24 July 2009

24 Julai 1999...

Salam...agak lama juga sy brhenti mnulis buat sketika...namun hari ini terlalu ingin rasanya jari ini mnaip sesuatu..mngenai sesuatu...yg telah lama berlalu..tetapi terasa seakan baru...

24 Julai 1999...
10 tahun yg lalu...120 bulan yg lalu...3650 hari yg lalu..
saya sedang d bangku sekolah rendah lagi...sedang mnunggu utk ujian upsr yg bakal mnjelma dlm lbih kurg sbulan dua cuma..berlaku peristiwa yg mngubah hidup saya..dan mnjadikn saya siapa saya sekarang ini...

semuanya bermula kira2 3 hari selepas sambutan hari lahir saya yang ke 11..suasana yang gembira masih terasa...tiba2 dtg angin bertiup kencang...ibu yg di sayangi tiba2 dimasukkan ke hospital besar..asalnya cuma terasa sakit di bahagian pinggang...doktor yang merawat mngatakan hanya perkara rutin utk mmasukkan ibu saya ke dlm wad...lalu kami berulang alik hampir 2 mggu,stiap petang mnempuh jalan yang sesak dari petaling jaya menuju ke hospital kuala lumpur yang sentiasa sesak x kira masa...

2 minggu berlalu,ibu dibenarkan keluar... ya,ibu kembali pulang ke rumah...tetapi lain ceritanya...ibu mula kurang selera makan...tidak tahu mngapa..mungkin kesan ubat2an yg dipreskripsikan...tiba2..pada hari ketiga slps dikeluarkn dr wad,perut ibu tiba2 mmbusung...maka kami segera menghantar ibu kembali ke hospital...doktor2 sudah tdk berfikir panjang lagi...ibu harus dibedah...lalu,selepas mndapatkn tandatangan dari ayah,doktor pun mnjalankan pembedahan pd malam itu juga...

tapi,pelik...selepas pembedahan,busung di perut tdk jua hilang...ditanyakan kpd doktor...kata mereka,mereka telah mmotong sebahagian usus ibu utk dihantar utk ujian biopsi...keesokannya,seluruh tubuh ibu mula mnjadi kuning...doktor mngatakan itu perkara biasa selepas pembedahan...maka,ibu di letakkan di dalam wad dlm jagaan pihak hospital...

selama hampir 3 bulan kami sekeluarga berulang alik ke hospital...menanti..bila ibu akan sembuh kembali...malangnya,hospital bukanlah seperti yg di harapkan...jururawat yg di harap utk mnjaga pesakit2 lbih suka mmbuang masa bersembang sesama mereka...mereka cuma berkira2 utk mnjalankn tugas apabila ada doktor yang datang mnjalankan pmeriksaan rutin ke atas psakit..tdk lbih dr itu...

shinggalah mmasuki bulan 7..kami mndapat panggilan dr hospital...ibu perlu dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi...keadaan ibu sudah agak kritikal...pada waktu kami pergi melawat ibu,ibu sudah tidak mampu mngeluarkan kata2 lagi..kami hanya mnggunakan bahasa isyarat...doktor tidak mmberikan apa2 penjelasan...ayah sudah naik berang dengan perangai doktor yang berahsia...lalu,ayah pergi berjumpa salah seorang saudara yg berjwatan pengarah hospital di hospital selayang...dengan hanya satu panggilan telefon,doktor2 pakar di hkl berpusu2 turun mlihat ibu di wad...baru mereka sedar bahawa kerosakan pd hati telah berlaku...perut yang mmbusung sbnrny adalah kesan dari hati yang mmbengkak...di dalam saliran darah ibu telah banyak di huni bakteria2...serta merta mereka mncadangkan satu lagi pembedahan utk di jalankan..tapi,apakan daya..ibu sudah tidak mampu untuk mnjalani satu lagi pembedahan...
doktor2 berkata mereka akan mncuba utk mncari jalan mnyelesaikan masalah itu..
maka kami pulang ke rumah...


esok paginya,kami mndapat panggilan telefon...dengan selamba jururawat di talian berkata, "Bolehlah nak bawa kain putih dan baca2 yasin utk psakit ni"...kami segera ke hospital...pada waktu kami tiba,ibu sudah berkeadaan tidak sedar..dalam keadaan sebak dan pilu,kami membacakan yasin di tepi katil ibu...kakak yg sedang belajar di mrsm jasin dibenarkan bercuti kcemasan,sudah berada di sisi ibu,mnemani ibu..kami cuba mngajak ibu mngucap...alhamdulillah,walaupun seakan2 tidak sedarkan diri,kami lihat bibir ibu mngikut kalimah tauhid yg kami bisikkan ke telinganya...kerana ada sedikit hal yang tidak dapat dielakkan,sy dan ayah terpaksa pulang ke rumah sebentar..tepat pada jam 1.20 petang,telefon berbunyi...suara kakak kedengaran di talian...doktor mngesahkan yang ibu sudah tiada lagi di dunia ini...kami semua mnerima perkara ini dengan redha...

mulai dari saat itu, segala2nya berubah bg hidup sy...sudah tdk ada lagi khidupan di mana sy ingin mmentingkn diri sy sendr..ada sesuatu yg sy janji pd diri sy sndr...sy tdk akan benarkan orang lain mghadapi apa yg saya hadapi...sy berikrar utk sntiasa mncari cara utk mringankan beban org lain..sy berjanji pd diri sy bahawa tdk akan ada kanak2 lain yg harus khilangan ibu mereka pada usia yg muda...atas sbb itu,sy terus2an berusaha utk mmudahkn khidupan org lain...

kpd yg bakal mnjadi perawat di masa hadapan,jalankan tugas anda dgn baik dan bertanggungjawab...mmg tdk dnafikan mgkn ajal ibu saya telah tiba,tetapi seandainya doktor2 lbih bertanggungjawab dan tdk mnjalankn tugas smbil lewa,mgkn ibu sy masih terus bernafas hingga ke saat ini...tetapi,biarlah,sesungguhnya Allah maha mngetahui akan hikmah di atas setiap sesuatu itu...tetapi benar,perasaan sayang pd seseorg itu sukar utk di hilangkan...shingga ke hari ini,sy masih merindui arwah ibu saya walaupun 10 tahun telah berlalu pada saat kami dipisahkan dr satu sama lain...semoga satu hari kelak Allah akn mmpertemukan kami semula,insyaAllah..


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi setiap jejak langkah kita dlm khidupan ini..

30 May 2009

Berhenti rehat...

Salam...
kerana exam sy smakin hampir,maka dgn ini sy ingin mngisytiharkn bahawa blog ini dan juga blog tazkeer al-dzulfiqar akn brhenti rehat buat smntara bg mmberi laluan kpd buku2 di rak buku sy yg dh mula berlagu2 mnta dibaca....ini akn turut mncakupi friendster,facebook dan apa2 lg yg swktu dgnny...insyaAllah YM sy msih on..jika ada hal pnting,buzz shaja walopun ade tnda busy di ctu...doakan kjayaan sy..insyaAllah,smoga kita smua beroleh kjayaan dlm apa jua yg kita lakukan..

"Al-ilmun bila a'malin,ka syajaratin bi la tsamarin"
Ilmu tanpa amal bagaikan pohon tidak berbuah..


Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi stiap langkahan kita,insyaAllah..
Wassalam...

25 May 2009

Temuduga Jawatan Kosong(repost dr site Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM)

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B.. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

  • Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
  • Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
  • Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
  • Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:


'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

23 May 2009

Jika diri belum berpunya..

Ikhwan dan akhwatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Ikhwan, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Ikhwan dan akhwatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Ikhwan dan akhwatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila wanita tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalai wanita, lelaki tidak akan bertambah parah.”

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ikhwan dan Akhwatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat sahabat2ku yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”


Smoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap langkahan kita,insyaAllah..

Menjelang peperiksaan..

Assalamualaikum.

Since the exams are just around the corner and everyone is already feeling the exam tension, I thought this might be helpful :) I know there's many versions of do'a-do'a untuk belajar & peperiksaan out there (because sy ada lagi yang lain-lain which are different sikit) so I guess these are just some of the others..

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Terjemahan: Ust. Anwar Fakhri


Smoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap langkahan kita,insyaAllah...

21 May 2009

Bilik saya di apartment H-47 Sreeram Sadhana..

Salam..
hmm..psti ramai yg tertanya2,bgimana la agakny rupa bilik sy di sreeram sadhana ni.. ye la,bilik ni bkn shaja bfungsi sbg tmpt tdo n blaja,ttp turut mnjadi ibu pejabat blog ims-mbbs batch 3 yg sy kndalikn dan juga blog Aku Hanya Dzulfiqar ni...jadi,anggaplah ini hari btuah anda..
pndedahan eksklusif bilik Ammal Dzulfiqar Bin Ismail di sreeram sadhana..;)




katil a.k.a tmpt tdo...(jgn tny psl corak sarung bantal n alas tilam...dpilih scara tgesa2 3 hari sblm fly ke india dlu..;p)





meja ni la tmpt study n also tmpt update sume blog2 sy...(printer n external dvd burner d bwk dr malaysia wktu mula2 fly ke sini dlu..)





rak simpan file yg d beli sndr di mathikere(sbnrny ni rak utk ltk tv..hoho;p)..kbykn file yg ada kt dlm ni merupakan lembaran ilmu2 sy wktu diploma dlu..





rak buku yg turut dibeli sndr..dh nk pnuh dh..mcm kna bli lg je..;p
jam kt atas tu dibeli kt yeshwantpur...nmpk cm jam kt masjid,kn?=)
anak patung tu plak yg dimenangi kt amoeba arcade...
tripod d bli kt menali utk ambk gmbr guna remote...





ni meja yg di beli sndr...digunakan jika mkn dlm bilik atau nk rileks2...




Image Hosted by ImageShack.us
meja ni d namakn pre-clinic desk..hehe..;p
kt sini la sy cbe mmpraktis ilmu2 klinikal spt mggunakn stethoscope,bp set,n sbgny..
ade nmpk cm klinik x?hehe;p
(semua meja2 sy mnggunakn alas yg same design..berminat??dptkn d city supermarket,gokul tower..hehe;p)


barang2 hiasan plak tdiri drpd:



2 bilah pedang kayu ni kira cm saudara sy la..(nama dzulfiqar tu sndr mmbwk makna pedang yg dihadiahkn Rasulullah kpd Saidina Ali)..di beli d commercial street...




asmaul husna dan juga ayatul kursi yg turut d bli di commercial street...


ok,puas hati? itulah rupa bilik sy ni...slps dicombine2,rupa penuh bilik ni cmni la..



carpet tu dihasilkn dr 10 piece carpet yg bbeza yg sy cntumkn utk mnjadi sbuah carpet yg selesa..utk solat dan juga berehat..;)

hehe..
maka terungkai sudah rahsia ibu pjbt blog ni dn jgk blog2 sy yg lain...
jd,jgn slubungi diri anda dgn misteri lg,k??;p


smoga rahmat dan perlindungan Allah mngiringi stiap langkahan kita,insyaAllah...