Ya Allah, tidak aku menyangka bahawa hatiku akan sebegini terluka apabila aku memutuskan untuk membuka ruang kepada perasaanku untuk sekali lagi membenarkan seseorang untuk berada dalam hati ini. Rasa kehilangan kali ini begitu kuat, terasa bagaikan tidak mampu untuk aku menanggungnya. Aku menjangka, setelah Engkau menguji aku dengan perasaan yang sama sebelum-sebelum ini, aku akan mampu menghadapi ujian perasaan yang Engkau datangkan sekali lagi. Setelah pedih paling hebat
yang aku rasai ketika kali pertama melamar seseorang 8 tahun yang lalu, Engkau telah meminjamkan aku kekuatan untuk menghadapi kesakitan ketika lamaran kedua dan ketiga ku ditolak. Sehingga aku menjadi alpa dan lupa, aku menyangka aku mampu untuk menanggung sendiri kesakitan perasaan ini jika ia melanda sekali lagi. Namun Ya Allah, setelah lamaran kali keempat ini ditolak, aku sedar aku tidak punya sedikit pun kekuatan jika Engkau tidak meminjamkan. Ujian perasaan dariMu Ya Allah, adalah sesuatu yang tidak mungkin aku akan mampu untuk hadapi bersendiri, mungkin buat selamanya Ya Allah.
Matikanlah rasa ini Ya Allah, seandainya ia memerlukan seluruh perasaanku untuk turut berkubur sama, maka aku redha Ya Allah. Tidak adil dan zalim rasanya untuk aku memaksa dia untuk menerima aku, untuk menunggu untuk satu tempoh masa, sedangkan aku tidak tahu, berapa lama lagi masa yang ada yang Kau pinjamkan untuk aku terus bernafas di bumimu. Selagi rasa itu ada, aku gusar dia tidak akan mampu mengecapi bahagia. Bahagia yang aku harapkan akan menjadi miliknya. Telah lama aku melihat Engkau mengujinya dengan derita Ya Allah. Aku sangat ingin menjadi seseorang yang mampu membahagiakan dia Ya Allah, untuk menjadi seseorang yang menghilangkan kedukaannya dan tidak membiarkan airmatanya mengalir lagi Ya Allah. Namun aku sedar Ya Allah, bahawa aku bukanlah seseorang yang terbaik untuk dirinya, dan aku juga bukanlah orang yang layak untuk mendapat seseorang sebaik dia. Aku redha jika nyawa dan kewujudanku di dunia ini harus hilang untuk menjadi galang ganti akan kebahagiaan untuk dirinya. Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan Ya Allah, agar aku mampu untuk terus melangkah dan menyembunyikan kesakitan ini, kerana aku tidak boleh membiarkan orang lain melihatku dalam keadaan selemah ini Ya Allah, selagi Kau masih mengizinkan aku untuk bernafas di bumiMu.
Pertemukanlah dia dengan seseorang yang jauh lebih baik dari diriku, yang benar-benar mampu membuatnya mengecapi bahagia itu Ya Allah. Aku redha, biarpun bukan aku yang menjadi orang yang telah Kau takdirkan untuk dirinya.
Perkenanlah permintaan hambaMu ini, Ya Muhaimin.