23 November 2008

Yoga..

Sidang Media - Fatwa Yoga

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia telah mengadakan sidang

media bagi mengumumkan fatwa mengenai senaman

yoga di kalangan umat Islam. Pengumuman yang

telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia (JKF), Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor

bin Hj. Husin telah diadakan pada 22 November 2008,

jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Syura JAKIM.


Kenyataan media Jawatankuasa tersebut adalah

seperti berikut:


"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis

Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada

22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan

ialah senaman Yoga. Setelah meneliti

dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan

yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah

berpandangan dan berpendapat bahawa senaman

Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak

sebelum Masihi lagi yang menggabungkan

amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera

dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti

mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya,

penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan

lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan

akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan

memutuskan apa jua jenis atau bentuk

amalan yang mengandungi unsur-unsur

tersebut di atas adalah dilarang dan

bertentangan dengan syariat Islam.

Sementara pergerakan amalan fizikal

tanpa unsur-unsur di atas yang

dilakukan pada zahirnya tidaklah

menjadi kesalahan. Namun demikian,

masyarakat Islam dingatkan wajib

berhati-hati dam berwaspada dari

perkara-perkara yang boleh menghakis

akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum,

perkara-perkara yang boleh menghakis

akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab

berikut:

( 1) kepercayaan atau keyakinan di hati.

(2) menerusi perkataan atau pengakuan

dengan lidah.

(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut

dalam amalan yoga, maka umat Islam

wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

Sidang akhbar sedang berlangsung

Soal jawab dimulakan

Antara para wartawan yang hadir

Y.Bhg. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sedang memberikan penerangan

Wartawan mengambil catatan

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM, TKP(O), TKP (P) dan Pengarah Penyelidikan turut hadir dalam sidang akhbar tersebut

Y.Bhg. Dato' Pengerusi sedang menjawab soalan

Antara wakil media yang hadir

'Close up' Y.Bhg. Dato' Pengerusi bersama media


Tarikh : 22 November 2008
Sumber :
Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa
Editor :
PRO JAKIM

Di petik dari web JAKIM..

No comments: