satukan. Jika masih belum mampu, tidak mengapa, bercinta, tapi kurangilah menghirup kemanisan cinta itu, cintailah dengan seadanya, dan bila dikurniakan rezeki, segera memateri cinta yang dikurniakan Ilahi. Cinta itu tiada salahnya, cuma kita, sebagai manusia, yang selalu memberikan penafsiran yang buruk mengenai cinta. Saya sebenarnya suka berulang kali membaca salah satu puisi yang di tulis oleh Ibnu Hazm' El Andalusi dalam buku yang di tulisnya bertajuk Tauqul hamamah atau juga di kenali sebagai Di bawah Naungan Cinta.


"Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta?
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta?
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya?
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa?"


Saya selalu senyum sendiri bila membaca puisi Ibnu Hazm' ini (^______________^)  Apepun, sahabat-sahabat ikhwah akhwat yang saya sayangi sekalian, semoga Allah telah menuliskan jalan cerita cinta yang terbaik dan tersweet untuk kita semua, insyaAllah.=)


Nota kaki:

Hehe. Post mudah macam ni pun ambil masa tiga hari nak siap. Nampak sangat saya dah lama tak menulis(=.=) Apepun, semoga ada manfaatnya buat semua. Seperti yang saya katakan, saya tidak berapa mengulas mengenai cinta, kerana saya pernah menulisnya sebelum ini. Jika ingin baca, boleh klik <Berbicara tentang cinta> Tidak mahu baca pun tidak apa. =) Saya petik kata-kata hikmah dari Imam Al-Ghazali,

"Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkanya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon."

Mari kita renungi kata-kata yang di petik dari salah satu ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi, (^____^)





Akhir kata dari saya, kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Kurangkan manis sebelum pernikahan, lebihkan manisnya selepas penyatuan. Semoga kita bersama pasangan yang di tentukan Tuhan, sentiasa dalam rahmat dan dalam kebahagiaan.=)



                       *nampak sangat bahagia^^ barakallah Ustaz Don dan zaujah.=)


*Kepada yang ingin membaca lebih lanjut mengenai Diabetes mellitus, bolehlah merujuk buku Davidson's Principles and Practice of Medicine. Saya membuat rujukan dari Edisi ke 20, di muka surat 806.^^

*InsyaAllah, bulan Oktober ini, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan memulakan tahun akhir kami dalam pengajian Ijazah Perubatan dan Pembedahan di bumi India ini. Mohon du'anya sahabat-sahabat ikhwah akhwat sekalian, semoga jalan kami dipermudahkanNYA. Amin. InsyaAllah.=)


p/s: Dan kepada awak, yang saya masih belum tahu siapa, insyaAllah, bila masanya tiba, kita akan bersama melakar kisah cinta termanis hingga ke syurga. insyaAllah=)
Jika kita tak sempat berjumpa di dunia, insyaAllah dia akhirat pasti akan di pertemukanNYA. yakinilah=) sementara itu, teruskan berusaha menjaga diri awak, saya akan terus berusaha menjaga diri saya. Semoga Allah akan sentiasa menjaga kita berdua. Amin=)




                                           InsyaAllah. Satu hari nanti. (^_______________^)



Sekadar titipan seorang hamba, di ilhamkan yang Esa, moga bermanfaat buat semua.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.




No comments: