11 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Part 4

Mendengar kata-kata itu , hati Radhiyunnah Safih tiba-tiba terasa sebak .


Ibu…ayah…Kisah lama berputar semula di dalam kotak memorinya . Semuanya masih


begitu segar , seolah-olah baru semalam ianya berlaku . Pipinya yang gebu terasa masih


panas , seolah-olah dia baru di tampar oleh ayahnya . Peristiwa lima tahun dahulu


bermain semula di mindanya . Dia masih ingat bagaimana ayahnya yang baru pulang


pada lewat malam dalam keadaan mabuk , menghantukkan kepala ibunya ke dinding .


Berkali-kali ayahnya meminta wang dari ibunya .


Boleh di katakan saban hari , setiap kali pulang ayahnya akan meminta wang


dari ibunya . Dan setiap kali itulah ibunya akan terseksa . Dan setiap kali itulah jiwanya


akan menderita , hatinya menangis semahu-mahunya , tapi tak siapa yang mendengarnya.


Dia hanya mampu menonton , apalah yang boleh dia lakukan ? Seorang gadis belasan


tahun sepertinya tidak mungkin dapat melakukan apa-apa . Tambah-tambah lagi dia perlu


berhadapan dengan ayahnya sendiri .


Radhiyunnah Safih masih dapat mengingati malam jahanam itu . Ayahnya


pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan seperti biasa meminta wang dari ibunya .


Ibunya yang sudah lama bersabar berkeras untuk tidak memberikan sebarang wang lagi


kepada ayahnya .


Natijahnya , ibunya di pukul semahu-mahunya oleh ayahnya . Dalam


amarahnya yang menggila itu , ayahnya mengatakan yang dia lebih bahagia bersama


isteri barunya jika di bandingkan dengan ibu Safih . Isteri barunya sentiasa memberikan


dia wang setiap kali di mintanya . Dia tidak kisah walaupun isteri barunya itu bergelar


pelacur terhormat . Walaupun isteri barunya itu perempuan jalang yang menggadaikan


tubuhnya semata-mata untuk helaian kertas yang bergelar wang .Walaupun dia berkongsi


isterinya itu dengan lelaki-lelaki lain . Padanya , asalkan isteri barunya itu mampu


memberikan apa yang dia mahukan , dia sudah cukup berpuas hati .

10 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Part 3

Ahmad Ikrimah bin Xamsul Cairel . Berkulit cerah dengan ketinggian satu

perpuluhan tujuh dua meter , Ahmad Ikrimah merupakan lelaki yang menjadi impian

ramai wanita . Walaupun di anugerahkan dengan wajah yang kacak , dengan rambut yang

di sikat belah tengah , anak kelahiran negeri Selangor ini tidak pernah bermegah dengan

apa yang di milikinya . Bagi Ahmad Ikrimah yang lebih dikenali sebagai Im , semua itu

hanyalah pinjaman sementara dari Allah . Di sisinya , teman akrabnya semenjak semester

satu lagi . Ammal Dzulfiqar bin Ismail . Rakan yang berasal dari Kuala Lumpur ini ,

mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Ikrimah . Yang membezakan mereka

adalah dari segi luaran . Ammal Dzulfiqar adalah sedikit rendah berbanding Ahmad

Ikrimah , dengan ketinggian satu perpuluhan enam lapan meter , dan kulitnya adalah

sedikit gelap jika di bandingkan dengan Ahmad Ikrimah . Ammal Dzulfiqar juga adalah

agak berisi jika di bandingkan dengan Ahmad Ikrimah .

Walaupun begitu , perkara ini tidak pernah menghalang keakraban antara

mereka . Malahan , mereka berdua pernah menjalinkan kerjasama apabila keduanya di

lantik sebagai Biro Akademik satu dan Biro Akademik dua Persatuan Teknologi Makmal

Perubatan semasa di semester tiga , dan persatuan tersebut telah di julang sebagai antara

persatuan terbaik semasa mereka berdua memegang jawatan . Ahmad Ikrimah dan

Ammal Dzulfiqar sedang berbual mesra mengenai perancangan masa depan mereka .

Menyedari yang mereka sedang di perhatikan , Ahmad Ikrimah dan Ammal Dzulfiqar

menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna .

Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna terpempan sebentar , tidak

menyangka yang tindakan mereka akan di sedari . Kedua-dua mereka tertunduk , tersipu-

sipu malu . Ada kisah lama di antara mereka semua . Mereka sekadar tersenyum simpul ,

membalas senyuman Ahmad Ikrimah dan Ammal Dzulfiqar . Langkah mereka di

percepatkan .

“ Ha , Safih …Asz … tahniah di atas kejayaan kamu berdua .” kata

Norhasikin , di ikuti oleh rakan-rakan mereka yang lain yang turut berada di situ .

“ Hmm… terima kasihlah kamu semua .” balas Radhiyunnah Safih dan

Noor Azriynna , serentak.

“So , kamu berdua dah plan ke nak kerja di mana nanti ?” tanya Siti

Khadijah .

“ Hmm… hari tu kami dah participate dalam program Success As A

Graduate di fakulti kita . Alhamdulillah , Pantai Medical Centre dah offer kami untuk

bekerja dengan mereka .”terang Noor Azriynna .

“ Wah , tahniah . Alhamdulillah . Tak sangka , dari semester satu sampailah

nak kerja kamu berdua masih bersama-sama ya .” ucap Noor Azean .

“ Heheh … biasalah tu . Kan kami berdua ni kembar tak seibu dan tak

sebapa . Tak adalah , sebenarnya semua tu kuasa Allah . Apa yang berlaku hari ni

semuanya dah tercatat dalam Luh Mahfuz kita .”kata Noor Azriynna .

08 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Part 2

“ La … awat Safih senyum sorang-sorang?”

Teguran itu mematikan lamunan Radhiyunnah Safih . Dia yang lebih biasa

dengan gelaran Safih terpempan sebentar. Dia kemudiannya menyedari pertanyaan itu

datang dari Junaidah binti Mustafa , salah seorang rakan seprogramnya .

“ La , Kak Jun rupanya . Terperanjat chek tau .” kata Radhiyunnah Safih ,


cuba meniru loghat utara Junaidah .Dia yang ternyata tidak biasa bertutur dalam loghat

itu , kelihatan agak kekok bertutur seperti Junaidah . Akhirnya , kedua-dua mereka

tertawa oleh kelucuan tutur kata yang cuba diungkapkan oleh Radhiyunnah Safih .

“ Tu la , lain kali kalau Safih tak biasa nak cakap guna loghat Kedah , cakap

macam biasa pun tak apa . Kak Jun boleh faham punya . “ kata Junaidah .

“ Bukan apa Kak Jun , saja nak gurau .” Radhiyunnah Safih cuba menutup

kesilapannya .

“ Ooo … macam tu ka? Apapun , Kak Jun nak ucap tahniah sebab Safih

dapat jadi graduan terbaik program kita .” ujar Junaidah .

“Erm… terima kasih Kak Jun . Semua tu kuasa Allah . Saya tak layak

sebenarnya untuk dapat pengiktirafan sampai macam tu sekali .” balas Radhiyunnah

Safih , cuba merendah diri .

“Memang la semua tu kuasa Allah . Tapi Kak Jun rasa Safih memang layak

dapat anugerah tu . Ha , tu nampak macam Asz ada nak cakap sesuatu dengan Safih tu .

Kak Jun minta diri dulu ya …” kata Junaidah .

“ Baik Kak Jun . Nanti jangan lupa contact Safih tau . “ balas Radhiyunnah

Safih .

“ Okeylah , assalamualaikum …” kata Junaidah , berlalu menuju ke arah

rakan-rakan yang lain .

“Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh

waridhwanuh …” balas Radhiyunnah Safih .

Kelihatan Noor Azriynna sedang bergerak menuju ke arah Radhiyunnah

Safih . Gadis tinggi lampai yang berusia dua puluh satu tahun ini juga adalah di antara

graduan terbaik program teknologi makmal perubatan . Bertudung labuh , anak kelahiran

Mersing , Johor ini kelihatan agak pendiam dan agak sukar untuk di dekati . Meskipun

ramai yang terpikat kepadanya , namun mereka akan berfikir dua kali sebelum

memulakan sebarang langkah . Ketegasan Noor Azriynna dapat di lihat dari setiap

tindak tanduknya. Walaupun begitu, Noor Azriynna dan Radhiyunnah Safih

merupakan teman rapat sejak mereka sama-sama mendaftarkan diri untuk mengikuti

Program Teknologi Makmal Perubatan.

“Assalamualaikum Safih.” tegur Noor Azriynna.

“Waalaikumsalam Asz.”jawab Radhiyunnah Safih.

“Congratulations for being the best. I always know that you can do it.”ucap

Noor Azriynna, lantas memeluk Radhiyunnah Safih.

“Thanks Asz. But I don’t really think that I deserve this recognition.” kata

Radhiyunnah Safih, masih cuba untuk merendah diri.

“Come on , we both knows that you’ve worked hard for it.You deserve it.”

ucap Noor Azriynna lagi,sambil melepaskan pelukannya.

“Well , thanks again.Congratulation to you too.You’re also one of our

programme best students,right?” balas Radhiyunnah Safih,mengucapkan tahniah kepada

Noor Azriynna.

“Right on . Eh , Syikin panggil kita la,Safih . Jom , kita pergi sana .” kata

Noor Azriynna , pandangannya tertumpu pada bahagian belakang Dewan Seri Budiman.

Kelihatan beberapa orang graduan program Teknologi Makmal Perubatan sedang

berbual.

“Ok , jomlah .”balas Radhiyunnah Safih.

Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna bergerak mendekati kumpulan rakan

mereka itu . Kelihatan Nur Faizah , Siti Khadijah dan Noor Azean sedang rancak berbual.

Norhasikin sedang menanti Radhiyunnah Safih dan Noor Azriynna . Gadis kelahiran

negeri Cik Siti Wan Kembang itu kelihatan tersenyum lebar melihat keakraban dua

wanita tersebut .

“Hai , mereka berdua ni rapat betul,dari dulu sampailah sekarang.”bisik hati

kecilnya .

Radhdiyunnah Safih dan Noor Azriynna menyedari yang Norhasikin sedang

tersenyum melihat mereka . Mereka membalas senyuman Norhasikin dari jauh . “Apalah

yang sedang di fikirkan oleh Syikin tu?” bingkas hati mereka . Kedua-dua mereka tertawa

kecil . Ketika mereka sudah hampir mendekati Norhasikin , pandangan kedua-dua

mereka terarah ke satu sudut yang lain .

07 July 2010

Kasihku Abadi - Chap 1 - Eksposisi

Bab 1

… watikah yang ku miliki

kan ku semat di hati

janji ku pada pertiwi

untuk menabur bakti

Ku sempurnakan

seikhlas hati

membela negara

doa restu ayah bonda ku untuk semua

UITM…Usaha Taqwa Mulia .

Graduan-graduan Universiti Teknologi Mara kelihatan begitu gembira sekali

pada hari ini. Segak memakai baju graduasi rasmi universiti yang berwarna ungu terang,

siswa-siswa dan siswi-siswi ini telah mengharungi kehidupan sebagai penuntut universiti

selama tiga tahun dan akhirnya kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Sinar

keriangan jelas terpancar di wajah mereka, seterang sinar sang suria yang tetap patuh

untuk terus melontarkan cahayanya, menerangi alam ini. Angin yang bertiup sungguh

menyamankan, seakan-akan mengerti kegembiraan yang sedang di raikan oleh

graduan-graduan ini. Baru sebentar tadi, para graduan telah di anugerahkan sijil diploma

yang terhasil dari jerih perih mereka selama ini oleh Naib Canselor Universiti Teknologi

MARA, Dato’ Ibrahim Abu Shah. Dewan Seri Budiman menjadi saksi betapa

gemilangnya yang di rasakan oleh setiap yang hadir untuk Majlis Konvokesyen ini.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah universiti yang telah dengan setianya berkawal

untuk memastikan keselamatan para graduan dan ibu bapa sejak bermulanya majlis ,

telah mula berbaris untuk menamatkan tugas mereka . Kenderaan-kenderaan mula

menjalari muka bumi UiTM Shah Alam , masing-masing dengan tujuan yang pasti ,

untuk segera pulang ke rumah mereka .

Di suatu sudut yang lain , seorang gadis sedang bermenung seorang diri ,

memikirkan hala tuju kehidupannya selepas ini . Bibirnya yang mulus bak buah delima

tidak putus-putus melafazkan kalimah syukur kepada Allah . Baginya, setiap yang

berlaku adalah ketentuan Allah . Dia tidak pernah menjangka apa yang telah berlaku

semasa penganugerahan segulung diplomanya tadi .

“Dengan lafaz bismillah , saya ProfesorDr Abdul Rahim bin Md Noor ,

Dekan Fakulti Sains Kesihatan dengan ini mengumumkan para graduan dari fakulti

kami . Saya mulakan dengan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan . Graduan

terbaik bagi Program Teknologi Makmal Perubatan ialah Radhiyunnah Safih binti

Camrul Nixam dengan purata nilai gred kumulatif 3.95 , Ahmad Ikrimah bin Xamsul

Cairel , purata nilai gred kumulatif 3.92 , Noor Azriynna binti Jafri , purata nilai gred

kumulatif 3.89 dan Ammal Dzulfiqar bin Ismail dengan purata nilai gred kumulatif 3.88.

Seterusnya , Abdul Aziz bin Amran …”

Ungkapan kata yang di tuturkan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan masih

terngiang-ngiang di benaknya . Sesungguhnya , di tidak pernah menyangka akan terpilih

sebagai graduan terbaik bagi program teknologi makmal perubatan . Semakin di ingatnya

peristiwa tadi , semakin laju lidahnya menuturkan lafaz syukur kepada Allah . Sekuntum

senyuman yang manis , terhasil dari hati yang ikhlas , terukir di wajahnya .


04 July 2010

Hari kesedihan..


Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini merupakan hari kesedihan saya.
Salah satu anak saya, Aldzulfiar telah pulang menemui Penciptanya petang tadi.
Beliau merupakan anak yang periang. Beliau kelihatan sangat gembira semalam.
Beliau telah melakukan banyak "popcorning" malam semalam.

Tengah hari tadi, saya menyerahkan kembali ibu tumpangnya kepada tuannya yang sebenar.
Adzulfiar dan Ariynna kelihatan sedikit sedih, tapi masih aktif seperti biasa. Pulang dari menyerahkan kembali ibu mereka, saya memberikan mereka makan. Mereka berdua makan seperti biasa. Kerana kepala yang berat dan sakit, saya mengambil keputusan untuk tidur selepas makan ubat dan menunaikan solat asar.

Saya bangun pada waktu maghrib. Memikirkan saya perlu menelefon ayah saya, usai solat maghrib, teman serumah saya,Zharif mengajak saya keluar ke kedai prepaid. Ketika itu saya melihat Adzulfiar sedang duduk di dalam litter binnya. Saya menganggapkan mungkin dia sedang berehat. Lalu saya keluar.

Kemudian, pulang dari membeli prepaid. Saya melihat anak-anak saya. Adzulfiar masih berkeadaan sama. Saya merasa pelik. Saya segera menyentuh tubuhnya. Sejuk. Dan telah menjadi stiff. Saya cuba mengusap tubuh Adzulfiar berulangkali tapi tiada respons.

Saya menunjukkan Adzulfiar kepada Zharif. Zharif mencadangkan cuba letakkan sedikit air di muka Adzulfiar,mungkin akan ada respons. Saya meletakkan air, tetapi anak itu tetap tidak bergerak lagi. Memandangkan keadaan tubuhnya yang telah stiff, mungkin Adzulfiar telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika saya tidur tadi.

Tubuhnya telah mengeras saat saya meriba Aldzulfiar


wajah anak ini cukup tenang saat menghembuskan nafas yang terakhir


Saya merasa kehilangan yang amat sangat.Anak yang saya sayang, yang baru seminggu dalam jagaan saya, telah meninggalkan saya. Saya merasa amat kesunyian. Maafkan papa, Adzulfiar. Kerana papa telah gagal menjaga kamu dengan baik. Sehingga kamu pergi meninggalkan papa. Semoga rohnya dilindungi yang maha pencipta.



Adzulfiar merupakan anak yang gemar makan carrot. maka saya memutuskan untuk mengebumikannya dengan makanan kegemarannya.



Adzulfiar yang telah dikafankan

Kini, saya cuma ada Ariynna untuk di jaga. InsyaAllah, saya akan cuba sebaiknya untuk memastikan anak ini besar dengan baik. Semoga keselamatan dan kesihatan anak ini terpelihara.

Saat-saat kami bersama

Adzulfiar dalam kenangan


Papa rindu kamu, Adzulfiar...

Tempat persemadian Aldzulfiar





Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam..

03 July 2010

Masak-masak bersama Al-dzulfiqar..

Assalamualaikum warahmatullah...
salam bertemu kembali kepada pembaca2 yang masih setia mengikuti coretan-coretan tanpa makna saya ini. telah agak lama saya di rundung kesibukan hingga tidak sempat mengemaskini blog ini. insyaAllah,sempena cuti pada hari isnin ini kerana ada mogok (=_=")...saya cuba mencoretkan sesuatu buat anda semua...

hehe..sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi mengenai resepi masakan..(^^) sepanjang 3 minggu yang berlalu, saya sibuk menjelajahi laman-laman blog dan site-site di internet untuk mencari resepi terbaik dan termudah untuk menghasilkan makanan tradisi melayu,iaitu rendang..

terima kasih saya ucapkan kepada semua yang rajin berkongsi resepi di laman masing-masing, termasuklah salah seorang follower saya iaitu Cik Raihanna. Akhirnya, setelah saya meneliti satu demi satu resepi yang ada, terciptalah "Rendang Ayam Cinta Dalam Hati" yang merupakan hybrid dari 5 resepi yang saya gabungkan menjadi satu..

Hehe....pasti sahabat-sahabat tertanya-tanya mengapa agaknya nama rendang ni pelik sekali...;P sebenarnya,ada sedikit simbolik di sebalik nama ni...saya letak hati kerana bagi saya, ketika kita memasak, kita perlu memberikan sepenuh hati kita, sepenuh kasih sayang kita untuk menghasilkan makanan yang terbaik...mengenai Cinta tu pula,sebenarnya saya bagi nama tu secara tidak sengaja...seperti yang saya katakan, rendang ini menggunakan resepi hybrid...jadi,ketika mula-mula saya rasa rendang ni sebelum dia menjadi kering, saya dapat merasa berbagai-bagai rasa, lebih kurang 5-6 jenis rasa yang berbeza pada satu sudu kuah yang sama... maka saya mula terfikir, begini juga rasanya cinta..maka saya pun bagilah nama Rendang Ayam Cinta Dalam Hati..;P

Rendang Ayam Cinta Dalam Hati

ok2..sekarang saya akan berkongsi resepi orang yang saya gunakan:

1)Bahan utama:

Ayam 2 ekor
Daun pandan


2)Bahan kisar:

Bawang besar 7 biji
bawang putih 3-5 biji
serai 4 tangkai
cili hijau 7 tangkai
cili kering 17 tangkai
halia 7cm
sedikit kunyit

bahan2 untuk di blend

3)Rempah:

kulit kayu manis
bunga lawang
jintan putih

4)Kerisik:

Kelapa yang diparut
minyak

5)Miscellanous:

Jaggery/gula melaka
garam
santan 1200ml
ajinomoto

(hoho..terasa cam jawab soalan classification of drugs pula tulis camni;P)

Cara-caranya:

1)potong dan kisar semua bahan yang dikisar

bahan yang telah di blend

2)sediakan kerisik
-kerisik ni senang je nak buat
-dapatkan kelapa parut,panaskan kuali tanpa minyak dengan api kecil



-masukkan kelapa parut ke dalam kuali dan balik-balikkan sehingga menjadi keperangan.
-jangan bagi kelapa parut tu hangus



-lepas dah keperang-perangan, masuk dalam blender, letak sikit minyak,blend sampai kelapa parut goreng tadi keluar minyak.
-dah jadi kerisik kita..;P



3)panaskan minyak dalam periuk...besar periuk terpulang pada berapa banyak anda nak masak. saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih pada ayuni syuhada kassim a.k.a uniq yang meminjamkan saya periuk beliau. syukran! arigato! nandri! vandanegalu!thank you! tou che!;P
4)masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi ke dalam minyak panas. tumiskan.



5)bila bau dah naik, masukkan pula ayam. kacau-kacau ayam untuk membolehkan rasa bahan tumis meresap ke dalam ayam..



6)bila dah nampak cantik ayam tu bergaul dengan bahan tumis, masukkan santan.
7)biarkan kuah mendidih.



8)bila dah mendidih, masukkan kulit kayu manis, jintan, dan bunga lawang sebanyak yang dikehendaki.
9)biarkan mendidih lagi 10 minit. masukkan pula 250g jaggery.
10)masukkan pula daun pandan untuk menjadikan rendang lebih wangi.
11)biarkan rendang mendidih dengan api sederhana.masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.
12)keringkan rendang...


dah siap rendang kita..sangat best kalau di makan dengan nasi impit=)




selain tu, saya juga baru mendapat oven yang di beli di internet. maka, untuk merasmikan oven itu, terhasillah "kuih bakar 2 hati" yang juga hybrid dari 2 resipi kuih bakar berbeza.;P

signifikan nama, macam biasa...hati tu sebab kita perlu berikan sepenuh hati ketika memasak seperti yang saya katakan di atas...2 tu sebab kuih ni hybrid dari 2 resepi..=_="

jadi,ini adalah resepi untuk kuih bakar 2 hati:

kuih bakar 2 hati

bahan-bahannya:

telur 5 biji
gula 1 cawan
tepung gandum 2 cawan
santan 250ml(saya guna santan import "Kara" dari indonesia untuk buat kuih ni.. kalo guna santan india akan jadi kurang sedap..;P boleh bli dkt mahabazaar bel road ye...;P)
susu full cream nandini 250 ml
air 250ml
serbuk kulit kayu manis 2 sudu besar
perasa/esen pandan 2 sudu besar
pewarna hijau epal 2 sudu besar
butter 2 sudu
bijan

caranya:

1)pukul telur dengan pemukul...(jangan tumbuk dengan tangan ye;P)
2)masukkan gula,teruskan pukul (dush,dush,dush..)
3)masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan teruskan memukul..
4)masukkan santan, pukul lagi...
5)masukkan susu, dan pukul lagi...
6)masukkan air,dan teruskan memukul...
7)masukkan serbuk kulit kayu manis,kacau hingga sebati
8)masukkan perasa pandan,kacau lagi..
9)masukkan pewarna,kacau dan kacau lagi...
10)bila dah siap,panaskan oven pada suhu 190 degree
11)panaskan loyang dalam oven...letakkan dua sudu butter dalam loyang dan sapukan ke seluruh loyang untuk menjadikan tepi dan bawah kuih bakar kita menjadi rangup.
12)masukkan bahan yang kita dan pukul dan kacau tadi.taburkan bijan.
13)bakar pada suhu 190 degree selama satu setengah jam..
14)dah siap!!



haha...jadi demikianlah secara mudahnya cara nak memasak makanan-makanan ini. sesungguhnya, Allah mengilhamkan..beruntung bagi yang menyucikannya,merugi bagi yang mengotorinya..

maka,saya berkongsi sedikit dengan sahabat-sahabat sedikit ilmu memasak ini. jika ingin mencuba, selamat mencuba.

model puzzle 3d binaan masjid Al-Aqsa yang dapat dibeli..

sekarang ni,cuma model dlm genggaman..insyaAllah,satu hari nnt, masjid
sebenar pasti menjadi milik kita kembali..yakinlah!!


p/s: untuk masakan kali ini, saya telah mendapat kecederaan pada tapak tangan ketika mengasah pisau sebelum memulakan usaha memasak...nasib baik tiada cedera teruk hingga mengganggu proses memasak...mungkin ini kifarah atas kesilapan-kesilapan saya...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua,insyaAllah..=)

(macam gambar dalam spotters forensic medicine lak..(=_=)"

Sekadar coretan seorang hamba.
Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita, insyaAllah..
Wassalam...