05 July 2012
04 July 2012
Projek Madrasah Ramadhan(PMR)
Sahabat-sahabat, ikhwah, akhwat yang saya kasihi sekalian. InsyaAllah, semoga sahabat-sahabat berada dalam kesejahteraan, berada dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya.
Alhamdulillah, kita telah tiba ke nisfu sya'ban. Yang mana bermaksud bertambah setahun lagi usia saya. 15 Sya'ban 1408 sehingga kini, 15 Sya'ban 1433. Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan rezeki nafas dan udara serta darah yang mengalir melalui jantung yang masih berdegup, lidah yang masih mampu bertutur, mata yang masih mampu melihat, telinga yang masih mampu mendengar, akal yang masih mampu berfikir dan banyak lagi nikmat kurniaanNYA dalam mengharungi usia yang mencecah 24 tahun kini. Syukran saya ucapkan kepada sahabat-sahabat ikhwah akhwat sekalian yang mendoakan kesejahteraan saya=)
InsyaAllah, kita semakin menghampiri madrasah ramadhan. Bersempena itu, Al-Dzulfiqar akan cuba untuk berkongsi sedikit tazkirah setiap hari dengan sahabat-sahabat ikhwah akhwat sekalian. Tazkirah-tazkirah pendek ini akan dipetik dari kitab Fadhail Amal, yang saya yakin amat dikenali oleh sahabat-sahabat yang berada di jalan tabligh. Ada banyak ilmu yang boleh di kongsikan dari kitab ini, dan insyaAllah, saya akan cuba berkongsi sebanyak mungkin sehingga tiba ke permulaan syawal.
Tazkirah ini akan di buat seringkas mungkin agar tidak mengganggu masa sahabat-sahabat ikhwah akhwat sekalian yang pastinya lebih sibuk menjelang bulan ramadhan ini. InsyaAllah. semoga kita semua mendapat manafaat dan rahmat Allah, serta keampunanNYA dalam menempuh hari-hari yang kita lalui.
Bersamalah kita meningkatkan amalan, dalam meniti hari, menuju ramadhan yang dinanti-nanti.
Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.
05 February 2012
Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah
Selawat dan salam atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, serta ahli keluarga baginda.
Sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat yang di sayangi sekalian. Bagaimanakah semuanya? Harapnya sejahtera di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Dan semoga amalan kita sentiasa bertambah, sesuai dengan bertambahnya usia kita hari-demi-hari, minggu-demi-minggu, bulan-demi-bulan.
Introduksi: Maulidur Rasul?

Maulid Rasulullah s.a.w. Tarikh yang saya yakin ramai dari kita tahu. Tarikh yang tercatat dalam takwim setiap tahun. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ia bermaksud cuti. Bebas dari sekolah dan kerja rumah untuk sehari. Bagi yang bekerja, yang di fikirkan mungkin "triple pay" maknanya. Tapi, apakah makna sebenar di sebalik tarikh ini. Apakah sebenarnya yang di sambut setiap tahun ini?
Eksposisi: Mengapa sambut Maulidur Rasul?

Maulidur rasul di sambut sempena mengenang kelahiran junjungan mulia, Muhammad s.a.w. Para penulis sirah pada umumnya bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w lahir dalam tahun gajah, sekitar tahun 570 Masihi. Rasulullah lahir di kota Mekah, di bahagian Selatan Jazirah Arab. Ayahanda baginda bernama Abdullah, yang meninggal ketika Rasulullah masih di dalam kandungan ibu baginda.
Ketika Rasulullah berumur enam tahun, ibu baginda, Aminah, membawa baginda untuk mengunjungi keluarganya serta mengunjungi makam ayah baginda. Namun dalam perjalanan pulang, ibu baginda jatuh sakit lalu meninggal dunia. Setelah ibunya meninggal, Rasulullah mendapat penjagaan dari datuk baginda, Abdul Mutallib dan kemudiannya baginda dijaga oleh bapa saudara baginda, Abu Talib.
Transformasi: Adakah tarikh ini wajar di sambut?
Sahabat yang di kasihi sekalian,
Sudah menjadi lumrah manusia, apabila tiba tarikh istimewa, pasti kita ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk menggembirakan someone special dalam hidup kita itu, bukan? Maka, bagi tinta Al-Dzulfiqar, tidak ada yang salah untuk meraikan tarikh keputeraan Rasulullah ini.
Kita secara umumnya bersetuju bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang itu merupakan cara dan tanda kita mengasihi dan menghargai seseorang itu dan kehidupannya.Menjadi kebiasaan setiap dari kita untuk meraikan hari kelahiran sendiri atau orang-orang yang kita kasihi. Selain daripada orang yang dekat dengan kita seperti isteri, suami, anak-anak, keluarga dan teman lelaki*, teman wanita*, atau teman-tapi-mesra* (*T&C applies), manusia juga sering memperingati hari kelahiran, kematian atau hari peristiwa penting dalam kehidupan orang dan tokoh yang di kagumi dan di sanjungi.
Maka tidak ada salahnya jika hari kelahiran tokoh segala tokoh, Rasul kita Muhammad s.a.w, kita peringati dan kita raikan dengan sewajarnya. Walaupun sebelum baginda ditabalkan di Gua Hira', kelahiran dan kehidupan Rasulullah sebelum itu pun sudah dipenuhi pelbagai keistimewaan.
Selain itu, kita menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w untuk memantapkan lagi kefahaman hati dan akal kita dalam kehidupan beragama, dengan menyelusuri kisah perjalanan hidup Rasulullah.
Allah berfirman:
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-Rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya. (Surah Hud, ayat 120)
Sahabat-sahabat yang saya kasihi, saya yakin, pastilah dalam majlis-majlis memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w, surah, sirah dan sarirah Rasulullah merupakan antara intipati utama apa yang kita dengarkan. Di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul, yang kebanyakannya dibawakan oleh para ustaz atau ulama yang cukup dikenali dan dihormati ilmu pengetahuannya, penghargaan terhadap kisah hidup Rasulullah s.a.w dilaksanakan dengan cara yang unik, yang mampu menggetarkan hati dan membuka akal, menyentuh nurani dengan cara yang tidak dapat dijelaskan. Maka timbullah teknik-teknik penghayatan seperti ESQ, mendengar sambil membayangkan dalam gelap dan sebagainya. Saya tidak mahu mengutarakan apa-apa pendapat mengenai kaedah-kaedah ini, tetapi apa juga cara yang boleh membawa manusia dekat kepada Allah dan Rasul, pendapat peribadi saya adalah tidak salah.
Konklusi: Cara menyambut Maulidur Rasul.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan appresiasi kita dalam memperingati keputeraan Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar membuat perarakan semata, maksud saya, perarakan itu baik, namun kita harus melihat adalah perarakan itu telah serve the purpose untuk mengingatkan khalayak mengenai sirah dan perjuangan Rasulullah untuk agama yang kita cintai ini. Jika berjaya, alhamdulillah. Jika kurang berjaya, kita harus improvise dan menambahkan lagi apa jua yang terdaya untuk menjadikan sambutan ini sesuatu yang bermakna. Mungkin kita boleh menganjurkan aktiviti seperti hafazan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, pertandingan atau kuiz sejarah kehidupan Rasulullah di peringkat nasional, selain dari majlis-majlis ilmu yang bermanfaat.
Kita juga harus cuba menjadikan sunnah yang di tinggalkan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian dari pakaian harian kita. Sunnah itu harus dilihat dari 3 perspektif:
surahSurah merupakan sesuatu yang paling senang untuk setiap dari kita turuti. Secara mudahnya, surah adalah seperti perkara fizikal pada Rasulullah. Antara perkara yang termasuk di dalam surah adalah seperti cara Rasulullah berpakaian, bagaimana Rasulullah menyimpan janggut, dan sebagainya. InsyaAllah, ini merupakan antara yang termudah yang mampu setiap dari kita lakukan.
sirah
Sirah pula lebih kepada cara kehidupan sehari-hari Rasulullah. Setiap apa yang Rasulullah lakukan, bermula dari bangun tidur hinggalah baginda tidur semula. Antaranya adalah seperti cara Rasulullah menegur sahabat, cara Rasulullah menyampaikan dakwah, cara Rasulullah makan, cara Rasulullah bergaul, cara Rasulullah berjalan, dan sebagainya.
sarirah
Sarirah pula merupakan bagaimana cara Rasulullah berfikir, iaitu bagaimana supaya semua umat baginda dapat terselamat dari azab neraka dan masuk syurga di akhirat kelak. Ini merupakan antara perkara paling susah, tapi insyaAllah, dengan mujahadah, pasti kita akan mampu untuk cuba sebaik mungkin.
Secara asasnya, 3 perspektif inilah yang di tekankan kepada jemaah yang keluar mengikuti gerakan tabligh. Saya sendiri mempelajari 3 aspek ini ketika sama-sama keluar dengan jemaah tabligh di Masjid Seksyen 24 Shah Alam, sekitar tahun 2006 dahulu.
Refleksi
Jadi, insyaAllah sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, semoga kita semua dapat membuktikan rasa cinta dan rindu kita pada Rasulullah pada perbuatan dan bukan sekadar perkataan. Rasa cinta dan rindu tanpa pembuktian, ibarat kita menyukai pada sesuatu tumbuhan, tetapi sekadar suka, tanpa bertindak memberikan air atau baja, lama-lama pastilah suka itu hanya tinggal suka, dan tumbuhan tersebut kembali kepada penciptanya.
Hidupi surah,
hayati sirah,
fahami sarirah.
Salam Maulidur Rasul dari al-dzulfiqar.blogspot.com =)
Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.
07 January 2012
Perhimpunan 901: Saudara Saiful Bukhari vs Saudara Anuar Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullah..
Berhubungkait dengan Perhimpunan 901, saya sejujurnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di antara Saudara Saiful Bukhari dan Saudara Anuar Ibrahim, namun sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang benar-benar terjadi. Namun begitu, saya memberikan sokongan saya kepada Saudara Saiful Bukhari Azlan kerana saya dapat melihat bahawa beliau lebih telus dan lebih yakin di dalam kes ini, dan beliau lebih konsisten, melakukan setiap yang termampu dan yang boleh beliau lakukan dari setiap sudut yang ada untuk membuktikan kes beliau. Beliau juga telah banyak berubah ke arah yang lebih baik. Sementara pihak yang satu lagi, bagi saya tidak melakukan yang sewajarnya untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Namun, ucapan selamat berjaya saya kepada mereka berdua. Semoga Allah memberikan kita semua petunjuk siapa yang benar-benar betul, dan siapa yang cuba menyembunyikan kebenaran dan cuba menutup pandangan manusia, mengkaburi siapa dirinya yang sebenarnya. Ingatlah penyokong kedua-dua pihak, Allah maha adil, dan jika DIA mahu, DIA boleh memberikan balasan secara "cash" di dunia ini lagi. Semoga Allah memperlihatkan kepada kita semua secara nyata, agar tiada lagi perbalahan dan tuduhan fitnah yang hanya memecahbelahkan kita. Namun sekali lagi, terdapat hikmah di atas segala yang berlaku, dan rahsia di sebaliknya hanya Allah yang benar-benar tahu. Biar apa pun yang mungkin menjadi keputusannya, semoga perpaduan kekal menjadi milik kita, semoga Islam terus kekal di perjuangkan oleh para umatnya.
____________________________________________________________
Maha suci Allah yang mengurniakan kita Islam keturunan,
meski ada yang tidak mengerti apa yang diperintahkan,
namun hidayahNYA sentiasa ada bagi mereka yang mecari kebenaran.
Maha suci Allah yang mengurniakan kita Islam keturunan,
meski ada yang tidak mengerti apa yang diperintahkan,
namun hidayahNYA sentiasa ada bagi mereka yang mecari kebenaran.
Al-Dzulfiqar,
7 Januari 2012
Bangalore, India.
Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.
31 December 2011
The Advice
After the round ended, we again see our patients in the first floor, reading up their case sheets to understand more of what had happened, and why have they came to hospital. And there we stood, next to a patient, who had left us, speechless.
We were having a conversation with one of the patients of OBG (Obstetric and Gynaecology) department. She was referred to BMJH (Bhagwan Mahaveer Jain Hospital) from another hospital as the scan during the ANC (AnteNatal Checkup) showed fetus is no longer moving, and it was suspected that IUD (Intra Uterine Death) have took place after 27 weeks of gestation. As soon as she arrived in BMJH, the diagnosis was conformed. The fetus is already dead, and the pregnancy can't be continued. The dead product of conception has been removed through C-section.
We started the conversation by asking the patient how is she doing. She smiled, saying that she was alright, although i know, from her eyes, she was hiding the terrible pain that she's having, not from the site of the incisions from the C-Sect (Caesarean Section) i believed, but mostly, deep from her heart and her soul.
And then, one of my colleagues explained to us the history of the patient, as he was posted in the ICU the day before. The patient just smiled as she saw our colleague narrating her case, and as he ended the narration, the patient spoke to us.
Mrs N.B : "So you people are final year students? You all must study hard. You must save the baby when other people like me come. Don't let them lost their baby, like i did. The baby is very important for the mother. You people should not worry about the mother. You take care of the baby, and HE (God) will take care of the mother, insyaAllah."
She's very strong holding back her tears while giving us this advice. InsyaAllah, Mrs N.B, we'll try our very best to live up to what is expected from this line of profession. Be strong, God is testing you. And thanks again for the advice. We really appreciate it.
Ammal Dzulfiqar Ismail,
BMJH,
30th December 2011.



