16 May 2010

Ulasan ringkas: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam sejahtera dan salam ta'aruf saya ucapkan pada sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat,yang lama atau baru, yang masih setia mengikuti perjalanan blog saya ini..
pertamanya,saya mohon maaf kerana menutup blog ini terlalu lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian tema blog...pada mulanya menemui sedikit kesukaran dan alhamdulillah,kini telah dapat diselesaikan..blog ini kini menampilkan latar yang lebih terang dan mudah dilihat berbanding latar lama yang agak gelap dan suram...

sayangnya, saya berada di dalam keadaan yang agak sibuk sekarang ini dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk menulis...walaubagaimanapun,saya akan cuba sebaiknya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tulisan saya...

hari ini, saya sekadar ingin mengulas mengenai sebuah novel karya seorang penulis muda yang baru memasuki dunia penulisan... saya yakin anda semua pasti pernah mendengar mengenai karya beliau ini..benar..beliau yang saya maksudkan adalah saudara Dr Farhan Hadi dengan karyanya "Denyut Kasih Medik".

novel yang membicarakan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Dzul Helmi Mohd Zin yang telah membantu saya untuk mendapatkan senaskhah buku ini ketika beliau pulang bercuti di Malaysia bulan lepas. Akhi Dr Farhan Hadi merupakan seorang suami kepada seorang penulis yang tidak asing lagi. Zawjati beliau ialah ukhti Fatimah Syarha yang merupakan penulis novel Tautan Hati yang cukup terkenal. Akhi Dr Farhan Hadi merupakan anak kelahiran Kuala Krai di Kelantan. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dari UNIMAS dan kini bertugas sebagai MO di Klinik Kesihatan Bagan Terap di Sabak Bernam.

Saya amat tertarik dengan gaya penulisan Akhi Dr Farhan Hadi di dalam karya beliau ini. Cara penulisannya mudah, tetapi cukup menarik hati untuk membuatkan pembaca ingin mengetahui apakah yang akan terjadi pada setiap butir kata yang ada pada muka-muka seterusnya.

Novel Denyut Kasih Medik menceritakan mengenai kisah seorang doktor yang baru menamatkan pelajharan dalam bidang perubatan. Dr Muslih namanya. Beliau kini menjalani housemanship di hospital selayang. Sepanjang berada di sana,pelbagai peristiwa telah di tempuh oleh Dr Muslih yang menguatkan azamnya untuk menjadi profesional dai'e yang mampu membawa perubahan. Dr Muslih membawa dan mengaplikasikan ajaran Islam, rukhsah serta hukum-hukum yang sering di ambil mudah pesakit-pesakit termasuklah doktor-doktor beragama Islam di hospital. Dr Muslih berkahwin dengan tunang yang tidak pernah dilihatnya yang telah di sarankan oleh seseorang yang soleh lagi di percayai. Alhamdulillah, zawjatinya merupakan seorang yang cukup muslimahnya, dan yang memahami tanggungjawab serta amanah yang dipertanggungjawabkan di atas bahu suaminya, sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang dai'e dan sebagai seorang doktor. Buku ini banyak mengupas mengenai persoalan-persoalan yang timbul bagi seorang pesakit muslim di hospital dan bagaimana jalan penyelesaian yang sepatutnya. InsyaAllah, novel ini boleh di jadikan panduan oleh bakal-bakal doktor muslim yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi.

Akhir kata, sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Akhi Dr Farhan Hadi di atas karyanya yang mantap. Semoga akan ada kesinambungan kepada kisah Dr Muslih dan lebih banyak isu-isu semasa dapat diketengahkan dalam penulisan akan datang. InsyaAllah.

Yang baik dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah, yang di asbabkan melalui saya.
Pohon maaf atas kekhilafan dalam penulisan.

Sekadar coretan seorang hamba

Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..

Wassalam...

3 comments:

Cik Teh said...

the books is quite informative yet the style of writing is awkward..

rasa cam poyo je masa dia suh mat2 rempit tu berikrar supaya tak merempit lagi..berguling2 kot gelak..

Raihanna said...

macam best je buku nie.. nak juga.. mana ek leh dapatkan buku tu???

Al-Dzulfiqar said...

cik teh: setiap pnulis ada gaya penulisan tersendiri..mgkn ini gaya dr farhan hadi dlm mnulis...^_^

raihanna: buku ni mmg best..i've finished it within 16 hours...^^
err..buku ni cume bleh dpt dkt malaysia je la=_="