Salam...
sy baru lepas melawat blog seorg sahabat...sebuah blog yg sy bru temui..Meniti hari,mencari bekalan...kandungan yg mmg agak mnarik...dan sy mmbuka salah satu posting mngenai ucapan selamat hari lahir untuk ibu beliau...
membaca tulisan beliau mmbuatkn sy tertanya2 pd diri sy sndr..cuba mmbygkn sesuatu yg mmg mungkin xkn terjadi...cuba mmbayangkn sesuatu yg bertentangn dgn sunnatullah yg ditetapkan Ilahi...cuba membayangkan keadaannya jika arwah ibu saya masih hidup hingga ke saat ini...
entahlah...segalanya pasti akn mnjadi berbeza jika arwah ibu saya masih hidup...mgkn sy akn mncapai kmatangan dlm cara yg berbeza,mmbesar dgn cara yg berbeza,mlihat segala yg ada d sekeliling saya dgn pandangan yg berbeza...mgkn sy tdk akn mnjadi spt mana diri saya pd saat ini...mgkn sy tidak akan mnulis dlm laman sbegini skalipun...sgalanya pasti tdk sama...mgkn sgalanya akan mnjadi lbih baik..khidupan sy mgkn akn mnjadi jauh lbih teratur dan tersusun...mungkin...dalam dunia ini apa2 pun boleh terjadi...
tetapi,jika difikirkan semula,smakin byk persoalan mlanda diri.. jika arwah ibu saya masih hidup, mungkinkah saya mampu berdikari sekuat ini? mungkinkah saya dpt mnerima bahawa dlm hidup ini bukan semua akan terjadi seperti yg kita harapkan sentiasa?dapatkah saya bergantung hanya pada Allah dan diri sndr tanpa bergantung kepada orang lain? dapatkah saya berpijak di bumi ini dengan berbumbungkan langit atau saya akan mnjadi org yg berjalan d awang2an?
benar. stiap perkara yg Allah dtgkn itu ada hikmahnya. sesuatu yg tersembunyi,ttpi pasti akan diketahui jika kita mncari...pada awalnya kita xkn mampu mnafsir.malah,kita akan mnurut amarah kita.Tuhan tidak adil! Tuhan itu kejam!Tuhan mmbiarkan diri ini keseorangan! benar,itu adalah apa yg pernah sy rasakan suatu masa dahulu.tetapi,lama-kelamaan perasaan itu bertukar. Masa mematangkan seseorang itu.Benarlah ungkapan itu. Masa yg berlalu sedikit demi sedikit mmbuka fikiran sy utk merenung kembali dan mnginsafi kejadian yg di suratkan Ilahi.
Saya sedar. Pemergian arwah ibu saya mnjadikan sy lbih kuat. semakin mampu berpijak sendiri d atas bumi ini. smakin mampu untuk berdikari.smakin matang mnempuhi hari demi hari. smakin mampu utk tdk bergantung kpd insani...pemergian arwah ibu saya mmbolehkan saya mlihat dunia ini dari perspektif yg berbeza sama sekali...rasa bersendiri mmbolehkan saya menempuhi hari demi hari tnpa sebarang kgusaran dalam hati..
benar..pemergian arwah ibu saya telah mmbantu mencorakkan siapa saya hari ini..jika dahulu saya merupakan seorang anak yg manja yg mudah tersentuh dan mnitiskan air mata apabila berlaku sesuatu yg mlukai saya,kini tidak lagi...saya mnjadi seorg yg teguh peribadi,yg sgt sukar mnitiskn air mata biar apapun yg terjadi..benarlah Allah merancangkan hikmah di atas stiap sesuatu yg terjadi.
Arwah ibu yg disayangi, Nor Amna binti Ibrahim,percayalah..pemergianmu tdk mmatahkan hati ini utk trus mnempuhi stiap cabaran yg dtg menikam..akan anakmu ini tempuh biarpun tubuh ini akan luluh dalam perjuangan berbekalkan jati diri yg rapuh,yg masih tdk kukuh...namun tdk akn sekali2 anakmu ini tunduk pada apa jua yg dtg menerpa,dan tdk anakmu ini akan berputus asa,biarpun apa yg mnjadi taruhan adalah nyawa...akan aku bawa perjuangan ini,perjuangan mncari ilmu..perjuangan mmpertahankan agama suci...perjuangan mnyampaikan risalah Ilahi...perjuangan utk mmisahkan yg zahir dan yg bathil utk kesekalian kali...tdk akan mudah aku mnyerah kalah walaupun dirimu tiada lagi di sisi,menemani...
saya amat bersyukur bahawa Allah telah mngurniakan saya seorang bapa yg sangat penyayang dan amat mngambil berat. Bapa saya telah sanggup mnolak kepentingan dirinya...semenjak arwah ibu di jemput Ilahi 10 tahun lalu, bapa saya tidak pernah mmikirkan pun utk mncari pengganti..sbaliknya bapa saya mnumpukan sepenuhnya kepada membesarkan kami...biarpun byk cabaran dan dugaan yg mnimpa kami semenjak arwah ibu pergi,sgalanya telah kami harungi dan hari ini kami berdiri d sini. Bapa saya adalah org yg paling sy kagumi dalam hidup ini.dan saya akan cuba sebaiknya untuk membalas jasa bapa sy,biarpun saya tahu sy tdk mgkn akan mampu untuk mmbalas sedikitpun dari apa yg telah bapa saya lakukan untuk sya.
smoga Allah mmberikan saya kekuatan untk mnjadi anak yg mampu berbakti kpd bapanya,insyaAllah.
semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam..
saya,kakak,abang dan ayah pada hari raya lepas
arwah ibu, Nor 'Amna Bte Ibrahim- ingin sekali melawat pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka.
31 December 2009
30 December 2009
Kembali aktif...
Salam..
lama sudah rasanya blog ini ditinggalkan sepi tanpa sebarang kemaskini...maaf dipohon pd para pembaca kerana kesibukan dan sedikit tekanan dalam hidup mghalang saya dari mengaktifkan diri menulis di blog ini..insyaAllah,saya akan cuba untuk kembali aktif m'update blog serta catatan2 saya selepas ini...
semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam...
lama sudah rasanya blog ini ditinggalkan sepi tanpa sebarang kemaskini...maaf dipohon pd para pembaca kerana kesibukan dan sedikit tekanan dalam hidup mghalang saya dari mengaktifkan diri menulis di blog ini..insyaAllah,saya akan cuba untuk kembali aktif m'update blog serta catatan2 saya selepas ini...
semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)