03 August 2011

Diari Ramadhan Al-Dzulfiqar- 1 Ramadhan 1432

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, warga muslim di Bangalore yang baru memulakan hari pertama ramadhan pada 2 ogos 2011 telah menamatkan hari pertama berpuasa. Saya yakin di Malaysia telah pun tamat 2 ramadhan semalam. Alhamdulillah, puasa tahun ini tiada banyak bezanya berbanding tahun lepas. Cuma mungkin sedikit sibuk barangkali kali ini. Usai solat subuh, saya ingin berehat sebentar tetapi ternyata hingga terlelap dan bangkit sedikit lambat untuk ke kelas Community Medicine di pagi hari. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan untuk tiba di kelas sebelum pensyarah masuk. Kelas kali ini membincangkan mengenai pemakanan, dan kami belajar bagaimana untuk merancang diet seimbang untuk pesakit yang bakal datang kepada kami di masa hadapan kelak. Tamat kelas, saya dan rakan serumah bercadang untuk menemui Mr Chandru, untuk membincangkan perihal kami ingin berpindah keluar dari rumah kolej, tetapi malangnya beliau bercuti. Maka kami pulang ke rumah dan berehat sebentar, sebelum kembali keluar pada sekitar jam 12.45 tengah hari untuk mengikuti kelas teori di hospital.

Tiga kelas yang ada dalam jadual hari ini adalah surgery, obstetric & gynaecology dan juga Otorhinolaryngology(ENT). Kelas surgery membincangkan mengenai keadaan thyroiditis, iaitu inflamasi pada kelenjar thyroid, O&G membincangkan mengenai HIV dan kehamilan, manakala kelas ENT membincangkan prosedur endoscopy. Setelah tamat kelas, saya dan rakan serumah sengaja mengelilingi kawasan rumah yang akan kami duduki nanti. Menarik, rupa-rupanya banyak kawasan yang belum kami tahu biarpun telah hampir 3 tahun menetap di Bangalore ini. Alhamdulillah, elaun juga telah masuk. Keadaan kadar tukaran matawang USD yang tiba-tiba naik telah memaksa bank kami untuk release elaun kami yang biasanya di kawal oleh bank untuk menunggu saat kadar tukaran paling rendah. Alhamdulillah, rezeki Allah, hari pertama ramadhan kami berbuka di restoran McDonald's. Dalam perjalanan pulang selepas berbuka, kami singgah di kedai buku Ganesh dan memesan 2 buku yang di rasakan akan bermanfaat dalam tahun ke 3 pengajian ini.

Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk saya menyertai lagi solat terawikh pada malam ini. Nampaknya, bilangan jemaah kali ini telah sedikit surut berbanding malam pertama solat terawikh. Berdasarkan pemerhatian saya, lebih kurang 2 saf telah "hilang" di bahagian lelaki, yang secara kasar perangkaan saya, mungkin merangkumi kehilangan 20% dari jemaah lelaki pada malam pertama. Untuk jemaah muslimah, alhamdulillah, di khabarkan jemaah bersempit-sempit kerana ramainya bilangan muslimah yang menyertai solat terawikh. Alhamdulillah. Ini merupakan antara langkah-langkah asas ke arah pembinaan jati diri muslim sejati dalam diri muslimah.=) Di harap muslimin juga akan turut mengambil peluang yang tersedia dalam madrasah ramadhan kali ini untuk memperkukuhkan jati diri muslim dalam diri mereka, insyaAllah.

Baiklah, mohon diri dahulu. Saya ingin menunaikan solat subuh dan mungkin meluangkan sedikit masa untuk membaca peringatan Allah di dalam Al-Quran. Jumpa lagi dalam titipan diari yang seterusnya, insyaAllah.

Al-Dzulfiqar, 1 Ramadhan 1432 hijriah.
(p/s: mungkinkah ramadhan kali ini antara ramadhan terakhir saya berpuasa berseorangan? sesungguhnya kenyataan itu hanya Allah yang mengetahuinya.^^ )





Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.

01 August 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamualaikum warahmatullah,

Sahabat-sahabat yang di kasihi, ikhwan dan akhwat sekalian.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan, yang masih mengizinkan kita untuk terus bernafas dan tiba di madrasah Ramadhan.

Tidak ingin menulis panjang. Sekadar ingin menyatakan harapan saya, moga-moga ramadhan kita kali ini adalah jauh lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya, bersesuaian dengan bilangan ramadhan yang telah kita tempuh dalam hayat kita ini.

InsyaAllah, semoga kita semua memanfaatkan sepenuhnya bulan mulia ini, dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah kita. Marilah kita kejar ganjaran yang telah Allah janjikan pada kita yang berserakan sepanjang ramadhan ini.

Marilah juga kita memperbetulkan pengetahuan kita mengenai bulan ramadhan ini. Ya, bila menyebut ramadhan, pasti perkataan "terawikh" antara perkara paling awal yang muncul di pemikiran kita. Dan saya yakin kebanyakan antara kita pernah terbaca atau mendengar hadis fadhilat terawikh seperti:


Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Sesungguhnya, ingin saya ingatkan kepada para sahabat bahawa sesungguhnya ini merupakan HADIS PALSU, sebagaimana satu lagu HADIS PALSU yang sering kita dengar, "TUNTUTLAH ILMU SAMPAI NEGERI CHINA". HADIS PALSU yang disebarkan ini tidak wujud dalam kitab rujukan hadis-hadis sahih seperti sunan sittah mahupun kitab rujukan hadis-hadis palsu, hadis maudu'. Maka, kelihatannya bahawa ini merupakan satu hadis baru yang di cipta, dan apa tujuan sebenar di sebalik penciptaannya, hanya Allah yang tahu niat di hati pencipta hadis ini.

Marilah kita mengingati hadis yang di riwayatkan oleh perawi Bukhari dan Muslim:

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari, Muslim)

Dan larangan ini merangkumi segala perkara, merangkumi segala jenis pendustaan yang di buat di atas nama Nabi Muhammad S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah.

InsyaAllah, semoga Allah memeliharakan kita dari tipu daya yang ada di dunia ini. Semoga rahmat dan petunjuk Allah memandu hidup kita dalam perjalanan menujuNYA, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan 1432 Hijrah.

Sahabat anda,
Ammal Dzulfiqar Bin Ismail / Al-Dzulfiqar



Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.

24 July 2011

The 12th Sonata. (mengenang 12 tahun kembalinya almarhumah bonda Nor Amna kepada Pencipta yang Maha Esa)


Whenever the dark clouds passes by,
or when the rain starts to pour,

whenever the rain exhibit its dance,
or when the sun take it out one-on-one,

Whenever the sun lets out its shine,
or when its hidden behind the clouds,

whenever the clouds fills up the sky,
or when it's forgotten when there is the moon,

whenever the moon shines its appearance,
or the darkness overwhelms in its absence,

Whenever the dark night fills up with shrieks,
or when it becomes quiet with shadows on the streets,

whwever the shadows starts to crawl,
or when the stars removes it all,

whenever stars fascinates the hearts,
or its absence induces tears,

whenever tears run down the face,
whenever the face shows up grimace,
You will be there,mom, as always,
And that's when nothing else matter,nothing else takes place.

12 years has gone,
you're no longer here,
i never felt alone,
because you'll be in my heart forever.

The 12th Year Sonata- 24/7/2011- Azri Dzulfiqar

___________________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullah,

Ibu. Ummi. Emak. Mama. Apa jua gelaran. Apa jua panggilan. Membawa satu maksud yang sama. Membawa satu pengertian yang tiada bezanya. Ibu, wanita yang melahirkan. Ibu, wanita yang mengisi kedukaan. Ibu, wanita yang membesarkan. Ibu, wanita yang menjadi asbab untuk kita merasai kehidupan.

Hari ini, 24 Julai 2011, genaplah 12 tahun kembalinya almarhumah bonda saya, Nor 'Amna binti Ibrahim ke sisi Allah yang maha berkuasa. 24 Julai 1999, setelah hampir 3 bulan bertarung dengan penyakit, akhirnya bonda tercinta pergi meninggalkan semua pada usia 44 tahun. (9 Januari 1955- 24 Julai 1999).

Secara jujurnya, setiap kali tarikh ini tiba, saya akan berada di dalam satu transisi perasaan yang bercampur-baur. 12 tahun telah berlalu, namun setiap kali menghampiri tarikh ini, perasaan yang sama pasti akan datang menampakkan diri. Sampai bilakah ia akan terus di sisi, rahsia itu hanya Allah yang mengetahui.

Tahun ini seakan-akan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana kali ini, tarikh pemergian almarhumah ibu yang di cintai adalah sangat menghampiri tarikh permulaan puasa yang akan mengambil tempat sekitar seminggu sahaja lagi.

Kenangan Puasa

Setiap dari kita pasti ada kenangan di bulan puasa bersama keluarga. Dan pastinya kenangan itu akan semakin kuat, tambah-tambah lagi apabila kita berjauhan dari keluarga (belajar di universiti misalnya). Ketika menghampiri bulan puasa inilah akan terngiang-ngiang di minda kita riuh rendah suasana ketika berbuka puasa bersama adik-beradik dan ibu bapa di rumah bukan?;)

Semenjak dari saya masih muda remaja dahulu, sehinggalah sekarang ini, barangkali tergolong tua dewasa,kot, bulan puasa seakan terbahagi kepada 3 fasa untuk kebanyakan dari kita. Mungkin anda sama seperti saya, tapi jika tidak sama sama apalah daya. Tulislah satu entri yang hampir serupa di blog anda menceritakan kenangan puasa anda bersama keluarga anda.


Fasa 1: Puasa itu bagai mengongkongi


Saya yakin kebanyakan dari kita pernah merasai perasaan begini. Secara jujur,saya mula berpuasa penuh apabila berada di darjah 2 (usia 8 tahun barangkali), itupun berada pada fasa ke 2. Fasa pertama ini saya yakin mengambil tempat di antara sekitar umur ke tadika sehingga tamat darjah 1. Ketika ini, bulan puasa yang tiba di rasakan akan sangat menyusahkan. Terasa seperti hari-hari dalam bulan puasa itu sangat panjang, seakan lebih panjang dari biasa. Jika sehari itu ada 24 jam, di rasakan bagai sehari itu ada 205 jam (logik: 14 jam berpuasa kuasa 2 = 196 jam + baki 9 jam antara waktu berbuka-waktu subuh esok hari). Ketika berada dalam julat umur ini, saya belum lagi mula berpuasa. Sewaktu itu. almarhumah ibu biasanya telah memasak sedikit di pagi hari ketika waktu sahur (saya sertai juga sahur walaupun tidak berpuasa pada sekitar umur ini) dan menyimpan di bawah tudung saji seandainya anak-anak beliau yang masih belum tahu berpuasa ingin makan di waktu tengah hari.(ok,jangan salah faham. saya still belum tahu membezakan yang baik dan buruk sekitar waktu ni). Kadang-kadang, almarhumah ibu saya akan membawa saya bersama ke pejabatnya, jika saya "tiada kelas" (bahasa mudah: ponteng atau m.c). Saya ingat lagi dahulu ketika saya mengikuti almarhumah ke pejabat, kadangkala almarhumah akan membawa saya ke salah satu bilik di pejabatnya yang dijadikan tempat menyimpan fail-fail penyelidikan, yang memang jarang-jarang sekali ada orang, melainkan orang yang mencari fail-fail lama, dan makan di situ ketika hari-hari yang mana almarhumah tidak boleh berpuasa. Dan itu adalah antara kenangan yang tidak dapat saya lupakan bersama almarhumah hinggalah sekarang ini.

Fasa 2: Puasa itu dinanti kerana ganjaran yang mengiringi

Fasa ini mengambil tempat dalam hidup saya sekitar darjah 2 hingga darjah 3(8-9 tahun usia). Saya yakin sahabat-sahabat juga mempunyai kisah yang sama. Pastinya ada ketika tertentu dalam hidup kita yang mana kita di tawarkan sejumlah wang jika kita mampu berpuasa,kan? Saya juga sama. Ketika julat umur ini, almarhumah ibu saya menawarkan Rm 50 sebagai duit raya jika mampu berpuasa penuh. Ayahanda saya, Ismail bin Karim memang sentiasa memberikan duit raya rm50 setiap tahun, puasa ataupun tidak. Jadi pada waktu inilah saya mula belajar berpuasa. Dan saya akui, ganjaran mempunyai pengaruh yang cukup besar pada diri kita semua. Bayangkan, saya yang tidak pernah berpuasa tahun-tahun sebelumnya, mampu untuk terus berpuasa penuh pada kali pertama mencuba. Pada waktu ini, terasa juga puasa itu seakan lama. Tetapi, ketika berbuka puasa nikmatnya tidak dapat di gambarkan.=) Waktu ini almarhmah ibu kadangkala meminta saya dan kakak saya untuk turun dari rumah kami (sewaktu itu tinggal di tingkat 4 kuarters polis di Balai Polis Damansara Utama) pada waktu malam untuk menghantarkan makanan kepada ayahanda saya yang bekerja di balai mengikut shift pada waktu tersebut ( shift lama ayahanda saya : 8 pagi-4 petang, 4 petang - 12 malam, atau 12 malam-8 pagi). Fasa ini, yang sukar adalah bangun untuk bersahur. Tapi, akan bangun juga kerana kadangkala, ayahanda saya di tugaskan shift malam bersama seorang anggota bukan beragama Islam di balai ( nama yang masih saya ingat: uncle singh dan pakcik nompot=P) dan mereka sanggup menjaga balai dan menyarankan ayahanda saya untk pulang bersahur bersama keluarga. Lagipun balai adalah agak lengang di pagi hari kerana kurang orang datang membuat laporan di balai polis sekitar waktu sahur itu.

Fasa 3: Puasa kerana rasa tanggungjawab

Fasa ini pertama sekali saya rasai ketika berada di darjah 6.(11 tahun usia) Tahun ini juga, merupakan tahun pertama saya berpuasa tanpa almarhumah bonda di sisi yang kembali menemui Ilahi atas penyakit barah hati yang di deritai. Pada ketika ini, puasa di rasakan sangat berlainan. Mungkin sebab kali pertama ibu yang di cintai tiada bersama. Pada waktu ini, ayah saya biasanya akan membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan. Tahun ini juga saya sangat merasai impak kehilangan alamarhumah ibu sehingga keputusan upsr ketika itu kurang memberansangkan, iaitu 3 A dan 2 B sahaja.

Fasa 4: Puasa kerana rasa tanggungjawab dan mengharapkan rahmat dari yang maha Pencipta.

Fasa ini, saya yakin adalah fasa di mana kita semua berada sekarang. Kita semua sentiasa mengharapkan rahmat dari Allah, mengharapkan pengampunan dosa dan ganjaran pintu syurga. Saya mula-mula sekali benar-benar merasakan perasaan ini ketika berada jauh dari keluarga ketika mula-mula memasuki universiti.(diploma teknologi makmal perubatan di uitm shah alam, sekitar tahun 2006). Sewaktu ini, puasa adalah bersama-sama dengan sahabat-sahabat sepengajian, yang mana kebanyakan dari kami menyertai jemaah tabligh di uitm pada ketika itu. Perasaan ini paling memuncak apabila saya sedang menjalani latihan klinikal di hospital sultanah aminah di johor bahru selama setahun. Ketika ini, puasa adalah berseorangan (3 lagi sahabat yang bersama saya untuk latihan klinikal di sini adalah muslimah). Maka, pagi saya bersahur sendirian di dalam bilik yang di sewa, bergerak ke hospital, dan pulang ke rumah, singgah di kedai mamak, beli nasi goreng mamak, pulang ke bilik dan membuka radia menanti waktu berbuka puasa, berseorangan. Pada waktu ini sangat-sangat terasa keseorangan. Mujur ayah saya memahami dan selalu sama ada menelefon atau mesej saya ketika menghampiri waktu berbuka puasa. Sudah lumrah manusia, apabila berseorangan atau merasakan keseorangan, semakin rapat dan semakin hampir kita dengan yang maha Pencipta. Alhamdulillah, pengalaman hidup berseorangan di johor bahru banyak mengubah diri saya.

Sahabat-sahabat, tidak kiralah sama ada puasa kita berfasa atau tidak, yang penting adalah kita memahami puasa itu, dan mempelajari sesuatu di sebalik puasa itu. Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, puasa adalah satu ibadah yang membolehkan kita merasai sendiri dan menginsafi apa yang di rasakan oleh saudara-saudara kita di luar sana yang tidak pernah kita kenali. Puasa mendekatkan kita pada Ilahi. Puasa melahirkan rasa kebergantungan kita, dan keperluan kita, menyuburkan rasa cinta kita pada Allah yang maha kuasa. Sesungguhnya banyak rahsia dan hikmah yang terkandung di dalam bulan puasa, yang akan ditemui bagi mereka yang mencari. Marilah kita bertekad untuk menjadikan bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba sebagai satu titik tolak ke arah perubahan diri kita menjadi lebih baik dari diri kita sekarang ini,insyaAllah. Semoga kita semua sentiasa di rahmatiNYA, insyaAllah.

Nota sisi:

Hari ini, genaplah 12 tahun kembalinya almarhumah bonda saya Nor 'Amna binti Ibrahim ke sisi Allah yang maha Esa. [baca : 24 Julai 1999]. Semoga rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersamanya, insyaAllah. Pohon doa dan juga Al-fatihah dari sahabat-sahabat semua.
Sahabat yang di kasihi, hargailah ibu dan bapa yang telah membesarkan kita selagi Allah masih mengizinkan untuk mereka bersama-sama kita. Apabila mereka telah tiada, tiada apa lagi yang dapat kita lakukan selain dari berdoa untuk mereka dan hidup dalam kenangan bersama mereka yang di tinggalkan untuk kita. Marilah kita berusaha sebaiknya untuk berbakti kepada mereka. [ baca: Taat pada ibu dan bapa] Marilah mencontohi Uwais Al-Qarni; biarpun namanya tidak di kenali penduduk dunia, tetapi namanya harum dan menjadi sebutan penduduk di langit,insyaAllah. Semoga Allah mengurniakan kita semua kekuatan yang kita harapkan.





"Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana"


Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.

15 May 2011

Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran (Siri Akhir)

Assalamualaikum warahmatullah,

Sahabat-sahabat seperjuangan, ikhwan serta akhwat sekalian. Bertemu kita sekali lagi. Dan seperti yang saya janjikan, insyaAllah kali ini saya akan mengakhiri siri Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran yang di terjemahkan dari buku karya Dr Zakir Naik, Al-Quran and Science: Compatible or Incompatible?

Kepada sahabat-sahabat yang baru mengikuti siri ini, bolehlah mengikuti siri-siri terdahulu sepertimana di bawah ini:

Siri 1
Siri 2
Siri 3


Perubatan
Madu mempunyai nilai penyembuhan




Lebah mengasimilasikan estrak dari pelbagai jenis bungaan dan buahan dan menghasilkan darinya madu, yang terseimpan dalam bentuk cecair yang likat. Hanyalah sehingga beberapa abad yang lalu manusia mengetahui bahawa madu dihasilkan oleh lebah, sedangkan fakta ini telah di sebutkan di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lepas, di dalam Surah An-Nahl, yang mafhumnya:



Ertinya: "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. " (An-Nahl, 68-69)

Kita kini menyedari bahawa madu mempunyai nilai penyembuhan dan juga sedikit nilai antiseptik. Pihak Russia menggunakan madu untuk menutup luka pada askar-askar mereka yang tercedera ketika perang dunia ke 2. Luka itu akan kekal lembap dan akhirnya hanya meninggalkan parut yang kecil. Di sebabkan sifat madu yang likat, tiada kulat atau bakteria yang akan membiak di dalam madu.

Seseorang yang menghidap alahan terhadap sesuatu tumbuhan boleh diberikan madu untuk mengurangkan alahan tersebut. Madu kaya dengan fruktosa dan vitamin, dan membantu membina ketahanan tubuh.

Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa, sifat-sifat dan asal penghasilan madu di ceritakan di dalam Al-Quran lama sebelum faktanya di temukan oleh manusia.

FISIOLOGI
Peredaran darah dan Penghasilan Susu dalam manusia




Al-Quran di turunkan 600 tahun sebelum ilmuan Islam, Ibnu Nafees menerangkan mengenai peredaran darah dan 1000 tahun sebelum William Warwey membawa kefahaman ini kepada dunia barat. Secara kasarnya, 13 abad sebelum di ketahui apa yang berlaku di dalam usus untuk memastikan organ-organ mendapat sumber nutrien melalui proses penghadaman dan penyerapan, ayat di dalam Al-Quran telah menerangkan mengenai sumber penghasilan susu di dalam manusia.

Untuk memahami ayat Al-Quran ini, adalah penting untuk kita ketahui bahawa tindakbalas kimia berlaku di dalam usus, dan dari sana, bahan yang di ekstrak dari makanan melepasi saliran darah melalui satu sistem yang kompleks, kadangkala melalui hati (portal circulation), bergantung pada sifat mereka. Dan dari situ, darah menghantarkan mereka ke pelbagai organ berlainan, termasuklah yang terlibat dalam penghasilan susu dalam seorang ibu yang mengandung.




Allah berfirman di dalam Al-Quran:



Maksudnya:
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.(An-Nahl, 66)




EMBRIOLOGI
Sesuatu yang kelihatan seperti lintah




Beberapa tahun dahulu, sekumpulan orang Arab telah mengumpulkan ilmu dan pengetahuna berkait embriologi dari Al-Quran, dan mengikuti perintah di dalam Al-Quran:





Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl,43)




Kesemua ilmu dan pengetahuan dari Al-Quran dikumpulkan, diterjemahkan ke bahasa Inggeris, dan di persembahkan kepada Profesor Dr Keith Moore (benar, beliau merupakan penulis buku The Developing Human, salah satu buku rujukan untuk pelajar MBBS tahun pertama), yang merupakan Professor Embriologi dan juga Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Toronto di Kanada. Pada masa kini, beliau merupakan antara pakar dalam bidang embriologi.

Dr Keith Moore diminta memberikan pendapat beliau berkait dengan maklumat yang tertulis di dalam Al-Quran. Setelah menganalisa secara terperinci terjemahan yang telah diberikan kepada beliau, Dr Keith Moore mengakui bahawa apa yang tercatat di dalam Al-Quran adalah sangat bertepatan dengan penemuan sains moden dalam bidang embriologi dan tiada yang bercanggah di dalamnya. Beliau menambah bahawa, ada beberapa terjemahan yang tidak dapat beliau tafsirkan, beliau tidak mengatakan ianya betul atau salah, kerana beliau sendiri tidak mempunyai pengetahuan terhadap apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran itu. Maklumat ini tidak pernah di ceritakan di dalam penulisan moden dan kajian tentang embriologi.



Maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (Al-Alaq, 1-2).


Perkataan alaq, selain membawa maksud darah yang bergumpal, turut membawa makna di dalam bahasa Arab sebagai sesuatu yang melekat, sesuatu yang kelihatan seperti lintah.




Dr Keith Moore, pada awalnya tidak mengetahui sama ada embrio pada peringkat awalnya berbentuk seperti lintah. Untuk mencari kebenaran di sebalik perkataan ini, beliau mengkaji proses awal kejadian embrio di bawah satu mikroskop berkuasa tinggi dan membandingkan apa yang dilihat dengan seekor lintah dan beliau terpempan melihatkan persamaan yang ketara antara keduanya. Dengan kaedah yang sama, beliau mendapat lebih banyak pengetahuna berkait embriologi yang sebelumnya tidak pernah beliau ketahui, dari Al-Quran.

Dr Keith Moore menjawab hampir 80 soalan berkait data embriologi yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis. Melihatkan bahawa maklumat yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis adalah sangat bertepatan dengan penemuan terbaru dalam bidang ini, Prof Moore berkata, "Jika saya di tanyakan soalan-soalan ini 30 tahun dahulu, saya tidak mungkin dapat menjawab separuh dari persoalan-persoalan ini kerana kurangnya maklumat saintifik.

Dr Keith Moore pada awalnya telah menghasilkan buku "The Developing Human". Selepas mendapatkan ilmu-ilmu terbaru dari Al-Quran, beliau telah menulis, pada tahun 1982, edisi ke 3 buku yang sama, "The Developing Human". Buku beliau telah menerima anugerah buku perubatan terbaik ditulis oleh seorang penulis. Nuku ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama dunia dan di gunakan sebagai buku teks embriologi pelajar perubatan tahun pertama.

Pada tahun 1981, semasa Konferens Perubatan Ke 7 di Dammam, Arab Saudi, Dr Keith Moore berkata, "Saya merasa amat bertuah kerana telah dapat membantu menjelaskan kenyataan di dalam Al-Quran mengenai proses kejadian manusia. Ia adalah sangat jelas bagi saya, bahawa perkata-perkataan ini, yang datang kepada Muhammad, pastilah datang dari Tuhan atau Allah, kerana hampir semua pengetahuan ini tidak di ketahui hinggalah beberapa abad kemudian. Ini membuktikan kepada saya, bahawa Muhammad pasti merupakan pesuruh Tuhan atau Allah. (boleh rujuk di bahagian akhir part ke 2 video di bawah.)







Dr Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (ala-ala Dr Prakash Mehta di Bhagwan Mahaveer Jain Hospital=P), Kolej Perubatan Baylor, Houston, mengatakan: "..hadis, kata-kata yang di ucapkan oleh Muhammad ini, tidak mungkin telah di dapati melalui asas pengetahuan saintifik yang ada pada masa zaman Al-Quran di turunkan(abad ke 7). Maklumat ini tidak hanya menunjukkan tiada percanggahan antara genetik dan agama(Islam) tetapi agama(Islam) turut dapat memberi bimbingan kepada Sains dengan menambahkan pendedahan kepada cara saintifik terdahulu..terdapat pernyataan di dalam Al-Quran yang berabad-abad kemudian baru dapat di pastikan kebenarannya yang menyokong bahawa pengetahuan di dalam Al-Quran pastilah telah datang dari Tuhan."

MANUSIA DICIPTAKAN DARI TITISAN YANG DATANG ANTARA TULANG BELAKANG DAN RUSUK



Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.(At-Taariq, 5-7)







Dalam peringkat embrionik, organ reproduktif manusia, iaitu testes bagi lelaki dan ovari bagi wanita, mula terbentuk berhampiran buah pinggang antara spinal column dan tulang rusuk ke 11 dan 12. Kemudiannya, mereka turun, (descent of testes and ovaries), ovari terhenti di ruang pelvis manakala testes akan turun hingga ke skrotum melalui inguinal canal. Sesudah dewasa pun, organ-organ ini menerima bekalan darah dan saraf dari abdominal aorta,(sila rujuk content of inguinal canal) yang terletak di kawasan antara tulang belakang (sulbi) dan rusuk. Malahan, saluran lymphatic dan venous return juga pergi ke tempat yang sama.

MANUSIA DI CIPTAKAN DARI NUTFAH(kuantiti cecair yang kecil)

Al-Quran telah menyebutkan sebanyak 11 kali bahawa manusia di ciptakan dari nutfah, yang bermaksud kuantiti cecair yang sangat-sangat kecil ataupun boleh lah kita bandingkan dengan titisan-tisan air yang tinggal di dalam sebuah cawan berisi air yang kita kosongkan.





Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.(Al-Hajj, 5)




Sains telah memastikan tidak berapa lama dahulu bahawa hanya satu sperma dari purata 3 jta sperma yang di lepaskan semasa persetubuhan yang di perlukan untuk mensenyawakan ovum/telur. Ini bermaksud hanya 1/3 juta atau 0.00003% dari kuantiti sperma yang di lepaskan yang diperlukan untuk persenyawaaan.

MANUSIA DICIPTAKAN DARI SULALAH (pati dari cecair)



Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (As-Sajdah,8)



Perkataan Arab Sulalah bermaksud pati atau bahagian terbaik dari sesuatu. Kita telahpun mengetahui bahawa hanya satu spermatozoa yang menembusi ovum yang di perlukan untuk persenyawaan, dari berjuta-juta yang di hasilkan oleh seorang lelaki ketika ejakulasi. Satu spermatozoa itu di rujuk di dalam Al-Quran sebagai Sulalah. Sulalah turut bermaksud ekstraksi lembut dari cecair. Cecair di sini merujuk kepada kedua-dua cecair germinal lelaki dan perempuan yang mengandungi gamet. Kedua-dua ovum dan sprema di asingkan dari persekitaran mereka ketika proses persenyawaan.

MANUSIA DI CIPTA DARI NUTFATUN AMSHAAJ(cecair yang bercampur)



Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al-Insaan, 2)

Perkataan arab nutfatin amshaaj bermaksud cecair yang bercampur. Mengikut beberapa penterjemah Al-Quran, cecair yang bercampur merujuk kepada cecair dari lelaki dan wanita. Selepas pencampuran itu, zigot yang terhasil masih kekal dalam keadaan nutfah. Cecair yang bercampur juga boleh merujuk kepada cecair sperma yang terhasil dari pelbagai secretion dari pelbagai kelenjar.(sperm, semen, prostathic fluid)

PENENTUAN JANTINA

Jantina fetus di tentukan melalui keadaan sperma dan bukannya ovum. Jantina seseorang bayi itu, sama ada lelaki atau perempuan, bergantung sama ada pasangan ke 23 kromosom adalah XX atau XY.

Pada awalnya, penentuan jantina berlaku pada waktu persenyawaan dan bergantung kepada jenis sex chromosome pada sperma yang mensenyawakan ovum itu.




Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)(An-Najm, 45-46)

Perkataan arab nutfah bermaksud kuantiti yang sangat kecil, manakala tumna bermaksud terpancar atau tertanam. Maka nutfah secara spesifiknya merujuk kepada sperma kerana ianya bersifat memancar-mancar ketika keluar.

Mafhumnya:
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
(Al-Qiyamaah, 37-39)

JANIN DI LINDUNGI OLEH 3 LAPISAN KEGELAPAN




Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (Adz-Zumar, 6)

Menurut Dr Keith Moore, tiga suasana yang gelap itu merujuk kepada :

1)Anterior abdominal wall ibu
2)Uterine wall
3)Amnio-chorionic membrane

(maaf, saya sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkataan-perkataan anatomi ini ke dalam bahasa melayu. insyaAllah, boleh cuba rujuk buku anatomi.)




FASA EMBRIONIK



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminuun, 12-14)

Di dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa manusia di cipta dari satu kuantiti kecil cecair yang terletak di tempat yang tenang, dan kukuh, sebagaimana perkataan arab qararin makin di gunakan. Uterus terlindung dari belakang oleh tulang belakang, yang di sokong oleh otot-otot di bahagian belakang. Embrio seterusnya di lindungi oleh bendalir amnion, yang terletak di dalam karung amnion. Maka fetus bersemayam di tempat yang sangat terlindung.

Cecair yang kecil ini kemudiannya menjadi alaqah, bermaksud sesuatu yang memaut, yang juga bermaksd sesuatu yang seperti lintah. Kedua-dua pernyataan ini dapat di terima kerana pada peringkat awalnya fetus berpaut dan berbentuk seakan-akan lintah. Ia juga bersifat seperti lintah (mengambil darah- sebagaimana yang kita semua tahu, fetus seakan-akan parasit di dalam ibu yang mengandung) dan mendapatkan bekalan darah dari ibu melalui plasenta.

Maksd ketiga perkataan alaqah ialah darah yang bergumpal. Semasa fasa alaqah, yang berlaku sekitar minggu ketiga dan keempat kehamilan, darah bergumpal di dalam salurnya. Maka embrio turut kelihatan seperti gumpalan darah selain kelihatan seperti lintah.

Pada tahun 1677, Hamm dan Leuwenhoek merupakan saintis pertama yang memerhatikan sel sperma manusia menggunakan mikroskop. Mereka menyangkakan bahawa sel sperma mengandungi manusia yang kecil, yang membesar di dalam uterus lalu di lahirkan sebagai bayi.(apekah?) Ini di namakan teori perforasi. Apabila saintis menemui bahawa ovum adalah lebih besar dari sperma, De Graf dan beberapa yang lain menyangkakan fetus wujud dalam keadaan mini di dalam ovum. Kemudiannya, pada abad ke 18, Maupertuis mengeluarkan teori pewarisan dari kedua ibu dan bapa.



Alaqah kemudiannya berubah menjadi mudghah yang bermaksud sesuatu yang seperti di kunyah.(mempunyai kesan gigi) dan sesuatu yang kecil yang boleh di masukkan ke dalam mulut seperti gula getah. Kedua-dua penjelasan ini adalah benar secara saintifiknya. Profesor Keith Moore mengambil sedikit plaster dan membentuknya menjadi saiz dan bentuk peringkat awal fetus dan mengunyahnya di antara gigi untuk membentuk mudghah. Beliau membandingkan ini dengan gambar peringkat awal fetus, dan kesan gigi itu menyerupai somites yang merupakan pembentukan awal spinal column.




Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

(Al-Infitaar, 7-8)

EMBRIO: Sebahagiannya di sempurnakan kejadiannya, dan sebahagian tidak di sempurnakan kejadiannya.

Pada peringkat mudghah, jika hirisan di buat dan organ dalamannya di bedah, akan kelihatan bahawa sebahagian darinya telah terbentuk sempurna, manakala sebahagian lagi tidak terbentuk dengan sempurna.

Menurut Professor Johnson, jika kita menerangkan embrio sebagai ciptaan yang sempurna, maka kita hanya menerangkan bahagian yang telah terbentuk. Jika kita mengatakannya sebagai ciptaan yang tidak sempurna, maka kita hanya menerangkan bahagian yang belum terbentuk. Jadi, adakah ia sebenarnya sesuatu yang terbentuk sempurna atau tidak terbentuk sempurna? Tiada penjelasan yang lebih baik pada peringkat pembentukan embrio ini selain dari apa yang di nyatakan di dalam Al-Quran:




Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Al-Hajj, 5)

Secara saintifiknya, kita tahu bahawa pada peringkat awal pembentukan manusia, terdapat sesetangah sel yang mengalami pembezaan dan sesetengahnya tidak mengalami pembezaan (differentiation)- sebahagian organ terbentuk awal dan sebahagiannya terbentuk sedikit lambat.

SAINS UMUM
CAP JARI



Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Al-Qiyamaah, 3-4)

Golongan yang tidak mempercayai hari kebangkitan mempersoalkan bagaimana manusia boleh di hidupkan semula apabila tulang-temulang telah lebur ke dalam bumi dan bagaimana mereka akan dikenali pada hari kiamat. Allah menjawab bahawa DIA bukan sahaja mampu menyusun kembali tulang-temulang malah menjadikan semula hung-hujung jari dengan sempurna.



Mengapakan Al-Quran menyebut secara spesifik mengenai hujung jari? Pada tahun 1880, cap jari telah menjadi sebuah kaedah saintifik untuk identifikasi. Tiada 2 orang dalam dunia yang boleh memiliki cap jari yang sama. Maka, siapakah yang mungkin mengetahui mengenai keunikan cap jari manusia ini, jika bukan Tuhan yang maha pencipta?

RESEPTOR KESAKITAN TERDAPAT PADA KULIT





Suatu masa dahulu, manusia menyangkakan bahawa deria rasa dan sakit semanya bergantung kepada otak manusia. Penemuan membuktikan bahawa wujud nociceptor atau pun reseptor sakit pada kulit manusia. Apabila seorang doktor memeriksa seorang mangsa kebakaran, beliau akan memastikan tahap kebakaran dengan menggunakan hujung pin. Jika mangsa terasa sakitnya, doktor akan gembira, kerana kesan melecur itu hanya superficial dan deria sakit terselamat.Dan perhatikanlah peringatan di dalam Al-Quran ini:




Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa', 56)

Sahabat-sahabat sekalian,
Betapa banyaknya petunjuk yang di datangkan di dalam Al-Quran, yang akan di temui oleh mereka yang mencari. Benar, Al-Quran itu bukan hanya sekadar untuk di baca, tetapi juga untuk di fahami maksud yang tersirat di sebalik tafsirnya. Dengan ini, maka berakhirlah siri Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran yang telah menemani hari-hari sahabat buat sekian lama. InsyaAllah, dalam penulisan akan datang, saya akan cuba mencari sesuatu yang bermanfaat yang boleh kita kongsikan bersama. Semoga kita akan terus kekal dalam jalan ini, jalan bermujahadah, jalan mencari redha Allah, jalan mencari rahmat Allah. InsyaAllah. Akhir kata, mari kita renungkan sepotong ayat Al-Quran ini:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Al-Imran, 190)

Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.

17 April 2011

Post santai: Memilih pasangan.

Assalamualaikum warahmatullah..

Teman-teman sekalian, selamat berjumpa kembali. Hari ni saya tidak menulis mengenai apa-apa yang berat. Sekadar berkisar tentang diri sendiri. Dan mungkin anda juga. Lama juga tak berbicara mengenai cinta di blog sendiri.=P

Saya akui, saya masih tak lari dari punyai keinginan sebagaimana seorang manusia lain. Yang sering merasa sunyi dan inginkan teman hati. Hehe. Telah berkali-kali rasanya saya cuba untuk melawan kelemahan ini, namun setiap kali juga rasanya saya tertewas bila di uji dengan perasaan. Tapi sekurang-kurangnya sekarang ini sudah tidak seteruk dulu, saya sudah mampu untuk belajar melepaskan.=) terima kasih juga kepada anak saya, Ariynna Al-Dzulfiqar yang sentiasa rapat dan manja dengan saya yang agak membantu saya untuk melupakan sebentar gelora di jiwa.=)

Sebenarnya, saya ada terbaca artikel yang agak menarik ketika melayari page facebook. Hehe. Agak menarik kerana artikel ini berada dalam lingkungan "recent update" facebook saya di saat saya membuat keputusan untuk melepaskan sekali lagi seseorang yang bertamu di hati saya. Ya, dia telah membuat pilihannya sendiri dan saya yakin dia telah memilih yang terbaik untuk dirinya. Maka saya akan merasa turut gembira dan sekarang merupakan masa untuk saya berlalu pergi.=)

Berbalik kepada artikel yang saya ketemu tadi, ini adalah ekstrak dari artikel tersebut:

untuk adam..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Sumber:
I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Hmm.. topik ini sangat menarik untuk di bahaskan sebenarnya. Tapi, sekali lagi saya nyatakan yang penulisan kali ini tidak membincangkan perkara yang berat.=P Cukuplah sekadar saya mengulas serba sedikit mengenai artikel ini.

Bahagian 1: Untuk Adam

=) Saya suka nak membicarakan bahagian ini, mungkin sebab ianya turut melibatkan diri saya.=P Nukilan di dalam artikel ini benar. Apakah kriteria utama apabila kita membuat keputusan ingin mendekati seseorang? Paras rupa? (Saya yakin ramai dari kita menjadikan ini kriteria utama=P) Tutur kata? Saya suka tengok cara awak jalan. Saya dah lama perhatikan awak, kita ni banyak persamaanlah. Hai! Rambut awak cantiklah.=P Ini merupakan antara ayat-ayat mengayat yang biasa kita dengar. Sama ada ia benar-benar seperti yang di maksudkan atau sekadar memancing perasaan, hanya Allah yang tahu. Corak pemilihan sebegini adalah fitrah. Memang manusia itu di ciptakan Allah cantik, dan suka pula kepada kecantikan. Saya juga tidak terlepas dari itu. Saya memandang kepada inner self, dan latar belakang seseorang itu sebelum membuka pintu hati saya untuk membenarkan nama orang itu untuk bertapak di situ, barulah di ikuti oleh kriteria-kriteria lain seperti rupa, corak pergaulan, gaya bertutur dan sebagainya. Dan terkadang saya akan mengenali latar belakang seseorang itu jauh lebih awal dari saya mengenali orang itu lagi, bersandarkan dari sumber-sumber yang saya percayai yang ada di sekeliling saya.(agaknya anak dari keluarga polis dan metode perisikan memang tidak dapat di pisahkan=P). Jika latar belakang seseorang itu memperlihatkan ciri-ciri seperti beliau memerlukan penjagaan atau apa-apa yang menyebabkan dia berbeza dari orang lain, maka dia akan mendapat priority dalam pemilihan saya.

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

Tidak di nafikan, suatu masa dahulu saya agak memandang pada ciri-ciri seperti ini. Saya di suatu masa dahulu hanya membenarkan seseorang yang memakai tudung berlerang 60' untuk berada dalam "list" pilihan hati saya.(atau sekurang-kurangnya lerang 50') Ya, benar. Itu adalah saya, 6 tahun yang lepas. Tetapi, semakin usia menginjak dewasa, saya mula terfikir kembali. Benar, saya menipu diri sendiri. Saya telah berlaku tidak adil. Kepada diri sendiri dan kepada muslimah-muslimah yang ada di luar sana. Kerana, pertamanya, pada ketika saya mengharapkan muslimah yang benar-benar solehah untuk menjadi teman dalam hidup ini, adakah saya sendiri telah menjadi seseorang yang soleh? Saya analogikan begini. Katakan saya seorang petani. Tetapi saya cukup pemalas. Cukup berkira. Saya menanam buah tembikai. Tetapi saya hanya memberikan air sahaja tanpa memberikan baja. Maka layakkah saya untuk mengharapkan buah tembikai saya yang akan tumbuh nanti semuanya besar-besar seperti tembikai yang di berikan baja? Pastinya tidak. Anda setuju, bukan? Dan yang keduanya, jika saya hanya mensasarkan kepada golongan tertentu sahaja, apa yang akan terjadi kepada golongan di luar kumpulan sasaran itu? Kepada yang tidak bertudung(no offence) dan yang tudung berbagai fesyen mengikut trend semasa bukan mengikut kehendak agama? Benar, Allah berfirman di dalam surah An-Nur:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah An-Nur:26)

Di dalam ayat ini, jelas di nyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang kurang baik adalah untuk lelaki yang kurang baik. Jadi, adakah seorang yang kurang baik tidak berpeluang langsung untuk mendapatkan seseorang yang baik? Tidak. Selagi mana seseorang yang kurang baik itu berusaha untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Kita di datangkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, yang fitrahnya tidak maksum, dan harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Kita tidak harus terlalu memikirkan pengakhiran sama ada bersama dengan yang baik atau yang kurang baik, kerana Allah itu maha penilai. Dan penilaiannya pasti sama sekali berbeza dengan penilaian manusia. Dan tugas seorang yang baik itu adalah untuk membimbing yang kurang baik itu ke arah menjadi yang lebih baik.

Nukilan di atas turut menyentuh mengnai bagaimana seseorang wanita itu mudah di sentuh atau menyentuh. Ini boleh di ibaratkan dengan membeli roti. Sebiji roti berkaya yang di letakkan di atas meja di sebuah warung tanpa apa-apa plastik membalutinya. Di hinggap lalat, di sentuh oleh pelanggan yang kemudian tidak jadi membelinya. Dengan satu lagi roti yang ada di bakeri Secret Recipe. Tersimpan di dalam bekas bertutup, di ambil menggunakan sepit di atas dulang yang bersih, dan di bungkus ke dalam beg kertas oleh pekerja yang memakai sarung tangan plastik. Maka yang manakah yang akan kita pilih? Pastinya pilihan yang kedua, bukan? Roti yang berada di bakeri itu lebih terpelihara dan lebih terjamin mutunya, jika di bandingkan dengan yang pertama. Begitu juga perihalnya dengan wanita. Jika sebelum ada sebarang pertalian yang sah sudah mudah di pegang-pegang, bagaimana pula ingin menjamin bahawa setelah mahligai di bina perkara yang serupa tidak akan mengambil tempatnya? Oleh itu, wahai hawa, peliharalah diri anda, sebagaimana anda ingin para adam memelihara diri mereka.

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

Emm... benar. Selain dari tudung, pemakaian jubah juga menjadi trend semasa bukan trend agama. Tapi, alhamdulillah, mereka masih-masih cuba memakai jubah yang menutup aurat, tidak kisahlah sama ada kerana benar-benar faham agama atau sekadar mengikut teman di sekitarnya atau kerana mengikuti perkembangan fesyen semasa. Sekurang-kurangnya tiada hidangan aset secara terbuka untuk tatapan semua.=) Bahagian ini saya tidak mahu sentuh. Tapi bahagian kedua itu ada benarnya. Iaitu suara dan tutur kata wanita yang ingin di dekati. Benar, dari cara percakapan sahaja sebenarnya kita telah mampu untuk mentafsir 75% dari perihal diri seseorang itu. (kedengaran seperti kata-kata doktor ketika posting di hospital: knowing the case history has made up 80% of the diagnosis=P) Sebaiknya untuk mengenali seseorang itu, berbicara dengannya dalam keadaan terkawal dan tidak terkawal. Terkawal in the sense berbicara sebagaimana layaknya untuk dua orang yang tidak mengenali bertutur. Sedikit formal tapi tidak terlalu formal. Dan tidak terkawal adalah seperti berbicara dengannya seolah-olah telah mengenalinya semenjak kecil lagi, biarpun sebenarnya baru sehari mengenalinya. Dari sini seseorang itu akan dapat menilai hati budi wanita yang ingin di kenali, yang insyaAllah boleh di jadikan asas kepada langkah seterusnya, sama ada sesuatu hubungan itu harus di cipta atau di akhiri di situ sahaja.



3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Ini sekali lagi menunjukkan pemilihan berdasarkan kriteria rupa. Benar, siapalah yang dapat menafikan yang rupa itu memang merupakan suatu tarikan utama? Biarpun ada yang berkata cantik itu subjektif dan sebagainya, namun rupa paras yang menarik tetap mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Islam menekankan kepada penjagaan penglihatan. Iaitu menundukkan pandangan pada sesuatu yang bukan hak. Atau sekurang-kurangnya tidak mengagungkan sesuatu itu melampau-lampau. Pasti kita tidak mahu, sesudah ikatan perkahwinan kita di bina, kita di bandingkan dengan ahli kumpulan Big Bang, Suju, Ukiss, B2ST, Taeyoung, SHINee, dan 2PM bukan, para adam sekalian?;P(sekadar bergurau)

Bahagian 2: Untuk Hawa

Emm.. saya bukanlah terlalu berpengetahuan sangat untuk membicara topik ini secara keseluruhan sebenarnya. Tapi semuanya hanya berdasarkan pendapat peribadi. Jadi, sekali lagi, no offense ye teman-teman sekalian.=) Terutamanya bahagian hawa ini. Mana yang saya boleh bicarakan, saya bicara la sikit-sikit ye, walaupun saya tahu tidak semua akan bersetuju dengan seudut pandangan saya. Tidak mengapa. Utarakan pendapat anda sekali ye. Saya sangat menghargai pandangan serta pendapat anda semua.=)


1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

Hehe. Tidak tahu mahu bicara apa tentang ini.=P Memiliki kereta mewah memang menjadi impian hampir setiap lelaki.(saya sendiri ingin memiliki sebuah BMW atau sekurang-kurangnya Hyundai Sonata 2.4 satu hari nanti, jika ada rezeki, insyaAllah) Dan kereta mewah pula memang antara daya tarikan untuk wanita. Ini tidak dapat dinafikan. Dan memang benar. Ada segelintir lelaki yang hidupnya bermula kala bulan dan bintang menjadi raja. Di kala kebanyakan orang yang kepenatan resting, dia pula sibuk clubbing. Saya juga tidak pasti apa sebenarnya yang di cari oleh adam-adam ini, kerana, alhamdulillah, sehingga sekarang ini Allah masih memeliharakan langkahan kaki saya ke tempat-tempat seperti ini. Mungkin mereka merasakan ketenangan mereka itu pada saat adrenaline memuncak lalu terkinja-kinja mendengarkan muzik rancak di telinga? Entahlah. Hanya mereka yang boleh memberi jawapannya. Namun saya tersenyum membaca bahagian kedua nukilan ini. Sungguh tersirat setiap patah katanya.=) Maksiat lebih mudah tatkala kelam menjelma. Dan subuh leka di buai mimpi nan indah. Tafsirkan sendiri.;)


2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

Sesetengah Adam sangat menjaga ketrampilannya. Baju haruslah jenama Calvin Klein, tak kalah tali pinggang dan jeans juga dari jenama yang sama. Bahkan kasut juga berjenama, tak kisahlah Nike ke, Onitsuka ke, (no offense=P) dan sebagainya. Namun bahagian aurat tidak di jaga. Saya tidak berkeinginan untuk komen nukilan yang ini kerana alhamdulillah, walaupun saya bukan seorang yang bersukan sangat, teman-teman saya yang rajin bersukan dan bermain bola hatta bermain guli sekalipun menjaga aurat mereka.=)


3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Hmm. Tampan dan sopan. Kadangkala datang dalam satu pakej, dan kadangkala datang dalam pek berasingan. Namun, buatlah penilaian yang terbaik untuk diri sendiri. Adakah hanya paras wajah yang di cari, dan yang lain semua di tinggal pergi? Mungkin seorang adam itu macho seperti Taeyoung, tetapi adakah dia turut merupakan seorang gentleman seperti Antonio Banderas?=P Jika tanpa segan silu dia mampu mengeluarkan kata-kata kesat mahupun carutan-carutan di hadapan kamu, wahai hawa, biarpun ianya tidaklah di tujukan kepada kamu, kamu harus sedar, bahawa dia telah hilang malunya untuk berbicara sedemikian rupa di hadapanmu. Maka di masa hadapan, saat keluarga telah terbina, adam itu juga tidak akan malu-malu untuk menghamburkan kata-kata yang serupa pada kamu jika ada yang tersilap, tanpa sengaja atau sebaliknya, di hadapan sesiapa sahaja. Akhirnya jiwa kamu sendiri yang terseksa wahai hawa. Maka, buatlah pilihan dengan sebaiknya. Jangan hanya fikirkan dirimu hari ini ketika kamu masih muda, fikirkan juga di saat kamu mula menginjak usia di hari tua.

Hehe. Tujuan asalnya ingin membuat catatan yang pendek sahaja kali ini, namun tetap menjadi panjang.=P Tapi tidak mengapalah, ini sekadar bacaan santai-santai sahaja. Untuk mengisi masa terluang. Islam sendiri telah menggariskan beberapa kriteria apabila memilih isteri, iaitu pandangalah dari 4 perkara, yang meliputi: agamanya, rupa parasnya, keturunan serta hartanya. Dan insyaAllah, mungkin perkara yang sama boleh di aplikasikan wanita dalam memilih calon suami. Dan saya yakin, pemilihan pasangan berdasarkan empat faktor ini insyaAllah akan menjamin rumah tangga yang bahagia hingga ke hari tua, insyaAllah.=)


Jadi, di akhir coretan, sekali lagi saya ingin mengingatkan teman-teman janganlah terburu-buru dalam mencari pasangan. Ambil masa, nilailah semua. Kadangkala, apa yang kita inginkan bukanlah apa yang kita perlukan. Kita mungkin inginkan yang kacak, yang segak, yang kaya, yang berharta, tetapi apa yang kita perlukan adalah yang penyayang, yang mengambil berat, yang sentiasa ada di sisi kita di saat kita memerlukan dan yang sentiasa menjaga perasaan kita. Hehe. Maka sekali lagi saya menjalani kehidupan sebagai seorang yang single setelah mengosongkan ruang hati saya beberapa hari lepas.=P Dan mungkin, jangan pernah merasa kecewa atau putus asa dengan cinta. Kerana cinta itu dari Allah, milik Allah, yang di letakkan dalam hati kita, sebagai anugerahnya, atau sekadar ingin menguji dan memperkuatkan diri kita. Cinta itu ada dalam setiap hari yang kita lalui, yang boleh menjelma bila-bila sahaja tanpa kita sedari. Jika telah ada cinta dalam hati, hargai sambil banyakkan memohon pada Ilahi agar cinta yang bersemi akan kekal bersemadi hingga nyawa di tarik pergi. Namun apapun, serahkan cinta pada Ilahi, insyaAllah DIA akan mengurniakan yang terbaik buat diri. Saya akhiri nukilan kali ini dengan sebuah puisi, yang di tulis oleh seorang ulama bernama Ibn' Hazm El-Andalusi buat hati-hati yang ingin di cintai dan mencintai.

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta

Sungguh cintamu padanya wajar adanya

Mereka kata, cinta buat kau gila

Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka

Mengapa kalian iri padanya?

Jawabnya

Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta

Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta

Janganlah kau berlagak mulia

Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta

Entah yang berkata keras atau halus biasa

Bukankah manusia harus menetapi pilihannya

Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa


Salam sayang saya pada anda semua.=)


Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.

25 March 2011

Bukti Kebenaran Kitab Al-Quran(Siri 3)

Assalamualaikum warahmatullah,
Sahabat-sahabat ikhwah, akhwat yang saya sayangi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita pada Allah kerana dengan keizinannya dapat kita bertemu lagi di blog Al-Dzulfiqar ini.

Sudah terlalu lama blog ini tidak di update, bersesuaian dengan saya menghadapi peperiksaan akhir tahun ke 2 MBBS ini. Alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Allah, di atas limpah dan rahmatnya, setelah berusaha berhempas pulas bersengkang mata dengan kekuatan dan kerahmatan yang DIA kurniakan, saya di beritakan bahawa saya telah lulus dalam semua subjek tahun ke 2 dan insyaAllah akan memulakan tahun ke 3 pada bulan April ini. Terima kasih pada sahabat-sahabat semua yang mendoakan di permudahkan jalan saya ini.=)

InsyaAllah, hari ini saya akan menyambung lagi pembicaraan mengenai bukti kebenaran kitab Al-Quran yang saya terjemahkan dari buku karangan Dr Zakir Naik; The Qur'an and modern science: compatible or incompatible?

Bahagian 1 sila klik: ( Bukti kebenaran kitab Al-Qur'an Siri 1)
Bahagian 2 sila klik: ( Bukti kebenaran kitab Al-Qur'an Siri 2)

Geologi
Gunung-ganang merupakan pasak-pasak pada muka bumi.




Di dalam bidang geologi, fenomena "lipatan kerak bumi"(sila rujuk buku geografi tingkatan 3 mengenai pembentukan gunung-ganang) merupakan antara fakta yang baru-baru ini di temui. Proses lipatan kerak bumi ini adalah fenomena yang menyebabkan terbentuknya gunung-ganang. Kerak bumi, adalah seperti perisai yang padu, tatkala bahagian yang lebih dalam adalah terlalu panas dan membentuk cecair, yang tidak sesuai untuk sebarang bentuk kehidupan. Di nyatakan juga bahawa kestabilan gunung ganang adalah berpunca dari fenomena lipatan ini, yang menjadi asas yang menyokong tapak gunung-ganang ini.



Ahli geologi menyatakan bahawa ukuran jejari planet Bumi adalah sekitar 3750 batu dan kerak bumi adalah sangat nipis, berukuran sekitar 1-30batu. Lantaran ketebalan kerak bumi yang nipis itu, terdapat kemungkinan yang besar untuk gegaran berlaku. Gunung-ganang bertindak sebagai pasak yang memegang atau menetapkan kedudukan kerak bumi dan memberikannya kestabilan. Al-Qur'an telah menyebut secara langsung mengenai perkara di atas:



Mafhumnya: (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (An-Naba', 6-7)
Perkataan awtad membawa maksud pasak atau pancang, (yang kebiasaannya di gunakan sebagai pacak untuk khemah), yang menjadi asas kukuh proses lipatan bumi.



Al-Qur'an turut menyatakan secara jelas fungsi gunung-ganang yang menghalang bumi dari bergegar:
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (Al-Anbiyaa,31)

Pernyataan di dalam Al-Qur'an yang telah di turunkan 1400 tahun dahulu sangat bertepatan dengan data geologi moden yang tidaklah terlalu lama ditemukan.



ILMU KAJI LAUT
AIR YANG MASIN DAN TAWAR ITU TERPISAH

Telah di sebutkan di dalam Al-Qur'an:


Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya (Surah Ar-Rahman, 19-20)

Perkataan Arab "Barzakh" bermaksud suatu pemisah atau pendinding. Pendinding ini bukanlah suatu pemisah yang fizikal. Perkataan "Maraja" secara literalnya bermaksud "keduanya bertemu dan bersatu di antaranya. Pada awalnya, para pentafsir Al-Qur'an sukar untuk menjelaskan mengenai 2 maksud yang bertentangan untuk dua air yang berbeza itu; mereka bertemu dan bersatu, dan pada masa yang sama mereka adalah terpisah. Sains telah menemukan di mana dua laut bertemu, terdapat suatu pemisah yang memisahkan mereka. Pemisah ini mengasingkan dua laut ini hingga keduanya memiliki suhu, ketumpatan dan kemasinan yang tersendiri. Terdapat satu pemisah yang tidak dapat dilihat di antara dua air dari dua laut ini yang membenarkan air dari satu laut mengalir di antara mereka.

Walaupun begitu, apabila air dari satu laut bersatu dengan yang lainnya, ia hilang sifat yang membezakannya dan menjadi seperti air yang bersatu dengannya itu. Dapat dilihat bahawa pemisah ini turut menjadi satu media untuk perubahan sifat air dari satu sungai itu kepada yang lainnya.

Al-Qur'an menyatakan:




Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (An-Naml,61)

Fenomena ini dapat dilihat terjadi di beberapa tempat, termasuklah pemisah di antara laut Mediterranean dan lautan Atlantik di Gibraltar.

Tetapi, apabila Al-Qur'an menyatakan mengenai pemisah di antara air tawar dan air masin, ia turut menyatakan mengenai kewujudan "bahagian penghalang" bersama-sama pemisah itu.


Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.(Al-Furqan, 53)




Sains moden telah menemui bahawa di estuari, di mana air masin dan air tawar bertemu, keadaannya adalah berbeza jika di bandingkan dengan dua laut yang bertemu. Di temukan bahawa apa yang membezakan pertemuan air ini adalah kewujudan "pycnocline zone", di mana terdapat ketumpatan yang berbeza yang memisahkan dua air itu. Zon pemisahan ini memiliki tahap kandungan garam yang berbeza jika di bandingkan dengan air tawar dan air masin yang di pisahkannya itu.



KEGELAPAN DI DASAR LAUTAN




Profesor Durga Rao ,merupakan seorang pakar dalam bidang geologi marin dan merupakan seorang professor di Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah. Beliau telah diminta untuk memberi pendapat mengenai ayat di bawah:



Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (An-Nuur, 40)

Prof. Rao mengatakan bahawa baru sekarang saintis dapat mengesahkan, dengan bantuan dari peralatan moden bahawa wujudnya kegelapan di dasar lautan. Manusia tidak mampu untuk menyelam tanpa penunjuk di dalam air lebih dari 30 meter, dan tidak mampu untuk terus hidup di dalam lautan sedalam 200 meter. Ayat di atas ini tidak merujuk kepada semua lautan, kerana tidak semua lautan mempunyai lapisan kegelapan yang berlapis-lapis. Ia merujuk secara spesifik mengenai lautan yang dalam, sebagaimana Al-Qur'an telah menyatakan 'gelap gelita di lautan yang dalam'. Kegelapan berlapis-lapis ini di sebabkan oleh 2 perkara:

1) Cahaya terdiri dari tujuh spektrum warna, iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning,oren dan merah. Cahaya mengalami pemisahan apabila ia melalui air. 15 meter pertama menyerap warna merah. Oleh itu, jika seorang penyelam menyelam melebihi 25 meter dan mengalami kecederaan, dia tidak akan mamp melihat warna merah darahnya, kerana warna merah tidak sampai pada kedalaman ini. Cahaya jingga di serap pada kedalaman 30-50 meter, kuning 50-100 meter, hijau pada 100-200 meter,biru mencapai 200 meter dan indigo dan ungu melebihi 200 meter. Di sebabkan oleh kegagalan cahaya untuk menembusi air pada kedalaman berbeza, maka terwujudlah laut dangan lapisan kegelapan, semakin gelap apabila semakin jauh kedalamannya, dan semakin tidak mampu di capai oleh cahaya.

2)Cahaya matahari di serap oleh awan yang kemudiannya menyerakkan cahaya itu mewujudkan lapisan kegelapan di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan. Apabila cahaya tiba di permukaan air, ia dipantulkan oleh permukaan yang berombak, yang memberikan gambaran yang berkilauan. Maka permukaan laut yang memantulkan cahaya dan menyebabkan kegelapan di dasarnya. Cahaya yang tidak dipantulkan menembusi kedalaman laut. Ini menjadikan laut terdiri dari dua bahagian, permukaan yang cerah dan dasar yang gelap.

Al-Qur'an telah menjelaskan mengenai sifat laut ini lebih awal dari penemuan manusia. Maka, dari manakah mungkin datangnya Al-Qur'an ini?



BIOLOGI
SETIAP HIDUPAN TERBUAT DARI AIR





Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al-Anbiya', 30)




Hanya setelah penemuan dari kajian sains, kita mengetahui bahawa sitoplasma, kandungan asas setiap cell terdiri dari 80% air. Kajian moden juga telah mendedahkan bahawa kebanyakan hidupan terdiri dari 80-90% air dan setiap hidupan itu memerlukan air untuk meneruskan kemandiriannya.

Ayat berikut menjelaskan penciptaan haiwan dari air:


Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (An-Nuur,45)



Dan penciptaan manusia turut di nyatakan di dalam Al-Quran:


Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Al-Furqan, 54)

Adakah mungkin untuk seorang manusia yang hidup 1400 tahun yang lampau mampu untuk meneka fakta-fakta ini? Lebih-lebih lagi jika beliau hidup di kawasan berpadang pasir.



SAINS BOTANI
TUMBUHAN DI CIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN DAN BETINA.



Sebelumnya, manusia juga tidak mengetahui bahawa tumbuhan turut mempunyai jantinanya yang tersendiri. Kajian telah membuktikan bahawa tumbuhan terdiri dari jantan dan juga betina. Tumbuhan uniseks jua turut mempunyai organ reproduktif jantan dan betina yang berbeza untuk persenyawaan berlaku.


(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. (Ta'ha, 53)


BUAH-BUAHAN DI CIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN DAN BETINA




Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (Ar-Ra'd, 3)

Buah adalah hasil akhir persenyawaan tumbuhan berbuah. Sebelum buah, munculnya bunga terlebih dahulu yang mempunyai organ seks jantan dan juga betina(stamens dan ovul). Setelah debunga di bawa kepada bunga, buah terhasil, yang menjadi matang lalu melepaskan biji benihnya. Buah ini menjadi bukti kewujudan jantina berbeza, sebagaiman yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an.


SEGALA SESUATU ITU DICIPTAKAN BERPASANGAN




Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (Adz-Zaariyat, 49)



Ayat ini merujuk kepada selain manusia, haiwan, tumbuhan dan buah-buahan. Ia boleh juga merujuk kepada fenomena seperti cas elektrik, di mana atomnya terdiri dari pasangan, elektron dan proton yang mempunyai cas negatif dan positif.


Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaasin, 36)





Al-Qur'an menyatakan di sini bahwa setiap sesuatu itu di ciptakan berpasangan, termasuklah perkara yang tidak di ketahui oleh manusia sekarang ini atau yang akan ditemukan di kemudian hari.





ZOOLOGI
HAIWAN DAN BEBURUNG TINGGAL BERKOMUNITI





Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).(Al-An'am, 38)

Kajian telah menunjukkan bahawa haiwan dan burung tinggal dalam komuniti tersendiri, mereka hidup, tinggal dan bekerja bersama-sama.


KAWANAN BURUNG



Al-Qur'an menyatakan:




Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (An-Nahl, 79)

Mesej yang sama turut di ulang di dalam Al-Qur'an di dalam ayat:



Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk, 19)

Perkataan "amsaka" membawa maksud "meletakkan tangan, mengawal, menjaga", yang menonjolkan idea bahawa Allah mengekalkan beburung terbang di angkasa dengan kekuasaanNYA. Ayat-ayat ini menekankan pergantungan yang rapat sifat burung dengan arahan dari yang maha Pencipta.


LEBAH








Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl, 68-69)




Von-Frisch menerima anugerah nobel pada tahun 1973 untuk kajiannya mengenai sifat dan komunikasi kumpulan lebah. Lebah, apabila menemui taman atau bunga, kembali ke sarangnya dan memberitahu lebah lain mengenai arah jalan yang tepat dan peta menuju ke arah tempat tersebut, yang dikenali sebagan 'bee dance'. Pergerakan lebah ini bertujuan menghantar maklumat di antara lebah pekerja yang telah di jelaskan secara saintifik.(rujuk Wikipedia). Al-Qur'an telah menyentuh mengenai peristiwa ini melalui ayat di atas lebah itu mencari jalan dengan ilham yang dikurniakan oleh penciptanya.

Lebah pekerja atau lebah askar adalah lebah betina. Di dalam surah An-Nahl, ayat 68-69, telah menggunakan fa'sluki dan kuli, yang merujuk kepada jantina betina, yang menunjukkan bahawa lebah yang keluar mencari makanan merupakan lebah betina. Ini telah di buktikan dengan penemuan sains moden.




SARANG LABAH-LABAH ADALAH RAPUH









Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. (Al-Ankabut, 41)

Ayat ini menerangkan mengenai sifat fizikal sarang labah-labah sebagai lemah, reput dan rapuh.



CARA HIDUP DAN KOMUNIKASI SEMUT




Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml, 17-18)

Di masa lampau, sesetengah orang pasti merendah-rendahkan Al-Qur'an dan menyatakan ia hanyalah sebuah kisah dongengan di mana semut berbicara di antara mereka dan menyampaikan komunikasi yang berkesan. Kajian telah membuktikan fakta mengenai cara hidup semut dan cara mereka berkomunikasi. Kajian telah menunjukkan haiwan yang mempunyai persamaan yang hampir dengan manusia dari segi cara hidup ialah semut. Ini di buktikan dari penemuan seperti:



1) Semut menanam ahli mereka yang mati, sama seperti manusia.



2)Semut mempunyai sistem yang sofistikated berkait pembahagian tugas, di mana mereka mempunyai pengurus, penyelia, pekerja dan sebagainya.
3)Kadangkala, semut akan bertemu untuk bersembang.


4)Semut mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka.
5)Mereka mempunyai sistem pasar sendiri di mana pertukaran barang berlaku.
6)Semut menyimpan bekalan makanan untuk jangka waktu yang lama ketika musim sejuk, dan jika benih yang disimpan mulai bercambah, mereka akan memotong akarnya, seakan mereka memahami bahawa jika di biarkan tumbuh, tumbuhan itu akan layu dan mati. Jika benih yang disimpan basah terkena hujan, mereka akan menjemur dan mengeringkan di bawah sinaran matahari, dan kemudiannya membawanya masuk semula, seakan mereka memahami bahawa kelembapan akan memberikan peluang untuk akar tumbuh dan menyebabkan tumbuhan it rosak.


Sahabat-sahabat ikhwah dan akhwat yang saya sayangi sekalian,
telah terlalu banyak bukti yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an kepada kita. Dan segala bukti itu adalah bersesuaian dengan apa yang ada di sekeliling kita sehari-hari. Namun sayang, masih ada segelintir dari umat di luar sana yang masih terus-terusan meragui agama yang suci ini meskipun telah banyak kebenaran yang di pertontonkan Allah kepada mereka. Hati mereka ini masih liat. Mereka sedar akan kebenaran Islam. Namun mereka memerlukan sedikit batu loncatan. Sedikit galakan. Maka di sinilah terletaknya tanggungjawab kita. Tanggungjawab mendakwah dan menyeru mereka ke arah Islam. Berbagai cara kita boleh lakukan. Kita boleh mulakan dengan membentuk usrah, atau menjalankan tabligh. Apa-apa jua cara yang mendekatkan kita pada saudara-saudara kita, menghilangkan rasa kekok pada diri mereka. Semoga kita semua istiqamah dalam usaha memperjuangkan agama Allah ini, insyaAllah.

InsyaAllah, buku Dr Zakir Naik ini hampir habis di terjemahkan. InsyaAllah akan ada satu lagi siri Bukti Kebenaran Kitab Al-Qur'an, yang saya yakin akan menarik minat sahabat-sahabat semua kerana bahagian yang akhir ini akan banyak menyentuh mengenai penciptaan manusia. InsyaAllah, jika masih ada umur dan kesempatan, kita akan berjumpa lagi untuk saya menghabiskan terjemahan buku karya Dr Zakir Naik ini.=) Semoga kita semua terus kekal dalam jalan Allah, insyaAllah.=)

Jumpa lagi pada penulisan akan datang, insyaAllah.
Salam mujahadah.
Ma'asalamah wa ilalliqo'.

Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah.
Wassalam.